Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, April 30, 2010

Kickdefella bagi keterangan rasuah

"Penulis blog Kickdefella beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan menerima lebih RM4 juta bagi memburuk-burukkan pentadbiran Abdullah."

Serta-merta Demang teringat perbualan dengan seorang teman suatu ketika dulu. Kawan Demang ini biasa bergaul dengan blogger pembangkang dan pernah mengikuti mereka membuat liputan di tempat ceramah pembangkang.

"Sekali imbas nampak biasa sahaja. Kereta yang digunakan pun buruk. Tapi, sebaik sampai di lokasi, terperanjat aku tengok peralatan canggih diorang. Tu sebab diorang boleh buat liputan secara langsung. Dalam masa beberapa minit sahaja bahan termasuk video ceramah sudah tersebar ke seluruh dunia."

Demikian cerita teman sekampung Demang itu.

Apabila mendengar pendedahan Kickdefella sekarang maka fahamlah Demang bagaimana blogger pembangkang yang cuma berkereta buruk mampu memiliki peralatan multimedia serba canggih.

Demang sendiri terpaksa buat pinjaman persendirian untuk membeli sebuah laptop. Selain untuk menyiapkan tugas sekolah, dapatlah Demang membantu serba sedikit menjawab tohmahan pembangkang terhadap kerajaan.

Pernah Demang usulkan kepada seorang sahabat yang menjadi pengarah di sebuah jabatan kerajaan agar mengeluarkan peruntukan untuk blogger yang mempertahankan negara. Namun cadangan tersebut ditolak serta merta atas alasan tidak mahu disalah anggap oleh pembangkang.

Rupa-rupanya, 'tak boleh kerana kerajaan BN yang buat. Tapi kalau pembangkang atau kerajaan PR yang buat, tidak mengapa.'

Sumber berita:
BH 30/04

rumah siap pahat berbunyi

Dulu-dulu, rumah orang Melayu diperbuat daripada kayu. Bukan kayu biasa dan bukan sama sekali diperbuat daripada buluh, rembia, rotan, atau sebagainya.

Bukanlah tidak ada rumah yang begitu (berdinding buluh beratap rembia) tetapi cuma sedikit. Maklumlah, semua bangsa ada penduduk miskinnya. Begitu juga orang Melayu. Namun majoritinya sederhana dan ramai juga yang kaya, sesuai dengan aktiviti ekonomi mereka selaku saudagar dan ahli pelayaran.

Demang tidak maksudkan orang Melayu yang hidup semasa penjajahan dan di awal kemerdekaan. Apabila berkesah tentang peribahasa seperti di atas sudah tentulah ia merujuk pada zaman peribahasa itu dinukil. Mungkin di zaman khalifah Islam Melaka atau lebih awal dari itu.

Peribahasa di atas menyebut pahat dan bukannya tukul. Orang Kedah kata 'mertul'. Padahal tukul yang lebih penting dalam membina rumah. Kenapa?

Bangsa Melayu itu tinggi peradaban dan nilai estetikanya. Jika rumah siap tukul yang berbunyi, ertinya 'ada sesuatu yang tidak kena' dengan rumah tersebut. Peribahasa tadi menyebut pahat yang berbunyi. Maksudnya yang dipertikai bukanlah perkara asas sebaliknya cabang dan ranting sahaja. Aksesori.

Maklumlah, rumah kayu penuh dengan ukiran. Memanglah tukul turut digunakan bersama pahat. Namun yang penting ialah pahat. Tukul pula penting dalam proses mengetuk paku.

Kembali ke arena politik negara.

Biasalah. Biarpun PRK Hulu Selangor sudah hampir seminggu berlalu namun masih kedengaran ketuk-ketak di sana-sini.

Kalau setakat bedah siasat (post mortem) tak apalah juga. Namun yang tak eloknya ialah tuduhan dan tohmahan terhadap lawan.

Bagi Demang, ada dua sebab bunyi 'ketuk-ketak' selepas pilihanraya. Pertama, pihak yang kalah ingin memberitahu orang ramai bahawa mereka kalah bukan kerana mereka lekeh sangat sebaliknya kerana taktik kotor. Kedua, pihak yang menang pula melakukan serangan balas bagi memberitahu pengundi: 'pihak lawan pun guna taktik kotor tetapi kalah.

Orang kalah memang begitu. Nak pertahan egois.

Bagi Demang, yang penting proses pilihanraya sudah selesai mengikut peraturan yang ditetapkan. Mungkin ada kelemahan di sana-sini tetapi bukanlah pada perkara asas. Cuma berkenaan 'aksesori' sahaja. Buat apa nak bising-bisisng?

Kalau teringin sangat nak kecoh, pergilah ke Thailand. Jangan lupa pakai baju kuning atau merah. Sekarang ini dah ada kumpulan baru berbaju putih. Mungkin boleh tambah baju hijau berbelang biru pula di sana iaitu orang Malaysia yang mengidam nak berdemonstrasi.

Pesan Demang, apabila terdengar bunyi pahat daripada rumah jiran maka bertenanglah. Tidak ada apa yang nak dirisaukan. Ia cuma melibatkan aksesori tambahan.

Thursday, April 29, 2010

Resolosi BPN

Kesibukan tugasan luar menyebabkan Demang terlewat memuatkan resolusi terbaru BPN. Hal ini kerana communicator Demang tidak boleh melakukan tugas 'copy & paste' email atau bahan daripada web (atau Demang yang tak tahu guna). Itulah sebabnya walaupun Demang boleh 'update' blog setiap hari namun untuk menyalin bahan pihak lain, Demang tak dapat.

Ini resolusi tersebut:

1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini.
(video klik sini )


2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.


3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.


4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor. Apatah lagi sebelum ini begitu banyak fitnah dilemparkan terhadap PM termasuk isu Altantunya.


5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.




Mohon resolusi ini diedarkan dengan segera oleh Blogger BPN !!!




Yang benar,




Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)




28 April 2010 Hari Rabu Jam 11 malam

tahniah Ezam blogger pembangkang dibayar jutaan ringgit

Demang ucapkan tahniah pada Ezam Mohd Nor, antara penggerak utama PKR serta orang kanan Anwar Ibrahim yang akan dilantik sebagai senator mulai Isnin ini.

Lantikan ini ibarat tambahan pukulan maut pada komplot rampasan kuasa yang dipelopori Anwar Ibrahim, lama sebelum 1999.

Dalam pada itu Kickdefella yang pernah mengecohkan negara apabila memasang bendera secara terbalik dalam blognya membuat pendedahan yang amat menggemparkan Demang. Orang lain entahlah. Mungkin gempar mungkin tidak.

Beliau mendakwa dibayar berjuta RM untuk memburukkan kerajaan BN! Demang ulangi: JUTAAN RM; sedangkan Demang cuma 'dibayar' tidak lebih tiga kali oleh orang UMNO. Pertama dibayar dengan ketupat, rendang, dan sate dalam majlis hari raya di rumah Ezam.

Kedua, dibayar dengan juadah berbuka yang tak berapa sedap oleh KJ di sebuah restauran tahun lepas. (ketika pulang Demang disaman RM300 kerana memandu 119 km/jam di lorong 110/jam).

Bayaran ketiga Demang terima ialah sebotol air mineral dalam satu perjumpaan dengan beberapa pemimpin UMNO bulan lepas. Oleh kerana Demang balik awal maka tidak sempat dijamu dengan roti jala yang dihidangkan di akhir majlis taklimat tersebut.

Untuk makluman, Kickdefella yang Demang lupa nama sebenarnya adalah aktivis anti kerajaan yang cukup popular sehingga kini.

Bertuahnya jadi blogger pembangkang. Takkan Kickdefella sorang je kot?

Demang sedang melihat, apa akal Anwar selepas ini?

Yang jelas, PAS sedang ikut rebah bersama penyokong PKRnya.

Wednesday, April 28, 2010

Zaid hina orang Selangor


Bagi yang sering mengikuti Waadat pasti sedar Demang seboleh mungkin mengelak diri daripada menulis ayat atau perkataan yang kurang sopan.

Namun kali ini Demang nak ucapkan sesuatu pada Zaid Ibrahim:

”Zaid, mu ni mabuk ke bengong? Kalau janji pilihanraya dikatakan rasuah, ertinya semua calon perlu disaman! Kalau dah kalah, buatlah cara kalah!”

Selain janji pilihanraya, Zaid menuduh BN merasuah rakyat Hulu Selangor RM200 seorang.

Cis! Teruk sangat ke orang Selangor laparkan RM200 untuk tempoh DUA TAHUN mendatang? (andaian sehingga PRU13). Daif sangat ke orang Selangor hingga sanggup mengundi BN hanya kerana dirasuah RM200?

Ingat, dalam isu rasuah; pemberi dan penerima sama sahaja status kesalahannya. Jika benar BN memberi rasuah maka majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah penerima rasuah. Zaid perlu dakwa semua yang terlibat dalam kes tersebut.

Walaupun Demang tidak dilahirkan di Selangor, namun ibu, bapa saudara, ibu saudara, bapa saudara, datuk, nenek, moyang, serta saudara-mara (sebelah ibu) adalah anak jati kelahiran Selangor. Ibu bapa Demang menetap di Selangor hingga kini.

Maka Zaid selaku ’orang luar’ jangan biadap sangat sehingga menghina orang Selangor!

Seperkara lagi Demang nak ingatkan Zaid:

"Mu ingat orang Selangor tak reti menilai? Walaupun demo kata dah bertaubat dari minum arak namun mereka sedar bahawa orang yang minum arak mempunyai perilaku dan akhlak yang buruk! Minum arak hanya satu aspek. Orang Selangor yang adil akan menilai dan menjangkakan banyak lagi tabiat buruk yang mengiringi hidup peminum arak."

"Selalunya satu lagi kesalahan yang dilakukan oleh peminum arak ialah zina. Jangan salah faham. Demang tak tuduh demo, Zaid. Demang kata, 'selalunya...'



foto:
sultan selangor jpg
pmr.penerangan.gov.my

Tuesday, April 27, 2010

calon PRK Sibu

Demang ucapkan tahniah kepada Robert Lau Hui Yew, 45, daripada SUPP yang telah secara rasmi diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Sementara itu Pengerusi DAP Sarawak yang juga Adun Bukit Assek, Wong Ho Leng, diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Demang percaya kemenangan BN di Hulu Selangor akan mempengaruhi keputusan di Sibu. Apatah lagi orang Sibu sudah melihat sendiri manafaat jangka pendek dan jangka panjang yang diperolehi penduduk Bagan Pinang dan Hulu Selangor setelah memilih BN sebagai wakil rakyat.

Selain itu kempen perkauman PKR yakni sekutu DAP di Hulu Selangor menyedarkan orang Sibu betapa DAP tidak boleh diharap.

Tambahan pula konsep 1 Malaysia yang diutarakan DS Najib semakin difahami dan diterima rakyat seluruh Malaysia.

Sumber:
BH 27/04:

Dr Peter diugut

"Pakar patologi dari Britain, Dr Peter Venezis, menerima emel berunsur ugutan selepas memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock semalam."

Itu berita yang Demang terima sebentar tadi.

Lihat kutipan berita semalam:
BH 26/04: Teoh Beng Hock dalam keadaan sedar ketika jatuh dari tempat tinggi, tiada bukti mangsa dicekik: Pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis

Siapakah yang mengugut? Demang tidak tahu namun yang pasti tentulah pihak yang merasa terancam dengan keterangan doktor tersebut.

Sumber:
SMS Berita Harian 27/04

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)