Penggunaan resin myrrh dalam perubatan dikesan sejak zaman mesir purba.
Seterusnya myrrh diamalkan secara meluas di zaman Rom. Dikatakan tentera rom dibekalkan myrrh apabila ke medan perang.
Myrrh sememangnya digunakan di zaman ketamadunan Islam. Bahkan nama 'myrrh' diambil dari bahasa Arab iaitu 'mur' bermaksud pahit.
Resin hebat ini turut ditemui dalam buku² perubatan China dan India (Ayurveda).
Perubatan tradisional cina mengesyorkan penggunaan myrrh bagi masalah reumatik, arthritis, dan peredaran darah, serta untuk amenorea, dismenorea, menopaus, dan tumor rahim. Ia juga dikatakan berkesan untuk jantung, hati, dan limpa.
Sayangnya dalam industri perubatan modern myrrh agak tenggelam kerana meluasnya penggunaan dadah dan bahan kimia yang lebih komersial.
Namun sejak sedekad yang lalu para pengamal perubatan mula memberi perhatian pada sumber semulajadi ini.
Beberapa kajian dimulakan dan dengan cepat menarik minat universiti² untuk turut serta. (sebahagian kajian tersebut dicatatkan di bawah artikal ini).
Adalah dijangkakan dalam masa terdekat resin myrrh akan menjadi bahan utama dalam penyediaan produk kesihatan, haruman, dan penjagaan diri di seluruh dunia.
Morha berbangga kerana menjadi peneraju produk berasaskan myrrh di malaysia dan asia tenggara.
Kami berazam untuk mempertingkatkan penggunaan myrrh dalam produk² berinovasi tinggi serta menembusi pasaran global.
Untuk itu kami sedang menyediakan pelapis bagi melanjutkan pelajaran khusus dalam bidang farmasi.
Dalam tempoh 5 tahun dari sekarang morha bersedia untuk menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi, memenuhi permintaan pelanggan di dalam dan luar negera.
Bacaan tambahan/rujukan:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Myrrh
https://www.sciencedirect.com/topics/pharmacology-toxicology-and-pharmaceutical-science/myrrh
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4556964/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3796379/
https://www.uofmhealth.org/health-library/hn-2134003
https://draxe.com/myrrh-oil/
https://thetruthaboutcancer.com/myrrh-essential-oil/
https://www.mskcc.org/cancer-care/integrative-medicine/herbs/myrrh
No comments:
Post a Comment