Lihat...
Lihat...
Lihat...
Lihat...
lihat lah...
Apa yang anda lihat? Apa tafsiran yang anda buat? Percayakah anda pada penglihatan anda itu?
Dengar:
"malam ini kita jumpa jam 8.30." (zzz)
"aku sayang padamu" (kah kah kah)
"kunantimu di pintu syurga" (bergantung pada amalan)
Lihat dan dengar; kedua-duanya masih menggunakan pancaindera kita sendiri. Namun yang mana lebih anda percaya?
Sayangnya jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini ramai yang lebih cenderung mempercayai telinga berbanding penglihatan sendiri.
Cuba lihat di sekeliling kita, contohnya ketika sedang memandu. Bagaimanakah kenderaan anda? Masih ingatkah kenderaan yang anda gunakan 15-20 tahun lalu? Masih ingat motorsikal cabuk anda dulu? Masih ingat bas mini?
Lihat pula rumah (atau rumah-rumah) anda. Adakah masih sama seperti rumah pertama anda dulu? Bagaimana dengan jalanraya, rumah jiran-jiran (atau rumah-rumah jiran!), bangunan & binaan, dan sebagainya?
Adakah anda fikir ia boleh 'jadi' sendiri sebagaimana Allah Taala menjadikan alam melalui 'kun fayakun'? Tidakkah ada manusia atau sekumpulan manusia yang berfikir, merancang, dan melaksanakannya? Siapa mereka itu?
Ketika awal kemerdekaan, orang Melayu cuma ada 0.2% ekuiti negara. Lihat baik-baik angka tersebut. 0.2% bukannya 2% atau 20%.
Maka para pemimpin ketika itu berfikir keras untuk memulihkan keadaan tersebut. Justeru dirumuskan satu program jangka panjang iaitu Dasar Ekonomi Baru atau dikenali sebagai DEB.
Melalui DEB kaum cina yang memang selama ini menguasai ekonomi 'dipaksa' bekerjasama dengan orang Melayu (baca bumiputra). Permit-permit dikeluarkan kepada orang Melayu dengan harapan mereka boleh bekerjasama dengan kaum lain dan berkongsi perniagaan.
Selain membasmi kemiskinan itulah maksud tersirat DEB iaitu merapatkan jurang antara kaum. Menggalakkan kerjasama. Dengan kata lain, perpaduan.
Adakah anak-anak muda sekarang tidak tahu tentang itu? Jangan salahkan kerajaan sebab fakta tersebut ada dalam sukatan subjek sejarah sekolah menengah (PMR). Samada anda tidak belajar atau guru anda tidak betul-betul mengajar.
Sayangnya apabila DEB dilaksanakan, berlaku pula gejala alibaba. Nak salahkan siapa lagi?
Maka ada sebilangan orang dungu yang meminta DEB dimansuhkan kerana ia menggalakkan alibaba. Kalau begitu, haramkan penanaman anggur kerana ia bahan untuk membuat arak. Tutup semua lebuhraya sebab di situ banyak berlaku kemalangan!
Lebih bangang lagi ialah blogger yang mendakwa DEB gagal sama sekali. Tak perlulah Demang letakkan link blog tersebut. Buat dosa je promote blog pengkhianat negara.
Bagi anda yang rasional dan matang, adakah lonjakan daripada 0.2% kepada 18% yang dicapai DEB itu bukan satu kejayaan? Memanglah kita tidak capai 30% sebagaimana yang disasarkan tetapi perlu diingat bahawa 30% itu hanya target. Memang agak mustahil melompat dari 0.2% kepada 30%. Itu kita tahu. Tetapi takkanlah kita nak letak target 20% sahaja? Maka kita letakkan target 30% supaya jika ia tidak tercapai, jatuhnya tidak lah teruk sangat.
Demang nak beritahu satu perkara: baik bumiputra mahupun bukan bumiputra, DEB adalah untuk semua. Sayangnya ia telah ditamatkan. Siapa yang menamatkannya? Kitalah yang menamatkannya disebabkan kejahilan kita untuk memahaminya.
Mana kelambu lagi mahu kita bakar? Mana kapal lagi yang mahu kita tenggelamkan?
Hanya kerana geram?
Foto hiasan:
bright beautiful Firaq flickr.com
beautiful jpg zindy.zone.dk
its a flower HersenSpinsel... flickr.com
putrajaya weemeng28 flickr.com
Sokong Demang
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
1 comment:
Salam, walau pun DEB khusus untuk kaum Bumiputera, yang lebih mengaut keuntungan siapa ? Bukankah kaum Cina juga mendapat nikmatnya ?
Kerana adanya orang Melayu-Bumiputera macam Anwarlah maka DEB tidak mencapai sasaran, ada pengkhianat Melayu sendiri yang menggagalkannya....
Post a Comment