Pak Teh bersetuju dengan pendapat Demang bahawa PAS perlu kembali ke landasan asal perjuangan.
Sebelum ini PAS adalah sayap kiri ummat Islam di Malaysia manakala UMNO sebagai sayap kanan. Kedua-duanya diperlukan dan saling memerlukan bagi membawa batang tubuh ke destinasi.
Cuma bezanya, UMNO memakai topeng kemenangan manakala PAS memakai jubah kekalahan.
Apa perlunya topeng dan jubah? Dari segi hakikat, ia tidak membawa kesan apa-apa sebab matlamat utama ialah menuju negeri akhirat dan kembali pada-Nya.
Dalam peperangan, memang ada soldadu yang diarahkan bangkit untuk ditembak kepalanya oleh musuh. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak tahu dari arah mana musuh itu berada!
PAS tidak perlu terheret ke dalam masalah peribadi Anwar.
Lihat pendapat blogger PAS http://greenboc.blogspot.com/2010/11/kalau-bukan-di-kelantan-paspr-kalah.html
1 comment:
Salam...
kengkadang, bila dah terlalu kecanduan dan penuh iri hati, maka terlupalah mereka pada tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Malahan mereka jauh lebih teruk daripada pihak yang ingin ditarbiahkan.
Sejarah PAS dan awal kewujudannya sudah dilupakan oleh para penggiatnya masa kini, sebaliknya mereka dengan para pendokong Demokrasi Rom yang lain tiada bezanya, yang kempen mereka adalah merekalah yang terbaik.
blog saudara telah pun dipautkan dengan The Flying Kick... terima kasih diucapkan
Post a Comment