Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, November 9, 2009

lagi keluar PKR


Akhirnya Nik Aziz mengakui bahawa sokongan golongan muda terhadap PAS semakin merosot. Apa sebabnya? Perhimpunan PAS kelmarin sudah mendedahkan sebahagian daripadanya.

Dalam pada itu kedudukan PKR semakin buruk dan jika tiada aral mungkin terpaksa dibubarkan tidak lama lagi. Selepas PKR Sabah berantakan, PKR Perlis pula menyaksikan keluarnya Zainurin Yahaya (Timb Pengerusi PKR Perlis) bersama 200 penyokongnya daripada parti serpihan itu. 200 orang bagi negeri sekecil Perlis sudah dikira kritikal.

Semakin gundah gulana lah Wan Azizah mengenangkan suami yang sedang menghadapi pertuduhan jenayah manakala parti pula sedang merudum.

Jika Demang berada dalam PKR sekarang, Demang juga akan mengambil langkah yang sama seperti Zunairin kerana sebagai orang perjuangan, tidak ada apa lagi yang nak diperjuangkan melalui PKR. Nak pertahankan Mursyidul Am PKR pun tak ada apa nak dipertahankan.

Foto: crash Mr-Wild flickr.com

mengenang budi


"Nanti Abang Mat usahakan," kata lelaki itu sambil menuju ke motorsikal cabuknya yang sarat dengan tong hitam bagi memuat susu getah.

Aku masih termangu di warung Pak Sudin keseorangan. Beberapa orang yang turut bersama tadi sudahpun meninggalkan warung tepi masjid itu bagi menyambung tugas masing-masing. Akhirnya dengan lambat aku juga beredar dengan motorsikal cabuk ke destinasi harianku bagi memungut cecair putih di setiap pokok getah kami.

Petang itu aku membonceng motorsikal Abang Mat ke rumah YB Seman. Namun akhirnya kami menemui beliau di sebuah warung tepi jalan sedang berbual. Urusan kami selesai di situ.

Seminggu kemudiannya aku sudah bersama teman-teman baru mendaki tebing maktab perguruan di KL.

Terima kasih Abang Mat.

Kutitipkan secebis kenangan bersama Abang Mat, ketua pemuda UMNO di kampungku dulu. Tanpa beliau pun aku masih boleh hidup. Tanpa bantuan beliaupun aku mungkin masih mampu berjaya seperti sekarang. Jika beliau enggan menolongku pun, tidak mustahil aku masih boleh berjaya.

Namun beliau telah berjasa padaku.

Terima kasih Abang Mat. Semoga damai di persemadianmu dalam perjalanan menghadap Ilahi.

foto sekadar hiasan
messeyfeez flickr.com

Sunday, November 8, 2009

mereka yang terlondeh dan terdedah


Ada satu soalan berbentuk gurauan orang kampung berbunyi begini:

"Anda berada dalam khalayak ramai. Angin bertiup agak kencang. Sambil itu anda juga sedang mendukung bayi dengan berkain sarung (tentunya tanpa memakai seluar dalam). Tiba-tiba kain anda terlondeh. Yang manakah perlu didahulukan? Bayi atau kain?"

Jika anda menyangka bahawa Demang ingin mengaitkan lelucuan tadi dengan konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, anda mungkin betul tetapi bukan untuk kali ini.

Sebenarnya kali ini Demang nak kaitkan dengan 'perhimpunan luar biasa' PAS semalam. Ternyata perhimpunan yang diharapkan dapat melondehkan seberapa banyak pekong dan kurap presiden (Hj Hadi) kebelakangan ini rupa-rupanya telah mendedahkan banyak kelemahan parti PAS, terutamanya Nik Aziz dan penyokongnya.

Antaranya, pendedahan bahawa sokongan anak muda terhadap PAS telah merosot dengan amat ketara kebelakangan ini. Meskipun disangka isu tersebut boleh menjadi bukti kelemahan HJ Hadi namun ramai beranggapan ia lebih banyak berpunca dari sikap Nik Aziz sendiri.

Malah isu kerajaan perpaduan UMNO-PAS sebenarnya telah membantu Hadi mengekalkan pengaruh dan menarik simpati golongan muda yang amat mengharapkan kemelut politik negara segera berakhir.

Bagi Demang pendedahan paling besar semalam ialah Hj Hadi dan Nik Aziz memang sedang mengalami keretakan hubungan yang melampau.

Syabas kepada Prof Aziz yang telah memainkan peranan dengan jayanya. Demang bukan maksudkan teman baik Anwar itu sebagai duri dalam daging atau gunting dalam lipatan; malah sebagai musang berbulu ayam pun bukan (maaf Hassan Ali). Cuma bagi Demang beliau lebih mirip pada pepatah 'sokong membawa rebah'.

foto:
close open jpg trekearth.com

Saturday, November 7, 2009

Dr Maza: dosa siapa?


Sudah tentu Demang juga mengikuti perkembangan yang berlaku antara bekas mufti Perlis dengan pihak-pihak yang bertelagah dengan beliau. Cuma pada peringkat awal Demang enggan membuat sebarang komentar melainkan sedikit cuitan dalam satu artikal minggu lepas.

Bagi Demang sesiapapun faham bahawa ia bukan setakat masalah teknikal semata-mata. Jika masalah pentauliahan, berlambak penceramah PAS dah diangkut ke balai. Ia adalah perbalahan berkurun lamanya dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara bersistematik.

Demang sedar, ini bukan medan kita namun sebagai ummah yang pasti terheret sama ke dalamnya, kita juga wajar memberi pandangan seadanya. Meski sekadar di permukaan.

Bagi Demang kedua-dua pihak harus bermula dengan ikhlas. Buang semua prejudis dan kemukakan masalah satu persatu. Demang percaya bahawa kita boleh masuk syurga tanpa perlu memakai lencana mana-mana persatuan, parti, atau mazhab.

Seperkara lagi, tidak ada sesiapa perlu mewarisi dosa atau pahala tok-tok guru sebelumnya.


foto hiasan:
conflict jpg sonofthesouth.net

Bai'ah Talaq 3 cina buta


Rasa macam tak percaya membaca kenyataan bahawa jika mana-mana pemimpin PAS yang mengkhianati parti itu maka isteri pemimpin berkenaan secara automatik tercerai talaq 3.

Masya-Allah, sudah jadi apa parti PAS sekarang? Antara ciri khianat yang dinyatakan ialah tindakan melompat parti. Faktor lain? Bagaimana dengan pemimpin yang dikatakan menjadi duri dalam daging PAS? Bagaimana dengan pemimpin yang ingin kerajaan perpaduan dengan UMNO? Apa status mereka?

Bagi Demang ada satu lagi tindakan pemimpin PAS yang perlu dimasukkan dalam bai'ah tersebut iaitu pemimpin yang bertindak menghancurkan PAS melalui tindakan tidak bijaksana. Contohnya menjadikan PAS sekutu DAP. Bukankah itu juga menyebabkan PAS akan hancur?

Berdasarkan bai'ah tersebut jika seorang pemimpin PAS khianat maka ia akan bercerai dengan isterinya talaq 3. Justeru jika ia kembali semula kepada PAS sekalipun maka ia tidak boleh rujuk pada bekas isterinya melainkan dengan bantuan 'cina buta'.

Berapa ramaikah yang terlibat dalam bai'ah tersebut? Tahukah Haji Hadi, Hasan Ali, Ustaz Nasa, Husam Balak, dan Mat Sabu tentang bai'ah itu atau ia dilakukan dalam kalangan pemimpin tertentu sahaja? Adakah Almarhum Asri Muda dan Fadhil Nor mengetahui tentang bai'ah tersebut?

Bagaiamana dengan anda yang menjadi penyokong PAS?

Demang rasa anda tidak perlu risau sebab anda hanya penyokong biasa. Suara anda bukan jadi kudis pun pada PAS.


foto hiasan
rule of fight club lazaro flickr.com

Friday, November 6, 2009

Benarkah PAS perjuang negara Islam?




Sudah lama Demang nak siarkan statistik pencalonan dalam pilihanraya sejak merdeka hingga kini. Tumpuan Demang ialah bagi melihat adakah PAS benar-benar ingin menerajui kerajaan di Malaysia atau sekadar untuk menjadi pembangkang sahaja. Persoalan tersebut akan berkait dengan soalan adakah PAS ingin merealisasikan penubuhan sebuah negara Islam?

Hal ini amat penting kerana setiap kali pilihanraya, PAS akan berkempen bahawa PAS ingin menubuhkan sebuah negara yang 100% Islam. Muktamad.

Maka Demang pun meninjau web SPR untuk mendapatkan data-data tersebut. Namun sebaik sahaja membuka laman tersebut, lain pula yang Demang jumpa.

Memandangkan kita sudah berada di hujung minggu, dan berdasarkan pengamatan Demang hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad bilangan pengunjung akan menyusut maka Demang simpan dahulu dapatan tersebut.

Sementara itu, lihatlah foto di atas dan buatlah apa sahaja tanggapan. Oh ya, anda perlu klik pada foto itu untuk perbesarkannya.

Foto:
http://www.spr.gov.my/index_files/image.asp

Thursday, November 5, 2009

royalti ehsan husam




Demang dapat tahu salah satu janji yang dibuat DS Najib kepada Nik Aziz ketika kunjungan beliau ke Kelantan dan juga ketika bekas guru agama Kemas itu menunggu beliau di Pekan ialah DS Najib akan cuba membantu Kelantan asalkan dibuat tanpa hiruk pikuk politik.

Pagi tadi DS Najib mengumumkan pemberian wang ehsan kepada Kelantan sebagaimana yang diperolehi Terengganu.

Wang tersebut sudah tentu memberi akan membawa banyak manafaat kepada rakyat Kelantan memandangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Demang jangkakan rakyat Kelantan akan bersyukur kerana Allah gerakkan hati DS Najib untuk meluluskannya.

Namun belum sempat rakyat nak rasa bersyukur, Husam mengeluarkan kenyataan membantah dan mengugut agar kerajaan BN meluluskan royalti, bukannya wang ehsan. Jika tidak, perjanjian dengan Petronas akan dibatalkan.

Demang kagum campur khuatir dengan keberanian Husam tersebut. Kagum kerana beliau berani menyuarakan rasa hatinya yang gundah gulana akibat kehilangan komisyen minyak. Dalam masa yang sama khuatir akan nasib Husam dalam sehari dua ini yang pasti akan dikeronyok oleh musuh-musuhnya dari dalam dan luar PAS.

Husam, balak, dan minyak memang sinonim di Kelantan. Ia bukan rahsia lagi. Kalau Demang tak tulis pun, berlambak lagi blogger yang akan dedahkan.


foto hiasan:
husam susanloone flickr.com
istockphoto 279...nd jpg myspace.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)