Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, March 28, 2018

Edisi review maafkan hamba jebat

Sebaik selesai solat Isya' yang agak lewat, satu suara kedengaran memberi salam. Demang menjawab salam tersebut, melipat sejadah dan menuju ke jendela tanpa sempat berdoa. Kata guru Demang, utamakan tetamu sebab dengan Tuhan kita boleh 'bertemu bila-bila masa'.

Sebaik daun tingkap dibuka Demang melihat sesusuk tubuh lelaki tercegat di depan tangga teratak Demang. Cahaya bulan membantu Demang mengecam empunya tubuh tersebut.

"Ha, Dalik. Naiklah. Nanti hamba bukakan pintu." ujar Demang.

Ikuti seterusnya tulisan saya pada april 2011 ini di sini

http://waadat.blogspot.my/2008/10/maafkan-hamba-jebat.html

Monday, March 26, 2018

Kenapa menjaga ibu bapa jadi tanggung jawab kita?


Pagi tadi saya diminta bercakap pada murid² tentang tanggung jawab menjaga ibu bapa.

Persoalannya, kenapa kita yang dipertanggungjawabkan?

Sebenarnya Allah taala boleh ciptakan manusia tanpa rahim ibu dan sperma bapa. Allah boleh munculkan manusia di atas muka bumi ini begitu sahaja.

Malah Allah sangat mampu untuk menjadikan kita terus dewasa tanpa melalui proses menjadi bayi, kanak², dan remaja.

Namun Allah takdirkan pada kita proses ini:
Mula² kita lahir sebagai anak yang tidak tahu apa². Perlu diuruskan orang lain.

Tanggung jawab itu diserahkan pada ibu bapa.

Ibu bapa kita pula ada ibu bapa mereka iaitu datuk dan nenek kita.

Apabila kita beranjak remaja, datuk dan nenek kita menjadi tua. Ketika itu mereka perlukan anak² mereka iaitu ibu bapa kita untuk membantu mereka.

Apabila kita menjadi dewasa, ibu bapa kita pula semakin tua. Di mana datuk dan nenek kita? Secara lazimnya mereka telah meninggal dunia.

Anak² mereka iaitu ibu bapa kita pula perlu dijaga. Siapa yang menjaga mereka sedangkan ibu bapa mereka sudah tiada?

Demikian pusingan hidup yang Allah taala telah tentukan.

Cheguman morha
t.me/berdamaidengantakdir

Minyak Morha


Foto:
blog budak-sekincan
blog minyak morhabshi

Sunday, March 25, 2018

Hadiah surprise

Ingat lagi kali terakhir ditimpa penyakit? Apa perasaan apabila sembuh? Lega sangat. Rasa sangat bersyukur kerana dikembalikan kesihatan.

Pernah terlepas dari maut? Bagaimana tahap kesyukuran ketika itu?

Bukan kita tak bersyukur sebelum ini tetapi rasa syukur selepas dilepaskan dari masalah besar lebih manis dan mengharukan.

Betapa Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia ada cara sendiri untuk membahagiakan hambanya.


Agaknya dari situ orang ambil idea untuk buat 'surprise' hari lahir. 


Minyak Morha


Saturday, March 24, 2018

Saya ingin memberi cadangan

Memberi cadangan bukan bersifat 'memberi sesuatu' tapi 'menerima sesuatu'. Yakni menyuruh orang melakukan sesuatu.

Contohnya, "saya cadangkan awak buat pagar." Ertinya awak yang kena buat pagar, bukan saya yang akan buat.

Atau, "saya cadangkan kita buat pagar." Bermaksud saya dan awak akan buat. Ini lebih baik berbanding tadi. Sekurang²nya si pencadang mahu terlibat.

Apapun, kedua² ayat tadi masih berupa mengharap tindakan orang lain.

Yang lebih positif ialah: "biar saya yang buat pagar."


Minyak Morha


Friday, March 23, 2018

info suapan, menadah maklumat

Zaman IT bermaksud zaman teknologi maklumat. Information teknology. Sebelum ini zaman plastik, dan sebelum itu lagi, zaman logam.

Zaman batu? Dah berlalu lama, tapi kita tak buang semua. Contohnya lesung batu. Sambal belacan guna blender tak sama rasanya.

Setakat mana kita manafaatkan IT atau teknologi maklumat ini? Kalau setakat menerima maklumat maknanya kita masih di kelas tadika. Level paling bawah dalam pendidikan.

Ini yang saya katakan info suapan atau menadah maklumat.

Kita kena beranjak ke arah mencari maklumat dan menyediakan maklumat.

Minyak Morha

Wednesday, March 21, 2018

Muhammad dan alquran

Ada ke orang yang kata al-quran itu karangan nabi muhammad saw?

Jika betul andaian itu maka muhammad itu sangat hebat. Kita ketepikan sebentar hujah bahawa baginda tidak boleh membaca dan menulis.

Dalam alquran terkandung pelbagai ilmu yang amat tinggi. Bahkan para pengkaji mendapati ia meliputi semua ilmu yang ada di muka bumi.

Manusia bagaimanakah yang mampu mengarang sebuah buku sehebat alquran?

Fakta di dalamnya diakui benar selama beribu tahun. Tiada percanggahan fakta antara satu  ayat dengan ayat yang lain. Bahkan maklumat di dalamnya dibuktikan benar oleh saintis.

Bagaimana muhammad boleh sehebat itu? Siapa gurunya? Di mana baginda belajar?

Siapa sebenarnya muhammad? Siapa yang memberikan alquran pada baginda?




Minyak Morha

Monday, March 19, 2018

Kita pilih keberkatan

Yang kita tanam, pokoknya. Yang kita nantikan, buahnya.

Namun baru kita perasan sebelum keluar buah, pohonnya tempat berehat ulat dan serangga. Dahannya tempat burung singgah bertenggek.

Kemudian muncul kuntuman bunga menjamu mata. Rerama dan kumbang turut berkunjung menjamah madu.

Akhirnya muncul buah yang ranum. Datanglah manusia dengan pelbagai sikapnya. Yang tamak dan rakuspun ada. Maka hilanglah keindahan sebuah kurniaan Ilahi.

Mari kita kembalikan fitrah. Kita kekalkan sebagai anugerah pencipta yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bukan tak boleh berjual beli tetapi kita utamakan ukhwah dan silaturrohim ketika berurusan. Kita pilih keberkatan.


Cheguman morha

Minyak Morha

Hubungkan manusia



Saya lihat jalan di daerah ibu saya menetap ini lurus². Agaknya kalau dilihat dari atas, macam petak sawah.

Anda bayangkan bagaimana berjalan di atas batas sawah. Kita tidak boleh merentasi tanaman padi hanya untuk jimatkan masa.

Rupa²nya jalan bukan hanya untuk sampai ke destinasi kita tetapi menghubungkan manusia.

Cheguman morha

Minyak morha


Sunday, March 18, 2018

Jadi kuli dulu

Ada orang terus nak jadi bos atau sifu. Kemudian dia hairan kenapa takde orang nak ber'bos'kan dia atau menjadi 'pengikut' dia.

Sebenarnya hampir semua bos hari ini pernah jadi kuli, sekurang²nya pada diri sendiri. Senang cakap, sendiri bos sendiri kuli.

Termasuklah saya.

Pada peringkat awal dulu, saya-lah tukang masukkan minyak dalam botol, tukang tampal label, tukang promote, dan tukang pos order pelanggan.

Apa yang saya tak buat? Semua saya buat sendiri sehinggalah saya rasa saya perlukan pembantu.

Hari ini pembantu saya sudah jadi bos tetapi masih buat kerja kuli sikit². Beberapa orang pembantu lagi sedang bergerak untuk menjadi bos. Insyaallah.

Saya masih kenal pelanggan saya lebih 10 tahun dahulu. Ada yang dah jadi pemborong dan ramai yang dah jadi stokis atau agen minyak morha saya.

Hingga kini mereka masih menghubungi walaupun saya dah tak uruskan stok macam dulu.

Sekarang saya sudah boleh buat perkara lain, terutama menulis. Ini sumbangan saya pada masyarakat. Ini produk kedua saya. Percuma.

Pada tangan saya Allah taala beri 2 perkara. Pertama, menguruskan produk untuk merawat penyakit fizikal dan kedua mengeluarkan produk bagi merawat penyakit yang bukan fizikal.

Anda sedang menelaah produk kedua saya.
Tak banyak yang saya boleh buat. Menulis adalah hobi saya sejak kecil dan kini saya sebarkan supaya lebih ramai yang membacanya.

Saya tulis untuk anda dan anda boleh share untuk rakan² baca. Namun untuk amalkan, bukan tugas saya.


Cheguman morha.

minyak morha


Sebaik nyonyakah kita

Kelmarin saya balik kampung. Pagi esoknya saya bawa ibu bersarapan di pekan kecil kampung kami. Tiba² seorang nyonya menghampiri dan memeluk bahu ibu saya bertanya khabar dan bergurau

Balik rumah tanpa ditanya ibu saya beritahu sebenarnya nyonya tu kenalan biasa tetapi dia ingat nama ibu saya walaupun jarang berjumpa. Beliau ada kedai kecil di situ. Anakmya modalkan sedikit barang runcit.

Oleh kerana kedainya kurang barang jualan dan jarang² orang masuk maka beliau selalu di kedai sebelah milik orang melayu. Kadang² dia tolong susun barang jualan di kedai itu.

Ibu saya pernah tanya: nyonya kerja di kedai ni ke?
Tak lah. Saya tolong je. Suka². Jawab nyonya tu.

Tiba² saya rasa malu.

Cheguman morha

Filem ibu mertuaku

Ibu mertuaku

Cerita bermula dengan seorang gadis yang sangat meminati seorang pemuzik berbakat iaitu kasim selamat.

Apabila hal ini diketahui ibu si gadis, mereka dinikahkan.

Kasim Selamat diberi rumah besar dan melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan beberapa anak.

Cerita pun tamat.

Anda rasa ada orang nak tengok filem tu?

Rumahtangga kita juga begitu. Kata orang, itulah asam garam kehidupan.

Cheguman Morha

Cara hidup vs Sara hidup

"Dari kereta, rumah, katil, sampai spender pun aku yang usahakan. Nasib badanlah dapat suami camni."

Hmm... Ingat lagi tak masa baru nikah dulu? Janji hidup sederhana, kan? Sebenarnya pendapatan yang ada cukup untuk keluarga. Tapi kita yang gatal nak bisnes. Pasangan izinkan asalkan tahu menjaga diri.

Apabila dah berniaga, mulalah citarasa berubah. Akhirnya setiap bulan banyak benda yang nak dibayar. Tu sebab suami sampai tak mampu nak beli pakaian sendiri. Gaji habis tolak hutang loan bisnes.

Dan sekarang kita merungut. Konon kita yang berusaha seorang diri.

Berlapang dada-lah. Kalau suami kita tu tak bagi kemudahan, tak kemana kita. Kalau Allah tak izinkan, tak merasa apa² lah kita.

Lagipun, niat asal kita cuma untuk memenuhi keperluan sara hidup tapi akhirnya dah mengubah cara hidup.

Tenangkan hati

Kenapa perlu berlapang dada? Dia dah buat saya kenapa saya nak terima begitu sahaja? Banyak cantik dia punya muka.

Tak. Bukan nak maafkan dia jika kita belum bersedia untuk maafkan. Berlapang dada ialah nak bagi hati kita tidak sakit. Nak jaga hati kita je. Hati dia, dia punya pasal la.

Bukan ke kita nak hati yang tenang?

Berlapang dada, berdamai dengan takdir

Tuesday, March 13, 2018

Berlapang dada

Saya memang terpaut dengan tajuk 'Berdamai Dengan Takdir'. Sayangnya nama tu orang lain dah ambil.

Jenuh saya fikir, buat carian untuk cari ungkapan lain yang sesuai tapi tak lari maksudnya.

2-3 tajuk berlegar dalam fikiran saya:  Damaikan Hatimu, Menerima Takdir, atau Redho Menerima Takdir... namun tak semanis tajuk tadi.

Ye lah. Hati dah suka.

Akhirnya saya menerima kenyataan bahawa saya perlu beralah. Saya perlu berlapang dada.

Eh, itulah tajuk yang saya cari. Ya, Berlapang Dada. Lebih sempoi.

Oh ya, mungkin ada teman² lain sedang mencari tips² untuk berlapang dada. Apa kata kita share dengan mereka? Join channel ini. Ia percuma dan selamat.
Insya-Allah.

Join tips² berlapang dada di
t.me/berdamaidengantakdir

minyak Morha


Monday, March 12, 2018

Tinggalkan sedikit

Kata orang tua² dalam setandan kelapa bukan semua boleh jadi santan. Ada sebiji dua yang dipanggil nyior komeng.

Biasa kita tengok ada motivator atau ustaz yang berceramah sana sini tapi ada seorang anaknya agak tercicir. Malah kadang² dilihat menyimpang dari norma yang disarankan bapanya.

Sebenarnya Allah tinggalkan sedikit untuk kita bermuhasabah diri. Betapa seorang pencetus inspirasi atau ustaz pun tidak mampu mengubah seseorang hatta anaknya sendiri.

Kita yang melihat, jangan jadikan modal untuk mengutuk. Doakan yang baik².

Hanya Allah yang mampu mengubah atau sebaliknya mematikan hati seseorang. Berdoa-lah.


t.me/cheguman_morha

Minyak Morha

Baik sangatkah kita?

Kelmarin saya balik kampung. Pagi esoknya saya bawa ibu bersarapan di pekan kecil kampung kami. 

Tiba² seorang nyonya menghampiri dan memeluk bahu ibu saya bertanya khabar dan bergurau.

Balik rumah tanpa ditanya ibu saya beritahu sebenarnya nyonya tu kenalan biasa tetapi dia ingat nama ibu saya walaupun jarang berjumpa. Beliau ada kedai kecil di situ. Anakmya modalkan sedikit barang runcit.

Oleh kerana kedainya kurang barang jualan dan jarang² orang masuk maka beliau selalu di kedai sebelah milik orang melayu. Kadang² dia tolong susun barang jualan di kedai itu.

Ibu saya pernah tanya: nyonya kerja di kedai ni ke?
Tak lah. Saya tolong je. Suka². Jawab nyonya tu.

Tiba² saya rasa malu.


t.me/cheguman_morha

Minyak Morha

Tuesday, March 6, 2018

Jenis² ujian Allah

"Ini hanya ujian."
Kebanyakan akan kata begitu. Betul, namun cuba kita ubah sedikit.

Istilah umumnya ialah ujian namun ujian boleh dibahagi kepada beberapa kelas. Antaranya kuiz, peperiksaan, dan asignment.

Ada tugasan yang perlu kita selesaikan dalam masa yang singkat. Contohnya apabila kereta di depan membelok tanpa isyarat. Jika kita maki dia maka kita gagal kuiz itu. Rasulusullah saw pesan, sabar.

Ada tugasan berbentuk peperiksaan yang kita perlu siapkan dalam masa yang sederhana. Contohnya ditegur kerana silap menguruskan pesanan pelanggan. Jangan kecewa, sebaiknya kita cari jalan bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Jenis asignmen pula kita perlukan strategi bagi menyelesaikannya. Contohnya masalah kewangan. Perlu ada strategi dan langkah² bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Ia mungkin ambil masa sikit. Kadang² kita perlu dapatkan ilmu serta kemahiran tertentu.

Yang penting, Allah maha melihat segala yang kita lakukan sepanjang proses menyelesai tugas tersebut.

Perasan tak saya guna istilah 'tugasan' bagi menggantikan ujian?



Minyak Morha

Sunday, March 4, 2018

Berdamai dengan takdir

Hari tu saya betul² marah. Saya arahkan 26 murid darjah 5 buat bulatan besar. Saya agihkan pelbagai alat muzik berselang seli antara mereka. Dengan itu setiap murid akan dapat bermain alatan dan jika nasib baik, semua akan merasa semua alat.

Ketika saya sibuk agihkan rupa²nya ada yang tukar menukar alat sesama sendiri. Ada yang mengambil alatan rakan tanpa kebenaran, malah ada yang menolak pemberian yang ditetapkan.

Saya benar² kecewa. Masa cuma 30 minit dan budak² itu melanggar arahan saya. Akibatnya saya berleter hampir sepuluh minit dan semua hilang mud belajar muzik, hanya dek perbuatan beberapa orang

Tiba² saya tersedar sesuatu. Betapa Allah telah tetapkan pemberiannya pada kita dan kadang² kita menolak atau merungut. Ada masanya kita ambil hak orang lain tanpa kebenaran. Kita juga bazirkan masa . Kita buatkan ramai orang kecewa. Tidakkah kita kecewakan Allah?

Berdamailah dengan takdir. Setiap yang Allah berikan itu ada hikmahmya. Sebenarnya Allah lebih dari mampu untuk beri pada semua. Namun Allah nak uji penerimaan kita. Dunia bukan syurga. 

Bersabarlah. Jika kita tidak dapat di sini, kita dapat di sana.

Minyak Morha

Thursday, March 1, 2018

Mungkin dia yang betul

Jangan terlalu percaya dengan keyakinan kita. Ya. Kita yakin kita betul, tapi kenapa dia tidak setuju? Mungkin dia kekurangan maklumat atau dia belum faham.

Pernah dengar bahawa kita adalah orang lain pada orang lain? Ertinya ketika kita merasa kita yang betul dan orang lain salah maka dia juga merasakan begitu. Dia yakin bahawa dia betul dan anda salah.

Teringat guru saya dulu selalu akhiri pengajarannya dengan kalimah: waallahu'alam.

Minyak Morha

Membakar kemenyan

Kata orang tua² jika ada kemenyan sebesar lututpun kalau tak dibakar takkan berbau. Ertinya kalau ada kemahiran tapi tak dipraktikkan tak berguna.

Di samping guna, kita kena lakukan dengan teknik yang betul. Kalau kemenyan, perlu dibakar. Kalau ditumbuk atau direndam pun tak boleh juga.

Hari ini maklumat di mana². Semuanya bagus dan jika kita amalkan akan memberi manafaat dengan izin Allah. Namun adakah kita buat?

Banyak maklumat yang kita biarkan berlalu begitu sahaja. Kita baca sebagai pengetahuan dan akhirnya kita mati tanpa ada satupun yang kita kerjakan.


Minyak Morha

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)