Atas permintaan beberapa orang sahabat blogger termasuk sdra Azli Shukri dan Panglima Perang Cyber, maka saya cuba memberikan pandangan saya terhadap perjuangan sebenar orang Melayu. Namun saya tidak berseorangan kerana landasan yg sama turut dikongsi bersama sahabat-sahabat seperjuangan saya. Cuma di sini saya memberanikan diri menukilkan kembali dgn cara dan interpretasi saya sendiri di sebalik perjuangan tersebut. Sebahagiannya adalah pendapat peribadi saya.
Untuk makluman, rencana ini juga telah saya emailkan kepada GGMM (http://gabungangraduanmuda.blogspot.com) yg telah mengemukakan surat jemputan utk berdebat kepada DATO’ ZAID BIN IBRAHIM seperti berikut:
Tarikh: 26 NOVEMBER 2008
HARI : RABU
MASA : 8.00 – 10.00 MALAM
TEMPAT : SPORTS PLANET FUTSAL,
LOT 37/38 JALAN P4/6
TAMAN TEKNOLOGI KAJANG,
43500 SEMENYIH,
SELANGOR
Selamat membaca dan silakan untuk memberikan pendapat. Maaf kerana mengambil masa anda lebih drpd biasa.
---------------------------------
Jika dilihat pada semangat dan suara perjuangan Melayu hari ini, saya percaya kita tidak kekurangan pejuang. Cuma kita ketiadaan pemimpin yang mampu menyatukan semua pergerakan tersebut. UMNO ataupun PAS tidak boleh mengambil tanggungjawab itu lantaran kedua-dua pergerakan tersebut berada pada garisan yang berbeza, meski ada keselariannya (selari). Malah bagi saya, biarkan lah mereka memainkan watak dan peranan masing-masing asalkan membina impian yang sama.
Menoleh sejenak pada sejarah kegemilangan bangsa
Kita sering melihat sejarah Kesultanan Melayu Melaka pada titik kejatuhannya dan tidak cuba mengambil teladan dan inspirasi yang meletakkan Melaka sebagai sebuah empayar terhebat di zamannya. Apa perlu diratap akan keruntuhan selepas 110 tahun bertakhta? Andalusia juga tumpas setelah 700 tahun berkuasa. Rom juga begitu. Malah berlaku juga pada Majapahit, Rusia dan mungkin juga Amerika nanti. Kerajaan Moghul yang begitu hebat kini hampir tidak bersisa. Sehebat-hebat Firaun pun tewas juga akhirnya. Jika hendak disebut tentang kerajaan yang telah lenyap, habis satu muka suratpun masih belum cukup untuk menyenaraikannya.
Kira-kira tahun 1398 masihi Parameswara bermula di sebuah kampung nelayan di Melaka. Kurang dari 10 tahun kemudian Melaka sudah mengorak langkah ke persada antarabangsa. Tidak sampai 20 tahun Melaka sudah menjadi pusat pentadbiran, pusat perdagangan, pusat perkembangan ilmu, dan pusat penyebaran Islam, terkenal di seluruh dunia. Ingat, kita sudah lebih 50 tahun merdeka! Di manakah kita?
Apakah rahsia di sebaliknya?
SISTEM. Itulah petuanya. Semua orang tahu tentang itu. Namun ramai yang sudah lupa tentang sistem yang kerajaan Melaka gunakan. Sistem tersebut bukan direka Parameswara ketika bertapak di Melaka. Malah telah dimulakan oleh Demang Lebar Daun dengan termeterainya persetiaan dengan Sang Sapurba di Bukit Saguntang. Perhatikan: ‘persetiaan’ bukan setakat ‘perjanjian’.
Parameswara sekadar mengaplikasikan sistem tersebut di Melaka, dan ia berhasil. Malah amat berjaya. Kita sudah melihat buktinya. Jangan risaukan tentang fakta kejatuhan Melaka. Tiada yang kekal. Malahan, apalah sangat yang nak kita persoalkan sedangkan sudah 51 tahun kita berusaha dengan sistem 'cacamarba' ini, negara kita belum lagi layak disamatarafkan dengan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Tun Dr Mahathir telah membuktikan betapa tindakannya mengurangkan kuasa raja mengakibatkan impiannya musnah. Padahal jalan yang dirintisnya dilihat sudah hampir membawa negara ke tahap cukup tinggi di persada antarabangsa. Beliau berjaya membentuk dan mengetuai kelompok-kelompok negara tertentu. Beliau jauh lebih hebat berbanding mana-mana presiden Amerika.
Namun akhirnya beliau gagal sampai ke kemuncak.
Sebab? Sebagaimana hujah awal saya tadi, baik UMNO mahupun PAS (hatta mana-mana parti politik) takkan mampu membawa misi perjuangan Melayu ini.
Jika saudara-saudara ingin melakukan sesuatu, lakukannya mulai sekarang. Ambillah semula sistem yang telah terbukti berkesan. Hampir semua peralatan sudah tersedia. Cuma ambil dan mulakan kerja.
Asas Membina Negara yang perlu dipertahankan
Pertama, Perlembagaan Malaysia sudah cukup lengkap sebagai ganti 'waadat' yang agak longgar itu. Waadat adalah asas kejayaan empayar Melaka. Sultan Mahmud yang mangkat dijulang dan Laksamana Bentan telah menamatkannya. Tak perlu diungkit lagi. Kini ia telah dganti dengan perlembagaan bertulis dan dipersaksikan oleh seluruh dunia.
Kedua, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Bukankah itu ketuanan Melayu sebenar? Taat dan setialah kepada baginda tanpa sebarang keraguan. Jika baginda bersalah, baginda akan dipertanggungjawabkan semuanya di hadapan Allah taala kelak. Adakah kita ragu tentang itu, atau kita bercita-cita untuk menongkat langit? Ingat, untuk mengawal bersin pun kita tidak ada upaya. Maka tawakkal lah kepada Allah.
Ketiga, Perdana Menteri sebagai ganti bendahara. Beliau mesti menjalin hubungan yang amat rapat dengan YDA. Dalam sejarah, sultan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bendahara seperti anak saudara atau menantu. Apa sahaja bicara bendahara, itulah titah sultan. Kalau bendahara kata sultan patut pecat Ketua Pengadilan Negara, dan bagindapun setuju, maka sah lah pemecatan tersebut. Tidak ada dakwa-dakwi di belakang hari lagi.
Keempat, pemimpin atau pembesar. Semua pemimpin perlu menumpahkan taat setia hanya kepada sultan. Kita mempunyai barisan pemimpin yang bertanggung jawab menyusun dasar bersama-sama PM. Manakala sebahagian pemimpin lagi bertindak menegur dan membaiki kekurangan dan kesilapan. Mereka mesti berkhidmat kepada raja, bukan kepada parti masing-masing. Jauh sekali untuk menjadi ‘pesuruh’ kepada rakyat ataupun membentuk ‘pakatan rakyat’. Pembesar adalah pemimpin yang memimpin kelompok rakyat di bawahnya. Semua rakyat negara ini wajib menghormati setiap pembesar tanpa mengira parti politik. Pemimpin yang membimbing rakyat bukannya rakyat yang mengajar pemimpin.
Ulama adalah pembimbing dan penasihat kepada kerajaan. Kita bukan sahaja mempunyai mufti di setiap negeri malah PAS yang diketuai ulama’ mampu membantu kerajaan melakukaan perkara yang betul dan menegur sebarang kesilapan. Saya melihat hal ini berjalan dengan baik sehinggalah krisis politik 1999. Buktinya, PAS sehingga kini tidak pernah bertanding melebihi kuota sepatutnya sehingga memungkinkan mereka mengambil alih kerajaan. PKR memecah tradisi itu.
Sumber pendapatan raja dan pembesar sejak dahulu kala ialah melalui pungutan cukai daripada rakyat, khususnya para pedagang dan peniaga. Justeru para pembesar mesti membawa masalah rakyat untuk diketahui oleh sultan dan dicari jalan penyelesaian. Amalan tersebut berlaku sehingga hari ini. Bezanya sekarang mereka tidak lagi bermensyuarat di balairong seri sebaliknya mereka disediakan parlimen tempat mereka bersidang.
Satu lagi perbezaan ketara ialah perbincangan dahulu berlangsung dalam keadaan hormat menghormati, teratur, dan beradab. Kini, istilah biadab dan kurang ajar sudah tidak difahami lagi.
Sepatutnya, meski berbeza sekalipun pendapat antara mereka namun akhirnya semua mesti akur dengan keputusan ketua negara. Termaktub dalam perlembagaan bahawa YDA adalah ketua negara. PM tetap penasihat baginda. Bagaimana cara beliau melakukannya, terpulanglah. Namun jika beliau cuba menurunkan sultan daripada takhta maka semua pemimpin akan menentangnya. Dalam keadaan begini, sebarang keputusan sultan akan dipatuhi serta merta. Apabila itu berlaku barulah bendahara yang baru akan dilantik.
Kekuatan Ketua Negara (YDA) adalah bergantung pada para hulubalang dan panglimanya iaitu polis dan angkatan tentera. Maka ISA memang patut diletakkan di bawah kuasa baginda. Jika ada sesiapa yang cuba mengkhianati sultan maka orang tersebut akan ditahan tanpa bicara. Dalam hal ini sudah tentulah bendahara yang menjadi penasihatnya. Namun jika sultan mendapati bendahara cuba menderhaka maka baginda sendiri akan bertindak dengan seluruh jentera di bawahnya. Walaupun Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera dilantik atas nasihat bendahara, namun setelah menjawat jawatan tersebut mereka wajib meletakkan kesetiaan hanya kepada raja. Demikianlah contoh yang ditunjukkan Laksamana Tun Tuah. Beliau diambil dan dididik oleh bendahara tetapi kesetiaan tetap pada baginda sultan.
Pejuang lawan penderhaka
Penderhakaan bermaksud menentang sistem. Sultan, bendahara, pembesar, dan seterusnya adalah sebahagian daripada sistem. Pejuang adalah pendokong sistem. Demikianlah yang dilakukan oleh Tun Tuah apabila beliau terpaksa membunuh sahabatnya.
Di mana letaknya Islam?
Islam adalah intipati pada semua di atas. Pengislaman Melaka 1414 adalah titik-mula kejayaan Melaka. Islam membawa ‘roh’ ke dalam kerajaan sedangkan yang lain-lainya hanyalah kulit fizikal yang boleh terlucut bila-bila masa. Contohnya wang: Ia boleh digunakan di mana sahaja melainkan ketika berurusan dengan malaikat maut. Maka wang tidak layak menjadi pengawal sejati kepada manusia. Malah wang tidak pernah setia kepada pemiliknya. Konsep asas yang wajib dipegang ialah IMAN.
Kesetiaan kepada raja tidak akan berlaku jika tiada pemahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam. Taat kepada pemimpin dan negara adalah perintah Islam. Sebagai balasannya, di akhirat nanti sultan dan para pembesarnyalah yang pertama-tama diminta pertanggungjawaban atas semua yang berlaku semasa di dunia. Rakyat cuma menjawab atas dosa peribadinya tetapi raja dan pemimpin akan ditanya perlakuan rakyatnya.
Pendirian Malaysia terhadap orang Melayu dan Islam amat jelas. Perlembagaan kita mencatatkan bahawa orang Melayu adalah beragama Islam. Hal ini perlu difahami benar-benar oleh semua pihak. Kebelakangan ini makin ramai orang Melayu yang tidak memahaminya dan mempertikaikan perjuangan Melayu. Mereka dengan semangat berkobar-kobar menggesa agar perjuangan Melayu ditukar kepada perjuangan Islam. Mereka amat ketinggalan zaman kerana perlembagaan kita lebih awal lagi mendefinisikan istilah MELAYU yang amat berbeza dengan MELAYU di Indonesia.
Sebagai penegasan kpd yang belum faham, perjuangan Melayu di Malaysia adalah perjuangan Islam. Tidak boleh lain daripada itu.
Strategi perjuangan
Perjuangan sebenar adalah bagi meletakkan hak yang sepatutnya, ke tempatnya semula.
Pertama, rakyat perlu diberi kefahaman tentang perlunya sistem ini dipertahankan dan diperkasakan semula.
Kedua, pemimpin yang enggan memahami sistem ini dengan sendirinya tidak layak menjadi sebahagian daripada sistem dan perlu diganti.
Modus Operandi
Pertama, mengenalpasti pemimpin atau calon pemimpin yang sanggup mempertahankan dan melaksanakan sistem ini.
Kedua, mengenalpasti, melatih dan memantau anak-anak muda yang berpotensi bagi mengambil tempat pemimpin yang sudah sampai masa kembali mengadap Ilahi.
Mahu tidak mahu, logik atau tidak logik, kehidupan di dunia pasti mempunyai kesinambungan dengan akhirat. Justeru tidak ada alasan untuk memisahkan keduanya dan menganggap ‘roh’ Islam dalam pentadbiran negara itu tidak perlu.
Kesultanan adalah sistem pemerintahan yang berkesinambungan daripada sistem kekhalifahan. Sistem khalifah adalah pengganti kepada khulafa’urrasyidin yang menjadi penerus perjuangan Rasulullah S.A.W.
Inilah perbezaan besar antara demokrasi yang dinukilkan oleh barat dengan sistem khalifah yang dilaksanakan oleh umat Islam. Abraham Lincoln tambah menyesatkan fahaman manusia dengan definisi demokrasi yang kabur iaitu dari rakyat, untuk rakyat, dan oleh rakyat.. Padahal sistem sebenar mesti melihat dari atas ke bawah, bukannya menyongsang iaitu dari bawah ke atas. Kerosakan teruk umat manusia ialah apabila ajaran sesat ini dianuti.
Allah taala mengutuskan Rasulullah sbg pemimpin teratas. Kemudian diikuti para sahabat. Apabila Rasulullah wafat baginda digantikan dengan khulafa’urrasyidin. Setelah itu diambil alih oleh bani Umaiyah, Abbasiyah, dan seterusnya sehingga Uthmaniyah. Ranapnya Andalusia, muncul pula Kesultanan Melayu Melaka.
Jangan ditanya bagaimana Umaiyah mengambil kuasa daripada Ali r.a. Allah taala melaksanakan takdirnya bagi merasionalkan penyebaran Islam ke kawasan yang lebih luas. Bukan Allah taala tidak berkuasa melakukannya dengan cara lain tetapi Alah taala menghantar isyarat kpd kita bahawa jika inginkan kejayaan, maka inilah caranya: sistem khalifah.
Kerajaan Islam tidak pernah mengamalkan demokrasi sebagaimana yang dianjurkan oleh pihak barat.
Adakah munasabah rakyat diberi hak memilih dan membuat keputusan melalui undi? Sudah tentu orang ramai akan memilih keseronokan dan mengelak daripada melakukan pengorbanan. Jika ada pemimpin yang menjanjikan pelbagai kesenangan maka dengan mudah pemimpin tersebut menjadi popular walaupun kesan jangka panjangnya merosakkan negara.
Bagi saya, jika saudara-saudara ingin mengembalikan perjuangan Dato’ Onn, maka inilah yang beliau perjuangkan. Pada tahun 1946, perjuangan beliau adalah bagi mengembalikan kuasa sultan-sultan. Kita masih berada pada landasan yang betul apabila memilih Tunku Abdul Rahman sbg PM yang pertama. Walaupun Dato’ Onn yang merancang, namun akhirnya Allah taala yang membuat keputusan. Sebenarnya perancangan manusia hanyalah sebahagian kecil daripada perancangan Allah taala.
Jalan yang lurus di hadapan
Kita sentiasa diberi Allah peluang untuk memilih dan menentukan masa depan. Meskipun segala-galanya dalam qada’ dan qadar Allah, namun tiada siapa yang tahu nasib kita di masa depan. Maka di situlah usaha kita. Jika pun matlamat perjuangan tidak mampu dicapai namun setiap tindakan kita akan direkod dan diberi balasan atau ganjaran setimpal. Semua catatan tersebut akan dikira satu persatu dan ditimbang bagi melayakkan kita ke syurga atau ke neraka.
Tulisan ini bukan suatu idea baru sebaliknya sekadar imbasan terhadap perkara yang saudara-saudara telah tahu. Malah inilah perjuangan sebenar sejak dahulu tetapi telah dikaburkan oleh pihak-pihak yang gagal memahami perjuangan sebenar. Mereka tiba ketika orang lain sudah berada pada separuh pendakian. Mereka dibawa terus ke pertengahan pendakian lantas mereka berkata, alangkah lemahnya orang-orang ini. Mereka melihat para pendaki terdahulu membawa tali. Mereka berkata apa perlunya tali padahal tiada tebing yang terlalu tinggi di sini. Mereka tidak tahu perjalanan awal sebelum ini memang memerlukan tali. Dan mereka juga tidak tahu apabila sampai di kawasan tertentu nanti, mereka terpaksa juga menggunakan tali.
Mereka melihat para pendaki di pergunungan bersebelahan mendaki dengan cara berbeza. Lantas mereka berkata betapa cara itu lebih berkesan dan mudah. Mereka lupa bahawa mereka di gunung yang berbeza.
Wassalam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
18 comments:
Assalamualaikum Cheguman,
Saya ini tak pandai berpolitik tapi rasa rasanyalah kalau nak Selamatkan Segala-gala ini SEMUA pihak mesti setuju jika Orang Politik TAK BOLEH dan TIDAK DIBENARKAN LANGSUNG buat business. Pegang apa apa kepentingan business, share dalam apa apa syarikat, jadi director atau apa sahaja.
Pendek kata atau Panjang Kata jika jadi YB sahaja mahu di Dewan Undaang Negeri atau MP, kena jauh jauh dari apa juga Business, tender atau apa sahaja.
Orang Politik jaga Politik negara.
Orang Business buat business buat duit banyak banyak bayar zakat bayar cukai pada JHDN banyak banyak. Lakukan tanggungjawab sosial hasil dari keuntungan syarikat.
Kalau buat macam ini agak agaknya kuranglah rebut merebut jawatan apa apa dalam politik. WaAllahuAlam.
Buat masa ini saya berkecuali terhadap cadangan Makcik. Sebagai tambahan maklumat atas perkara yg dibangkitkan oleh Makcik:
1) Syaidina Uthman ibn Affan dan beberapa sahabat lain adalah tokoh korporat berjaya.
2) Begitu juga bendahara Tun Mutahir yg merupakan usahawan dan hartawan. Harta Tun Mutahir tak terkira banyaknya. Dikatakan emasnya sebanyak 20 bahara tetapi tidak dipastikan satu bahara itu bersamaan dgn berapa?
Namun saya tidak pasti adakah mereka meneruskan perniagaan setelah menjawat jawatan.
Terima kasih makcik atas cadangan tadi.
Demang sangat menarik anlisis dan kupasan saudara, cuma saya berharap agar saudara dapat memberi pandangan bagaimanakah pemimpin UMNO jika ada yang saudara harapkan.
Azli,
Agak sukar saya menjawab soalan sdra sebab sdra sendiri sudah menggariskan ciri-ciri seorg pemimpin dalam blog sdra. Oleh kerana saya juga bersetuju dgn ciri tersebut maka tidak perlu rasanya saya tambah lagi.
Landasan perjuangan saya ialah sebagaimana yg telah saya gariskan, contohnya:
1) Oleh kerana PM adalah penasihat kpd YDA, maka presiden UMNO mestilah disukai oleh YDA.
2) Oleh kerana pusat kesetiaan hanya kpd YDA maka semua pemimpin mestilah menumpukan kesetiaan hanya kpd baginda. Mana-mana pemimpin UMNO (atau bukan UMNO) yg ragu-ragu tentang itu, perlulah diundurkan.
Dalam hal ini rakyat jelata hanyalah pengikut kpd pemimpin kelompok mereka. Oleh itu tahap kesetiaan rakyat jelata kpd raja tidak perlu dipertikaikan. Yg penting, pemimpin tersebut mestilah menyokong raja.
Ciri-ciri lain ialah:
1)Mempunyai tahap keimanan yg tinggi
2)Menjaga solat
3)Amanah
... dan seterusnya. Rasanya semua org tahu tentang itu.
Untuk pemilihan kali ini saya rasa kita tumpukan kpd dua ciri iaitu menjaga solat dan menolak rasuah. Jika calon itu rela kalah kerana menolak rasuah maka itulah pemimpin yg kita pilih.
Setakat yg saya dengar, hanya Mahyudin Yassin yg bertegas tentang rasuah bagi jawatan Timblan Presiden. Manakala bagi jawatan Ketua Pemuda, saya rasa sdra lebih tahu.
barangkali ramai yg kurang setuju kuasa raja dikembalikan. Maklumlah, sehinggaa kini PM masih berbangsa Melayu. Nanti jika keadaan terdesak nanti, barulah org Melayu memahaminya. Namun apalah gunanya lagi?
www.prokhairy.com
cakap dengan azli dia fuck sebab tapis komen.. siapa tapis komen.. you all fuck.
www.prokhairy.c
www.prokhairy.com
mukriz tikuz
www.prokhairy.com
mukriz tikuz
www.prokhairy.com
mukriz tikuz
siapa tak siarkan komenn takut dan kecut macam mukriz
www.prokhairy.com
mukriz tikuz
siapa tak siarkan komenn takut dan kecut macam mukriz
www.prokhairy.com
mukriz tikuz
siapa tak siarkan komenn takut dan kecut macam mukriz
www.prokhairy.com
mukriz tikuz
siapa tak siarkan komenn takut dan kecut macam mukriz
Asslamualaikum,
Sebenarnya menyediakan blog begini amat mudah. Hanya dgn 3 langkah mudah sahaja kita sudah mempunyai sebuah blog dan kita bebas menulis apa sahaja, tetapi mestilah berani bertanggungjawab dgnnya.
Bukan apa... kemahiran ICT hari ini bukan sahaja dikuasai oleh penggua biasa malah PDRM juga mempunyai pakar yg jauh lebih hebat berbanding 'hacker'.
Justeru pihak berkuasa sebenarnya boleh mengesan sesiapa yg menyalahgunakan komputer termasuklah di cyber cafe.
Bagi saya, mudah. Setiap artikal yg saya tulis memang saya buatkan beberapa salinan yg saya simpan di beberapa 'storage'.
Jadi, jika blog saya mengalami kerosakan, saya boleh buatkan yg baru. Cuma saya perlu meluangkan masa sedikit utk memaklumkan kpd khalayak alamat baru blog saya.
Namun, kebanyakan bloggers sudah menyiapkan rangkaian masing-masing yg akan membantu antara satu sama lain, jika berlaku kerosakan teruk pada blog kami.
Wassalam.
Wah, siapa yg dah buat kurang ajar kat blog Demang ni? Demang patut sekat komen tak bermoral.
Hadi, putrajaya.
Dengan sangka baik saya doa Seluruh Rakyat akan sedar cepat mungkin dan berhentikan cemohan terhadap institusi dan hak Melayu.
Tapi hari ade orang ternama,Mavis P. mencabar sosial kontrac di soal jawab temuduga dalam the SUNDAYRSTAR 15 November.
Bila kah Star nak faham bahase Melayu, bolih Lembaga Pengarang bace sejarah
Dan berhenti daripada sindiran sindiran terhadap Kemelayuan.
arjuna waspada
Hadi,
Silap saya jugak tak saring dulu. Padahal Sedingin Salju dah ingatkan dulu.
Nampaknya penulis tu ada bakat menulis. Gaya bahasanya lancar dan tidak kekok. Mungkin ada mesej yg beliau nak sampaikan.
arjuna waspada,
Apabila kita lemah maka dgn pantas mereka mengambil kesempatan. Bagaimana kita nak percayakan mereka utk memegang kuasa tertinggi negara?
Daulat tuanku!!!
Majoriti orang Melayu sebenarnya hanya menunggu titah perintah raja-raja melalui YDA.
Nampaknya mereka lupa tentang itu.
Salam,
Tulisan sdr memang ada 'class' tersendiri. Teruskan berkarya..
1. Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat utusan-utusan Yang bersayap: dua, tiga dan empat; ia menambah pada bentuk kejadian makhluk Yang diciptakannya apa jua Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2. apa jua jenis rahmat Yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun Yang dapat menahannya; dan apa jua Yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun Yang dapat melepaskannya sesudah itu. dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3. Wahai umat manusia, Kenangkanlah nikmat Allah Yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali Yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?
4. dan jika mereka mendustakanmu (Wahai Muhammad), maka Sesungguhnya Rasul-rasul Yang terdahulu sebelummu telah juga didustakan (oleh kaumnya masing-masing). dan (ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan Segala urusan.
5. Wahai umat manusia, Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan Yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya Dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
(035. Faathir)
Demang,
Saya rasa, usah pedulikan gaya penulisan mereka. Kita menulis kerana tanggungjawab. Jika mencarut dan mengarut, suruh diorang bukak blog sendiri.Tak kiralah gaya penulisan mereka itu bagus atau dasyat.
However, good idea Demang.
Sdr. demang,
Tulisan anon itu sudah pun terbolos ke blog saya. Saya tidak dapat login dari petang semalam sehinggalah petang tadi kerana masalah streamyx. Itulah menyebabkan pintu terbuka. Pada mulanya saya tidak berhasrat nat delete tetapi memandangkan bukab sahaja yang dewasa macam kita sahaja yang baca, saya buat keputusan padamkan saja. Walau bagaimana pun saya nasihatkan dia buka blog sendiri dan tulislah apa saja.
Tentang kupasan saudara itu banyak baiknya tetapi ada juga keburukannya.
Contohnya, YDA dilantik mengikut penggiliran, ada raja yang berpelajaran dan ada yang tidak. Jadi yang berpelajaran selojiknya memang boleh membuat keputusan atau tindakan yang berhemah dan bijaksana ditambah pula dengan nasihat PM. Tetapi sekiranya tiba giliran yang tidak berpelajaran pula akan memberi masalah kepada PM dan pentadbiran. Maaf cakap, kita sudah masak dengan perangai dan kerenah raja-raja yang bukan senang dinasihati terutama yang tidak berpelajaran.
Kecelaruan akan mudah timbul antara PM dan YDA kerana kita amalkan 2 sistem perlantikan dan pemilihan. YDA dilantik dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan PM serta pemimpin lain dipilih melalui pilihan raya. Jadi PM yang dipilih rakyat dan parlimen tidak semestinya mempunyai hubungan baik atau disenangi YDA. Di sini juga akan timbul masalah sebab YDA yang menentukan kuasa.
Saranan demang itu memang baik dan lojik. Tetapi hanya boleh dilaksanakan sekiranya kita balik semula kepada sistem Raja yang mempunyai kuasa mutlak sebagaimana Negara Brunai dan sebahagian negara Arab. Jadi adakah rakyat boleh menerimanya?.
Maafkan saya demang kerana lalotan saya agak panjang sikit.
Wassalam, hanyalah Allah yang maha arif
Post a Comment