Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, March 31, 2010

Bantahan terhadap kerajaan Selangor


sila sebarkan maklumat penting ini.

satu majlis penyerahan memorandum bantahan oleh penduduk hulu selangor kepada kerajaan negeri selangor kerana menggagalkan projek UITM serendah akan dilakukan. memorandum ini dihantar kepada pejabat SUHAKAM di pejabat suhakam pada 1hb april (khamis) 2010 jam 9.30 pagi. alamatnya di tingkat 29 menara tun razak, jalan raja laut kuala lumpur.

semua rakyat,wartawan dan blogger dijemput hadir.


Sumber:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/bantahan-penduduk-hulu-selangor.html

Tuesday, March 30, 2010

I Malaysia, konsep Yahudi


Hari ini Demang rasa Anwar ada buat sedikit jasa pada negara sejak tersingkir daripada kerajaan. Teguran beliau terhadap penggunaan syarikat yang ada hubungan dengan Yahudi wajar diambil ingatan oleh kerajaan. Mana-mana Yahudi sekalipun tidak wajar diberi peluang mendekati teras negara.

Maklumat yang betul walaupun diucap oleh orang yang tak betul tetap betul. Itu pendapat Demang. Walaupun tindakan kerajaan menggunakan syarikat Yahudi dianggap lebih selamat berbanding tindakan individu meminta bantuan Amerika yang semua orang tahu dikuasai Yahudi, namun bagi Demang ia patut dihindari. Kejahatan Yahudi sudah tercatat dalam Al-Quran.

Cuma Demang berpendapat meniru pendekatan Yahudi dalam 1 Malaysia tidak ada salahnya. Bahkan peniruan suatu konsep yang terbukti berkesan adalah satu idea biasa yang hebat.

Demang ulangi, 'peniruan suatu konsep yang terbukti berkesan adalah satu IDEA BIASA yang hebat'.

Contohnya... Demang rasa tak perlulah contoh dalam perkara ini sebab tindakan meniru idea yang sudah ampuh adalah tindakan lumrah manusia di mana-mana dan merupakan kaedah paling berkesan untuk berjaya. Salah satu kebaikannya ialah ia dapat menurunkan risiko kegagalan ke paras paling minimum.

Selain itu ketika meniru sesuatu, sudah tentu kita tidak akan meniru semuanya sekali. Kita akan menyingkirkan semua kelemahan dan hanya akan mengambil yang terbaik sahaja.

Justeru Demang tambah yakin konsep 1 Malaysia akan memacu kita semua menuju Wawasan 2020 dengan lebih mantap.

Demang sempat melihat tadi pelbagai rancangan diatur kerajaan bagi membawa seluruh rakyat Malaysia menuju negara maju 2020.



foto:
logo 1malaysia jpg
219 x 405 | 9k moneyisanything.blogspot.com

Kertas ujian untuk kaum India


Masuk bulan ketiga 2010 boleh dikatakan semua sekolah sudah mengadakan ujian. Anak-anak Demang juga tidak terkecuali. Ketika Demang masuk ke bilik, putera kecil Demang sedang berdiri terkebil-kebil di hadapan ibunya. Kad berwarna biru terdampar di atas meja.

Melihat pada wajah serius isteri, Demang sudah mengagak bahawa laporan ujian pasti tidak memberangsangkan.

"Mulai hari ini, siaran kartun cuma pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itupun secara terhad. Sampai keputusan ujian memuaskan hati baru boleh bebas semula." isteri Demang menjatuhkan hukuman.

Putera Demang diam tidak berani membantah. Sepaling tidak pun, dia bersyukur kerana tidak dileter atau dimarahi. Nampaknya dia tahu kesilapannya. Si abang tiada masalah sebab masih berada dalam rangking terbaik sekolah.

Demang percaya ada ketikanya orang bersalah perlu dihukum dan kadang kala boleh dimaafkan dengan amaran.

Dalam kes tadi, ujian yang dijalankan di sekolah menunjukkan putera Demang gagal melepasi tahap yang dikehendaki. Nasib baik ada ujian. Jika tidak, kami pun tidak tahu bahawa anak kami kurang memberi tumpuan pada pelajaran.

Ujian bukan hanya berlaku di sekolah. Ujian ada di mana-mana. Bukanlah suatu yang asing bagi orang cina menguji rakan-rakan mereka dalam perniagaan. Saya pernah membaca tentang ini, lama dahulu. Contohnya dengan cara meminjam wang walaupun ketika itu tidak memerlukan wang tersebut. Sekadar menguji. Dari situ dapat diketahui adakah orang yang cuba dipinjam itu benar-benar rakan sejati yang boleh diharapkan ketika susah nanti.

Demang lihat kaum India sudah lama tidak diuji kesetiaan mereka. Dalam PRU12 ternyata mereka mengundi atas dasar untung dan rugi semata-mata. Padahal UMNO memberi mereka kerusi atas dasar setiakawan.

Sudah tiba ketikanya kita memberi kertas ujian kepada kaum India di Hulu Selangor bagi melihat adakah mereka mampu setia pada kerjasama yang dibentuk sekian lama. Lebih penting lagi adakah mereka boleh dijadikan sahabat seperjuangan?

UMNO tidak perlu bimbang. Di Hulu Selangor terdapat anggaran 50% pengundi Melayu berbanding Cina 25% dan India 19%. Kaum lain cuma sekitar 6%. Dalam amalan demokrasi di Malaysia, kaum minoriti menjadi penentu keputusan.

Kenapa? Lazimnya pengundi akan memilih calon daripada kaum sendiri sebagai wakil mereka. Namun dengan adanya parti yang bertentangan maka kaum yang menjadi majoriti cenderung terbahagi dua. Di sinilah peluang kaum minoriti mengambil kesempatan melalui penyatuan mereka. Hal ini dibuktikan berkali-kali dalam setiap pilihanraya.

Jika orang Melayu terbahagi dua iaitu 50% mengundi BN manakala 50% lagi mengundi pembangkang, masih tidak mengapa. Di sini kita akan melihat keputusan sebenar nanti. Takkanlah kita tidak dapat menarik 50% undi kaum Cina. Maka di sinilah undi kaum India menjadi penentu. 60% daripada undi kaum India sudah cukup bagi memberi kemenangan pada calon UMNO.

Jika BN kalah di Hulu Selangor, bermakna kaum India gagal dalam ujian kesetiaan ini!

Bagaimana jika UMNO kalah? Apa nak disusahkan. Kalau 10 kali kalah pun, UMNO masih kekal sebagai pemerintah. Yang penting kita sudah ada bukti bahawa kaum India tidak boleh dibuat kawan.

Kaum India tidak ada satupun kawasan majoriti di Malaysia. Selama ini ia bergantung pada UMNO. Jika UMNO tidak memperdulikan MIC, mereka boleh mengadu pada DAP atau PKR. Bahkan mereka boleh menyokong PAS. Silakan. Lihatlah bagaimana mereka di layan nanti oleh parti-parti tersebut.

Demang percaya. Setelah mengalami sendiri nasib buruk berada di bawah PR, orang India akan kembali berkawan dengan UMNO.

Demang bukan nak bermusuh dengan kaum India tetapi mahu mereka memperbetul semula niat bersahabat dengan orang Melayu yang begitu terkenal dengan semangat setiakawan mereka.

Demang yakin, setelah lulus ujian kesetiaan ini MIC akan lebih dihargai dalam BN.

Monday, March 29, 2010

BN akan kecundang di Hulu Selangor


Baru sahaja Demang tulis yang BN akan menang di Hulu Selangor, hari ini tajuknya sudah berubah. Kenapa?

Dalam PRU12 BN meletakkan calon MIC di Hulu Selangor walaupun kaum India bukanlah majoriti pengundi di situ.

Malah bukan rahsia lagi betapa tidak ada satupun kawasan parlimen di Malaysia yang majoritinya pengundi India. Namun atas dasar tolak ansur maka UMNO memberi laluan kepada kaum India meletakkan calon mereka samada MIC mahupun PPP di kawasan yang dikuasai pengundi Melayu.

Sudah tentu UMNO bukan setakat meletakkan calon India di situ bahkan bertungkus lumus berkempen bagi memastikan calon tersebut menang.

Bukan mudah meminta dan memujuk pengundi Islam memilih bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Namun atas dasar tolak ansur dan kerjasama maka orang Melayu sanggup berkorban. Hal yang sama juga berlaku di Sungai Siput iaitu Samy Vellu diberi peluang selama TUJUH PENGGAL oleh pengundi Melayu di situ.

Ciri utama sesuatu kawasan yang diberi kepada calon India ialah ia merupakan kubu kuat UMNO!

Namun alangkah sedihnya apabila dalam PRU12 yang lalu majoriti pengundi India menyokong calon pembangkang (PKR/DAP/PAS). Bahkan Di Perak, MIC kalah di semua kawasan DUN mengakibatkan BN gagal membentuk kerajaan negeri dalam pusingan pertama. Mujur ada pusingan kedua.

Penolakan masyarakat India terhadap UMNO bukan rahsia lagi. Begitu juga majoriti masyarakat Cina. Itulah faktor kenapa BN kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU12. Orang Melayu sudah semakin sedar dengan realiti ini. Orang Melayu sudah faham bahawa UMNO tidak kalah dalam PRU12 sebaliknya dikhianati. BN disabotaj.

Maka Demang amat khuatir gerakan besar-besaran menolak calon India akan belaku sebagai protes dan akan bermula di Hulu Selangor.

Demang tidak bercakap kosong atau sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Bahkan jika dilihat posting Demang sebelum ini meramalkan BN akan menang di Hulu Selangor. Maksudnya, artikal ini bukan pendapat Demang sebaliknya ditimbulkan rakan-rakan yang merupakan pemerhati politik tanahair. Lebih dari itu, ia adalah hasrat orang Melayu sebagai respon kepada pengkhianatan rakan kongsi mereka.

Namun Demang masih yakin BN akan menang di Hulu Selangor dengan syarat calonnya mestilah daripada UMNO sebab majoriti pengundi di situ adalah orang Melayu.



foto sekadar hiasan:
achi siruvanur india
suhellyeah flickr.com

Keputusan pemilihan MCA


Presiden:
Chua Soi Lek (901),
Ong Ka Ting (833),
Ong Tee Keat (578);

Timbalan Presiden:
Liow Tiong Lai (1,171),
Kong Cho Ha (1,106).

Pemenang jawatan naib presiden MCA
Ng Yen Yen (1,528),
Donald Lim Siang Chai (1,469),
Chor Chee Heung (1,202),
Gan Ping Sieu (1,202).

Demang ucap tahniah pada yang menang. Semoga tiada agenda tersembunyi di sebalik keputusan ini.

Sumber:
BH 28/03

foto sekadar hiasan:
img 0824a JPG
1025 x 768 | 228k blog.kinrara.org

Saturday, March 27, 2010

PAS cadang kalimah Allah untuk semua agama


Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS menyokong cadangan Presiden PAS agar perkataan 'Tuhan' pada Rukunegara ditukar kepada 'Allah'. Menurut beliau istilah tersebut memang telah disebut oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kaum mahupun agama ketika menyanyi dan sebagainya.

Termenung sejenak Demang memikirkan betapa liberalnya PAS hari ini. Malah Tuan Ibrahim menyebut bahawa cadangan Presiden tersebut pasti disokong oleh seluruh ahli PAS. Sekali lagi Demang termenung. Benarkah semua ahli PAS begitu fanatik hingga menerima apa sahaja cadangan Mr Presiden tanpa periksa? Bila masanya Tuan Ibrahim meminta pendapat semua ahli PAS? Demang pun ahli PAS juga.

Dalam pada itu Demang memuji niat dan usaha PAS untuk 'mengIslamkan' seluruh warganegara Malaysia. Namun adakah dengan menggunakan 'Allah' bagi merujuk pada semua Tuhan itu suatu permulaan yang baik untuk mereka beriman pada Tuhan sebenar?

Apa maksud "La ila haillAllah?" adakah kita akan mengucap semula sebagai "Tiada Allah yang berhak disembah melainkan Allah"?itukah terjemahan yang na kita ajarkan pada anak-anak kita?

Apabila cadangan Presiden PAS diterima, apakah yang akan dijawab oleh anak Ah Seng jika ditanya "Siapa Allah?" Bagaimana dengan meja dan colok berasap yang ada dalam rumahnya? Mahu di'Allah'kan jugakah?

Apa pula jawapan anak Robert atas soalan yang sama? Mahukah dia terima yang Allah adalah esa dan tiada lagi Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus? Atau akan disebut 'Allah Bapa', 'Allah Anak', dan 'Allah Roh Kudus'?

Apa pula yang akan dijawab oleh anak-anak kita apabila melintas kuil Hindu yang terdapat beraneka berhala di atasnya? Apakah yang akan diistilahkan pada patung-patung tersebut?

Ya. Memang berhala. Itu bagi kita. Namun bagi mereka? Itulah Tuhan mereka. Jika mengambil cadangan PAS tersebut maka semua berhala yang sebelum ini dianggap tuhan akan mendapat status 'Allah'.

Kacau, memang kacau. Itulah sebabnya terdapat ulama silam yang dihukum pancung oleh khalifah kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Malangnya saki baki pengikutnya menuduh khalifah zalim padahal tanggungjawab khalifah atau pemerintah ialah mengelakkan rakyat keliru dan berpecah belah.

(Topik ini ditulis berdasarkan HarakahDaily hari ini iaitu 27 Mac 2010)

Friday, March 26, 2010

PKR sukar kekalkan Hulu Selangor


Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di kediamannya di Kajang jam 9.27 malam ini.

Setahu Demang Allahyarham merupakan MP PKR dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis (+-200 undi) mengatasi calon BN daripada MIC.

Walaupun Demang tidak menetap di Selangor namun oleh kerana ibu bapa berada di sana, agak kerap juga Demang ke negeri itu. Malah kaum kerabat Demang memang ramai di Selangor. Maklumlah, datuk Demang yang pernah menjadi kadhi di Kuala Selangor mempunyai empat isteri. Maka ramailah bapa dan emak saudara sehingga Demang pun tidak pasti bilangan mereka. Namun tidak kurang 30 orang di sebelah bapa dan 10 orang di sebelah ibu.

Agak-agaknya berapa ramai sepupu Demang di Selangor?

Demang bukan nak bercerita tentang kaum kerabat Demang namun dari perbualan Demang dengan beberapa orang bapa saudara, mereka sudah serik dengan PKR di Selangor.

Malah ada yang berterus terang mengaku tersilap kerana memberi peluang PKR menjahanamkan Selangor.

Demang lihat peluang PKR untuk kekal di kawasan tersebut memang sulit apatah lagi dalam keadaan sekarang.



foto sekadar hiasan:
pkr jpg
550 x 828 | 93k megaobzor.com

Thursday, March 25, 2010

Anwar vs Saiful Antara Dua Darjat


Para peguambela Anwar dijadual akan menyoalbalas pengadu, Mohd Saiful mulai 10 Mei 2010 berikutan dakwaan pemuda tersebut bahawa beliau diliwat Anwar tanpa kerelaan.

Penetapan tarikh tersebut dibuat mengambil kira kesibukan peguam beliau iaitu Karpal Singh yang perlu mengendalikan kes bunuh. Maklumlah, peguam hebat dan terkenal.

Selepas ini, samada menang atau kalah nama Karpal akan semakin popular dan kelebihan itu akan ditumpang oleh anak-anak beliau yang sedang membina nama dalam bidang guaman – suatu bidang yang menghasilkan pendapatan lumayan.

Hal ini berbeza dengan pihak pendakwa yang tidak begitu dikenali dan sama status dengan pegawai kerajaan sahaja.

Kehebatan peguambela tersebut setanding pula dengan orang yang didakwa iaitu seorang yang pernah memegang kuasa kedua tertinggi (eksekutif) di Malaysia. Beliau juga dikatakan antara pemimpin berpengaruh di dunia serta mempunyai hubungan intim dengan para pemimpin negara asing, terutama Amerika. Justeru salah satu alasan mahkamah melewatkan (bukan meliwatkan) perbicaraan ialah bagi memberi ruang untuk tertuduh VIP tersebut menghadiri sidang parlimen seperti biasa.

Alangkah jauhnya jarak darjat Saiful yang cuma seorang anak muda biasa yang gagal menamatkan pelajaran di universiti. Bahkan sebelum ini hanya menjawat jawatan pembancuh kopi.

Adakah kerana itu maka pelbagai keistimewaan diperolehi oleh Anwar dalam kes ini?

Alangkah malangnya menjadi Saiful.

Wednesday, March 24, 2010

muslihat PKR terbongkar lagi


Penat Demang bagi penerangan ke sana-sini tentang pelbagai fitnah dan tohmahan yang ditimbulkan pembangkang. Akhirnya perkara sebenar terbongkar jua.

"Apabila datang yang haq maka yang bathil gugur dengan sendirinya"

Kali ini Demang malas nak mengulas perkara yang sama berkali-kali. Justeru, Demang kutip tulisan Dr Novandri untuk kita baca sama-sama.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi mangsa fitnah membabitkannya.

“Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.

“Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terbabit…(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, hari ini.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Katanya, beliau bersedia untuk disoal siasat tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.

“Sebab bila kita buat laporan polis, nanti benda tu jadi ‘public’ dan ada orang yang akan aib…ada mangsa-mangsa ini tak mahu diaibkan. Jadi pendekatan Islam ialah jangan aibkan orang tapi selesaikan masalah itu,” katanya.
Ditanya mengenai jenis ganjaran besar yang ditawarkan kepadanya, Zulkifli berkata: “Tawaran boleh dalam pelbagai bentuk, tak semestinya duit…macam-macamlah.”

Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar Dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.

“Kita ada etika, benda yang kita tak cakap dalam Parlimen, kita tak cakap di luar (Parlimen).

“Saya juga tak bercadang nak dedahkan macam Datuk Zahrain (Ahli Parlimen Bayan Baru), mungkin dia berasa dia perlu dedahkan, saya kira peringkat ini tak perlulah saya nak dedahkan,” katanya.

Minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pendedahan mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 September 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan tersebut, Zulkifli berkata: “Boleh tidur aman la, malahan saya rasa satu beban dah lepas, terutama yang pasal PM dan Nazri.”

Tuesday, March 23, 2010

pemimpin datang dan pergi

Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi tadi setelah lama uzur. BH 23/03: Bernama.

Seingat Demang beliau pernah memegang portfolio menteri pendidikan.

"Dia lah yang menyampaikan sijil perguruan pada akak dulu," spontan komen GPK Demang apabila Demang maklumkan berita di atas.

Ah, pemimpin datang dan pergi. Apapun Allahyarham sempat memberi sumbangan besar terhadap negara.

Bagaimana dengan kita?

Al-fatihah.

Monday, March 22, 2010

menakhoda zaman


Foto di atas adalah antara kata-kata motivasi yang terdapat di sekolah Demang.

Kenapa ia berada di situ? Kerana itulah harapan kita semua. Justeru diletakkan di situ agar anak-anak yang merupakan penerus generasi kita sentiasa bersemangat meneruskan perjuangan. Bahkan sebenarnya itulah hasrat dan impian mereka.

Demang fikir sudah tiba masanya, iaitu hari ini untuk semua rakyat Malaysia menyokong usaha DS Najib dan kepimpinannya melangkah maju ke depan membawa negara ke persada antarabangsa. Kitalah pemain global yang bakal menakhoda zaman.

Jika tidak dapat membantu secara proaktif, sekurang-kurangnya tidak menjadi pengacau. Setidak-tidaknya, jangan dirosakkan impian rakyat Malaysia yang majoritinya memberi mandat pada kerajaan yang memerintah.

Friday, March 19, 2010

Isu liwat: Pandangan Yusuf Qaradawi

Demang tertarik dengan bahan edaran yang dibuat pihak tertentu yang Demang terima baru-baru ini. Bahan bercetak yang disandarkan pada temubual dengan tokoh Maal Hijrah tersebut ditulis dalam bahasa Melayu dan disebar secara meluas, termasuk videonya.

Setelah membaca keseluruhan teks tersebut Demang tidak bermaksud membantah, terutama hadis dan ayat Quran yang dibacakan beliau.

Cuma persoalannya, adakah Sheikh Yusuff pernah bertemu Saiful dan mendengar pengakuan anak muda tersebut pula?

Sebagai seorang yang dianggap ulama besar beliau seharusnya dilihat bersikap adil oleh khalayak, termasuk masyarakat bukan Islam yang suka mencari kelemahan ummat Islam. Tindakan mendengar maklumat daripada sebelah pihak boleh mengurangkan rasa hormat orang pada beliau. Dengan kata lain kredibiliti beliau akan tercalar dan terjejas.

Walau bagaimanapun Demang bersetuju dengan nasihat beliau agar kita tidak terjebak dengan budaya fitnah-memfitnah, terutama terhadap pembesar dan pemimpin. Memang sepatutnya kita menjaga nama baik pemimpin dan tidak menghebahkan keburukan mereka. Demang harap semua pihak samada penyokong kerajaan atau pembangkang mematuhi nasihat beliau itu.

Sementera itu kita (termasuk Al Qaradawi) perlu sedar bahawa Saiful terkecuali dalam masalah ini. Hal ini kerana beliau bukan pembuat fitnah sebaliknya beliau membuat laporan sebagai orang yang terlibat dalam perbuatan liwat tersebut.

Jika nak diambil contoh di zaman Rasulullah SAW, lihatlah bagaimana seorang lelaki yang datang kepada Baginda dan mengaku pernah berzina. Adakah Baginda meminta lelaki tersebut mengemukakan empat orang saksi?

Persoalan yang sepatutnya diajukan ialah adakah Saiful melakukan secara sukarela ataupun dipaksa? Yang penting Saiful mengaku sudah melakukannya, bahkan dengan cara bersumpah.

Demang baca dari awal hingga akhir edaran tersebut dan tidak terjumpa satu perkataan pun yang membuktikan Anwar tidak bersalah. Yang ada ialah anjuran agar tidak menghebahkan keaiban pemimpin walaupun ia benar-benar berlaku.

Demang juga tidak terjumpa ayat yang menunjukkan Anwar bersumpah di depan Yusuff Al Qaradawi bahawa beliau tidak melakukan perbuatan tersebut.

Jadi, bagaimana ulama tersebut begitu yakin yang Anwar 'bersih'?

Kesimpulan Demang ialah tokoh Maal Hijrah tersebut telah dieksploitasi oleh lelaki licik tersebut dan kenyataan beliau dimanipulasi bagi kepentingan pihak berkenaan.

Thursday, March 18, 2010

tangkap sipenderhaka itu


"V Sivakumar dakwa masih Speaker DUN Perak, keluar notis kepada hanya 54 Adun untuk hadiri sidang 30 Mac dan tegaskan Zambry masih digantung". BH 18/03.

Demang fikir sudah-sudahlah melayan kerenah penderhaka itu. Sudah terang dia melanggar keluhuran perlembagaan negara kita yang berdaulat ini.

Pertama, Ketua Negara adalah Yang DiPertuan Agong. Di bawah baginda terdapat tiga kuasa yang masing-masing tidak boleh merentasi antara satu dengan lain.

Bidang kuasa eksekutif diketuai PM dan seluruh jentera kerajaan termasuk pegawai kerajaan. (anehnya masih terdapat pegawai kerajaan yang menentang kerajaan).

Parlimen berada dalam bidang kuasa yang dipanggil legislatif dan di dalamnya mengandungi dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di situlah tempat rakyat bersidang.

Seterusnya ialah bidang kuasa pengadilan yang di dalamnya Ketua Hakim Negara, mahkamah dan sebagainya.

Semua negeri yang bersekutu mengikrarkan taat setia pada satu sistem iaitu Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

Itu sedikit fakta berkenaan negara kita.

Soalan pertama Demang: Jika raja berada di atas sekali yang memayungi seluruh kuasa di bawahnya, maka di mana Sivakumar?

Soalan kedua Demang: Jika mahkamah yang memutuskan Zamri sebagai MB Perak itu berada dalam bidang kuasa 'Pengadilan' yakni tidak boleh dipertikai oleh mana-mana kuasa lain (kecuali YDA), maka siapa Sivakumar?

Jawapan bagi soalan pertama Demang ialah: "Siva sepatutnya sudah dihantar ke Kamunting dengan tiket ISA".

Manakala jawapan kepada soalan Demang yang kedua ialah: "Siva adalah seorang waris pendatang yang tidak mengenang budi".

Justeru Demang sarankan suatu tindakan yang bersesuaian wajar diambil serta merta sebelum keadaan menjadi gawat dan diambil kesempatan oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Foto sekadar hiasan.

Tuesday, March 16, 2010

adakah anda mahir?

Dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti sekolah, Demang singgah di medan selera di sebuah pekan dalam negeri Selangor.

Demang memesan bihun goreng, isteri Demang memesan kueteow, manakala anak-anak memesan sate ayam. Demang turut memesan sate untuk dibawa pulang.

Sambil menunggu bihun, tangan mencapai sate. Terasa liat sedikit sate ayam tersebut. Rasanya pun agak masin.

"Dah kenyang la papa," kata anak Demang setelah bersusah payah menghabiskan 2 cucuk sate. Padahal dia lah yang mengadu lapar sebentar tadi.

Sebentar kemudian kueteow untuk isteri Demang dihidangkan.

"Lebih baik abang beritahu tukang masak supaya bawang goreng tidak dicampurkan sebab liat dan tak sedap." kata isteri Demang setelah menjamah makanannya.

Belum sempat Demang bangun, bihun sudahpun siap. Maka Demang cepat-cepat mengais bawang goreng ke tepi.

Bagi Demang, bihun goreng adalah masakan yang paling mudah disediakan. Demang memang sukakan bihun goreng. Sesekali Ibu Demang menggoreng bihun dengan rencah ikan bilis yang ditumbuk sahaja. Kini anak-anak Demang juga amat gemarkannya dan isteri Demang dengan cepat mempelajarinya.

Namun bihun yang Demang makan ini kurang enak. Malah terasa masin sedikit. Demang tanyakan pada isteri dan beliau juga tidak berpuas hati dengan kueteownya.

Terus terang, Demang memang kecewa dengan makanan yang disediakan. Bagi Demang, kalau nak berniaga makanan biarlah tahu memasak atau mempunyai tukang masak yang memang mahir dalam bidang masakan.

Kalau tak tahu memasak dan tiada tukang masak, jangan buka restauran. Bukalah kedai pakaian, kedai buah-buahan dan lain-lain. Kalau tidak mahir berniaga, lebih baik makan gaji. Dengan itu pelanggan tidak teraniaya.

Dalam bidang lain juga begitu. Terdapat ramai yang melakukan kerja yang di luar kemahiran mereka. Contohnya dalam bidang politik. Bukan semua orang boleh berpolitik. Terutama guru agama. Golongan tersebut biasanya agak 'lurus' dan mudah ditipu. Itu sebabnya PAS tidak sedar walaupun sedang ditipu oleh rakan-rakannya.

Oleh kerana golongan tersebut lurus bendul, maka mereka mudah serik apabila ditipu. Itulah yang berlaku pada PAS. Pengalaman 'dianiaya' oleh pemimpin UMNO terdahulu menyebabkan mereka menghukum semua orang walaupun kejadian tersebut sudah berlalu kira-kira 30 tahun!

Bagi Demang, kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu menunggu PAS tersedar sendiri kerana ditipu dan dieksploitasi PKR dan DAP.

Kepada anda yang mempunyai ilmu agama, mari kita bantu UMNO memimpin kira-kira 53% rakyat yang beragama Islam ini memajukan diri mereka agar setanding dengan kaum lain.

Hudud? Percayakah anda bahawa DAP dan PKR akan membantu PAS melaksanakan hudud di negara ini? Kalau anda kata anda percaya maka anda juga termasuk dalam golongan yang lurus bendul dan sedang ditipu oleh kafir harbi tersebut.

Friday, March 12, 2010

pembangkang jadi pegawai kerajaan


Pagi ini, Jumaat, sekolah Demang mengadakan sambutan Maulidurrasul. Ada sedikit perarakan, bacaan Yaasin, dan persembahan nasyid.

Setelah selesai, Demang memasuki pejabat dan pembantu pejabat menyerahkan wang pungutan derma khas sambutan hari guru 2010.

"Ada beberapa orang yang belum bayar. Err... Sebenarnya diorang tak nak bayar." pembantu itu melaporkan.

"Protes le tu." Sahut Demang.

Tanpa melihat senarai tersebutpun Demang sudah dapat mengagak siapa yang enggan membayar yuran tersebut. Bukan banyakpun; cuma RM3 untuk setahun. Apabila Demang menyemak, memang betul kedua-dua guru lelaki tersebut adalah orang sama dengan yang ada dalam kotak fikir Demang.

Demang ingin anda meneka pula. "Bagaimana pendirian politik mereka?"

Betul. Mereka memang menyokong parti pembangkang. Tanpa mendengar jawapan anda pun Demang boleh meneka.

Cikgu yang seorang tu, belum lah begitu lama menjadi guru di sekolah kerajaan. Anak seorang bekas polis. Mungkin beliau tak cukup duit untuk bayar RM3 tu.

Seorang lagi, berstatus ustaz. Pada PRU 12 yang lalu terserempak dengan Demang sedang berarak mengiringi calon PAS ke pusat penamaan calon. Nak kata tak ada duit, mampu pula membeli kereta import. Sebenarnya dia tidak begitu faham maksud patriotisme dan tidak tahu ke mana wang yang dibelanjakannya beredar.

Sebenarnya ia berpunca pada mentaliti. Sayangnya tindakan mereka itu pasti akan menjejas prestasi perkhidmatan mereka sendiri. Demang tak rugi apa-apa jika mereka enggan membayar. Hari ini Demang akan serahkan pada pihak berkenaan dan sediakan sedikit laporan. Itu tugas Demang dan jangan nak marah pulak nanti.

Inilah masalahnya apabila pegawai kerajaan menyokong pembangkang. Itu sebabnya kerajaan Selangor mewajibkan semua kakitangannya menyokong kerajaan negeri Selangor.

Demang rasa kerajaan pusat perlu belajar daripada Khalid cara menggunakan kuasa.

Thursday, March 11, 2010

Nik Aziz berdendam?

Semalam, Ulama tersohor Islam, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, 81, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika lawatan ke Riyadh, Arab Saudi. Demikian sumber AFP.

Demang bukan nak mengulas tentang riwayat hidup beliau ataupun cara kematian yang agak mengejut. Banyak blog lain telah membuat liputan serta ulasan mengenainya semalam. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Bahkan, apa yang nak Demang tuliskan di bawah tidak ada kena mengena dengan ulama tersebut. Cuma kebetulan Demang masukkan dua perkara dalam satu 'posting'.

Sememangnya ulama adalah pewaris anbiya. Tak kira di mana mereka berada. Namun ulama tidak sempurna, apalagi maksum. Ulama boleh sahaja melakukan kesilapan.

Namun kelemahan ulama tidak perlu diperbesar-besarkan. Begitu juga kelemahan pemimpin.

Nik Aziz yang dikatakan bertaraf ulama mengatakan tidak boleh menjalin hubungan dengan UMNO kerana pernah ditipu UMNO suatu ketika dulu.

Adakah Nik Aziz yang dianggap seorang ulama membuat pendirian yang betul dalam hal ini?

Untuk makluman, UMNO bukanlah nama orang sebaliknya sebuah pertubuhan yang pemimpin dan ahlinya bersilih ganti. Jadi, apa yang Nik Aziz takutkan? Ataukah itu yang dinamakan dendam?

Adakah kita perlu ikut semua pendapatnya hanya kerana beliau distatuskan sebagai ulama?

Wednesday, March 10, 2010

Mazlan Aliman ditangkap


Demang membaca berita dalam HarakahDaily dengan dahi berkerut; kebetulan orang dalam gambar di sebelah juga sedang berkerut dahinya. Pening kepala agaknya.


Siapa Mazlan Aliman? Keterangan selanjutnya memberitahu bahawa beliau adalah ketua persatuan anak peneroka atau ANAK.

Sekali lagi dahi Demang berkerut. Namun Demang rasa wanita di bawah lebih banyak kerut dahinya. Kasihan, Kak Wan. Sepatutnya dalam usia begini beliau berehat di rumah bermain dengan cucu atau kucing setelah sekian lama berkhidmat di hospital atau klinik sendiri. Sudahlah perkahwinan tidak direstui ibu bapa sendiri, suami pula macam-macam hal.

Barangkali inilah bahana kahwin lari.



ANAK? Teringat pula lagu sekitar 80an nyanyian Freddy Aguilar.

Demang segera menghubungi sahabat-sahabat di NS dan Pahang yang serupa dengan Demang iaitu anak peneroka Felda. Mereka juga rupa-rupanya tidak begitu mengenali Mazlan yang mendakwa ketua anak peneroka itu. Kalau ketua tak kenal anak buah, itu memang lazim. Namun dalam kes ini ketua yang tak dikenali oleh 'pengikut', apa hal?

Kebetulan, Demang dapati blogger Aspirasi Bangsa juga turut mempersoalkan kewajaran Mazlan Aliman sebagai wakil anak Felda. Bahkan siasatan Demang mendapati pertubuhan tersebut tidak pernah didaftarkan atau diaju pendaftarannya pada kementerian.

Walau bagaimanapun Demang ucapkan tahniah kepada bung Mazlan kerana berjaya memprovokasi pihak berkuasa sehingga ditahan. Penahanan tersebut amat penting kerana ia menjadi modal politik bagi meletakkan nama sebaris dengan pejuang yang pernah ditangkap.

Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Demang tujukan lagu ANAK ini kepada Mazlan dan rakan-rakannya:

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia


Demang rasa Mazlan memang sesuai jadi Presiden ANAK tersebut, sesuai dengan lirik lagu di atas.

foto hiasan:
Anwar Ibrahim jpg
minaq-jinggo.fotopages.com
moment anwar 0908 jpg


Lirik:
http://www.liriklagu.com/liriklagu_ei/FreddyAguilar_Anak.html

Tuesday, March 9, 2010

Hj Hadi tolak janda?


Dalam kontaks munakahat, YB Zulkifli Nordin dan rakan-rakan beliau sudah dikira janda. Janda PKR.

Yang mana janda berhias dan yang mana janda biasa? Maaf, Demang sekadar bergurau. Yang sudah berumur tidak semestinya bukan janda berhias dan yang muda belum tentu layak bergelar janda berhias.

Kalau dilihat pada populariti, YB Zul boleh lah dianggap janda berhias. Tak kisahlah 'berhias' itu merujuk pada wajah dan tubuhnya atau 'berhias' dari segi barang kemas dan harta yang dimilkinya.

Pendek kata, sesiapa yang berjaya menambat hati dan memiliki YB Zul memang beruntung.

Aset pertama YB Zul ialah kerusi parlimen yang disandangnya. Kalau UMNO berjaya memikat MP tersebut maka bertambahlah sebuah lagi kerusi kerajaan BN.

Aset kedua YB Zul ialah isu yang sedang dibawanya yang menjadikan beliau wira rakyat. Isu pertama ialah pembongkaran strategi mubaligh kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bagi menyusup jarum fahaman ke minda anak-anak orang Islam di negara ini.

Tindakan segelintir penganut kristian itu bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan yang dipersetujui bersama malah menaikkan suhu sensitiviti rakyat.

Isu kedua ialah pendedahan beliau bahawa terdapat usaha terancang untuk mengaktifkan ideologi sosialis di tanah air kita. Lain kali Demang perincikan perkara ini.

Kedua-dua isu yang sepatutnya diberi perhatian oleh semua pemimpin tanpa mengira fahaman parti itu rupa-rupanya tidak disenangi beberapa pihak dalam PKR. Justeru YB Zul yang sepatutnya diberi ucapan tahniah menerima nasib sebaliknya. Bahkan beliau disingkir oleh rakan-rakan yang sepatutnya menyokong perjuangan Islam tersebut.

Apabila YB Zul tersebut dicerai oleh Anwar, maksud Demang PKR, Demang sangka Hj Hadi atau PAS lah yang akan melamarnya.

(Kebetulan dalam politik tidak ada tempoh edah. Semalam berpisah, pagi ini dah boleh ijab dengan pasangan baru. Tapi jangan serentak. Itu khianat namanya. Dah ramai yang dibunuh kerana bermain kayu tiga).

Namun PAS tidak tergamak mengahwini janda sahabat sendiri. Demang tidak pasti kenapa. Barangkali perbuatan tersebut dilihat tidak bermoral atau kurang manis. Seolah sebelum ini PAS memang kemaruk pada 'kepunyaan' sahabat sendiri dan berharap dapat memilikinya suatu hari nanti. Barangkali PAS takut dituduh berdoa supaya sahabatnya cepat mati!

Namun bagi Demang, ini bukan soal nikah-kahwin, janda atau anak dara! Hal ini berkaitan perjuangan menegakkan kebenaran menggunakan sumber-sumber dan kaedah yang BENAR. Bukan meletakkan sasaran dan berusaha mendapatkannya tanpa memperdulikan hak atau bathil.

YB Zulkifli Nordin telah mendedahkan dengan lengkap termasuk bukti bahawa penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian bertujuan memalingkan akidah ummat Islam di negara ini.

Lebih merbahaya lagi, sasaran dakyah mereka ialah kanak-kanak di sekolah rendah dan ke bawah. Mereka mengumpan kanak-kanak dengan makanan ringan, mainan kecil, dan komik kartun secara percuma.

Mereka tidak mengatakan Tuhan itu tidak ada. Bahkan mereka mengakui bahawa Tuhan sebenar bernama Allah. Ia sejajar dengan kefahaman asal anak-anak muslim bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah. Pada peringkat awal, mereka tidak menafikan Muhammad Rasulullah. Cuma, meraka tidak menyebut tentang Rasululullah. Ia bukan sesuatu yang tidak disengajakan.

Mereka menggunakan kaedah amat halus sehingga ibu bapa tidak sempat mengesan pemesongan akidah anak mereka sehinggalah kanak-kanak itu akil baligh dan memohon pertukaran agama menjelang dewasa!

Pada masa itu nasi sudah menjadi bubur.

Memang perlembagaan negara kita melarang sama sekali orang Islam menukar agama tetapi malaikat di dalam kubur tidak memerlukan surat JAKIM bagi menghumban anak orang Islam (nauzubillah) ke dalam neraka.

Nampaknya PAS mengkesampingkan itu semua demi menjaga hati dan perasaan rakan-rakan pembangkangnya.

Demang fikir Nik Aziz juga perlu menjalani proses pemulihan akidah sebagaimana para pemimpin Al Arqam suatu ketika dulu. Lagipun Demang rasa Ustaz Ashaari lebih hebat daripada Murshidul Am PAS itu.

Malah, ramai ulama Syiah lebih hebat ilmunya berbanding ulama dalam PAS. Namun itu tidak menghalang mereka daripada terbabas!



foto sekadar hiasan.

Monday, March 8, 2010

Saya Anak Malaysia


Pembantu stesyen petrol menggawang tangan memberi isyarat agar Demang mengundurkan kereta dan memasuki pam melalui sebelah kanan. Sebenarnya Demang terlupa kedudukan tempat pengisian petrol kereta yang Demang pandu itu.

"Itulah, banyak sangat kereta sampai lupa." pembantu pam itu menegur secara berseloroh."

"Sebenarnya kereta ni guna NGV. Jarang guna petrol". Sahut Demang sambil ketawa kecil.

Perbualan tersebut seolah-olah kami sudah saling mengenali padahal itulah kali pertama Demang menjejaki pekan kecil di negeri yang beradat Pepatih itu. Sudah tentu pekerja tersebut hanya serkap jarang apabila berkata 'banyak sangat kereta'.

Sebenarnya tidaklah banyak. Cuma Demang suami isteri masing-masing mempunyai kereta bagi memudahkan ke tempat kerja. Selain itu jika Demang ke luar kawasan, orang rumah tidaklah 'patah kaki'.

Terkaan pekerja stesyen tadi mudah mengena kerana dia berkata berdasarkan kelaziman rakyat Malaysia yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta.

Demang teringat ketika bersekolah dulu Demang biasa mendengar cerita tentang Brunei. Kata orang, setiap keluarga di Brunei mesti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta. Wah, hebatnya Brunei. Sedangkan ketika itu di kampung Demang yang mengandungi lebih 300 keluarga, jumlah kereta sekitar 30 buah sahaja (anggaran nisbah 1 kereta 10 rumah).

Hari ini bukan sahaja setiap keluarga di negara kita memiliki kereta, malah lebih daripada sebuah. Bukan itu sahaja, ramai kalangan kita yang menjadikan aktiviti menukar kereta sebagai suatu hobi. Walaupun Demang tidak termasuk golongan itu namun sejak 1995, Demang sudah 7 kali membeli kereta (purata sekali setiap dua tahun!).

Anehnya, ada rakyat Malaysia yang kata kerajaan tak buat apa-apa sepanjang tempoh 50 tahun merdeka!

foto
malaysia 1 jpg
wettsteinreisen.ch

rayuan Anwar ditolak lagi


Sebentar tadi Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Anwar Ibrahim bagi mengisytihar pemecatannya sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 1998 sebagai tidak sah. (BH SMS)

Sebenarnya Demang pun tak perasan permohonan Anwar tersebut. Bukan sahaja tak perasan malah sedikit terkejut. Bagi Demang permohonan tersebut tidak munasabah sama sekali. Nampak sangat Anwar kehabisan modal.

Takkanlah Anwar secetek itu pengetahuannya tentang undang-undang? Ke mana perginya para penasihat undang-undang serta peguam berkalibernya? Atau Dr Mahathir dulu tidak mengingatkan Anwar bahawa lantikan sebagai TPM bukanlah kewajipan seorang PM?

Setahu Demang PM berhak melantik atau tidak melantik seseorang Timbalannya. Selain itu PM juga berhak membentuk seberapa banyak kabinet serta menentukan menteri beliau.

Demang tahu Anwar dan para penasihat beliau bukan bodoh. Kalau bodoh takkan lah dipercayakan menjadi TPM dan menteri kewangan. Demang juga bukanlah bodoh mempertikai permohonan Anwar. Kalau Demang bodoh, hakim mahkamah tadi bodohlah juga kerana mempunyai pendapat yang sama dengan Demang.

Demang nak ulang kata-kata orang yang arif dengan perundangan bahawa undang-undang perlu dilihat pada semangatnya bukat setakat membaca yang tertera. Justeru pemecatan Anwar adalah relevan.

Persoalan tentang kenapa Anwar membantah mudah sahaja. Orang yang sedang lemas akan mencapai apa sahaja, hatta seketul tahi yang sedang terapung. Jadi tak perlulah kita kata dia bodoh kerana memegang najis itu.


foto:
shit jpg
mysurface.byexamples.com

Sunday, March 7, 2010

impian kesejahteraan kaum cina

Sebentar tadi Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-56 dengan kehadiran lebih 200 perwakilan dan 19 ahli CC.

Demang ucapkan selamat bermesyuarat. Muafakatlah baik-baik sesama kaum dan cari jalan terbaik untuk menambah kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Demang doakan semua perwakilan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan perjuangan. Terlalu banyak nikmat yang telah kaum Cina kecap daripada kekayaan dan kemakmuran negara.

Demang katakan tadi bahawa berbincanglah sesama kaum. Bersatu dalam kaum sendiri jangan dianggap sebagai bersifat perkauman. Bahkan membantu kalangan kaum sendiri juga bukan sifat rasis yang patut dicemuh.

Cuma, dalam usaha membela kaum sendiri kita perlu sedar bahawa bukan hanya kaum kita yang menghuni negara ini. Kaum-kaum lain ada hati dan perasaan mereka yang tersendiri. Mereka juga ada kehendak dan keperluan yang mahu dipenuhi.

Bantulah orang lain mencapai keinginan mereka nescaya orang lain pula akan membantu mencapai impian kita.

Saturday, March 6, 2010

Penyingkiran Zulkifli suatu konspirasi?

Akhirnya perkhabaran yang tidak begitu mengejutkan Demang tiba jua. Cuma yang Demang tidak menyangka ialah beliau dipecat, bukannya keluar dengan rela. Yang Demang maksudkan ialah berita berikut:

"BH 06/03: Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi pecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, dan didesak kosongkan kerusi Parlimen."

Masih Demang ingat 10 tahun dahulu Anwar dibacakan satu senarai pertuduhan dan diminta penjelasan di hadapan barisan kepimpinan tertinggi UMNO. Seingat Demang ketika itu Anwar diberi peluang seluas-luasnya untuk menafikan semua tuduhan tersebut.

Demang masih ingat betapa sebahagian besar pemimpin pada ketika itu adalah rakan-rakan dan penyokong Anwar sendiri. Malah populariti Anwar dalam UMNO tika itu adakalanya mengatasi Dr Mahathir sendiri.

Namun itu semua tidak bermaksud Anwar akan dipertahankan. Apabila keterangan yang dibuat Anwar gagal menyakinkan majoriti AMT maka Anwar diminta berundur sebagai mengambil pertanggungjawaban. AMT UMNO tidak mahu kesalahan yang dilakukan Anwar terpalit pada UMNO.

Dengan kata lain Anwar sudah menjadi liabiliti kepada parti yang dipimpinnya. Oleh kerana Anwar enggan, maka keputusan terpaksa diambil untuk memaksanya keluar.

Bagaimana pula dengan Zulkifli Nordin?

Beberapa hari lalu Demang menyentuh tentang video YB tersebut yang menunjukkan pendirian beliau dalam isu semasa. Dalam rakaman tersebut mendedahkan dua perkara:

1) PKR sedang mengalami perubahan akibat resapan ideologi sosialis yang terang-terang sedang merubah jasad dan kalbu parti itu.

2) Permohonan pihak tertentu memohon penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bertujuan untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan orang Islam, terutamanya kanak-kanak.

YB Zulkifli tidak membuat dakwaan kosong sebaliknya mengemukakan bukti-bukti bercetak dan bahan-bahan sebenar.

Jelas bahawa pemecatan Zulkifli adalah satu konspirasi bagi menghentikan pendedahan dan perjuangan beliau bagi menyekat fahaman sosialis dan juga strategi pihak tertentu merosakkan akidah kanak-kanak Islam di negara ini.

Perlu diingat bahawa Perlembagaan negara ini dalam meletakkan Islam sebagai 'agama persekutuan', dan dalam masa yang sama membenarkan agama lain diamalkan oleh penganutnya sama sekali tidak membenarkan penyebaran agama lain kepada penganut Islam. Apatah lagi kanak-kanak sebagaimana yang didedahkan YB Zulkifli Nordin.

Friday, March 5, 2010

PAS terlepas dan melepas

Sebenarnya melepas dengan terlepas tidaklah jauh bezanya. Kedua-duanya daripada kata dasar 'lepas'.

Itu mukaddimahnya, sekadar berbasa basi, kata orang.

Demang dan barangkali ramai lagi rakyat Malaysia beragama Islam melihat betapa PAS telah melepaskan peluang keemasan apabila gagal mengambil kesempatan atas kelemahan UMNO selama 10 tahun ini.

Berapa lama lagi tempoh peluang yang PAS perlukan agaknya? Adakah 10 tahun tidak cukup panjang? Isu apa lagi yang mujarab PAS gunakan? Adakah perpecahan UMNO sehingga terpecatnya timbalan presiden UMNO belum cukup besar untuk PAS gunakan bagi menghenyak UMNO?

Kenapa isu liwat yang didakwa hanya fitnah dan konspirasi tidak mampu menarik simpati rakyat untuk menolak UMNO? Kenapa orang Melayu tetap menyokong UMNO biarpun parti itu dikatakan 'menolak' hudud?

Dengan sebegitu banyak isu sehingga UMNO dianggap seperti sebuah bahtera yang hampir karam, PAS masih gagal menenggelamkan UMNO. Bahkan, PAS pula akhirnya sedang tenggelam!

Justeru Demang fikir para penyokong PAS perlu menilai semula perjuangan PAS. Fikirkan, kenapa Allah Taala tidak izinkan PAS memerintah. Cuba kaitkan dengan doa, solat hajat dan permohonan alim ulama serta sekalian rakyat selama ini.

Bukankah kita pohon Allah Taala beri kemenangan kepada pihak yang benar? Bukankah kita minta Allah Taala tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah? Kenapa masih enggan akur? Kenapa kita tabirkan kebenaran dengan keegoan?

Sekadar 'terlepas' masih tidak mengapa tetapi jangan sampai 'melepas'. Itu khianat namanya.

Thursday, March 4, 2010

Alasan mudah malaikat maut


Kelmarin seorang lelaki pulang daripada menziarahi jenazah rakannya yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Beliau berehat di rumah dan beberapa jam kemudian beliau pula meninggal dunia.

Pegawai perubatan mengesahkan kematian akibat serangan jantung walaupun sebelum ini lelaki tersebut tidak pernah ada masalah jantung.

Semalam, seorang lelaki lain minum petang bersama isteri dalam keadaan riang. Kemudian beliau bangun untuk solat Asar. Selepas solat lelaki itu muntah-muntah dan beberapa jam kemudian meninggal dunia.

Pegawai perubatan yang memeriksa mengesahkan kematian akibat serangan jantung. Rekod perubatan lelaki itu juga tidak pernah menunjukkan masalah jantung.

Kecut perut mendengar cerita begitu. Kedua-dua lelaki tersebut tidaklah terlalu tua. Masih jauh dari usia persaraan.

Serangan jantung tidak mempunyai sebarang amaran. Bagi Demang, ia adalah alasan mudah malaikat maut menamatkan riwayat seseorang. Seolah-olah malaikat menziarahi seseorang dan memberitahu bahawa "saya datang untuk mengambil nyawa awak".

Sebenarnya tidak ada siapapun tahu ajal diri sendiri. Bahkan kita tidak tahu samada pada detik selepas ini kita masih hidup atau sudah mati. Justeru lakukan sahaja apa yang sepatutnya kita lakukan. Contohnya, apabila masuk sahaja waktu solat, bersegeralah. Takut tak sempat.







foto:
solat jenazah jpg
perakexpress.com

Ceramah Anwar... Kesian


Perhatian: pokok ini bukan ahli PKR dan tidak pernah menyokong pembangkang. Ia dipaksa mempromosi Anwar.


Kesian, ada ke lagi orang nak datang dengar ceramah Anwar? Tentulah ada. Takkanlah tak ada langsung, ye tak?

Sebenarnya Demang pun teringin nak pergi dengar. Nak tengok sendiri macamana rupa Anwar yang terbaru.

Tapi tarikh yang dinyatakan tu Demang ada program lain. Program yang lebih penting. Kalau tak disebabkan program tu, dah tentu Demang akan hadir ceramah Anwar tu.

Ada orang nak belanja Demang makan ikan bakar di Serkam pada malam ceramah tersebut. Tu sebab Demang tak boleh hadir. Lagipun Demang dah boleh agak apa yang Anwar nak cakap!

Wednesday, March 3, 2010

Najib beli MP PKR?


Hari ini seorang lagi MP PKR meninggalkan parti itu dan menjadi wakil bebas.

Setelah insiden berturut-turut tersebut maka saki baki pembangkang tegar pun mengumpan polemik, kalaupun bukan tohmahan baru iaitu Najib beli ahli PKR.

Sebut tentang BELI, serta merta Demang teringat kempen di TV sekarang mengenai perdagangan manusia.

Kata orang aktiviti jual beli manusia adalah antara perniagaan tertua di dunia selain pelacuran. Kata Husin Lampoyang, berniaga orang lebih untung daripada berniaga unta.

Barangkali ramai yang masih ingat kisah Kunta Kinte yang disiarkan RTM sekitar 1980an dulu. Demang terbayang-bayang peristiwa Kunta Kinte dan kaumnya bertempiaran melarikan diri sambil diburu oleh manusia berkulit putih untuk dijual sebagai hamba.

Sekitar 1980an juga penyerang Argentina Diego Maradona dibeli daripada kelab asalnya pada harga tertinggi ketika itu. Demang sudah lupa harganya namun melibatkan angka juta. 17 juta rasanya.

Sekarang Christiano Ronaldo dikatakan manusia paling mahal yang boleh dibeli iaitu melebihi RM70juta.

Kini, saki baki pembangkang mandakwa ahlinya dibeli UMNO namun tidak dinyatakan harganya.

Apa perbezaan Kunta Kinte, Maradona, dan MP PKR berkenaan?

Penjual Kunta Kunte mendapat untung daripada urusniaga tersebut manakala pembeli mendapat sumber tenaga. Masih dikira untung. Sebaliknya Kunta Kinte sekadar menjadi hamba sahaya. Ertinya MP yang keluar PKR itu tidak boleh disamakan dengan perdagangan hamba abdi. Begitu juga Maradona dan Christiona.

Penjualan Maradona menguntungkan ketiga-tiga pihak iaitu kelab yang menjual, kelab yang membeli dan Maradona sendiri.

Dalam kes PKR pula siapa yang menjual dan siapa pembeli? Adakah PKR menjual mereka? Bagaimana nak tuduh UMNO membeli jika tiada penjual?

Sebenarnya analogi paling tepat dengan kes tersebut ialah melarikan diri. Alasan Demang paling mudah ialah jika UMNO nak beli, lebih baik dilakukan tahun lepas iaitu ketika UMNO amat memerlukan sokongan tambahan.

Sekarang situasi dah berbeza. Buat apa UMNO nak beli kalau boleh dapat free?


foto:
1024x753 - 251kB - jpg

www.dvdbeaver.com

Tuesday, March 2, 2010

SEMAKIN BERAT


Kata orang Kelantan, “Berat, weh…” malah ada jugak yang telonya agak pekat dan berbunyi “Berak, weh“. Yang penting ’e’ tadi mestilah dibunyikan sebagai ’e pepet’, bukannya ’e taling’. Terdapat perbezaan yang besar antara ’e pepet’ dengan ’e taling’. Kalau silap baca, maksudnya akan jadi lain.

Apapun, Anwar Ibrahim memang dalam keadaan yang ’amat berat’ sekarang. Seorang demi seorang meninggalkan beliau. Sebagaimana helah Anwar menangguhkan perbicaraan, demikian jugalah dengan kedudukannya.

Nampaknya Anwar cuma berjaya menangguhkan kejatuhannya untuk sementara dan kini dinding-dinding sedang beruntuhan menimpa antara satu sama lain.

Sebagaimana ’janji’ bekas orang kuat PKR semalam, lebih ramai lagi akan meninggalkan PKR dalamm masa terdekat.

Demang dapati blogger pembangkang juga sudah sudah menyusut dan mengendur. Malah blogger tukar tiub yang dianggap ’terrror’ pun terpaksa merayau ke merata blog mempromosi blog tersebut dengan memakai nama ’Hashim’. Bagi yang mengikuti blog Waadat tentu terserempak beberapa kali dengan nama tersebut dalam ruang komen.











foto:
1096x703 - 9kB - gif
tell.fll.purdue.edu

Monday, March 1, 2010

PKR mungkin bubar lebih awal


Sebagai mukaddimah, Demang memetik kata-kata DS Najib bahawa 1 Malaysia bukan sekadar slogan sebaliknya penerusan pada perjuangan Perdana Menteri terdahulu, terutamanya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah.

Maka Demang katakan bahawa masalah paling besar Anwar ialah PKR tidak mempunyai sebarang landasan atau prinsip perjuangan sebagaimana parti lain.

Ahli PKR bukan seperti penyokong DAP yang fokus untuk menguasai politik Malaysia tatkala Melayu & bumiputra masih menjadi penduduk majoriti (66.6%).

Ahli PKR juga bukan peminat PAS yang gagal melihat erti jihad sebenar berdasarkan realiti politik di Malaysia yang berasaskan penerimaan dan kesediaan semua kaum.

Ahli PKR tidak mungkin berminat dengan sosialis yang akan meletakkan negara 50 tahun di belakang sebagaimana Myamar yang menolak globalisasi sehingga rakyatnya buta ICT. Bagaimana penyokong PKR yang rata-rata golongan muda boleh berpisah daripada dunia internet yang merupakan alat penting sistem kapitalis?

Penyokong PKR adalah golongan atas pagar atau bekas ahli UMNO, MCA, MIC atau Gerakan yang menghormati sejarah Tanah Melayu.

Itulah sebabnya mereka menubuhkan PKR dan tidak menyertai parti pembangkang sedia ada seperti DAP dan PAS pada 1999.

Rata-rata ahli PKR adalah golongan yang sebelum ini tidak berminat dengan politik yang tiba-tiba diberitahu bahawa negara ini sedang dimusnahkan oleh para pemimpinnya.

Jika diimbas kembali peristiwa 1999, pemecatan Anwar menyebabkan rakyat bingung dan keliru. Rakyat tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Kebetulan media internet muncul dan menjadi pesona baru rakyat Malaysia terutama golongan menengah. Kemunculan media baru tersebut bukan sekadar satu alternatif sebaliknya dilihat sebagai keajaiban tanpa batasan. Internet dianggap suara malaikat yang tidak mungkin berdusta. Malah engin carian disangka boleh memaparkan apa sahaja yang berlaku di dunia. Ramai yang tidak tahu atau terlupa bahawa semua maklumat di dalam internet sebenarnya dimasukkan oleh tangan-tangan manusia!

Ketika itu Demang menggunakan tapak Geocities sebagai platform web. Belum ada istilah blogger sebaliknya kami dikenali sebagai webmaster.

Kini yang kabur sudah semakin jelas. Apatah lagi Tuhan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat pembangkang cuba mempraktik janji mereka. Ternyata mereka gagal. Itulah hikmah terbesar PRU12.

Maka para penyokong PKR dan pemimpin mereka mula sedar realiti politik Malaysia. Itulah yang dijelmakan oleh beberapa pemimpin PKR melalui tindakan meninggalkan parti itu sekarang.

Perjuangan berasaskan simpati, kekeliruan, serta emosi tidak akan bertahan lama. Apatah lagi di kala kebenaran semakin nyata.

foto:
600x450 - 41kB - jpg
staticyouth.wordpress.com

MP PKR keluar parti Pembangkang terus merudum


Sebagaimana yang Demang telah uwar-uwarkan, maka pagi ini dua berita rasmi sampai melalui sms:

Pertama, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng sebentar tadi umum keluar PKR dan menjadi anggota Bebas berkuatkuasa serta-merta.

Kedua, bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim mendakwa lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti dalam masa terdekat.

Benarlah, 'apabila datang yang hak maka yang batil akan gugur dengan sendirinya'.

Sementara itu Demang telahpun ditunjukkan video pendedahan eksklusif YB Zulkefli Nordin (MP Kulim-PKR) dalam satu forum tertutup. Demang tidak pasti samada ia dimuatkan ke dalam YouTube atau tidak.

Kita nantikan perkembangan selanjutnya sambil kita mengawasi respon para mentor Anwar di luar negara.

riwayat si miskin





Foto pertama di atas muncul apabila Demang taipkan kata kunci 'algeria' manakala foto kedua adalah antara imej yang keluar apabila Demang masukkan perkataan 'malaysia' pada kekotak enjin carian Yahoo Images.

Seorang sahabat bergelar Profesor Dato' memberitahu; di Algeria, seseorang yang ingin keluar dari kancah kemiskinan perlu tunggu sehingga tujuh keturunan tetapi di Malaysia cuma dalam tempoh dua keturunan sahaja.

Demang terjemahkan kenyataan profesor tersebut melalui contoh berikut:

Asnaf ialah seorang anak dalam sebuah keluarga miskin di sebuah kampung di kampung Durian Hijau, Jerantut Pahang. Bapanya seorang buruh dan ibunya tidak bekerja. Asnaf dihantar ke sekolah rendah berhampiran rumahnya. Walaupun jauh di pedalaman, sekolah yang menawarkan pembelajaran 'percuma' itu menyediakan guru-guru, peralatan, kemudahan, termasuk ICT setanding sekolah lain di bandar.

Asnaf cuma perlu membayar RM70 di awal tahun untuk bayaran yang dikenakan pihak sekolah. Oleh kerana keluarga Asnaf amat miskin, mereka dibantu PIBG menjelaskan yuran yang cuma RM70 setahun itu.

Setiap hari Asnaf dan dua orang adiknya mendapat makanan percuma di kantin sekolah (RMT). Jadi, mereka tidak perlu membawa wang belanja.

Berkat usaha dan doa berterusan, Asnaf berjaya memperolehi 4A dalam peperiksaan UPSR. Oleh kerana sekolah Asnaf dalam kategori luar bandar dan latar belakang keluarga yang miskin, Asnaf dengan mudah memasuki sekolah berasrama penuh.

Lima tahun di asrama penuh, Asnaf akhirnya memperolehi keputusan yang agak baik dalam SPM seterusnya melanjutkan pelajaran di universiti. Asnaf menamatkan ijazah pertama dan berjaya menjawat jawatan kerajaan dengan gaji permulaan termasuk elaun berjumlah hampir RM3000.

Tidakkah Asnaf seorang anak miskin berjaya keluar daripada kemiskinan sebelum berakhir generasi pertama? Dengan pendapatan RM2700 sebulan (tahun pertama!) Asnaf membeli sebuah kereta buatan Malaysia tanpa cengkeram dan membayar RM350 sebulan. Asnaf menyewa sebuah rumah bersama rakan sebanyak RM200 sebulan. Asnaf juga membayar pinjaman PTPTN RM100 sebulan. Belanja makan, RM450 sebulan.

Bermakna gaji Asnaf masih berbaki RM1700 lagi!

Jika Asnaf seorang anak yang tahu berbudi dan mengenang jasa keluarga, RM500 bukanlah terlalu besar untuk disumbang setiap bulan.

Murni, adik Asnaf tidak sehebat Asnaf. Selepas SPM gadis itu memasuki poleteknik. Pencapaiannya juga sederhana. Akhirnya Murni mengisi borang JPA online dan diterima sebagai pembantu tadbir, N17. Gaji permulaan Murni RM1300, termasuk elaun.

Murni juga membeli sebuah kereta nasional dengan ansuran RM300 sebulan. Walaupun Murni cuma dapat memberi ibu bapanya RM100 sebulan, namun dia bukan lagi seorang budak miskin!

Seorang lagi adik Asnaf juga berjaya ke universiti dan menjadi guru. Manakala Asnaf sendiri sudah selesai menyiapkan sarjananya dengan dibiayai kerajaan sepenuhnya (ratusan ribu). Tidak lama lagi di depan namanya akan tertera perkataan 'Dr'.

Bolehkah kita bayangkan keluarga miskin itu sekarang? Namun janganlah anda bayangkan cerita si Tenggang pula sebab Asnaf tidak begitu.

Nota:
Kisah di atas tidak merujuk pada watak sebenar sebaliknya berupa gabungan beberapa kisah yang dicantumkan dan diolah semula berdasarkan senario sebenar di Malaysia. Dedikasi untuk murid-muridku di SK Durian Hijau 1991-1996.


foto:
algeria 2008 feb 010 JPG vacanzeafrica.com
kuala lumpur malaysia ◄ccdoh1► flickr.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)