Mana lebih baik, meramaikan ummat Islam atau menambah peraturan yang menjadikan tiada lagi ummat Islam?
Demang rasa jika Hj Hadi ingin dipertikai ekoran fatwanya terhadap UMNO suatu ketika dulu maka beliau bukan berseorangan.
Banyak lagi firqah-firqah yang saling tuduh menuduh antara satu sama lain dan mempunyai set peraturan yang menyebabkan orang lain dianggap tidak betul.
Demang akur bahawa ummat Islam akan terpecah 73 (betulkan Demang jika salah) dan hanya satu yang benar namun masalahnya semua pihak mendakwa mereka lah yang benar!
Bagi Demang, hanya Allah taala yang berhak menentukan siapa betul siapa salah. Kita? Tugas kita ialah melakukan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah saw.
Namun itu juga satu masalah kerana kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah saw apatah lagi berguru dengan baginda.
Maka kita perlukan ulama yang berkesinambungan dengan Rasulullah saw dan mengikuti amalan mereka.
Jika itupun tidak mampu maka kita ikutlah guru-guru kita yang belajar daripada ulama yang mendapatkannya daripada para sahabat radiallahuanhum yang hidup di zaman Rasulullah saw.
Sesungguhnya Demang bukanlah seorang yang arif dalam bidang ini dan tidak berniat untuk memperinci perkara ini.
Bagi Demang, apabila seseorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah maka Islam lah dia dan bersaudaralah kita dengannya. Justeru jangan lagi memandai-mandai menuduh dia tidak Islam selagi dia tidak mengatakan sebaliknya.
Maka bersatulah ummat Islam atas faktor itu kerana serangan kafir terhadap orang Islam pun bermula dari situ.
Apa kaitan Hj Hadi dalam perkara ini? Bagi Demang apabila beliau telah dilantik menjadi naib presiden majlis ulama dunia (wakil negara kita) maka apabila kita mengikuti beliau bermakna kita berada dalam jemaah Islam sedunia.
Ada yang lain? Sila respon jika anda berniat mencari kebenaran sebaliknya beredarlah jika sekadar untuk bertengkar.
Wallahualam.
7 comments:
blogger demang ni sapa, yg rasa cemburu atau tak puas hati dgn perlantikan TGHH tu.Demang ni rasa dia baik sangat la kot jika dibandingkan dgn TGHH.sbb tu la dia rasa mcm tu(tak puas hati).lagi pun TGHH dari Pas.kalau dari puak umno yang dilantik mungkin dia puas kot.jgn ungkit kisah lama yg blogger ni tak faham.
bg sy, TGHH masih belum boleh dikatakan pemimpin islam yg sebenarnya menegakkan islam dibumi Malaysia ini. Bnyk tingkah dan perbuatannya sebelum ini menjurus kp perpecahan umat dan yang mutakhir sekali beliau seperti takut unt menerbitkan atau menyatakan kebenaran. Padahal beliau amat terkenal dgn kelantangan dlm menyatakan sesuatu terutama dalam banyak syarahan agama beliau dikhalayak ramai. Apabila berhadapan dgn sekutunya, beliau jadi membisu. Sifat seorang sebenarnya pemimpin bukanlah begitu caranya. Pas sebenarnya kalau diikut kepada teras perjuangan, tidak memerlukan seorang pemimpim utama seperti TGHH apa lagi TGNA. Pemimpin Pas mesti seorang yg tegas dan berpendirian tetap dalam halatuju menyatukan umat islam. Pabila mengeluarkan kata-kata mestilah berfakta dan merujuk kp kalimah Allah.
TGHH banyak melakukan perpecahan umat islam dgn fatwanya, kecuali beliau kini sedar dan insaf serta berniat melakukan yang terbaik sebagaimana yang benar dalam islam.
Walaubagaimanapun Pas dibawah TGHH kini kelihatan sebagai sebuah parti punchbag, parti U-Turn Zig-zag, pelacur islam dan sebagainya.
Yahudi pecah 71, nasrani pecah 72, islam pecah 73 hanya satu yang masuk surga, yahudi yang berjemaah, yang lain masuk neraka.
jika lijitra lbh faham, share le di sini..
pandangan Aku Melayu Rasis menarik.
Anon yg last tu boleh beri penjelasan?
lijitra, awak ni dah kenapa? bila masa pulak demang pertikai perlantikan tghh dalam persatuan ulama dunia. apa yang disebut ialah tghh telah menjadi wakil malaysia. siapa yang diwakilinya? adakah hanya umat Islam ahli pas atau semua rakyat malaysia beragama Islam? tak timbul soal jeles atau cemburu, cuma demang ingin menarik perhatian tentang fatwa tghh suatu ketika dahulu bahawa umno kafir sebab bersekutu dengan mca dan mic. kini hukum apa yang boleh digunakan bila pas bersekutu dengan dap dalam pakatan? manusia memang tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. namun dengan jawatan dan anugerah sebesar ini, apalah sangat jika ada jiwa yang besar dengan mengakui kesilapan dan menarik balik fatwa.
Haji Hadi telah menzalimi TS Khalid Ibrahim kerana menghukum TSKI sebelum TSKI didapati bersalah. Orang yang berlaku zalim tidak layak bergelar ulama. Sekarang apa yang dibuat TSKI semuanya serba tak kena sedangkan Selangor mempunyai Anwar Ibrahim sebagai Penasihat ekonomi.
Sebenarnya, Haji Hadi telah bersekongkol dengan Anwar dan DAP untuk kebas wang rakyat Selangor untuk kegunaan PKR dan PR seperti termaktub di dalam dokumen Langkah Kajang. Alangkah hinanya engkau Haji Hadi dan alangkah ruginya Islam mempunyai syaitan yang bertopengkan manusia seperti kamu.
Allah telah mewajibkan setiap umat Islam berdakwah bukan sekadar hanya kepada orang yang hadir bersembahyang jemaah tetapi juga kepada orang kafir. Berapakah orang kafir yang engkau islamkan dalam dakwahmu Haji Hadi? adakah mereka lebih ramai dari orang Islam yang engkau kafirkan.
Bagiku, engkau hanya mempergunakan Islam dan lebih spesifik HUDUD untuk modal politik, tidak lebih dari itu. Aku kasihankan sebahagian ahli2 dan penyokong2 PAS yang ikhlas menyokong PAS demi Islam tapi sebenarnya mereka ditipu bulat2. Ingatlah Haji Hadi, matlamat tidak pernah menghalalkan cara dan ingatlah Allah banyak2, jangan fikir nak menang pilihanraya saja. Shame on you Haji. Aku rasa engkau tidak layak digelar ulama.
Haji hadi x layak sbb dia beri pelindungan pada peliwat.....
Dia nak lawan al quran....
Post a Comment