Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS secara tidak langsung memberikan hujah betapa PAS dan Anwar begitu terdesak sejak dua menjak ini.
Ketika mengulas tentang program 'Juara Rakyat' yang dilancarkan oleh UMNO bagi mengatasi sebaik mungkin masalah rakyat beliau berkata usaha tersebut menunjukkan UMNO amat terdesak.
Jika demikian hujahnya, maka PAS dan Anwar jauh lebih terdesak sehingga terpaksa mengenepikan perjuangan asal dengan bersekongkol dengan parti ultra kiasyu DAP demi menumpang kejayaan.
Setidak-tidaknya program Juara Rakyat memberi manafaat kepada rakyat sedangkan persekongkolan PAS-Anwar-DAP banyak memberi keuntungan pada Anwar dan DAP semata-mata.
Sementara itu pemangku pemuda PAS Perak pula terbabas memuji YAB Zamri di Perak dengan berhujah bahawa MB tersebut tidak banyak membuat perubahan baru sekadar meniru Nizar. Budak muda tersebut tidak sedar betapa kenyataan tersebut membawa implikasi:
1) Zamri mampu menangani perubahan dan sedia menerima sesuatu yang baik walaupun diilhamkan pembangkang.
2) Rakyat tidak perlu mengambil risiko menyokong pembangkang kerana UMNO juga mampu melakukan sebagaimana yang diminta oleh pembangkang.
Nampaknya senjata (Tuan Ibrahim) makan 'tuan'.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
3 comments:
nak bungkus doh nizar dan kumpulannya. tunggu prk dalam masa terdekat
Tersasul yang sebenarnya, realitinya..petanda baik.
dulu depa bangkang..
skunk sokong..
nizar memnag pandai memerintah..
Post a Comment