Daripada 100 orang yang berada di dalam dewan yang Demang tanyakan samada Tuah atau Jebat yang layak dinobatkan sebagai wira, hampir 80% mendakwa Jebatlah orangnya.
Apabila Demang bertanya siapakah yang pernah membaca Hikayat Hang Tuah maka cuma 3 orang yang mengangkat tangan manakala 5 orang lagi yang tadinya mengiktiraf Tuah sebagai wira lantaran diberitahu oleh orang lain dan selebihnya sekadar andaian dan logik akal tanpa fakta.
Sumber manakah yang mereka gunakan bagi mengiktiraf Jebat? Pertama, filem dan kedua daripada pendapat orang lain.
Audien Demang yang berada di dalam dewan tersebut ialah para pemimpin mahasiswa!
Inferens daripada 'survey' spontan tersebut ialah sebahagian besar masyarakat amat mudah dipengaruhi untuk mempercayai pendapat orang lain. Hal ini berlaku kerana mereka enggan mengkaji sendiri melalui sumber asal. Kalaupun membaca, sekadar mengambil cerita tetapi tidak cuba 'berfikir lebih sedikit' dan memprosesnya dengan akal.
Bagi yang mengikuti semua tulisan Demang mungkin masih ingat bahawa akal berada antara otak dan hati. Manakala hati yang dimaksudkan oleh orang Melayu ialah 'qalbu' atau 'heart'. Fungsi zahirnya ialah mengepam darah. Jika berhenti ia maka berhentilah kita daripada bergelar manusia.
Fungsi bathinnya ialah sebagaimana yang sering disebut dalam kutbah Jumaat: "dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika putih ia maka putihlah seluruh tubuh itu, begitulah sebaliknya..."
Baru-baru ini Demang dihadiahkan sebuah buku yang tajuknya Demang jadikan tajuk artikal kali ini: "Hang Tuah's Mind Strategy." Buku yang ditulis oleh Dr Ong Hean Tatt (2004) tersebut membongkar rahsia di sebalik kejayaan Tun Tuah dengan membandingkannya dengan strategi Sun Tzu ('su se') yang hidup kira-kira 2000 tahun sebelum masihi. Seterusnya penulis yang mengkaji pemikiran Sun Tzu dan The Arts of War itu mengemukakan permasalahan di zaman ini untuk diselesaikan menggunakan prinsip yang digunakan oleh kedua-dua tokoh terbilang itu.
Secara sinis Dr Ong menempelak orang Melayu dan orang Cina (serta orang Asia) yang ghairah berguru dengan orang barat bagi menguruskan kehidupan orang timur.
Mungkin boleh Demang tambah: keghairahan segelintir orang Islam yang merayakan kemenangan Obama dan mengharapkan presiden ke 44 AS itu membela negara Islam, boleh juga dimasukkan dalam golongan yang dimaksudkan Dr Ong tersebut.
Dalam hal ini Demang setuju dengan saranan Dr Asri (mufti perlis) bahawa kemenangan Obama diharapkan dapat mengurangkan kerosakan yang dibuat oleh US.
Cuma Demang ragu, apalah sangat yang mampu dibuat oleh presiden yang dibayangi penasihat Yahudi itu.
Ertinya, kita tidak boleh langsung berharap orang lain mengubah nasib kita. (lihat tulisan terbaru dalam blog wakjono: Tawakkal).
Kita memang buta dan bodoh padahal Rasulullah sudah menyuruh kita belajar hingga ke negeri China. Yang Demang hairan, ramai yang tafsirkan bhw baginda sebutkan negeri China sebab jauhnya negeri China dari tanah Arab. 'Ulama' yang berpegang pada pendapat begitu sebenarnya malas nak 'berfikir lebih sedikit' dan membuat kajian. Mereka digelar ulama hanya kerana kemampuan mereka menghafal isi kandungan buku. Dalam zaman ICT ini taraf mereka tidak lebih daripada sebuah kad memori atau 'pen-drive'.
Namun, kualiti ulama-ulama yang begitu, jauh lebih baik daripada mahasiswa yang langsung tidak mahu membaca selain daripada bahan peperiksaan!
Jika mahasiswa umum enggan membaca dan 'berfikir lebih sedikit' barangkali masih boleh dimaafkan. Hal ini kerana mereka masih tergolong rakyat biasa. Bagaimana jika pemimpin mahasiswa turut bersikap begitu?
Beberapa hari lepas Demang terjumpa buku tulisan Ann Wang Seng berjudul 'Rahsia Islam di China'. Mungkin buku yang ditulis pada 2007 itu boleh membantu kita untuk 'berfikir lebih sedikit'.
Jika tidak menyinggung sesiapa, izinkan Demang mencadangkan tajuk untuk kita fikirkan:
Tahap 1
"Bagaimana untuk masuk ke syurga melalui kejayaan di dunia?"
(membina kejayaan di dunia dan menjadikannya sebagai tiket untuk masuk ke syurga).
Tahap 2
"Bagaimana mendapatkan keredhaan tanpa mengharapkan syurga?"
(untuk soalan Tahap 2 tak perlulah klu).
Selamat menjawab. (demam periksa belum kebah lagi...)
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
17 comments:
Salam saudara,
Wah soalan killer!
1. Mencurahkan (tidak kedekut)apa-apa saja kejayaan harta atau ilmu kepada orang lain untuk jalan kebaikan dengan kerana Allah dan bersyukur
2. Buat sesuatu kebaikan dengan lillahitaala kerana kita adalah hamba Allah dengan keredhaan taqdirnya. Dalam kapasiti seorang hamba memang tidak berhak mendapatkan pahala atau ganjaran waima syurga atau neraka sekali pun!
Sila betulkan kiranya salah.
mountdweller,
Wah, cepatnya jawab. Pengawas peperiksaan belum sempat duduk lagi...
salam demang..
kalau dah ngaku kita ni hamba,kita beribadat sebab nakkan keredhaannya,patut ke?bukankah hamba tak patut mintak apa2.hanya patuh!
maaf la kalau salah,aku tengah mencari..
Soalan tambahan
bagaimana jika tiada tuhan, syurga dan neraka dan tiada pembalasam di dunia kecuali dari manusia. Kemana halatuju kita utk kehidupan dunia dan membawa melayu kehadapan.
-melayu-gagal-
Perbincangan dengan rakan semalam menggamit hati saya... Bilamana, Laksamana Perang Cheng Ho dan Maharaja dinasti Ming yang ada pendapat mengatakan islam dicemuh oleh seorang rakan yang mengatakan islam zaman tu!!
Iya, memang zaman Hang Tuah dulu, orang islam lebih kuat dan lebh bijak dalam segala hal... Namun, bilamana rakan ini mengatakan islam zaman tu hanyalah sebagai suatu kemegahan, bukanlah praktis yang sebenar. Sedangkan, jika tidak, masakan beliau dapat menyatukan semua wilayah-wilayah di bawah satu pemerintahan yang cekap... Jauh sehingga ke Menara Dunia... Jauh merentasi laluan Sutera, sempadanan dengan wilayah Samarkand, Anak Benua India, Wilayah Islam Khawarizmi dan Abbassiah...
Mungkinkah pelajaran sejarah mengajar kita supaya bersikap pesimis terhadap sejarah lalu?? Bersangka buruk terhadap orang yang telah tiada??
Pemikiran bangsa Timur telah jauh kehadapan berbanding Barat. Sikap orang kita yang terlalu mengagung-agungkan imperialisme Barat semasa zaman penjajahan dulu menyebabkan kita lemas, tenggelam sengan prasangka dan pesimis terhadap bangsa kita, bangsa timur... (sesalnya saya...)
Lihatlah, betapa Amerika mencuri idea industri2 pembuatan dan automobil Jepun yang lebih murah dan lebih kukuh. Lihat pula bagaimana mereka menceduk rahsia ketenangan islam dan ketenangan timur untuk meneruskan hidup yang harmoni di sana??
Kita pula?? Mengagung-agungkan budaya mereka yang rusak!!! Rusak!! Rusak!!!
Aku,
Demang setuju dan sebagai tambahan kpd komen sdra, manusia dilarang bersikap riak sebab kita ni bukan ada apa-apa pun... untuk bersin pun kita tak boleh buat keputusan.
Saya rasa sdra mountdweller lebih tahu tentang asal usul manusia.
Saudara '-melayu-gagal-'@ Anonymous,
Soalan tambahan sdra tu memang satu persoalan yg menarik. Bagi saya, setiap manusia ada aras (level) masing-masing. Jika kita menjanjikan upah 20 sen kepada seorang kanak-kanak untuk pergi ke kedai, mungkin ia berhasil. Namun bagaimana jika untuk org dewasa?
Mungkin dia akan minta RM1 atau mungkin juga anda tidak perlu mengupahnya sama sekali! Perkhidmatan PERCUMA.
zamspotte,
Anda telah membuka perbincangan lanjut yg cukup menarik. Barangkali ada yg ingin memberikan respon terhadap persoalan yg zamspotte kemukakan...
Salam buat saudara demang yang empunya blog dan saudara zamspotte, Izinkan saya mencelah.
Bagi saya adalah kedua-duanya sekali, kemegahan dan praktis!
Cuba bayangkan kenapa Cheng Ho dipilih dan diberi kepercayaan oleh Maharaja Ming? Sedangkan beliau hanyalah asalnya dari seorang Sida. Beratus bahkan beribu mungkin pahlawan dan laksamana yang seagama dengan Maharaja yang ada di zaman itu.
Bukankah kekuatan, kejujuran dan ketaatan yang terbit dan lahir dari kekuatan iman Cheng Ho? Dengan Iman juga Cheng Ho boleh di katakan menguasai dunia di zaman itu? Bukankah segala ilmu yang ada pada hari ini adalah bermula dari ilmuan islam di zaman keagungannya?
Memang betul, barat hanyalah pencuri dan juru ubah suai!
Wallahu Aklam..
Nampaknya sdra mountdweller sudah memberikan jawapan yg cukup jelas walaupun beliau mulakan dgn satu soalan.
Untuk melihat bukti2 kenyataan beliau, saya cadangkan dapatkan buku tulisan Ann Wan Seng, Rahsia Islam di China, 2008. (Terbitan PTS Pub. & Dist.)
Amww Demang dan sahabat sekalian:
Hikayat Hang Tuah menampilkan Hang Jebat sebagai penderhaka. Namun dalam Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang memberi penghormatan kepada Hang Jebat dengan tidak meletakkan watak penderhaka kepada Hang Jebat.
Untuk jadikan kita sebagai pencinta ilmu bukan suatu yang mudah seperti memberi rangsangan untuk orang sukakan tempoyak.
Ilmu dalam masyarakat seolah-olah terpinggir untuk dibudayakan. Kalau hiburan, itu memang menjadi budaya kita.
Semoga pimpinan di semua peringkat sedar hal itu.
Menyedari pentingnya penguasaan ilmu, perlulah dikaji dan diberi penambahbaikan kepada sistem pendidikan kita.
Salam jihad.
Pertembungan idea dan perbezaan pendapat itu perlu sebagai menilai kelebihan dan kekurangan, selain dapat menambahkan pengetahuan...
Sebab itu, ada pendapat mengatakan China pernah menjadi empayar islam... semasa Dinasti Tang dan Ming yang diperinah oleh orang2 Manchuria. lihat blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Seperti entry yang Demang buat terdahulu, saya kira cukuplah menyalahkan Jebat dalam segala hal... Salahkan Tuah dalam segala hal... Salahkan Raja Mendeliar dalam segala hal... Salahkan Laksamana Khoja Hassan dalam segala hal... Atau Bendahara Tun Mutakhir dalam segala hal... Walaupun mimpi Demang tu lain macam saja...
Sejarah yang telah berlalu itu perlu kita jadikan iktibar... Kita dijajah negara Imperialisme dengan izin-NYA... Supaya kita, generasi mutakhir ini dapat pengajarannya...
Perbandingan Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah serta bahan-bahan lain perlu ada bagi menjana pemikrian yang ideal, disamping idea kita sendiri...
Hmm... mungkin betah saya tidaklah sebijak mana, cuma apa yang saya pasti... Hang Tuah, Hang Jebat dan saudara-saudaranya yang lain adalah pejuang pada zamannya...
luaskanmata,
Satu pandangan yg menarik. Saya dengar sistem pendidikan kita akan melalui satu perubahan besar.
zamspotte,
Betul tu. Sampai bila kita nak salahkan mereka, ye tak?
Huraian sdra cukup menarik.
Sdr. Demang,
Saya setuju dengan sdr. zamspotte
salam.
Suatu artikal hebat.
Sedingin salju,
terima kasih. Lama tak muncul?
salam Bro:
Ya fakta penulisan suadara tidak terletqak pada kejahilan tetapi terletak kepada kenyataan. Tahniah.
Post a Comment