Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, October 19, 2015

Cina bukan pendatang kata najib dan demang setuju

Semput terus sebahagian penyokong Najib apabila bos mereka mengeluarkan kenyataan bahawa cina bukan pendatang di Malaysia.

Maka rata-rata yang hanya bersumberkan media sosial dan lain-lain sumber ketiga mula meraban dan meracau.

Demang sempat melihat sedutan ucapan Najib menerusi berita TV3 malam tadi. Mujurlah ia sebuah tv tiga suku. Biasanya orang 3 suku juga bersifat lurus bendul.  Tak macam orang cerdik yang telunjuk lurus kelingking berkait.

Kita yang cukup suku inilah perlu cerdik membuat analisis.

Demang lihat ucapan Najib dalam perhimpunan parti Gerakan itu terang dan jelas. Orang cina yang ada di Malaysia sekarang tidak boleh dilabel sebagai pendatang sebab mereka lahir, membesar, dan mencurahkan bakti di negara ini.

Mereka bukan sekadar warganegara Malaysia begitu sahaja bahkan memiliki kepentingan sah yang termaktub dalam perlembagaan serta dijamin oleh Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara.

Apa masalahnya ucapan Najib itu? Adakah dalam ucapan itu Najib mengatakan cina itu sama definisinya dengan melayu?

Dalam masa yang sama Najib menyelar segelintir kaum cina yang tidak menghormati hak dan keistimewaan penduduk asal, bahkan ada yang bersikap biadap sehingga memijak gambar pemimpin yang dipilih oleh majoriti rakyat.

Bersikap terbukalah. Kalaupun marahkan Najib, janganlah tampakkan sangat kebodohan menganalisis isu.

Kenapa Najib bercakap begitu dalam perhimpunan Gerakan? Demang ada kawan-kawan kaum cina dan Demang tahu majoriti cina bukan sahaja tidak sukakan UMNO malah mereka juga meluat dengan MCA.

Demang ucap tahniah pada Najib yang dah sedar perkara ini.

Demang percaya, Gerakan mampu menggantikan MCA walaupun mereka tewas kepada DAP di Pulau Pinang.

Itu isu lain.

5 comments:

pengundi bn pru13 said...

Kempen bodek cina 2.0 oleh ahjib gor bermula dan macai2 pun macam biasa kasi kipas baikk punya.Cina bukan pendatanglah sangat sampai majoriti cina tak tahu cakap Melayu.Kalau pandai cakap pun macam baru turun tongkang 3 bulan.Yang fasih cuma beberapa kerat iaitu cina2 yg sekolah kebangsaan dan rajin bercampur dengan Melayu.Tapi disebabkan polisi ahjib yg mahu lebih banyak sekolah2 perkauman cina dibuka sepertimana british yg memerintah dengan cara 'pecah dan perintah' maka jurang polarisasi kaum menjadi semakin besar dan besar.

Ahjib bukan negarawan yg pentingkan perpaduan tapi ahjib cuma politikus opportunis yg cuma mahukan undi.Sebab itu banyak tindakan2 ahjib lebih kepada meraih populariti daripada menjaga kepentingan negara.Sebab itu juga ada slogan seperti 'cash is king' oleh ahjib.

Ahjib daripada awal pemerintahannya memang sangat pro cina kerana begitu kemaruk mahukan undi cina tapi akhirnya 93% cina menolaknya.Nah sekarang ahjib cuba lagi mengampu cina untuk pusingan kedua kerana percaya cina akhirnya akan menyokongnya dan konfiden abis yg majoriti Melayu masih menyokongnya(kononnyalah).

Tapi dengan populariti ahjib sendiri yg semakin merosot dan menjunam dikalangan seluruh rakyat termasuk oleh kaum Melayu,dijangka bukan saja ahjib yg akan ditolak tapi BN seluruhnya turut akan ditolak bersama2 ahjib kerana cuma itu saja satu2nya cara untuk menyelamatkan negara setelah orang2 umno begitu dayus dan merelakan kepincangan dan penyelewengan berlaku terang2an tanpa berani bertindak.

Siluncai terjun dengan labu2nya...biarkan..biarkan

Anonymous said...

Cina bukan pendatang??? Yang pasti Pahlawan Bugis yang tak bertelur tu adalah pendatang. Teruskan bodek Cina semoga terus dimainkan. Kalau masih belum sedar jugak memang sah dia dah dibodohkan. Pahlawan Bugis ni memang bodoh. Tunggulah Pilihanraya Umum Ke 14 nanti. Kita tengok berapa peratus pulak 'Cina bukan pendatang' akan sokong Pahlawan Bugis tu.

Anonymous said...

dah nyawa nyawa ikan....takde rotan akar pun jadilah....tak gitu Ah Jib.

Anonymous said...

dah cina bukan pendatang, tak salah la kalu mereka minta bahasa cina kat u mereka. guna bahasa cina kat pejabat. minta tahu berbahasa cina jika mahu bekerja. pasal cina bukan pendatang. dah semestinya bahasa mereka juga bukan bahasa pendatang. serta budaya mereka bukan budaya pendatang. melayu lepas ni jangan dok bikin kecoh sama cina minta satu sekolah dan bahasa melayu tu bahasa utama. ada banyak bahasa kat malaysia ni.

Nizam Gtz said...

Huhuhu... T.T

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)