Salah satu strategi menjadi pemimpin yang terkenal ialah mempunyai penyokong yang sentiasa mempromosi kehebatan pemimpin berkenaan. Maklumlah, bukan semua orang dapat sentiasa berada bersama pemimpin. Maka terpaksalah bergantung pada orang yang rapat dengan beliau bagi mengetahui berkenaan pemimpin tersebut.
Baru-baru ini seorang teman memberitahu Demang bahawa walaupun dia marahkan Anwar kerana menyebabkan situasi tidak tenteram di Malaysia serta mendedahkan negara pada campur tangan kuasa asing, namun kita perlu mengakui jasa Anwar Ibrahim dalam pembangunan Islam di Malaysia dan antarabangsa.
Menurut teman itu, contoh terbaik ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim.
Demang pernah mendengar hal tersebut sebelum ini daripada seorang ketua cawangan UMNO di Melaka bahawa UIA adalah inisiatif Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan.
Kebetulan dua hari lepas Demang berada di kampus asasi UIA bagi melaksanakan satu program untuk para pelajarnya yang baru mendaftar. Kebetulan juga seorang aktivis masyarakat yang juga bekas pelajar UIA turut terlibat.
Maka Demang pun diberitahu bahawa idea penubuhan UIA disuarakan pertama kali oleh Dr Mahathir di mesyuarat menteri pelajaran OIC pada tahun 1974.
Cadangan tersebut disokong oleh semua negara Islam dan masing-masing berjanji untuk menyalurkan dana bagi merealisasikan cadangan wakil Malaysia itu.
Maka apabila Dr Mahathir menjadi PM, cadangan itupun menjadi kenyataan.
Bagaimana timbulnya nama Anwar Ibrahim?
Sudah menjadi tradisi iaitu Menteri Kewangan dilantik menjadi presiden UIA. Maka apabila Anwar memegang jawatan mentteri kewangan maka beliau juga menjadi presiden UIA. Ketika itulah para penyokongnya menguwar-uwarkan cerita bahawa Anwarlah yang menubuhkan UIA.
Kesempatan menjadi presiden itu juga digunakan beliau bagi menempatkan individu pilihannya dalam jawatan penting universiti antarabangsa itu.
Berbalik pada OIC, walaupun semua perwakilan negara Islam berjanji untuk sama-sama membantu namun akhirnya tinggal Malaysia sahaja yang menanggung semua perbelanjaan.
Apabila mendapat maklumat tersebut Demang segera terfikir, apakah lagi program Islam yang dicanangkan sebagai hasil idea Anwar selama ini padahal sebenarnya kepunyaan orang lain?
Maka Demang teringat cerita seorang sahabat bahawa Anwar tidak akan hadir ke sesuatu program sebelum dihantar 'orang kuatnya' bagi meninjau persediaan tertentu. Antaranya ialah gambar Anwar dalam saiz terbesar mestilah digantung di tempat paling strategik.
Tidak hairanlah kenapa warga UIA masih ramai yang menyokong Anwar.
No comments:
Post a Comment