Transkrip ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli Nordin
Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi demi agama kita, akidah kita.
Saya terkejut bila hari ini membaca mengenai rintihan seorang ketua pemuda ustaz Nasaruddin (Hassan) Tantawi merintih. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.
Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.
Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.
Ada yang mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.
Saya terlibat dengan kes murtad berbelas tahun dah, tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.
Pertama pada tahun 1987, paderi yang pertama dilantik, di gereja Petaling Jaya, namanya Jamaluddin Osman, dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku di gereja Damansara Utama, memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.
Sampai hari ini, masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya, dan kita lihat bagaimana polis mengambil tindakan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.
Hari ini Father Joshua Jamaluddin, hidung macam kita, warna kulit macam kita, pakai songkok, pakai baju Melayu, tapi dok mengkristiankan anak-anak Melayu.
Tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan di gereja di Rasah Negeri Sembilan. Saya terlibat secara langsung dengan kes itu.
Keluarganya mendapat maklumat dia di gereja itu, pergi hendak menyelamatkannya, sekali lagi kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari.
Bulan Ramadan 1997, hari pertama, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih, kumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.
Bawa lari ke Singapura, menyeberang tanpa passport, terus terbang ke Australia, sampai hari ini tetap kafir dan berada di sana.
Tahun 1998, secara terbuka dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, makin lama makim melampau, makin kurang ajar, gereja Church of our Lady Fatimah, Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.
Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya.
Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau, apa yang berlaku di DUMC, adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.
Aktiviti ini sudah berlangsung lama, hanya kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku.
Kita sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.
Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke kawasan seperti tumpuan awam, jumpa risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategic, untuk mudah orang ambil.
Saya pernah tanya budak-budak kecil apa komik ini, mereka jawab, komik kartun, dalam tu ada 76 perkataan Allah yang disalahgunakan.
Di gunakan bahasa dan gambar yang anak-anak kita akan tertarik, mereka makin biadap, makin kurang ajar.
Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita.
Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh.
Sebab itu isu ini bukan isu politik, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, ia ada kena mengena dengan orang Islam.
Ini isu kita, yakinlah jika kita tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan bayar harga yang mahal terhadap semua ini.
Sebab itu saudara-saudara, di bulan Ramadan ini, di mana umat Islan dulu sanggup berperang Badar untuk mempertahankan akidah, marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik.
Kita (ada) satu Tuhan, satu nabi, satu kitab, satu kiblat kenapa kita tidak boleh jadi satu umat.
salinan daripad: http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/transkrip-penuh-lokman-adam-ezam-dan-yb.html?m=1