Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, February 4, 2010

Siri perpecahan PR: Anwar makin parah


Sedang Anwar bergelut menegakkan benang basahnya dalam kes liwat kali yang ke... (maaf, Demang dah lupa), perpecahan pembangkang makin melebar dan menunjukkan tanda-tanda akhir akan merudum.

Meskipun para pemimpin pembangkang mendakwa pakatan antara parti-parti masih kejap namun perpecahan dalaman yang terus berlaku lambat laun akan merobohkan kesemua mereka.

Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, hari ini mendakwa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing. (istilah beliau, bukan istilah Demang). sumber: Utusan.

Tee Beng yang pernah menjawat Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang berkata, ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang yang semakin kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.

Di Selangor, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, PAS kecewa dan merungut kerana ada pihak yang telah menyerang kredibiliti beliau sebagai pemimpin di dalam PAS. sumber: blog Tuan Ibrahim sendiri.

Beliau dikatakan telah 'dihentam' dengan teruk oleh sesetengah pihak tentang tindakan beliau ke atas Khalid Samad dan Hassan Ali di Selangor.

Tak payah lah Demang komen banyak-banyak.

Rakyat dah nampak... JELAS!

Keajaiban: Anwar tak meliwat


Pagi tadi Demang menulis betapa PAS yang selama ini dianggap juara demonstrasi sehingga PKR pun perlu berguru dengan mereka mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Rakyat perlu menggunakan saluran tertentu jika tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Kenapa kenyatan tersebut dikeluarkan? Tak lain tak bukan kerana demonstrasi tersebut dibuat bagi memprotes kerajaaan DAP di Pulau Pinang. Kalau untuk membantah kerajaan BN, dibenarkan. Sunat, dan adakalanya jadi wajib.

Demang anggap itu perkara aneh kalaupun tidak sampai peringkat ajaib.

Pagi ini juga berlaku satu lagi perkara aneh atau ajaib. Anwar yang dianggap juara ketelusan dan pakar pemidato terbaik dunia meminta agar perbicaraan dilakukan secara tertutup.

Terlalu lucah ke? Apa yang berlaku sebenarnya? Hebat benarkah Saiful mengarang dan mengada-adakan cerita? Kenapa Anwar menangguhkan perbicaraan terlalu lama sehingga Saiful dapat berlatih lebih lama menghafal skrip?

Nampaknya Anwar bukanlah pakar strategi sebagaaimana yang digembar gemburkan.

Demang baca dalam akhbar tentang air mani. Terdengar ke telinga Demang seorang ustaz JQAF berkata: kenapa tak tembus tapi air mani ada?“

Alahai ustaz. Tak semestinya perlu tembus dulu untuk memancutkan air mani. Apatah lagi jika usia sudah lanjut. Kat luar pun boleh pancut.

Habis, kalau pancut kat luar tu dikira ‘bersih’ ke Anwar?

Demang tak nak lah berPM kan seseorang yang pernah terpancut kat punggung lelaki!

PAS kata demonstari tak elok


PAS hari ini melarang penyokongnya berdemonstrasi di Pulau Pinang bagi membantah ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Mutiara itu.

Tindakan demonstrasi tersebut dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan politik di negeri cawangan Singapura itu.

Ironinya, PAS merestui bahkan mengewar-ewarkan siri-siri demonstrasi dalam negara sepanjang tahun terhadap hampir semua isu.

Itulah cara pemikiran pembangkang. "Aku buat, tak apa. hang buat, tak boleh!"


foto hiasan:
tangkap jpg
malaysiaharmoni.com

Wednesday, February 3, 2010

Najib amal perkauman?


Demang terbaca dalam blog Panglima bahawa terdapat usaha menuduh DS Najib sebagai bersifat perkauman. Alasan mereka ialah pegawai khas PM pernah menyampaikan ucapan yang dianggap berbau perkauman.

Demang pernah mendengar sendiri dari mulut Dato' Ahmad Maslan bahawa DS Najib berpesan sungguh-sungguh kepada beliau selepas dilantik menjadi PM sebagaimana berikut:

kaum cina & India sudah ditakdirkan berada bersama kita di negara ini. Oleh itu kita tidak boleh menyingkir atau menafikan kehadiran mereka.

Maka orang Melayu perlu bermula dari situ. yakni bersama-sama kaum cina dan India memajukan Malaysia.

Dari situlah terbitnya idea 1Malaysia.

Justeru bagi Demang tidak ada sebab untuk menuduh Najib bersifat perkauman. Cuma beliau adalah pemimpin yang konsisten memajukan anak bangsanya sejak dulu.

Adakah memajukan anak bangsa dianggap rasis?

Yang dimaksudkan 'assobiyah' ialah apabila kita mengambil hak kaum lain untuk diberikan kepada kaum sendiri.

Adakah orang Melayu mengambil hak orang lain? Bahkan orang Melayu lah yang memberikan hak mereka kepada kaum lain samada secara perkongsian mahupun 'bagi terus'!

Siri perpecahan PR: bantahan rakyat Pulau Pinang


Meskipun sekadar kemenangan tipis, DAP dapat juga menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang.

Kemenangan tipis bermaksud kekuatan pembangkang hampir menyamai kekuatan kerajaan yang memerintah.

Hal ini diburukkan lagi dengan kurangnya pengalaman ketua pentadbir serta kegagalan memahami aspirasi rakyat yang cuba ditadbir.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang. Meskipun berhasil menyingkirkan Gerakan, namun Lim Guan Eng terlupa (atau malas nak ingat) bahawa kekuatan UMNO melebihi kekuatan Gerakan. Cuma UMNO yang memahami percaturan politik tempatan telah bertolak ansur memberikan kerusi KM kepada kaum Cina melalui Gerakan.

Akibat ketidakmampuan Guan Eng memahami masalah rakyat tempatan (kerana Guan Eng bukan orang Penang), pelbagai masalah mula timbul.

Demang temui dalam blog Mediacyber bahawa rakyat akan berkumpul bagi membantah pentadbiran Guan Eng 1-2 hari lagi.

Jika anda klik foto di atas, anda akan lihat perincian program tersebut.


Saiful beri keterangan petang ini


Satu perkara yang menarik perhatian ketika melihat wajah Saiful malam tadi di kaca TV. Wajahnya kelihatan tenang dan terasa sejuk mata memandang. Bila Demang amati, rupanya terdapat kesan 'hitam' di dahi beliau.

Demang tidak ingin metafsir 'kesan hitam' tersebut namun sesiapa yang memandang Saiful sekarang akan terasa perbezaannya.

Rupa-rupanya bukan Demang sahaja yang terasa begitu. Lihat blog Gomo.

Pagi tadi Demang dimaklumkan bahawa Saiful akan memberi keterangan sebagai saksi pertama dalam kesnya dengan Anwar Ibrahim.

Semoga beliau terus tabah dan berani walaupun 'dikepung' ramai pemimpin politik pembangkang yang 'garang-garang'!

Oh ya. Adakah anda sudah melihat blg baru Cheguman Online? Nampaknya ia bukan blog politik.

Maksud kesamarataan dalam Keadilan


Membaca kenyataan seorang pemimpin wanita PKR mengenai isu Yayasan Basmi Kemiskinan dalam HarakahDaily boleh memberi gambaran pada konsep kesamarataan yang parti itu perjuangkan.

Cukup mudah!

Jika sesebuah syarikat gagal membayar cukai taksiran maka harta mereka akan disita. Justeru YBK yang mewakili rakyat termiskin juga tidak terlepas daripada peraturan tersebut dengan alasan 'ketelusan'!

Jika demikian, siapakah yang akan membela mereka? Kenapa MB Khalid mengambil tindakan begitu mudah? Jawapannya pun mudah: kerajaan yang tidak berpengalaman akan menggunakan cara yang mudah kerana itulah sahaja takat kemampuan mereka.

Langkah menyelar pihak tertentu mempertahankan YBK juga bukan sesuatu yang 'berjiwa rakyat'. Malah menampakkan kecetekan usaha dalam menangani kemarahan rakyat marhaen.

Siapakah yang selama ini mendidik kanak-kanak membenci pemimpin negara? Bukankah itu kerja PAS dan PKR? Malah anak-anak muda mereka sanggup membakar bendera dan mengutuk pemimpin.

Sudah lupakah tentang blogger Aduka Taruna yang menghina almarhum sultan Johor baru-baru ini? Mana ada suara pemimpin pembangkang yang secara serius mengutuk blogger tersebut? Kenapa? Kerana blogger tersebut ahli PAS?

Sudah lupakah tentang kanak-kanak di PASTI yang diajar membenci Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM? Padahal beliau cuma menyahut cabaran pemimpin PAS agar menyiasat dan mengambil tindakan terhadap tuduhan salah laku seks yang dilakukan timbalan beliau itu?

Kenapa apabila Anwar diambil tindakan mereka mengutuk Mahathir pula?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)