Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, March 31, 2010

Bantahan terhadap kerajaan Selangor


sila sebarkan maklumat penting ini.

satu majlis penyerahan memorandum bantahan oleh penduduk hulu selangor kepada kerajaan negeri selangor kerana menggagalkan projek UITM serendah akan dilakukan. memorandum ini dihantar kepada pejabat SUHAKAM di pejabat suhakam pada 1hb april (khamis) 2010 jam 9.30 pagi. alamatnya di tingkat 29 menara tun razak, jalan raja laut kuala lumpur.

semua rakyat,wartawan dan blogger dijemput hadir.


Sumber:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/bantahan-penduduk-hulu-selangor.html

Tuesday, March 30, 2010

I Malaysia, konsep Yahudi


Hari ini Demang rasa Anwar ada buat sedikit jasa pada negara sejak tersingkir daripada kerajaan. Teguran beliau terhadap penggunaan syarikat yang ada hubungan dengan Yahudi wajar diambil ingatan oleh kerajaan. Mana-mana Yahudi sekalipun tidak wajar diberi peluang mendekati teras negara.

Maklumat yang betul walaupun diucap oleh orang yang tak betul tetap betul. Itu pendapat Demang. Walaupun tindakan kerajaan menggunakan syarikat Yahudi dianggap lebih selamat berbanding tindakan individu meminta bantuan Amerika yang semua orang tahu dikuasai Yahudi, namun bagi Demang ia patut dihindari. Kejahatan Yahudi sudah tercatat dalam Al-Quran.

Cuma Demang berpendapat meniru pendekatan Yahudi dalam 1 Malaysia tidak ada salahnya. Bahkan peniruan suatu konsep yang terbukti berkesan adalah satu idea biasa yang hebat.

Demang ulangi, 'peniruan suatu konsep yang terbukti berkesan adalah satu IDEA BIASA yang hebat'.

Contohnya... Demang rasa tak perlulah contoh dalam perkara ini sebab tindakan meniru idea yang sudah ampuh adalah tindakan lumrah manusia di mana-mana dan merupakan kaedah paling berkesan untuk berjaya. Salah satu kebaikannya ialah ia dapat menurunkan risiko kegagalan ke paras paling minimum.

Selain itu ketika meniru sesuatu, sudah tentu kita tidak akan meniru semuanya sekali. Kita akan menyingkirkan semua kelemahan dan hanya akan mengambil yang terbaik sahaja.

Justeru Demang tambah yakin konsep 1 Malaysia akan memacu kita semua menuju Wawasan 2020 dengan lebih mantap.

Demang sempat melihat tadi pelbagai rancangan diatur kerajaan bagi membawa seluruh rakyat Malaysia menuju negara maju 2020.



foto:
logo 1malaysia jpg
219 x 405 | 9k moneyisanything.blogspot.com

Kertas ujian untuk kaum India


Masuk bulan ketiga 2010 boleh dikatakan semua sekolah sudah mengadakan ujian. Anak-anak Demang juga tidak terkecuali. Ketika Demang masuk ke bilik, putera kecil Demang sedang berdiri terkebil-kebil di hadapan ibunya. Kad berwarna biru terdampar di atas meja.

Melihat pada wajah serius isteri, Demang sudah mengagak bahawa laporan ujian pasti tidak memberangsangkan.

"Mulai hari ini, siaran kartun cuma pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itupun secara terhad. Sampai keputusan ujian memuaskan hati baru boleh bebas semula." isteri Demang menjatuhkan hukuman.

Putera Demang diam tidak berani membantah. Sepaling tidak pun, dia bersyukur kerana tidak dileter atau dimarahi. Nampaknya dia tahu kesilapannya. Si abang tiada masalah sebab masih berada dalam rangking terbaik sekolah.

Demang percaya ada ketikanya orang bersalah perlu dihukum dan kadang kala boleh dimaafkan dengan amaran.

Dalam kes tadi, ujian yang dijalankan di sekolah menunjukkan putera Demang gagal melepasi tahap yang dikehendaki. Nasib baik ada ujian. Jika tidak, kami pun tidak tahu bahawa anak kami kurang memberi tumpuan pada pelajaran.

Ujian bukan hanya berlaku di sekolah. Ujian ada di mana-mana. Bukanlah suatu yang asing bagi orang cina menguji rakan-rakan mereka dalam perniagaan. Saya pernah membaca tentang ini, lama dahulu. Contohnya dengan cara meminjam wang walaupun ketika itu tidak memerlukan wang tersebut. Sekadar menguji. Dari situ dapat diketahui adakah orang yang cuba dipinjam itu benar-benar rakan sejati yang boleh diharapkan ketika susah nanti.

Demang lihat kaum India sudah lama tidak diuji kesetiaan mereka. Dalam PRU12 ternyata mereka mengundi atas dasar untung dan rugi semata-mata. Padahal UMNO memberi mereka kerusi atas dasar setiakawan.

Sudah tiba ketikanya kita memberi kertas ujian kepada kaum India di Hulu Selangor bagi melihat adakah mereka mampu setia pada kerjasama yang dibentuk sekian lama. Lebih penting lagi adakah mereka boleh dijadikan sahabat seperjuangan?

UMNO tidak perlu bimbang. Di Hulu Selangor terdapat anggaran 50% pengundi Melayu berbanding Cina 25% dan India 19%. Kaum lain cuma sekitar 6%. Dalam amalan demokrasi di Malaysia, kaum minoriti menjadi penentu keputusan.

Kenapa? Lazimnya pengundi akan memilih calon daripada kaum sendiri sebagai wakil mereka. Namun dengan adanya parti yang bertentangan maka kaum yang menjadi majoriti cenderung terbahagi dua. Di sinilah peluang kaum minoriti mengambil kesempatan melalui penyatuan mereka. Hal ini dibuktikan berkali-kali dalam setiap pilihanraya.

Jika orang Melayu terbahagi dua iaitu 50% mengundi BN manakala 50% lagi mengundi pembangkang, masih tidak mengapa. Di sini kita akan melihat keputusan sebenar nanti. Takkanlah kita tidak dapat menarik 50% undi kaum Cina. Maka di sinilah undi kaum India menjadi penentu. 60% daripada undi kaum India sudah cukup bagi memberi kemenangan pada calon UMNO.

Jika BN kalah di Hulu Selangor, bermakna kaum India gagal dalam ujian kesetiaan ini!

Bagaimana jika UMNO kalah? Apa nak disusahkan. Kalau 10 kali kalah pun, UMNO masih kekal sebagai pemerintah. Yang penting kita sudah ada bukti bahawa kaum India tidak boleh dibuat kawan.

Kaum India tidak ada satupun kawasan majoriti di Malaysia. Selama ini ia bergantung pada UMNO. Jika UMNO tidak memperdulikan MIC, mereka boleh mengadu pada DAP atau PKR. Bahkan mereka boleh menyokong PAS. Silakan. Lihatlah bagaimana mereka di layan nanti oleh parti-parti tersebut.

Demang percaya. Setelah mengalami sendiri nasib buruk berada di bawah PR, orang India akan kembali berkawan dengan UMNO.

Demang bukan nak bermusuh dengan kaum India tetapi mahu mereka memperbetul semula niat bersahabat dengan orang Melayu yang begitu terkenal dengan semangat setiakawan mereka.

Demang yakin, setelah lulus ujian kesetiaan ini MIC akan lebih dihargai dalam BN.

Monday, March 29, 2010

BN akan kecundang di Hulu Selangor


Baru sahaja Demang tulis yang BN akan menang di Hulu Selangor, hari ini tajuknya sudah berubah. Kenapa?

Dalam PRU12 BN meletakkan calon MIC di Hulu Selangor walaupun kaum India bukanlah majoriti pengundi di situ.

Malah bukan rahsia lagi betapa tidak ada satupun kawasan parlimen di Malaysia yang majoritinya pengundi India. Namun atas dasar tolak ansur maka UMNO memberi laluan kepada kaum India meletakkan calon mereka samada MIC mahupun PPP di kawasan yang dikuasai pengundi Melayu.

Sudah tentu UMNO bukan setakat meletakkan calon India di situ bahkan bertungkus lumus berkempen bagi memastikan calon tersebut menang.

Bukan mudah meminta dan memujuk pengundi Islam memilih bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Namun atas dasar tolak ansur dan kerjasama maka orang Melayu sanggup berkorban. Hal yang sama juga berlaku di Sungai Siput iaitu Samy Vellu diberi peluang selama TUJUH PENGGAL oleh pengundi Melayu di situ.

Ciri utama sesuatu kawasan yang diberi kepada calon India ialah ia merupakan kubu kuat UMNO!

Namun alangkah sedihnya apabila dalam PRU12 yang lalu majoriti pengundi India menyokong calon pembangkang (PKR/DAP/PAS). Bahkan Di Perak, MIC kalah di semua kawasan DUN mengakibatkan BN gagal membentuk kerajaan negeri dalam pusingan pertama. Mujur ada pusingan kedua.

Penolakan masyarakat India terhadap UMNO bukan rahsia lagi. Begitu juga majoriti masyarakat Cina. Itulah faktor kenapa BN kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU12. Orang Melayu sudah semakin sedar dengan realiti ini. Orang Melayu sudah faham bahawa UMNO tidak kalah dalam PRU12 sebaliknya dikhianati. BN disabotaj.

Maka Demang amat khuatir gerakan besar-besaran menolak calon India akan belaku sebagai protes dan akan bermula di Hulu Selangor.

Demang tidak bercakap kosong atau sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Bahkan jika dilihat posting Demang sebelum ini meramalkan BN akan menang di Hulu Selangor. Maksudnya, artikal ini bukan pendapat Demang sebaliknya ditimbulkan rakan-rakan yang merupakan pemerhati politik tanahair. Lebih dari itu, ia adalah hasrat orang Melayu sebagai respon kepada pengkhianatan rakan kongsi mereka.

Namun Demang masih yakin BN akan menang di Hulu Selangor dengan syarat calonnya mestilah daripada UMNO sebab majoriti pengundi di situ adalah orang Melayu.



foto sekadar hiasan:
achi siruvanur india
suhellyeah flickr.com

Keputusan pemilihan MCA


Presiden:
Chua Soi Lek (901),
Ong Ka Ting (833),
Ong Tee Keat (578);

Timbalan Presiden:
Liow Tiong Lai (1,171),
Kong Cho Ha (1,106).

Pemenang jawatan naib presiden MCA
Ng Yen Yen (1,528),
Donald Lim Siang Chai (1,469),
Chor Chee Heung (1,202),
Gan Ping Sieu (1,202).

Demang ucap tahniah pada yang menang. Semoga tiada agenda tersembunyi di sebalik keputusan ini.

Sumber:
BH 28/03

foto sekadar hiasan:
img 0824a JPG
1025 x 768 | 228k blog.kinrara.org

Saturday, March 27, 2010

PAS cadang kalimah Allah untuk semua agama


Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS menyokong cadangan Presiden PAS agar perkataan 'Tuhan' pada Rukunegara ditukar kepada 'Allah'. Menurut beliau istilah tersebut memang telah disebut oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kaum mahupun agama ketika menyanyi dan sebagainya.

Termenung sejenak Demang memikirkan betapa liberalnya PAS hari ini. Malah Tuan Ibrahim menyebut bahawa cadangan Presiden tersebut pasti disokong oleh seluruh ahli PAS. Sekali lagi Demang termenung. Benarkah semua ahli PAS begitu fanatik hingga menerima apa sahaja cadangan Mr Presiden tanpa periksa? Bila masanya Tuan Ibrahim meminta pendapat semua ahli PAS? Demang pun ahli PAS juga.

Dalam pada itu Demang memuji niat dan usaha PAS untuk 'mengIslamkan' seluruh warganegara Malaysia. Namun adakah dengan menggunakan 'Allah' bagi merujuk pada semua Tuhan itu suatu permulaan yang baik untuk mereka beriman pada Tuhan sebenar?

Apa maksud "La ila haillAllah?" adakah kita akan mengucap semula sebagai "Tiada Allah yang berhak disembah melainkan Allah"?itukah terjemahan yang na kita ajarkan pada anak-anak kita?

Apabila cadangan Presiden PAS diterima, apakah yang akan dijawab oleh anak Ah Seng jika ditanya "Siapa Allah?" Bagaimana dengan meja dan colok berasap yang ada dalam rumahnya? Mahu di'Allah'kan jugakah?

Apa pula jawapan anak Robert atas soalan yang sama? Mahukah dia terima yang Allah adalah esa dan tiada lagi Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus? Atau akan disebut 'Allah Bapa', 'Allah Anak', dan 'Allah Roh Kudus'?

Apa pula yang akan dijawab oleh anak-anak kita apabila melintas kuil Hindu yang terdapat beraneka berhala di atasnya? Apakah yang akan diistilahkan pada patung-patung tersebut?

Ya. Memang berhala. Itu bagi kita. Namun bagi mereka? Itulah Tuhan mereka. Jika mengambil cadangan PAS tersebut maka semua berhala yang sebelum ini dianggap tuhan akan mendapat status 'Allah'.

Kacau, memang kacau. Itulah sebabnya terdapat ulama silam yang dihukum pancung oleh khalifah kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Malangnya saki baki pengikutnya menuduh khalifah zalim padahal tanggungjawab khalifah atau pemerintah ialah mengelakkan rakyat keliru dan berpecah belah.

(Topik ini ditulis berdasarkan HarakahDaily hari ini iaitu 27 Mac 2010)

Friday, March 26, 2010

PKR sukar kekalkan Hulu Selangor


Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di kediamannya di Kajang jam 9.27 malam ini.

Setahu Demang Allahyarham merupakan MP PKR dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis (+-200 undi) mengatasi calon BN daripada MIC.

Walaupun Demang tidak menetap di Selangor namun oleh kerana ibu bapa berada di sana, agak kerap juga Demang ke negeri itu. Malah kaum kerabat Demang memang ramai di Selangor. Maklumlah, datuk Demang yang pernah menjadi kadhi di Kuala Selangor mempunyai empat isteri. Maka ramailah bapa dan emak saudara sehingga Demang pun tidak pasti bilangan mereka. Namun tidak kurang 30 orang di sebelah bapa dan 10 orang di sebelah ibu.

Agak-agaknya berapa ramai sepupu Demang di Selangor?

Demang bukan nak bercerita tentang kaum kerabat Demang namun dari perbualan Demang dengan beberapa orang bapa saudara, mereka sudah serik dengan PKR di Selangor.

Malah ada yang berterus terang mengaku tersilap kerana memberi peluang PKR menjahanamkan Selangor.

Demang lihat peluang PKR untuk kekal di kawasan tersebut memang sulit apatah lagi dalam keadaan sekarang.



foto sekadar hiasan:
pkr jpg
550 x 828 | 93k megaobzor.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)