Boleh?
Setuju...
Mudah cakap, perdana menteri interim ialah perdana menteri sementara.
Apabila YDA luluskan perletakan jawatan mahathir semalam maka secara automatik kita bukan sahaja tiada perdana menteri bahkan jemaah menteri ikut terbubar.
Ada yang mengatakan tindakan ini selaras dengan perlembagaan. Namun ada yang mengatakan tidak disebut dalam perlembagaan.
Demang ambik pendapat dua orang penganalisi politik iaitu Profesor Datuk Salleh Buang dan Prof Dr Hamidin Hamid.
Namun ia adalah suatu keperluan semasa.
Ngata aku la tu...
Ada sedikit perbezaaan suasana dengan 'caretaker' ketika parlimen dibubarkan bagi memberi laluan pada pilihanraya umum (PRU).
Namun fungsinya hampir sama iaitu waktu senggang ini mesti diisi bagi menguruskan pentadbiran negara.
Dari segi jangka masa, kekosongan perdana menteri semasa PRU ada tarikh tamatnya tetapi dalam kes sekarang, tiada tarikh ditetapkan.
Sementara itu mari kita lihat apakah implikasi perletakan jawatan perdana menteri semalam.
1. Jemaah menteri terbubar secara automatik.
Itu paling penting.
Seterusnya...
2. Yang Dipertuan Agong akan melaksanakan kehendak perlembagaan seperti berikut:
Perkara 43. Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.
Terlalu teknikal? Baiklah. Demang permudahkan.
Perkara 43 (1)
Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri...
Lihat pula kurungan dua:
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri
Maknanya, untuk melantik Jemaah Menteri baginda hendaklah melantik seorang perdana menteri terlebih dulu.
Maka kita sekarang menanti YDA melantik seorang perdana menteri. Beliau mestilah dari kalangan 222 ahli Dewan Rakyat atau wakil rakyat.
YDA boleh lantik siapa sahaja yang
PADA HEMAT baginda (gerak hati?)
MUNGKIN akan disokong oleh majoriti ahli parlimen (MP).
Lihat istilah PADA HEMAT dan MUNGKIN yang digunakan dalam perlembagaan itu.
Contoh mudah ialah Tun Mahathir dilantiknsebagai perdana menteri ke7 padahal beliau bukanlah ketua parti paling ramai ahli dalam parlimen.
Yang penting, YDA yakin bahawa majoriti ahlim parlimen suka dia.
Allah taala beri YDA kuasa besar di situ.
Namun jika ahli parlimen tidak suka, mereka boleh membuat usul undi tidak percaya di parlimen.
Bagaimana jika YDA tetap dengan keputusan baginda?
Ingat, YDA juga ada kuasa isytihar darurat!
Nanti Demang sembang lagi.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------