Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Showing posts with label berdamai dengan takdir. Show all posts
Showing posts with label berdamai dengan takdir. Show all posts

Monday, March 19, 2018

Kita pilih keberkatan

Yang kita tanam, pokoknya. Yang kita nantikan, buahnya.

Namun baru kita perasan sebelum keluar buah, pohonnya tempat berehat ulat dan serangga. Dahannya tempat burung singgah bertenggek.

Kemudian muncul kuntuman bunga menjamu mata. Rerama dan kumbang turut berkunjung menjamah madu.

Akhirnya muncul buah yang ranum. Datanglah manusia dengan pelbagai sikapnya. Yang tamak dan rakuspun ada. Maka hilanglah keindahan sebuah kurniaan Ilahi.

Mari kita kembalikan fitrah. Kita kekalkan sebagai anugerah pencipta yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bukan tak boleh berjual beli tetapi kita utamakan ukhwah dan silaturrohim ketika berurusan. Kita pilih keberkatan.


Cheguman morha

Minyak Morha

Hubungkan manusia



Saya lihat jalan di daerah ibu saya menetap ini lurus². Agaknya kalau dilihat dari atas, macam petak sawah.

Anda bayangkan bagaimana berjalan di atas batas sawah. Kita tidak boleh merentasi tanaman padi hanya untuk jimatkan masa.

Rupa²nya jalan bukan hanya untuk sampai ke destinasi kita tetapi menghubungkan manusia.

Cheguman morha

Minyak morha


Sunday, March 18, 2018

Jadi kuli dulu

Ada orang terus nak jadi bos atau sifu. Kemudian dia hairan kenapa takde orang nak ber'bos'kan dia atau menjadi 'pengikut' dia.

Sebenarnya hampir semua bos hari ini pernah jadi kuli, sekurang²nya pada diri sendiri. Senang cakap, sendiri bos sendiri kuli.

Termasuklah saya.

Pada peringkat awal dulu, saya-lah tukang masukkan minyak dalam botol, tukang tampal label, tukang promote, dan tukang pos order pelanggan.

Apa yang saya tak buat? Semua saya buat sendiri sehinggalah saya rasa saya perlukan pembantu.

Hari ini pembantu saya sudah jadi bos tetapi masih buat kerja kuli sikit². Beberapa orang pembantu lagi sedang bergerak untuk menjadi bos. Insyaallah.

Saya masih kenal pelanggan saya lebih 10 tahun dahulu. Ada yang dah jadi pemborong dan ramai yang dah jadi stokis atau agen minyak morha saya.

Hingga kini mereka masih menghubungi walaupun saya dah tak uruskan stok macam dulu.

Sekarang saya sudah boleh buat perkara lain, terutama menulis. Ini sumbangan saya pada masyarakat. Ini produk kedua saya. Percuma.

Pada tangan saya Allah taala beri 2 perkara. Pertama, menguruskan produk untuk merawat penyakit fizikal dan kedua mengeluarkan produk bagi merawat penyakit yang bukan fizikal.

Anda sedang menelaah produk kedua saya.
Tak banyak yang saya boleh buat. Menulis adalah hobi saya sejak kecil dan kini saya sebarkan supaya lebih ramai yang membacanya.

Saya tulis untuk anda dan anda boleh share untuk rakan² baca. Namun untuk amalkan, bukan tugas saya.


Cheguman morha.

minyak morha


Sebaik nyonyakah kita

Kelmarin saya balik kampung. Pagi esoknya saya bawa ibu bersarapan di pekan kecil kampung kami. Tiba² seorang nyonya menghampiri dan memeluk bahu ibu saya bertanya khabar dan bergurau

Balik rumah tanpa ditanya ibu saya beritahu sebenarnya nyonya tu kenalan biasa tetapi dia ingat nama ibu saya walaupun jarang berjumpa. Beliau ada kedai kecil di situ. Anakmya modalkan sedikit barang runcit.

Oleh kerana kedainya kurang barang jualan dan jarang² orang masuk maka beliau selalu di kedai sebelah milik orang melayu. Kadang² dia tolong susun barang jualan di kedai itu.

Ibu saya pernah tanya: nyonya kerja di kedai ni ke?
Tak lah. Saya tolong je. Suka². Jawab nyonya tu.

Tiba² saya rasa malu.

Cheguman morha

Filem ibu mertuaku

Ibu mertuaku

Cerita bermula dengan seorang gadis yang sangat meminati seorang pemuzik berbakat iaitu kasim selamat.

Apabila hal ini diketahui ibu si gadis, mereka dinikahkan.

Kasim Selamat diberi rumah besar dan melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan beberapa anak.

Cerita pun tamat.

Anda rasa ada orang nak tengok filem tu?

Rumahtangga kita juga begitu. Kata orang, itulah asam garam kehidupan.

Cheguman Morha

Cara hidup vs Sara hidup

"Dari kereta, rumah, katil, sampai spender pun aku yang usahakan. Nasib badanlah dapat suami camni."

Hmm... Ingat lagi tak masa baru nikah dulu? Janji hidup sederhana, kan? Sebenarnya pendapatan yang ada cukup untuk keluarga. Tapi kita yang gatal nak bisnes. Pasangan izinkan asalkan tahu menjaga diri.

Apabila dah berniaga, mulalah citarasa berubah. Akhirnya setiap bulan banyak benda yang nak dibayar. Tu sebab suami sampai tak mampu nak beli pakaian sendiri. Gaji habis tolak hutang loan bisnes.

Dan sekarang kita merungut. Konon kita yang berusaha seorang diri.

Berlapang dada-lah. Kalau suami kita tu tak bagi kemudahan, tak kemana kita. Kalau Allah tak izinkan, tak merasa apa² lah kita.

Lagipun, niat asal kita cuma untuk memenuhi keperluan sara hidup tapi akhirnya dah mengubah cara hidup.

Tuesday, March 6, 2018

Jenis² ujian Allah

"Ini hanya ujian."
Kebanyakan akan kata begitu. Betul, namun cuba kita ubah sedikit.

Istilah umumnya ialah ujian namun ujian boleh dibahagi kepada beberapa kelas. Antaranya kuiz, peperiksaan, dan asignment.

Ada tugasan yang perlu kita selesaikan dalam masa yang singkat. Contohnya apabila kereta di depan membelok tanpa isyarat. Jika kita maki dia maka kita gagal kuiz itu. Rasulusullah saw pesan, sabar.

Ada tugasan berbentuk peperiksaan yang kita perlu siapkan dalam masa yang sederhana. Contohnya ditegur kerana silap menguruskan pesanan pelanggan. Jangan kecewa, sebaiknya kita cari jalan bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Jenis asignmen pula kita perlukan strategi bagi menyelesaikannya. Contohnya masalah kewangan. Perlu ada strategi dan langkah² bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Ia mungkin ambil masa sikit. Kadang² kita perlu dapatkan ilmu serta kemahiran tertentu.

Yang penting, Allah maha melihat segala yang kita lakukan sepanjang proses menyelesai tugas tersebut.

Perasan tak saya guna istilah 'tugasan' bagi menggantikan ujian?



Minyak Morha

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)