Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, March 31, 2019

Pernah kena tinggal?



Ada bayi ditinggal ibu. Kita marah ibu tak bertanggung jawab itu. Ada gadis ditinggal lelaki setelah dinoda. Kita kata lelaki itu durjana.

Pernah tak kita tinggalkan Allah? Berapa kali kita tinggalkan Allah?

Sepatutnya solat zohor dulu tapi kita pentingkan mesyuarat, Allah kita tinggalkan. Ada masanya kita terburu² nak jumpa kawan solat asar tertinggal. Pernah juga ada jamuan malam, maghrib dan isya kita abaikan.

Kita tarik selimut ketika muazin menyeru solat subuh.


Kemudian kita mengeluh apabila ada permintaan kita Allah tak tunaikan.

Kita lupa Allah bagi kita oksigen percuma. Allah bagi tangan dan kaki untuk kita bekerja. Allah beri suara dan telinga untuk mudah berkomunikasi.

Allah beri ibu, bapa, isteri, anak, jiran, sahabat, dan macam² lagi.

Nikmat Allah apa lagi yang nak kita nafikan?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
(Ar-Rahmaan 55:13)


Nak tunggu bila lagi?
Bekerjasama dalam marketing

Saturday, March 30, 2019

Yang penting dah tak penting

Allahyarham Ustaz radzi melissa (kanan): pak menakan, sahabat, dan guru. 

Dulu² sekeping gambar sangat bernilai. Tak ramai yang ada kamera. Lepas snap, cuci dan simpan dalam album. Sampai sekarang masih ada.

Surat² pun gitu. Bukan saja surat rasmi, surat peribadi pun disimpan. Nak² pulak dari buah hati.

Bil air, letrik dll disimpan dalam fail khas.

Namun hari ni gambar berlambak². Bukan lagi setiap keluarga bahkan setiap orang ada kamera sendiri.

Allahu akbar, maha pencipta yang memberi ilham semua itu bagi melaksanakan takdir-Nya.

Minyak Morha

Itu baru gambar. Belum dikira lain² info seperti dokumen bertulis, audio dan video yang dulunya sangat sukar diperolehi apatah lagi dimiliki.

Bahkan kadang² rahsia kerajaan pun boleh diambil sesiapa sahaja.

Apabila ia mudah dan banyak, maka nilainya jatuh merudum. Kadang² tinggal kosong dan boleh jadi negatif.

Bila² masa dan di mana² saja boleh snap gambar. Setiap orang bukan saja ada gambar yang diambil sendiri malah setiap hari terima ribuan gambar dari orang lain.

Apabila terlalu banyak ia jadi tak bernilai. Ambil gambar tak disimpan. Orang bagi gambar, tak sempat nak tengok terus buang. Nak simpan pun esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan datang lagi berlipat ganda banyaknya.

Apabila hp rosak semua maklumat di dalamnya hilang. Namun ada yang kata simpan pada server luar seperti google drive dll selamat. Sebenarnya ada masalah lain pulak.

Salah satu sumber maklumat ialah media sosial terutama grup wasap. Mula² dulu,  baca satu persatu semua mesej. Gambar² dan info yang dianggap penting, disimpan.

Namun lama kelamaan dek terlalu banyak,  dah tak sempat nak urus. Akhirnya delete all. Malah ada yang dah tak boleh tahan, left grup.

Apabila left grup, langsung tak dapat maklumat dari grup berkenaan.

Persoalan tanpa solusi atau penyelesaian hanya menambah semak kepala. Jadi,  bagaimana?

Nak dikesampingkan saja maklumat²? Ada masa berguna pula. Nak disimpan dan dibaca semua, dah tentu tak larat dan tak sempat.

Satu masalah lagi ialah kesegaran sesuatu maklumat tak bertahan lama. Info semalam jadi basi hari ini. Esok sudah menanti maklumat baru yang lebih terkini. Lebih fresh.

Setiap detik ribuan orang mendapat idea baru dan dikongsi melalui pelbagai saluran termasuk fb, youtube, blog, portal dll.

Maklumat melimpah ruah.

Insya-Allah saya akan kongsikan nanti tips² menguruskan maklumat di zaman maklumat ini dari semasa ke semasa.

Teruskan bersama saya.




Friday, March 29, 2019

Iklan kerjasama

Minyak Morha

Pernah tak selepas beli sesuatu di pasar penjual akan tanya, "nak beli apa lagi ye?"

Inilah konsep yang saya nak buat. Tapi saya cuma ada 1 produk. Kalau tuan/puan ada produk lain yang bukan saingan produk saya,  boleh saya jualkan sekali.

Caranya mudah. Setelah pembeli setuju membeli produk saya, saya akan offer dia produk tuan/puan pulak. Begitu juga sebaliknya.

Katakan ada 5 orang dalam networking dan masing² ada 20 pelanggan. Bermakna sudah ada 100 bakal pelanggan.

Saya ada lebih 200 agen dan ribuan pelanggan. Nak bekerjasama dengan saya?

Kalau nak klik wasap saya  

Wednesday, March 27, 2019

Awas bangunan berhantu


Di melaka bangunan kosong berlambak². Maknanya,  banyaklah.

Pergilah ke pulau melaka sekitar masjid selat, bangunan² kosong berderet², bertahun². Bukannya sikit. Lihat lah di melaka raya. Lalu pula lebuh AMJ. Tengok kiri kanan jalan.

Itu bangunan baru. Bangunan lama yang terbiar pun tak kurang banyaknya. Bukit baru,  bukit katil,  batu berendam, bandar hilir, bukit beruang, malim, cheng. Kalau nak senaraikan semua penuh entri ni dengan nama² tempat di melaka.

Negeri lain saya tak tau.

Berapa kos bangunan yang dah siap tapi terbiar itu? Dari mana modalnya?  Kemana pergi duitnya?


Modal datang dari pemilik lot² secara berasingan. Kebanyakannya individu. Towkey² kecil. Mereka yang sedang pening kepala sekarang sebab tak pulang modal. Hutang mesti dibayar tiap bulan. Bukannya sikit.

Penyewa makin kurang. Orang lebih suka bisnes online, tak perlu sewa lot kedai. Kalau perlupun, cari yang kecil dan tak perlu tempat strategik. Share satu lot kedai pecah 3-4 bilik opis pun boleh. Jimat.

Urusan jual beli dsbnya dengan pelanggan, online. Harga lebih murah.

Ke mana pergi duit bangunan tadi? Towkey besar sudah kaut. Sudah dilabur ke meja judi dan buat yamseng minum arak. Yang rutin di kasino, kelab di bandar² atau ke genting. Sesekali ke los angeles atau pusat judi serata dunia.

Apabila duit makin kurang, buat bangunan lagi. Pujuk kaum sendiri beli. Bayar deposit dan bakinya loan bank.

Saya kasihan pada towkey² kecil yang terlalu percaya pada pemimpin mereka dan jerung² besar.

Bank apa peduli? Tak boleh bayar boleh lelong bangunan. Tapi kalau yang baru pun berlambak, camana nak jual yang dah buruk?

Towkey² makin pening kepala. Naik genting, mabuk² lagi. Konon nak release tension. Masalah makin membukit, menggunung.

Kenapa saya peduli hal ini? Saya bukan ada bangunan pun. Saya pengeluar minyak morha sekadar sewa pejabat kecil. Selebihnya saya berurus niaga secara online. Terus pada agen atau pengguna.

Yang saya risaukan ialah di mana pemodal dan pemilik lot² bangunan itu nak cekau duit? Masalahnya mereka di negara kita. Berniaga dengan kita. Berpolitik dengan kita.
Minyak Morha


Nampak tak kaitan dengan kita?  Apabila orang bermasalah ada sekeliling kita maka masalahnya akan terhambur pada kita. Bukan lagi tempias. Kita akan terseret sama ke dalam masalah mereka.

Kalau kita beli barang dari mereka, harga akan dinaikkan. Kalau mereka jadi parti yang menguasai politik kita, sudah tentu mereka akan manipulasi kuasa di situ.

Kalau mereka aktif dengan genster?

Fikirkanlah sendiri selanjutnya.

Puak peminum arak dan penagih judi ini bukan boleh diharap. Kalau dua perkara (tiga campur babi) yang diharamkan Allah ini mereka sapu, bagaimana akal mereka agaknya? Mampukah mereka rasional dalam buat keputusan?

Malangnya mereka sekarang sedang menguasai negara kita. Kalau dulu hanya melalui ekonomi, sekarang kuasapun mereka dah dapat. Selepas ni apa pula? Semua mereka nak bolot.

Sebenarnya dulupun mereka dah kuasai orang politik dan para pemimpin negara. Itu sebab Allah tarik semula kuasa yang pernah dipegang. Tak amanah. Pentingkan diri sendiri dan lupa perjuangan asal.

Apapun sekarang dah nampak bunga² kerjasama umno-pas. Agak lewat tapi belum terlambat.

Itupun kalau nak sedar. Yang masih tidur dan sedang bermimpi, biarlah. Mereka rasa mereka betul apabila bersekongkol dengan musuh Allah.

Wallahu'alam.

Tuesday, March 26, 2019

Pilih pedang atau emas


Orang melayu kata masa itu emas tapi orang arab kata masa seperti pedang.

Orang melayu lemah lembut. Penuh dengan tolak ansur hingga ditolak beransur². Tapi kalau sampai terhimpit ke dinding, mereka boleh mengamuk. Masa tu, cakap pun tak guna.

Tolak ansur jika tak dikawal akan timbul sikap nanti dulu. Nanti punya nanti akhirnya kerja tak menjadi.

Masa itu emas. Tapi tak semua orang perlukan emas. Lelaki haram pakai emas.  Nilai wang sekarangpun tak lagi bersandar pada emas. Tambah² pulak wang crypto mula bertapak.

Jangan libatkan diri dengan skim cepat kaya. Tak berkat.

Masa seperti pedang. Orang arab jenis keras. Barangkali iklim dan geografi membentuk mereka begitu. Justeru 'masa' dikaitkan dengan pedang. Kalau tak digunakan dengan betul, diri akan cedera. Malah jika pedang dapat pada lawan, nyawa taruhannya.

Wallah'ualam



Monday, March 25, 2019

nak tunggu bila lagi?

Ujian dunia, sedia. Ujian akhirat patutnya lebih² lagi. 

Pagi ni saya hantar anak ke tuisyen. Tak berapa jauh. Anggaran 45-60 minit dari rumah. Tahun ni dia SPM.

Bukan tak percaya silibus di sekolah, tapi ini sebagai tambahan. Maklumlah, ujian besar makin dekat.

SPM adalah ujian paling penting anak² di malaysia. Ramai yang anggap ia penentu masa depan.

Bagaimana pula dengan ujian dalam hidup?  Kata ustaz,  hidup adalah ujian. Ertinya setiap yang ada di sekeliling kita adalah ujian. Mampukah kita lulus semua?

Apa pula ikhtiar kita untuk lulus ujian?  Cukupkah dengan berfikir dan bertawakkal sahaja?

Justeru Allah turunkan al-Quran. Diutus-Nya rasulullah saw untuk mengajar.  Wafat baginda, ada sahabat, tabi', dan tabi' tabi'in. Kemudian turun kepada ulama, ustaz, dsbnya.

Kita? Dah cukupkah silibus asas masa remaja dulu berkenaan agama? Dah boleh lulus ujian hidupkah dengan ilmu yang ada itu?

Saya tak kata akhirat. Saya ingatkan diri ini tentang cara² menghadapi ujian hidup di dunia.

Pergi sahaja ke masjid² atau surau berhampiran. Percuma sahaja. Paling² pun akan melintas kotak derma depan kita. Bukan wajib pun. Kalau tolak ke sebelah tanpa masukkan duit pun takpe. Sayapun selalu buat.

Dah boleh mula rasanya. Nak tunggu bila lagi?


Agenda tersembunyi

Sunday, March 24, 2019

Kenapa Adam ajar malaikat nama?

Nama itu unik dan dapat membezakan manafaatnya pada manusia

Manusia adalah ciptaan amat hebat. Allah taala cipta manusia dan manusia pula Allah buat supaya boleh hasilkan benda baru.

Selepas Adam dicipta baginda diberi Allah ilmu untuk mampu memberitahu para malaikat nama² benda.

Nama bukan sekadar nama. Nama adalah pengenalan pada sesuatu secara lengkap dengan ciri dan fungsinya.


Contohnya, jika kita dengar orang sebut kerusi maka kita dah dapat gambarkan ciri dan kegunaan kerusi itu.

Kalau orang suruh ambil kerusi, kita tak ambil meja atau bangku apatah lagi basikal.

Apabila ibu kita suruh guna senduk, kita tau bagaimana senduk sepatutnya digunakan.

Demikian hebatnya makhluk bernama manusia. Sudah tentu pencipta manusia jauh lebih hebat.

Cheguman morha

Ego Yang Kausangka Kawan
Nak pedang ke nak emas?

Saturday, March 23, 2019

Ego yang disangka kawan


Kau datang lagi ego? Bukankah semalam dah kuhambat kau pergi?  

He he... Ada lagi ke yang nak baca sajak? Zaman info atau IT ni terlalu banyak maklumat dan terlalu banyak sumber maklumat. Berlambak.

Kata orang kampung saya, direct to the point saja. Tak payah berpuisi berseloka. Nanti mesej tak sampai. Bahkan boleh timbul salah faham.

Balik pada puisi sekerat saya tadi, ia pasal ego.

Tak tau dari mana habitat asalnya. Apabila ia dah bersarang dalam diri, bukan mudah disuruh pergi. Kadang² kita ingat dia dah tak ada, rupa²nya bersembunyi dalam hati.

Ego selalu menyusahkan orang yang ditumpangnya. Apatah lagi jika orang itu sayang pada ego dalam diam.

Mulut kata tak suka. Hatipun kata benci. Tapi dalam tak sedar mempertahankan ego diri.


Kadang² ego dilapikkan pula dengan nama lain seperti harga diri, maruah, dsbnya. Padahal itu akan memanjakan lagi ego.

Lihat kesah Rasululullah saw. Baginda tetap menyuapkan makanan pada wanita tua yang mengutuknya setiap hari sampai baginda wafat.

Padahal bukan susah nak bagitau, "akulah muhammad rasulullah yang kau keji. Aku yang menyuapmu makanan setiap hari."

Kalau Rasululullah saw buat begitupun rasanya wanita buta itu akan masuk Islam jugak. Malah baginda (kalau hati baginda macam kita) akan puas hati dapat lepaskan perasaan geramnya pada wanita tak sedar diri itu.

Namun hati baginda saw bukan macam kita saya.

Cheguman morha

Nota seterusnya Apa ada pada nama? 
Nota sebelum ini Agenda tersembunyi



Wednesday, March 20, 2019

Agenda tersembunyi



Sebelum ini saya tulis: "alhamdulillah,  tak dapat." Tapi kalau dapatpun alhamdulillah jugak.

'Dapat' selalunya bukan hanya yang kita nampak. Ada 'benda' lain yang datang bersama perkara yang kita dapat itu. Malah yang kita dapat secara pakej itulah yang lebih peningkan kepala.

Contohnya, jawatan. Yang orang nampak pada jawatan hanya kuasa dan wang. Namun di sebaliknya ada tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan.


Tidak pedulikan pakej tambahan itu samalah dengan tidak pedulikan nasib sendiri selepas mati.

Kuasa datang bersama musuh. Harta datang bersama penjenayah. Manakala bahagia datang bersama pendengki.

Sebab itu abu bakar assiddiq ra dalam khutbah pertama selepas dipilih menjadi khalifah berkata:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua, dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka bantulah aku, dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka betulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhianatan." 
(sumber: portal mufti wilayah) 

Dapat, alhamdulillah dan tak dapat pun, alhamdulillah. Jangan meminta² untuk jadi imam (ketua). Kalau Allah taala takdirkan kita jadi ketua, terima dengan rasa insaf.

Cheguman morha

Nota sebelum ini
Nota selepas ini

Tuesday, March 19, 2019

Dapat ke tak dapat?


Gambar tiada kena mengena dengan artikal

"Alhamdulillah, tak dapat."

Hmm... Macamana tu? Bersyukur sebab tak dapat? Kalau dapat, nak ucap apa?

Ucap alhamdulillah jugak sebab baik buruk hanya penerimaan dan sangkaan kita. Semua yang Allah beri itu baik. Cuma hikmahnya terselindung atau datang kemudian. Tunggu sahajalah. Itulah pentingnya sabar.

Namun kadang² kebaikan yang ditunggu tak kunjung tiba. Bahkan yang buruk² datang bertimpa².


Kata guru, itulah ujian redho. Memang berat dan tukang catat inipun sukar lepas. Setakat teori boleh la.

Apapun kita berdoa sentiasa agar dipermudahkan dan tidak diberi ujian² yang tak mampu kita hadapi.

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.

Cheguman morha.

Nota selepas ini Agenda Tersembunyi
Nota sebelum ini Siapa Ambik Duit Kita? 

Monday, March 18, 2019

Mana pergi duit kita? Siapa ambik duit kita?


Kenapa dulu gaji rm800 cukup tapi sekarang pendapatan laki bini rm8000 pun mengah nak sampai hujung bulan.

Ini mungkin sebabnya...

Dulu naik motor atau kereta second hand. Sekarang bukan sahaja kereta 'bukak plastik' dan mahal malah ada lebih dari sebuah.

Impak dua buah bukan hanya ansuran bulanan jadi dua malah minyak, servis, insuren & roadtax pun kena darab dua.

Dulu lesen radio tv rm24 setahun dan majoriti rakyat malaysia tak bayar pun. Sekarang bayar astro beratus ringgit tiap² bulan.

Dulu cuma ada satu telefon dalam rumah kini hp sorang satu. Kalau anak 3 maka bil hp ada 5.

Dulu jarang² makan di luar. Cuma yang lelaki selalu ngeteh dengan kawan². Minum secawan,  lepaknya 3-4 jam.

Sekarang ada kfc, mcd, starbuck, kopitiam yang berganda mahalnya.

Dulu isteri hanya satu maka jangan nak mengada² jadikan dua. Silap² boleh masuk neraka.

Dapat ke tak dapat?
kena faham ujian tu apa
Nak pedang ke nak emas?



Friday, March 15, 2019

Makna ujian


Allahyarham ustaz radzi melissa pernah bagi satu analogi mudah berkenaan ujian.

Suatu hari Cikgu Mat beri ujian matematik berbentuk kuiz pada murid²nya:
"Saya ada 10 ekor lembu. Saya beri pada Ali 3 ekor.  Berapa ekor bakinya?"

Habis sahaja ujian, Ali jumpa cikgu mat dan bertanya tentang 3 ekor lembu yang disebut. Ali menuntut lembu² tu dari cikgunya.

Pening kepala cikgu mat terangkan pada ali bahawa lembu² tu hanya dalam ujian. Bukan betul². Yang diambil kira ialah jawapan ali betul atau salah. Itupun tak sepenting markah keseluruhan yang akan menentukan gred sijil akhir sekolah.


Begitu jugak kita. Semua yang ada di dunia ini hanya ujian Allah. Baik-buruk atau susah-senang cuma tanggapan dan penerimaan kita sscara peribadi.

Susah bagi kita mungkin senang pada orang lain. Begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya apa?
Kalau Allah bagi kita susah, sebenarnya susah itu hanya ujian. Buktinya apabila kita mati,  kesusahan itu hilang serta merta. Yang dikira hanya pahala dan dosa semasa kita menghadapi ujian kesusahan itu.

Begitu jugak jika Allah jadikan kita kaya. Sebaik sahaja mati, kekayaan itupun lenyap. Yang dikira hanya dosa dan pahala semasa kita menguruskan kekayaan itu.


---------------------------------------
 Alfatihah untuk allahyarham ustaz radzi melissa yang telah kembali kerahmatullah pada 23 dec 2018. Moga Allah tempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Dapat ke tak dapat?
kena faham ujian tu apa
Nak pedang ke nak emas?

Wednesday, March 13, 2019

Lebih baik beli tanah buat rumah

Rumah milik seorang kerani sekolah. Beli tanah di bawah harga pasaran. Buat loan kerajaan dan bina rumah. Kalau beli rumah taman tak dapat macam ni. 

Kalau nak beli tanah google je atau pergi ke portal hartanah atau mana² web jual beli. Jadi, buat apa nak baca dalam blog cheguman?

Ok. Mari kita lihat kelebihan blog ini.

Cheguman memang tidak banyak pengalaman dalam hartanah, tapi bapa mertuanya adalah sumber entry ini.

Siapa nama mertuanya?  Orang panggil Hj Besoi atau Hj Mohamad.

Beliau cuma seorang pesara pemandu ambulan.

Pemandu ambulan tidak berkawan dengan orang kaya. Sekitarnya adalah orang yang tak ada banyak duit. Selalu sesak.

Lihat balik ayat terakhir tadi: 'selalu sesak'.

Orang sesak akan buat apa sahaja termasuk jual tanah. Nah, ini kuncinya. Ingat baik².

Hj Besoi driver ambulan. Kalau bawak orang sakit dari melaka ke KL, yang ikut sama ialah doktor dan jururawat.

Nampak tak kedudukan beliau di situ? Hj Besoi berada antara orang sesak yang nak jual tanah dengan orang yang ada kemudahan buat loan untuk beli tanah, buat rumah.

Sambil bawa ambulan beliau berbual dengan doktor². Takkan lah nak sembang pasal penyakit dan ubat. Tentulah hal² lain. Akhirnya keluar cerita nak ada rumah sendiri.

Kata hj besoi: "daripada beli rumah taman lebih baik beli tanah buat rumah."

Tak susah bagi seorang doktor untuk congak² betul atau tidak saranan itu. Memang beli tanah dan buat rumah jauh lebih baik daripada beli rumah yang dah siap.

Habis kerja beliau jumpa orang kampung di warung. Sembang macam². Tiba² ada yang kata nak jual tanah. Simpan banyak² pun buat apa kalau hidup susah?

Ya tak ya jugak. Harta untuk diguna, bukan untuk disimpan gerannya. Orang ekonomi kata jadi liabiliti.

Soalan sampingan saya: mana satu lebih sesak?  Doktor yang nak beli tanah atau orang yang terpaksa jual tanah?

Maka berlakulah tawar menawar dan orang sesak akhirnya mengalah.

Dari situ orang tahu kalau nak cari tanah murah (di bawah harga pasaran), carilah Hj Besoi.

Tujuan saya buat blog ini pun sama konsepnya. Kalau orang nak beli tanah, cari buka blog ini, kalau nak jual tanah pun cari dalam blog ini.

Atau, klik whatsapp saya atau call +60194402211.

Baca juga Tanah jadi Hartanah

Tanah menjadi hartanah

Skrinshot page saya. Tanah ni saya beli melalui bapa mertua saya. 

Berpuluh tahun bapa mertua saya jadi broker tanah. Ketika saya kahwin 1996, beliau dah bertahun² buat kerja itu. Orang sekarang kata, agen hartanah.

Ertinya dah lebih 20 tahun. Rasanya lebih 30 tahun.

Walaupun dia cuma ada motor cup buruk dan viva tapi saya pecaya lebih dari itu pun dia mampu beli cash, dengan nilai berganda!

Kenapa saya bagitau anda perkara ini? Bukan nak beritahu tentang hartanya tetapi pengalamannya.

Saya boleh catatkan semua yang saya tahu tentang beliau di bidang hartanah sekaligus dalam entri ini. Tak sukar sebab menulis di blog begini memang kerja saya.

Sejak 1999, saya ada lebih 15 blog dan sentiasa aktif menulis sekurang²nya dalam dua blog pada satu² masa. Walaupun tak sepopolur blogger papagomo, nobisha, atau azlishukri, dll tapi saya pernah jadi TYDP blogger nasional (BPN).

Saya sedar, tulis panjang² bukan cara yang sesuai memandangkan kita sekarang di lautan maklumat. Orang lebih suka nota yang pendek², tapi daripada pelbagai sumber.

Trend kini ialah cedok info dari banyak sumber dan jadikan satu untuk kegunaan diri sendiri. Manusia makin cekap.

Yang saya nak share dalam entri seterusnya ialah pengalaman beliau dalam bidang hartanah dan bagaimana kita boleh jadikan semua itu sebagai MILIK kita.

Apabila sudah jadi milik kita,  terpulanglah samada kita nak simpan,  share dengan orang, atau tukar menjadi wang.

Lihat kerani sekolah buat rumah

Atau, klik whatsapp saya atau call +60194402211.

Cheguman

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)