Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, May 31, 2009

PKR menang



“Bersuluh di bulan terang, ketawa dek harimau; bergalah ke hilir ketawa dek buaya.”

Demang percaya para pemimpin PAS dan sebahagian pemimpin PKR yang berbangsa Melayu masih memahami maksud peribahasa tersebut.

Namun, biarlah harimau atau buaya nak ketawapun, namun PKR tetap berkempen hebat siang dan malam di Penanti; walaupun yang dilawan cuma bebayang sendiri.

Akhirnya keputusan yang langsung tidak mengejutkan sesiapa itupun dimuktamadkan. Calon PKR menang besar mengalahkan bekas penyokongnya sendiri. Menang besar berdasarkan 46% pengundi yang keluar mengundi.

Persoalannya, kemana perginya 54% lagi? Adakah mereka penyokong UMNO-BN sebagaimana telahan Pakteh tadi?

Bagi Demang, seperkara lagi yang perlu diambil kira ialah tujuan diadakan PRK di Penanti. Kekosongan yang berlaku bukan kerana kematian atau sebab yang tak diduga. Sebaliknya sengaja dikosongkan berikutan ‘penyingkiran’ penyandangnya sebelum ini yang juga TKM1 Pulau Pinang.

Bagi sebahagian pengundi Penanti, mereka perlu mengundi dan memastikan Mansor Othman menang dan dilantik mengisi jawatan tersebut bagi mengelakkan jawatan tersebut jatuh ke tangan orang lain.

Setakat ini, Mansor Othman adalah satu-satunya pilihan terbaik setelah ‘kesilapan pengundi’ memilih Fairuz sebelum ini.

Itu pendapat Demang. Cuba lihat pula pendapat Dr Novandri.

Lihat juga komen menarik seorang pengunjung Waadat di sini.




(foto: sewergator.com & Laramie_Coyot... flickr.com)

PR kalah di Penanti

Pakteh dapat maklumat bahawa sehingga jam 5 petang tadi cuma 7,149 pengundi telah buang undi. Peratusan keseluruhan yang keluaq mengundi cuma 46.48%. Tak sampai setengah!


SPR janji keputusan akan dapat kita tau sekitar jam 8.00 malam ini kalu takdak aral.


Pasai apa agaknya tak sampai setengah yang keluaq mengundi? Adakah DUN Penanti tak penting ? Atau pengundi fikir kalu depa tak mengundi pun, calon depa akan menang dengan sendirinya?

Atau pengundi yang tak keluaq tu sebenaqnya penyokong UMNO-BN? Atau sekurang-kurangnya depa menyampah kat PR?

Nampaknya PR sudah kalah di Penanti.
...
(foto: my.pokernews.com)
Rupa-rupanya jika kita taip PKR dalam Yahoo, maka foto-foto yang keluar adalah berkaitan perjudian. Adakah satu kebetulan?).
Artikel ini juga boleh dibaca di blog Pakteh.

Blog Sampah




Cuti sekolah bermula, maka kenduripun bermula.

Apa beza kenduri dahulu dengan kenduri sekarang?

Dahulu orang kampung bertungkus lumus memasak dan melayan tetamu, kini semua siap terhidang dilayan pihak 'cattering' lengkap dengan pelayan. Dahulu makan berhidang, sekarang sudah guna 'buffet'. Dahulu tetamu dibekalkan telur rebus, kini sudah diganti dengan gula-gula. Dahulu ada pancaragam, kini cuma guna karaoke.

Apabila dah ada karaoke, macam-macam suara boleh kita dengar. Jika penyanyinya bersuara merdu, maka sedaplah telinga tetamu mendengarnya.

Namun ada juga yang tidak sepatutnya menyanyi, pun teringin 'menyumbangkan' suara. Tokcik, Pakngah, Abang Usop, Adik Lan pun sibuk nak menyanyi sama. Temponya lari, pic pun tak sampai. Apabila tiba pada chorus, sampai tegang-tegang urat leher; akhirnya yang keluar ialah bunyi seperti badak mengawan.

Begitu juga politik. Sekarang ini semua orang nak tumpang sekaki berceloteh pasal politik. Blog politik tumbuh macam cendawan. Ada yang memang berkualiti dan berteraskan fakta. Memang ada yang mampu membuka minda positif.

Namun yang banyaknya sekadar inginkan populariti. Ada blog sampah yang hanya menyiarkan 3-4 ayat provokasi, berjaya menarik ribuan pengunjung sehari.

Ada blog yang penuh dengan iklan. Artikel tak seberapa. Tidak salah berniaga dan tidak juga salah meletakkan iklan komersial dalam blog sendiri. Demang sendiri berniaga dalam internet. Namun bab bisnes Demang gunakan blog lain, Demang asingkan daripada blog politik.

Sekurang-kurangnya kita mengelakkan rasa curiga orang ramai. Maklumlah, macamana nak perbetulkan pemimpin kalau diri sendiripun mengeksploitasi blog politik sebagai strategi perniagaan?

Adakah kita sedang bergerak ke hadapan atau mundur ke belakang dalam menyajikan buah fikiran?

foto kenduri: khair75 flickr.com

Friday, May 29, 2009

Berterima kasih dan bersyukur



Pulang dari sekolah tadi, Demang singgah di Jaya Jusco sekejap. Lama tidak ke pasaraya tersebut, rupa-rupanya setiap kereta yang masuk perlu mengambil 'tiket parking'.

Kebetulan Demang terserempak dengan seorang rakan sekampung yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.

Maka tanpa berlengah Demang terus mengadu padanya.

"Wah, dah kena bayar pulak ‘parking'. Dulu ‘free' je."

"Alaa, bang. Cuma seringgit sejam. Itupun dikira mulai jam kedua. Kalau cuma sejam, masih percuma. Kalau abang ada 'J-card' dua jam pertama masih percuma." rakan itu menjelaskan.

Demang terdiam. Sambil diam, Demang terfikir betapa rakan Demang yang bekerja sebagai pengawal tahu ‘menjaga’ majikannya. Bukanlah Majikan itu yang menghidup dan mematikannya dan bukan sekali-kali memberi rezeki padanya. Cuma pengawal keselamatan itu faham erti bersyukur dan berterima kasih.

Maka Demang tersedar satu perkara.

Cheguman seorang guru. Tugas guru ialah mendidik kanak-kanak. Ketua jabatan bagi guru ialah Guru Besar. Guru Besar di bawah kuasa Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Jabatan pula di bawah Kementerian Pelajaran yang mempunyai seorang menteri, iaitu Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran tersebut dilantik oleh Perdana Menteri.

Maka Cheguman mesti menyokong Guru Besar, Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran, dan Perdana Menteri.

Itu jika dilihat daripada bawah. Mari kita lihat pula dari atas.

Dalam PRU12 baru-baru ini, BN telah memenangi 140 kerusi parlimen. Maka Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara pun berkenan melantik Pengerusi BN sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri pun membentuk kabinet dan salah satu kementerian yang dibentuk ialah Kementerian Pelajaran. Menteri Pelajaran dilantik oleh PM bagi mengetuai kementerian tersebut.

Di bawah Kementerian Pelajaran ialah Ketua Pengarah Pelajaran. Di setiap negeri pula ada Pengarah Pelajaran Negeri. Semua sekolah berada di bawah Jabatan Pelajaran Negeri. Setiap sekolah diketuai Guru Besar atau Pengetua. Sekali lagi, Cheguman adalah seorang guru.

Maka Demang hairan bagaimana terdapat ramai guru yang menentang kerajaan dan dalam masa yang sama tidak pernah lupa mengambil gaji dan elaun setiap bulan. Malah tidak malu menuntut bonus tahunan. Walaupun mereka mendakwa mereka tidak cuai mengajar, tetapi bagaimana mereka boleh melaksanakan dasar kerajaan yang mereka tentang?

Demang bimbang, mereka inilah yang mensabotaj dasar-dasar kerajaan kemudian menuding jari pada kerajaan dan mengatakan: kerajaanlah yang salah.

Foto: humyra85.blogdrive.com/ TQ.

PR kelam kabut




Depa tuleh...

“Kelihatan orang ramai bersesak-sesak ketika menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering dalam kawasan DUN Penanti semalam”

Pakteh tergelak sorang-sorang baca tulisan tu. Pakteh jumpa dalam blog 'puak-puak yang tak puas hati tu...'
Apa taknya, PR kata depa hebat sangat. Tapi Pakteh tengok, nak lawan calon bebas pun depa dah kelam kabut. Sampai Mursyidul Am PAS dan Penasihat PKR pun terpaksa turun padang nak pastikan depa menang.

Pakteh rasa DS Najib mesti gelak punya tengok kelakuan puak-puak PR bergaduh sama sendiri kat Penanti.

Mengenai ’orang ramai bersesak-sesak...’ tu, biasa la. Orang PR memang sentiasa sesak. Kalu tak sesak, tu bukan pembangkang namanya.

Pakteh tengok, bulan Jun ni Anwar lagi sesak! Huiii... dah dekat 1 Julai. Mampuih Pak Seikh!

Thursday, May 28, 2009

Gebang Pakteh


Salam pada semua. Sebenaqnya Pakteh ada blog sendiri. Bolehla pi jengok blog Pakteh yang Pakteh bubuh nama Al-Banjiri Online 2009. Ish... Sekali imbas macam nama blog puak penentang kerajaan pulak.

Memang Pakteh tiru depa. Pakteh ingat kalu guna nama tu, ada 'onk'. Tapi nampaknya tak 'onk' jugak. Selalunya lepas Pakteh tuleh, Pakteh la jugak yang baca sendiri. Pengunjung lain ada la 2-3 orang. Itupun kawan-kawan lama Pakteh.

Last-last, Cheguman iaitu kawan lama Pakteh 'offer' Pakteh guna blog Waadat ni untuk Pakteh menuleh. Alhamdulillah.
Pakteh cuba la dulu.

Rosmah saman Raja Petra Kamarudin



Kalau anda biasa menggunakan lebuhraya, R&R bukanlah asing bagi anda. Namun Demang percaya masih ramai yang tidak tahu maksud R&R tersebut. Sebenarnya ia merupakan akronim dwiguna atau dwibahasa. Anda boleh fahamkannya dengan Rest & Repair atau boleh juga Rehat & Rawat.

Namun kali ini Demang tafsrkan R&R sebagai Raja Petra & Rosmah Mansur.

Jika masih ingat dalam artikal Demang dulu, Demang pernah menulis panjang lebar kenapa Najib atau Rosmah TIDAK BOLEH sama sekali dikaitkan dengan pembunuhan Attantuya. Seterusnya Demang menyeru agar RPK atau sesiapa yang tidak berpuas hati membuat aduan di balai polis.

Nampaknya bukan sahaja RPK tidak mampu membuat laporan polis sebaliknya RPK pula yang disaman oleh Rosmah.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan RPK dapat melihat betapa huru-haranya keluarga RPK sekarang. Setelah disaman 4 juta oleh TS Nordin Kardi, ditahan ISA, isterinya turut didakwa, dan terbaru anaknya pula mengaku salah melakukan jenayah curi motorsikal.

Kini RPK sedang menghadapi saman daripada Rosmah pula.

Maka Demang cadangkan RPK berhentilah sekejap di R&R. Rehatkan minda & Rawatlah hati yang bermasalah itu di Kemunting atau di mana-mana pusat tahanan setahun dua.

Selepas keluar nanti, carilah mana-mana guru murshid berkaitan tasawuf dan beramallah. Hidup di dunia ini bukanlah lama sangat.

"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka".

Demang juga mengingatkan diri sendiri.

Foto: andrewraj.wordpress.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)