Ada yang perasan dan ada yang tidak bahawa kakitangan awam tidak dibayar gaji oleh kerajaan. Sebaliknya mereka hanya berkhidmat dan sebagai balasan, mereka dan keluarga mereka disara oleh kerajaan.
Saraan tersebut dalam bentuk wang tunai dan juga perkhidmatan, contohnya bayaran caj hospital.
Itulah yang dinamakan Sistem Saraan Malaysia atau SSM.
Istilah 'pendapatan' tidak digunakan kerana kata dasar 'dapat' boleh membawa maksud 'macam-macam cara untuk memperolehinya'.
Meminta, mengambil, mencuri, meminjam, meminta sedekah dan sebagainya adalah antara cara-cara untuk seseorang men'dapat' wang.
Analogi mudah tentang saraan ini ialah seperti dalam sebuah keluarga. Bapa bertangunggjawab menyara isteri dan anak-anaknya.
'Upah' dan 'gaji' juga tidak digunakan kerana berdasarkan analogi tadi, upah diberi kepada orang lain yang membantu kita secara tidak berkala (tidak berjadual). Contohnya mengupah 'Bangla' memotong rumput di laman rumah kita sekali sekala.
'Bibik' atau pembantu rumah dibayar gaji. Itu sebabnya dulu dipanggil 'orang gaji'.
Begitu juga imbuhan yang bermaksud 'tambahan' atau bonus. Dalam SSM salah satu imbuhan yang diberikan bagi menghargai kesediaan penjawat awam berkhidmat kepada negara ialah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).
Berbalik pada analogi di atas tadi, maka kakitangan kerajaan adalah ahli keluarga kerajaan. Justeru adakah wajar mereka menderhaka?
Kalau kurang bersetuju, maka berbincanglah. Jangan membangkang tak tentu pasal macam Muslimat PAS yang Demang tulis semalam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
1 comment:
Seorang Bloggers yang dibayar untuk memfitnah orang tertentu,untuk mengacau bilaukan blog-blog tertentu,dan bekerja dalam waktu-waktu tertentu juga dipanggil "bergaji" atas perkhidmatan yang diberikan.
Tul x wahai pembangkang? Korang kan dah lama berblog ni,no wonder la kalau "bergaji" baru blog korang jalan. Tul x waadat..
------------------------------
Jadi followers 10SBH di http://10sibudakhitam.blogspot.com/ didahului ucapan terima kasih.
Post a Comment