Cerita 1
Anwar orang perjuangan. Berjuang dari zaman pelajar hingga tua. Dari platform muda hingga edisi larut usia.
Pencapaian tertinggi anwar ialah timbalan perdana menteri malaysia. Takdir Allah, itu sahaja yang anwar dibenarkan mencapainya.
Namun manusia anwar tidak kenal putus asa. Makhluk Allah yang satu ini tetap mahu apa yang dicita. Walau untuk seketika.
Anwar dan mahathir sudah ditakdir jadi seteru sampai mati. Mahathir dah sekat anwar sekali tapi si liat itu masih bingkas berdiri. Maka mahathir kembali kali kedua untuk menamatkan riwayat anwar.
Tugas mahathir bukan mudah. Begitu takdir Ilahi padanya. Orang melayu dibiar keliru mencari siapa pemimpin yang perlu disokong. Padahal Allah dah tunjukkan, inilah orangnya.
Sebelum PRU lalu saya ikut seorang sahabat berceramah. Isinya ialah formula untuk mengalahkan pihak majoriti. Audiens didedahkan taktik dan muslihat bagi menewaskan kelompok majoriti melalui demokrasi.
Hampir semua yang hadir nampaknya bersetuju tetapi setakat manalah kemampuan mereka untuk memberitau pengundi lain.
Mungkin juga mereka hanya bersetuju tapi tidak percaya ia boleh terjadi.
Cerita 3
Kalau dalam cerita 2 tadi ia hanya formula dan andaian maka kini ia sudah jadi kenyataan. Malangnya ramai masih belum faham manakala yang dah sedar sudah tak mampu buat apa2.
Tidak ada apa yang boleh diselamatkan. Bukan pesimis atau kecewa tetapi itulah realiti. Orang melayu sudah dalam genggaman musuh mereka dan semua tindakan telah diperkira dan dikunci.
Cerita 5
Takdir Allah kini berlaku dengan nyata, tanpa boleh ditahan lagi. Perkara yang tidak logik pada pendapat kita terus berlaku satu persatu.
Cerita 6 adalah sebagaimana hadis2 rasulullah saw berkenaan tanda² terjadinya qiamat. Untuk menghadapi qiamat bukan dengan cara memulihkan DEB atau merombak semula GLC.
Qiamat menurut Rasulullah saw akan bermula dengan keluarnya dajjal. Maka DEB, GLC, hak istimewa melayu bukan lawan dajjal. Dajjal tak peduli itu semua.
Dajjal hanya takut pada muslim yang kental imannya. Tentera muslim yang digeruni dajjal ialah pemuda yang berbaris solat subuh di masjid.
Dajjal akan kalah pada tentera Allah yang selalu berpuasa di siangnya dan memperbanyakkan ibadah di malam hari.
Cerita 7 ialah qiamat.
Wallahu 'alam
2 comments:
"Dan brgsiapa bertaqwa kpd Allah (swt), mk Dia menjadikan bgnya jln keluar (dr permasalahannya), dan Dia berikan rezki dr arah yg tak disangka sangka, dan brgsiapa bertawakkal kpd Allah (swt) mk Dia cukup bgnya. Sesungguhnya Allah (swt) melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah (swt) menjadikan bg tiap tiap sesuatu itu takdirnya."
Taqwa dan tawakkal, setelah itu serah sj sepenuhnya kpd Allah swt. Kejayaan sebenar, bila Allah swt berkenan mengampuni dan merahmati kita, meredhai dan mengasihi kita.
Takkan nak bagi peluang kedua kepada PEROMPAK DAN PENYAMUN tadbir negara ini lagi.HANYA YANG BODOH , YG BEBAL DAN BENGONG AJE NAK BALIK KEPADA KEPIMPINAN PENYAMUN DAN PEROMPAK NEGARA @ BN
Post a Comment