Demang menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan bahawa kakitangan awam (sokongan) diberi sedikit bantuan berjumlah RM500. Sebahagian daripada pembayaran tersebut akan dibayar sebelum perayaan Aidil Fitri ini manakala selebihnya akan diberi bagi persediaan sekolah Disember nanti.
Walaupun Demang tidak mendapat imbuhan tersebut namun Demang cukup gembira atas usaha DS Najib yang bersungguh-sungguh ingin berkongsi dengan rakyat walaupun tidak seberapa.
Sebenarnya bukan mudah untuk meluluskan peruntukan yang begitu besar dalam keadaan ekonomi gawat sekarang. Walaupun cuma RM500 namun melibatkan kira-kira 400 juta ringgit. Negara seharusnya berhemat dalam mengatur perbelanjaan sebagai persediaan akan datang. Namun Najib yang sejak dahulu lagi sentiasa memberi tumpuan pada kebajikan orang di bawahnya pasti tidak akan senang hati selagi tiada sebarang bantuan disediakan untuk para pegawai kerajaan berpendapatan rendah dan sederhana.
Demang masih ingat bagaimana Najib merombak gaji tentera, polis, dan guru secara agresif. Bayangkan, sebelum Najib memegang kementerian pendidikan permulaan gaji guru hanya RM435 untuk lepasan sijil perguruan, yakni sama dengan gaji pokok operator kilang.
Semasa dalam kementerian pertahanan pula beliau berjanji di bawah pentadbirannya tidak ada lagi seorang tenterapun yang sekadar mempunyai motorsikal atau menumpang pengangkutan awam pulang ke kampung.
Itulah sebabnya Demang amat ternanti-nanti DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kini impian tersebut sudah terlaksana. DS Najib sudah menjadi PM dan sedang melaksanakan satu persatu impiannya selama ini.
Syabas Najib. Memang anda seorang negarawan tulen.
(Mungkin bagi anda terlalu awal untuk Demang menggelar Najib sebagai negarawan tulen namun Demang memang ada alasan tersendiri. Nantikan tulisan Demang dalam entri seterusnya berkenaan visi dan misi Najib untuk 1 Malaysia).
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
2 comments:
Salam, bersyukur kepada Allah krana telah melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang sentiasa perihatin dengan rakyatnya.......
Assalamualaikum dan Syukur Alhamdulillah kerana Malaysia dikurniakan pemimpin yang berjiwa rakyat.
Post a Comment