Sebenarnya; sebagaimana lazim kempen-kempen pilihanraya yang lalu, biar bagaimana jenuhpun dipaparkan fakta-fakta tentang perlunya penyatuan, namun segolongan pihak akan membutakan mata dan memekakkan telinga serta memalingkan muka daripada kebenaran. Maka untuk kesekian kalinya pihak tersebut akan mengemukakan pandangannya sahaja dan akan menerima hanya fakta yang dirasanya sesuai dengan citarasanya sendiri. Justeru, teruskanlah begitu kerana Demangpun malas nak bertekak dengan puak yang begitu.
Kepada yang masih percaya bahawa penyatuan itu faktor utama kekuatan dan kekuatan itu perlu bagi menjaga diri maka Demang ingin menarik perhatian terhadap beberapa perkara:
Pertama: Apa perlunya PAS menang dalam PRK kali ini? Adakah dengan kemenangan itu dapat menjadikan PAS mendominasi Pakatan Rakyat? Atau sekadar menjadikan UMNO semakin lemah dalam membuat keputusan dalam BN?
Kedua: Apa untungnya orang Melayu jika UMNO kalah? Adakah kekalahan tersebut dapat menghalang DS Najib daripada menjadi PM? Jika demikian niatnya, adakah benar Najib tidak layak menjadi PM? Dan jika demikian, siapa pula yamg lebih layak?
Ketiga: Adakah PAS benar-benar bersedia mengambil alih kepimpinan negara dengan menjadi parti yang mendominasi Pakatan Rakyat? Secara realitinya, adakah majoriti orang Melayu akan memilih PAS dalam PRU13? Padahal dalam analisis PRU12 majoriti orang Melayu masih memberi undi kepada UMNO. Malangnya kesepakatan orang bukan Melayu telah menyebabkan parti komponen BN iaitu Gerakan, MCA, dan MIC kalah teruk. Akhirnya percaturan pewaris PAP iaitu baka daripada Lee Kuan Yew yang dijelmakan melalui DAP berjaya mengkucar-kacirkan politik negara.
Keempat: Selesaikah masalah orang Melayu jika calon UMNO kalah dan kerusi UMNO berkurangan satu lagi? Adakah keputusan begitu boleh ditafsirkan sebagai kemenangan orang Melayu? Adakah apabila suara majoriti UMNO berkurangan suara orang Islam bertambah?
Kelima: Perlukah lagi kita bertengkar dan mengungkit hal-hal yang lepas tatkala bahtera sedang karam? Mungkin ada pihak yang berkata, biarkan bahtera itu karam kerana bahtera itu milik UMNO. Maka biarkanlah UMNO musnah. Semudah itukah percaturan politik? Semudah itukah bahtera PAS akan menampung semua penumpang daripada bahtera UMNO itu? Tidakkah nanti bahtera PAS pula yang akan karam kerana mengambil semua penumpang yang berbagai ragam? Sudah cukup bersediakah sebilangan ahli UMNO yang dikatakan ‘haru-biru’ itu berkongsi bahtera dengan ahli PAS? Bagaimana pula golongan ‘edrogan’ dalam PAS yang tidak disenangi oleh ahli PAS tulen?
Tak apalah, jika itu pilihan anda. Kita lihatlah sahaja nanti apabila UMNO dikecilkan lagi kuasanya dan akhirnya tumbang. Kita lihatlah nanti samada kita masih mampu bertepuk tangan.
Sudahlah Demang. Apa diratap apa dirayu. Tidak ‘kan berubah pendirian mereka yang menentang.
Ah! Demang tidak gundahkan tentang itu. Demang juga tidak harapkan usaha Demang berhasil mengubah pendirian mereka. Demang menulis hanya bagi mematuhi jadual ibadah Demang. Dalam pengamatan dan amalan ilmu Demang, jika begini situasinya maka beginilah bentuk tulisan Demang. Jika berubah situasi dan isunya, lain pula yang Demang nukilkan.
Bagi Demang: inilah ibadah Demang.
Demang menyeru pada perpaduan.
Sejarah Andalusia amat pedih untuk dikenang. Kini Palestin sedang melalui sejarah yang sama.
Wallahu’alam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
12 comments:
Kawasan parlimen P036 KUALA TERENGGANU mempunyai 80,326 pengundi dengan majoriti pengundi Melayu sebanyak 87.4 peratus, Cina (11.6 peratus), India (0.7 peratus) dan yang lain (0.3 peratus).
Sifir politik:
UMNO masih menguasai BN.
BN tetap membentuk kerajaan persekutuan.
Kekalahan UMNO menjadikan UMNO kekurangan kuasa dalam BN.
BN tetap membentuk kerajaan namun UMNO semakin lemah.
PAS bukan menguasai PR.
Kemenangan PAS dalam PRK ini juga tidak menjadikan PAS menguasai PR. Kemenangan itu memang boleh ditafsirkan bahawa PAS lebih kuat... namun:-
Analoginya, kuatnya PAS seperti kuatnya orang yang selama ini lemah. Ertinya, lebih kuat dari dulu tetapi tidaklah kuat jika dibandingkan dengan orang lain.
Memang UMNO lebih lemah berbanding dahulu. Namun dibandingkan dengan PAS, UMNO tetap masih kuat.
bagus artikel chegu, saya sokong.
moga masa chegu dilapangkan agar semakin banyak artikel sebegini diterbitkan...
salam chegu..
Kalau Pas menang, adakah dia akan membela nasib orang melayu? Lihat, apakah peranan Pas dalam PR. Adakah mereka boleh bersuara?
demang pada hemat saya UMNO boleh menang dengan syarat mereka sanggup mengeluarkan anasir2 kotor yang masih ada dalam UMNO.
Salam Cikgu..
ambo minta izin nk 'kopi-paste' artikel bersama komen cikgu ke blog ambo..
Masa nk memangkah tu..kita ke fikir,
Kenapa kita pangkah yang A dan tidak memangkah yang B..
Adakah kerana dendam?
Salam sdr. demang.
Daripada apa yang saya pelajari dan membaca, Allah memerintahkan kita bersatu di atas landasan Agama (Islam) bukan di atas nama perti/kesukuan.
Tumbang dan hilangnya kegemilangan kerajaan Islam sebelumnya adalah kerana lupakan perintah Allah dan lupakan quran sebagai pedoman.
Dalam erti kata lain penghakisan iman kerana dunia.
Terima kasih atas respon sahabat-sahabat semua. Memang saya amat bersetuju dengan semua yang anda tuliskan itu. Saya percaya kita mempunyai satu matlamat yang pasti dan turut berkongsi harapan yang sama. Insya Allah kita akan lakukannya tanpa perlu ragu dan bimbang.
Jika boleh saya sentuh sedikit, saranan Mountdweller itu adalah asasnya. Jika kita berjaya di situ maka manafaatnya akan turut dirasai dan dikongsi oleh semua penduduk dunia sebagaimana di zaman Rasulullah dahulu.
Salam.
eden rasa era politik sekarang sudah banyak berubah daripada dahulu..
Dahulu, para pemimpin dan ahli2nya begitu taat dengan agenda dan percaturan ide2 politik masing2.
Tapi kini...keadaan sudah banyak berubah..rakyat banyak dibelengu pelbagai karenah olih pemimpin itu sendiri.
Pas dan Umno kelihatan sama saja..khalayak sudah mula mual dan loya dengan semua ini.
dan kebanyakan khalayak mengambil jalan yang kekadang tak menyokong mana2 pun.
Di KT. umpamanya..Parti PAS dan UMNO, ,mempunyai peluang yang sama cerah untuk kalah dan menang..
UMNO akan kalah bukan disebabkan olih kekuatan parti PAS tetapi kalah disebabkan olih khalayak ahlinya sendiri.
FIKIR2KAN LAH...
Salam,
"Daripada apa yang saya pelajari dan membaca, Allah memerintahkan kita bersatu di atas landasan Agama (Islam) bukan di atas nama perti/kesukuan".
Memang semua orang mengakui kata-kata di atas.Masalahnya sekarang adakah PAS berada di atas landasan agama dan Betulkah BN tidak memperjuangkan agama.
Kedua-dua parti tersebut memperjuangkan agama apabila ditanya. Dan dalam masa yang sama kedua-dua parti ini juga lari dari matlamat memperjuangkan agama. Rasuah... semua orang mengamalkan rasuah. Pemimpin UMNO dan PAS kedua-dua mengamalkan rasuah. Kalau kata pemimpin PAS tak mengamalkan rasuah, itu tipu. Dan kalau kata pemimpin BN tak mengamalkan rasuah... itu juga tipu.
Cuma dalam memilih antara kedua parti ini, pilihlah calon yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.
ok, sekian
Salam..
Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?
Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.
Salam perjuangan
Saya ingin tambah komen mountdweller :
Islam adalah asal ( al usul) dan mana mana pertubuhan, parti, organisasi adalah furu' ( pecahan )
Pegang islam dan bersatulah di mana mana tempat yang anda berada..
Islam tertinggi dan tiada yang boleh menandingi..
Sesama Melayu bersatu tentu akan memegang teras Islam !!
Melayu dan Cina dalam BN tentu memegang teras ISLAM juga dalam pemerintahan atau pakatan mereka...
maksud saya hormat menghormati, bertolak ansur, memupuk perpaduan,memberi kebaikan dan sebagainyaa..
Samada yang muslim atau bukan Islam.
Jika tidak tentu kita tidak dapat berganding bahu.
Selama 50 tahun dan hingga ke saat ini.
Kepercayaan masing masing cuma bersatu pada perkara yang boleh kita bersatu..
Perkara akidah ?
tidak sama sekali..
kerana Lakum Dinukum Waliya Deen..
itu komen saya, harap diperbetulkan jika salah..
tq chegu !
tidak ada parti yang kalah dan tidak parti yang menang.Yang menang adalah rakyat KT apa tidaknya menjelang PRK berbilion kerajaan pusat taburkan untuk pembangunan rakyat KT.Ditakdirkan UMNO menang rakyat KT akan dapat 2 kali menang. Kalau UMNO kalah tunggu sekali PR atau PRK sekali lagi dapat habuan.
yang betul betul menang ialah taukeh kain rentang, taukeh banner, taukeh air mineral dll.Taukeh kopok lekor pun menang besar juga sebab la ni ramai orang luar datang berkempen. Bila balik ke negeri masing-masing nanti tentu bawa ole2 kopok lekor.
ha ha ha apa nak peningkan kepala
Post a Comment