Tidak sampai dua minggu lagi GST akan dilaksanakan. Walaupun bukan langsung tugas Demang namun batu jemala Demang ikut letih memikirkannya, sebagai rakyat.
Perang persepsi sedang berlangsung. Masing-masing pihak mengemukakan pendapat dan pandangan.
Kesimpulan yang Demang dapat ialah; GST adalah satu sistem baru untuk kerajaan memastikan unjuran kerajaan dalam pungutan cukai mencapai sasaran.
Ertinya, kerajaan berjaya mendapat satu sistem bagi meleraikan kebuntuan mereka dalam pungutan cukai. Selesai masalah kerajaan.
Bagaimana pula dengan masalah rakyat? Apa masalah rakyat?
Masalah rakyat ialah apabila perbelanjaan melebihi pendapatan. Jika masalah itu selesai, maka rakyat peduli apa hatta dengan bapak GST sekalipun.
Kenaikan harga adalah normal. Ada atau tiada GST, harga barang akan tetap naik saban masa dan ketika. Maklum, kehendak manusia tidak pernah puas.
Cuma, GST menjadi alasan baru untuk pengusaha menaikkan harga. Jika produk itu bukan barang keperluan maka pasaran yang akan membuat keputusan. Jika barang keperluan maka tanggung sahaja lah.
Salah satu masalah rakyat ialah mendapatkan tempat tinggal yang selesa. Rakyat bukan mahukan rumah seperti rumah gadang pemimpin namun rakyat juga tidak mahu rumah seperti hamba sahaya. Rumah kos rendah yang ada 2 bilik atau 2 setengah bilik mencerminkan semua pihak yang terlibat membinanya jenis manusia yang kurang akal fikiran. Nak guna istilah bodoh pun boleh.
Pemimpin cina nampaknya berjaya melakukan urbanisasi dan menempatkan kaum mereka di perumahan tersusun sederhana mewah. Padahal bukan sedikit kekangan untuk mereka mendapatkan tanah. Agaknya sebab mereka ikhlas nak menolong kaum sendiri.
Pemimpin melayu pula terkial-kial tak tau nak buat apa. Akhirnya ikut berebut rumah kos murah dengan rakyat marhaen.
Rumah yang kurang selesa menyebabkan anak melayu tak suka duduk di rumah. Mak bapak pun tak suka anak duduk di rumah sebab susah 'nak buat projek'.
Oh, mungkin Demang terlepas pandang sebab rumah sekarang sudah ada 3-4 bilik, namun berapa harganya? Mampukah rakyat biasa membelinya?
GST atau tidak, ia bukan masalah utama. Jika rakyat tenteram, kerajaan pun senang. Pemimpin pun boleh kerap makan angin ke luar negeri.
Walau bagaimanapun jika kerajaan susahkan rakyat maka jangan haraplah kerajaan akan hidup senang. Kalau rakyat sudah marah, mereka tidak peduli lagi DAP bahkan komunis sekalipun menang pilihanraya.
#kembalikanHAKpenduduKkampungBEREMBANG
No comments:
Post a Comment