Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, August 31, 2009

Ulama Syurga VS Ulama Neraka


Bagi Demang, ulama sebenar adalah orang yang sentiasa berusaha menyatukan ummat Islam, bukannya asyik mencari salah orang lain sehingga menjadikan ummat Islam keliru dan berpecah belah.

Pada pendapat anda, Ibnu Taimiyah itu seorang ulama' yang benar atau ulama' yang sesat? Bagaimana pula dengan Khomeini di Iran? Bagaimana pula dengan mufti-mufti Arab Saudi yang berfahaman Wahabbi? Bagaimana pula mufti-mufti di negara kita? Bagaimana dengan ulama UMNO? Bagaimana pula ulama PAS? Siapa ulama benar dan siapa yang sesat?

Siapa pula yang sesat antara Saidina Ali, Muawiyah dan Khawarij?

Sudah-sudahlah. Jangan jadikan tugas ulama sebagai tukang hukum dan tukang menentukan siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka.

Sedarlah, apabila dua ulama bertentangan pendapat dan mengumpulkan pengikut, maka lihatlah apa yang telah terjadi di Iran, Iraq dan lain-lain.

Adakah kita mahukan negara yang begitu?


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.


foto hiasan: iraq pows 2 jpg 370 x 278 18k
kirkbytimes.co.uk

Monday, August 24, 2009

ulama vs ulama



SYEIKH MUFTI WAHHABI BINBAZNAMA : Abdul Aziz Bin Baz.TAHUN LAHIR: 1912M.TEMPAT LAHIR: Najd ( Riyadh ).DIKAMBUS: 1999M.KESILAPAN DALAM AQIDAH:- Kafirkan Umat Islam.- Mengkafirkan Seluruh Umat Islam Di Mesir dan Bumi Syam.- Tolak Akidah Betul ‘ Allah Bukan Jisim ’.- Berakidah Allah Berpenjuru, Berarah dan Bertempat.- Mengkafirkan Umat Islam Al-Asya’irah.- Menghina Nabi Muhammad.- Menghina Nabi Muhammad Sebagai AUTHAN Iaitu Patung Berhala.- Mengharuskan Pakai Lambang Salib Kristian.- Mengkafikran Seluruh Umat Islam Yang Tinggal Di Hijaz Dan Yaman.


Lihat ulama ini pula:


“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

"Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.


Mungkin beliau ada maksud lain yang murni tetapi kenyataan-kenyataan ini boleh mengelirukan masyarakat umum. Inilah bibit-bibit perpecahan yang perlu disedari oleh seseorang ulama sebenar.

Jika anda layari blog-blog yang membicarakan siri-siri fatwa Nik Aziz tentang UMNO, maka anda akan dapati para penyokong fanatik beliau cuma berpaksi pada satu hujah: tok guru takkan buat silap!


Tahukah anda foto mayat siapa ini?
Beliau adalah Syeikh Nizar Al-Halaby seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan merupakan ketua Persatuan Islam di Lubnan.

Siapakah yang membunuh beliau?

Mereka yang melakukan pembunuhan terhadap Syeikh Nizar adalah pembesar Wahhabi yang dibayar oleh ketua atasan mereka untuk membeli senjata. Mereka yang membunuh beliau ialah: 1- Munir Solah 'Abboud, 2- Ahmad Qasam, 3- Wasim Muhammad Abdul Nasir, 4- Rabie' Muhammad Nab'ah, 5- Muhammad Hamid (Abou Ubaida).

Tujuan Demang bukan untuk mengatakan fahaman ini betul dan fahaman itu salah bahkan Demang ingin ingatkan bahawa inilah akibat daripada terlalu sibuk mengatakan orang itu betul dan orang ini salah.




Akibat perangai ulama-ulama yang hanya ada ilmu untuk diri sendiri tetapi tidak ada ilmu dalam bermasyarakat, maka inilah jadinya. Rasulullah SAW berpenat lelah menyatukan manusia di bawah Islam, ulama-ulama 'separuh masak' ini pula sibuk mengumpul pengikut masing-masing dan memupuk perasaan saling benci membenci antara puak-puak.


Adakah kita mahu negara kita begitu?




Inikah 'wajah Islam' yang nak kita siarkan pada penganut agama lain?

Berdakwahlah dengan berhikmah. Ikutlah cara dakwah Islam sebenar yang ditunjukkan Rasulullah SAW.




Nota: Beberapa perkataan dan ayat dikekalkan daripada sumber asal bagi memperlihatkan betapa kritikal kebencian sesama Islam.


Rujukan & foto:

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

http://azlishukri.blogspot.com/

Sunday, August 23, 2009

Nik Aziz tidak keseorangan

Apabila Demang dan sahabat-sahabat blogger seperti Azli Shukri dan lain-lain menulis tentang kecelaruan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Nik Aziz, maka beberapa orang pecacai PAS mula melenting. Bagi mereka tidak mungkin seorang yang pernah belajar tentang agama dan dianggap ulama' boleh melakukan kesilapan.

Sebenarnya Nik Aziz bukan satu-satunya ulama' yang pernah mengeluarkan ajaran-ajaran dan fatwa-fatwa yang membahayakan akidah ummat Islam sehingga menimbulkan perpecahan ummah. Malah ulama' yang jauh lebih hebat daripada Nik Aziz juga pernah melakukannya.
Sebagai contoh, lihat http://bankwahabi.wordpress.com/

Apatah lagi Nik Aziz adalah seorang ahli politik...

Saturday, August 22, 2009

Ucapan Nik Aziz




"PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.




Adakah kata-kata Nik Aziz tersebut dalam keadaan sedar atau di luar sedar? Adakah beliau tidak tahu bahawa PM dilantik mengikut kekuatan kelompoknya? Contohnya, apabila Lim Kit Siang menjadi Presiden DAP, dan DAP adalah parti terbesar dalam PR, maka jika PR memenangi PRU, Lim Kit Siang boleh menjadi PM.




Adakah Lim Kit Siang perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PAS dan komponan PR yang lain untuk menjadi PM?
Sudah tentu DAP tak perlu mematuhinya sebab mereka adalah parti terbesar (dominan).

Implikasinya, jika orang Melayu terus menyokong PR dan akhirnya DAP menjadi parti utama, maka tercapailah hasrat mereka menjadi PM. Ketika itu, jangan harap PAS atau beberapa kerat orang Melayu dalam PKR mampu membendung mereka.

Untuk membaca koleksi ucapan Nik Aziz yang memecahbelahkan ummat, sila layari sini.

Sumber: Borang (http://n11permatangpasir.blogspot.com/)

Friday, August 21, 2009

Ibadat orang UMNO lebih ikhlas

Salah satu yang mengkagumkan sarjana barat terhadap Rasulullah SAW ialah baginda menyeru manusia beribadat dan dalam masa yang sama baginda turut melakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

Lazimnya, jika seseorang itu berbohong dengan ajarannya, maka orang tersebut akan hanya menyuruh orang lain melakukannya (ibadat) sedangkan dia sendiri hanya melakukannya di depan orang ramai.

Maklumlah, melakukan solat, puasa, dan berzikir bukannya dapat duit!

Sebagai orang Islam, salah satu perkara yang mengkagumkan kita ialah Rasulullah SAW melakukan ibadah yang tiada taranya padahal baginda sudah pasti dimasukkan ke dalam syurga.

Justeru apabila melihat kenyataan Nik Aziz bahawa orang UMNO tidak akan masuk syurga Demang terfikir betapa jika masih ada orang UMNO yang berbuat kebajikan selepas ini, bermakna amalan mereka tersebut memang benar-benar ikhlas sebab mereka tidak mengharapkan sebarang balasan.

Terpulanglah pada anda untuk membuat interpretasi terhadap omelan Demang kali ini.

Thursday, August 20, 2009

Restruktur UMNO & PAS

Nampaknya kemelut kedua-dua parti Islam tersebut masih belum reda cuma angin sedang bertukar arah. Jika sebelum ini UMNO menerima persepsi negatif berikutan pengkhianatan sekutu bukan Melayunya dalam PRU12, kini PAS pula sedang dipertikai oleh rakyat.

Kenyataan terbaru Nik Aziz bahawa penyokong UMNO tidak masuk syurga sekali lagi mengundang kecelaruan dan akhirnya menambah luas jurang perpecahan ummat Islam di negara ini.

Apapun, percaturan politik kedua-dua parti memang meresahkan dan membingungkan rakyat. Ekoran dari itu menerbitkan rasa meluat terhadap ahli politik.

Meskipun DS Najib bertungkus lumus melakukan pelbagai perubahan positif namun masih terdapat pemimpin di peringkat pertengahan yang gagal memahami aspirasi kepimpinan beliau.

Padahal buku 1 Malaysia sudah disebarluas. Pelbagai seminar, wacana, kursus dan sebagainya berisi kertas kerja para intelektual sudah dijalankan. Maka jika masih ada yang tidak mengerti, eloklah mengundur diri.

Masalah UMNO ialah di peringkat pertengahan, iaitu gagal mengikut rentak pemimpin atasan manakala masalah PAS ialah di peringkat atasan yang terjerat dengan muslihat PKR dan DAP.

Peringkat bawahan, mana-mana pun sama!

Justeru satu gerakan baru perlu dilancar bagi menyelamatkan kedua-dua parti tersebut. Tugas itu terletak di bahu kita semua.

Setakat ini Demang belum ada idea yang jelas untuk mengembalikan PAS pada perjuangan yang menguntungkan ummat Islam. Tak apalah. Setakat ini PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen, tercorot di belakang DAP dan PKR.

UMNO lebih sesuai untuk didukung dengan pencapaian konsisten sehingga kini. Dalam PRU12, UMNO memiliki lebih 80 kerusi parlimen. UMNO berada jauh di hadapan berbanding MCA dan MIC iaitu sekutu di dalam BN.

Untuk memperbetulkan perjuangan UMNO rasanya tidaklah begitu sukar. Malah dengan situasi yang ada hari ini, ia lebih mudah dicapai apatah lagi dengan adanya kesungguhan kita semua sebagai rakyat.

Baik UMNO mahupun PAS, kedua-duanya hanyalah sebuah organisasi. Penggeraknya tetap manusia. Siapa lagi kalau bukan kita?

Apapun hala tuju, tingkah laku, imej, dan sebagainya, manusia lah yang menentukan. Organisasi hanya sebuah alat. Bahkan perlembagaan partipun boleh diubah sekiranya kita mengkehendakinya.

Dalam perjuangan, networking amat penting. UMNO sudah terbukti sejak sebelum merdeka lagi mempunyai jaringan yang luas, stabil, dan dinamik. Maka adalah lebih efisyen jika kita menggunakan UMNO sebagai wadah perjuangan Islam.

Para pemimpin UMNO bukan tuhan, bukan rasul atau nabi, bukan wali dan bukan juga sultan. Semuanya boleh diubah dan ditukar ganti. Jika kita tidak berkenan, cari sahaja yang baru, yang lebih berkualiti.

Kualiti dalam kepimpinan bukan sekadar diukur pada gulungan sijil, ijazah, serta pengiktirafan akademik. Sebaliknya pemimpin yang berkualiti mempunyai networking yang luas, kental, dan dinamik.

Pemimpin yang berkualiti diterima bukan sahaja oleh satu golongan. Malah jika terdapat banyak kumpulan, beliau mampu diterima oleh lebih daripada 2/3 daripada kumpulan-kumpulan tersebut.

Jaringan atau networking tidak muncul sendiri sebaliknya dibina dengan tekun dan sabar dalam tempoh masa yang panjang. Anda tidak boleh menyertai sesuatu kumpulan dan berharap diterima menjadi ketua. Anda perlu membinanya sendiri.

Demang mengesyorkan kita perkasakan UMNO. Ubah lah apa yang kita rasa perlu diubah. Daftarlah sebagai ahli UMNO yang sah. Bina networking anda sendiri. Buktikan bahawa anda mempunyai kualiti sebagai pemimpin Islam sejati. Kenapa sekadar mengharapkan orang lain melakukan yang terbaik untuk kita?

Sekarang masanya kita mengubah UMNO dengan tangan kita sendiri.

JOM!




Wednesday, August 19, 2009

Majlis Fatwa


BH 19/08: Kenyataan Nik Aziz bahawa Islam yang diamalkan Umno tidak membawa ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam: Majlis Fatwa


Sebenarnya ini bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ummat Islam di Malaysia. Lihat 10 kenyataan penuh kontraversi Nik Aziz sebelum ini di http://azlishukri.blogspot.com/

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)