Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, September 3, 2010

musa bongkar rahsia anwar


Ketika Demang sedang berkira-kira untuk menulis sedikit kenang-kenangan bersama TS Musa Hassan, Blogger Paneh Miang telah terlebih dahulu membuat posting berkenaan.

Maka jika anda ingin mengetahui serba sedikit mengenai anak sulung Ustaz Hassan itu silalah ke blog Paneh. (ustaz Hassan ni kalau masuk PAS dah tentu dikategori ulama besar sebab beliau bertaraf internasional).

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, nama Musa Hassan amat sinonim dengan Anwar Ibrahim. Bukan menjadi rahsia lagi dek kerana beliau lah misteri Anwar terbongkar.

Menyingkap peristiwa lebih 10 tahun lalu, ramai yang tidak tahu bahawa apabila cerita dan berita skandal TPM tersebar maka Anwar sendiri memanggil dan meminta Musa Hassan yang ketika itu SAC II menyiasat siapakah dalang yang terlibat menghebahkan kepada umum.

Sebagai penjawat awam, Musa Hassan mematuhi arahan TPM itu dan segera menggerakkan jentera penyiasatnya bagi membersihkan nama TPM yang dikatakan difitnah.

Namun alangkah terkejutnya beliau apabila hasil siasatan pihak polis bukan sahaja menemukan pihak yang membuat sebaran malah kisah sebenar pula telah terbongkar. Dengan kata lain, laporan yang diterima beserta bukti menunjukkan TPM terlibat dalam satu siri skandal yang sukar dipercayai.

Sebagai anggota polis mahu tidak mahu Musa Hassan terpaksa menyerahkan laporan sebenar walaupun ia melibatkan orang nombor dua dalam kerajaan yang sedang berkuasa.

Pendedahan tersebut menggemparkan negara. (Anwar kata, dunia pun terperanjat! Betullah tu...)

Presiden dan AMT UMNO segera mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perkara tersebut. Anwar sendiri diminta hadir agar beliau berpeluang membela dirinya sendiri.

Namun hujahan Anwar langsung tidak menyakinkan mereka, apalagi pembangkang.

Dalam masa yang sama PAS mula menuduh kerajaan bersikap tidak adil kerana melepaskan Anwar begitu sahaja hanya kerana beliau 'orang besar'. Antara pemuka PAS yang giat menjaja isu skandal Anwar ialah Mat Sabu, yang pernah menjadi teman rapat Anwar sendiri.

Dalam mesyuarat khas itu timbul sedikit perselisihan iaitu terdapat beberapa orang AMT mencadangkan Anwar dimaafkan dan tidak dikenakan tindakan manakala sebahagian lagi berhujah bahawa Anwar perlu bertanggungjawab atas tuduhan itu dengan cara berundur atau dipecayai.

Hal ini kerana isu tersebut dapat digunakan dengan berkesan oleh pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan.

Akhirnya AMT mengambil keputusan meminta Anwar berundur untuk sementara waktu dan kembali semula ke arena politik apabila keadaan reda semula.

bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

sambungan: he he

tetapi, akibat dari keangkuhan Anwar yang menyangkakan beliau akan mendapat sokongan ramai AMT dan pihak dari luar negara, maka Si Gay boy ini telah bertindak menentang kerajaan.

pada waktu itu (Refomasi) setiausaha kerajaan Amerika madeleine Albright sudah berada di singapura untuk memberi uacpan tahniah kepada gayboy nie..

tetapi dengan kebijaksanaan polis dan Tun M...

si gayboy kena JEL.. maka.. membontotlah dia didalam penjara..

Kalau nak tau pasal Anwar semasa di sekolah.. selidik lah dari senior2 dia masa di kolej dulu.. aku di fahamkan dari dulu ( kolej ) lagi dia nie selalu kena bully dengan senior kerana ke lembutan nya tu..

dan masa dia student U dulu pun dia ada kawan rapat, yang duk kat rumah sewa kat PJ..

Paham2 jer la...

Ada seorang kawan info.. masa kak wan kerja kat hospital dulu dia pernah dan selalu mengadu tentang Anwar yang suka berperap dengan Adik Angkatnya...

siasat lah bro.. selamatkan Malaysia dari Si Gayboy tua nie..


Salam...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)