Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, July 31, 2010

perangi PAS atau UMNO?


Sekali lagi isu perpaduan UMNO-PAS ditimbulkan. Yang mengusulkannya kali ini bukan calang-calang orang. Mufti Harussani sebenarnya antara mufti paling terkenal dan dihormati semua pihak termasuk PAS sebelum ini. Namun apabila pendirian beliau tidak sama dalam beberapa keadaan dengan PAS, maka pemimpin PAS mula mencemik pada usaha tersebut.

Ketika menelaah sebuah buku Prof Dr Hamka, Demang terjumpa ayat berikut:

"Dan jika ada dua golongan daripada orang-orang yang beriman berperang-perangan, hendaklah didamaikan antara keduanya. Kalau keras kepala ialah satu keduanya atas yang lain, hendaklah perangi yang keras kepala itu, sehingga dia surut kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut hendaklah damaikan dengan adil. Dan hendaklah kamu menimbang sama tengah." (Al-Hujurat, ayat 9) terjemahan Hamka.

Dalam kepala Demang timbul pula kemusykilan; siapa yang dimaksudkan dengan puak yang keras kepala? Adakah yang tidak dapat melaksanakan hukum hudud atau yang tidak mahu berdamai? Bolehkah kita perangi orang yang tidak mampu melaksanakan hukum hudud di negara yang penduduknya cuma 52 peratus muslim?

Adakah nabi Muhammad tersilap apabila menyeru ummat Islam untuk bersatu?

Adakah ayat Al-Quran yang menyeru ummat Islam bersatu padu tidak relevan digunakan di Malaysia?

Yang Demang faham ialah yang enggan berdamai itulah yang keras kepala.

Kita lihat sekali lagi ayat tersebut:
"Dan jika ada dua golongan daripada orang-orang yang beriman berperang-perangan, hendaklah didamaikan antara keduanya. Kalau keras kepala ialah satu keduanya atas yang lain, hendaklah perangi yang keras kepala itu, sehingga dia surut kepada perintah Allah".

Demang lihat ayat itu jelas menyatakan yang keras kepala itu ialah 'yang enggan berdamai'. Manakala 'perintah Allah' yang dimaksudkan ialah seruan agar ummat Islam bersatu.



foto:

Ambush.
620 × 400 - 32k - jpg
frankmccarthy.com

Friday, July 30, 2010

pahlawan tak didendang


Selamat Hari Pahlawan kepada semua pejuang yang mempertahankan negara.

Demang fikir, turut termasuk dalam senarai tersebut sudah tentulah para pejuang kemerdekaan kerana membebaskan tanahair daripada penjajah kafir.

Para pemimpin kerajaan juga berada dalam senarai pahlawan kerana mereka meneruskan perjuangan dan memastikan kemerdekaan terisi dengan pembangunan.

Turut berada dalam maksud pejuang ialah pemimpin pembangkang yang faham kedudukan mereka sebagai pengimbang kuasa dan tidak berniat meruntuhkan kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada sudah mewakili orang Islam. Manakala kerajaan yang baru dicadangkan didominasi orang kafir dan berselindung di sebalik masalah peribadi pemimpin utamanya.

Tidak lupa juga Demang ucapkan selamat hari pahlawan pada semua blogger terutama sahabat Blogger Pembela Negara yang terus mempertahankan negara daripada serangan di alam cyber meskipun tidak dibayar dan tidak diberi pingat atau anugerah.

Teruskan perjuangan walau kita tidak didendang..

Allahuakbar.




foto:
Modernisasi Prajurit →
261 × 400 - 26k - jpg
irwan.net

Thursday, July 29, 2010

Layakkah orang ini?



Siapakah lelaki dalam foto di atas? Daripada bangsa apakah dia? Warganegara manakah dia? Apakah asal usul keturunannya?

Yang paling penting; layakkah sibangsat itu campur tangan dan bercakap tentang politik Malaysia?

Alangkah jijiknya menjadi ahli parti yang bersetuju dengan pemikiran lelaki ini!

Lebih malu lagi apabila ada pemimpin tertinggi parti yang mempunyai hubungan karib dengan lelaki ini.

Wednesday, July 28, 2010

PRU13: pertarungan Melayu - bukan Melayu?



Dalam PRU9 kepimpinan BN berada pada tahap populariti yang cukup tinggi. UMNO menjadi parti terbesar dengan sokongan padu orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain kaum.

PAS, DAP, dan lain-lain sekadar menjadi parti pembangkang bagi melengkapkan sistem demokrasi, pengimbang keputusan kerajaan.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

1999 menyaksikan awan hitam berlabuh dan guruh berdentum hebat. Pemecatan Anwar Ibrahim seolah menarik simpati sekalian rakyat Malaysia. PAS dan DAP yang termengah-mengah menyedut sisa nafas terakhir tiba-tiba seperti mendapat bekalan oksigen baru. Rakyat keliru dan tidak percaya dengan isu Anwar Ibrahim lalu beralih arah pada pembangkang.

Namun guruh berdentum belum tentu hujan 'kan turun. Keputusan PRU10 tidak memihak pada pembangkang. Apabila dibuat analisis didapati pengundi cina mengundi BN.

Bukan aneh dalam kekotak demokrasi apabila kelompok minoriti menentukan kemenangan.

PRU11 menyaksikan PM baru menguji sokongan. Kesediaan Tun Mahathir mengundur diri berhasil memujuk pengundi Melayu yang sememangnya meletakkan kesalahan pada beliau kerana memecat Anwar. Di samping itu pendekatan Islamik Pak Lah selaku PM baru berjaya menarik sokongan orang Melayu.

Peralihan kuasa berjalan lancar dan apabila diadakan PRU11, PM baru mendapat sokongan lebih hebat.

Namun 'kecemerlangan' Pak Lah tidak bertahan lama. Belum sempat menjamah 'kegemilangan' apatah lagi menjadi 'terbilang', gelombang lebih kuat menghentam beliau.

Bahkan ia bukan setakat gelombang. Ia adalah tsunami.

PRU12 mengejutkan semua pihak, khususnya orang Melayu. Menariknya, menantu PM dikatakan menjadi punca kemarahan rakyat.

Lebih menarik lagi analisis keputusan menunjukkan bahawa kemerosotan mendadak undi BN berpunca dari peralihan sokongan pengundi bukan Melayu. MCA kalah teruk di hampir semua kawasan manakala Gerakan tersungkur kaku di Pulau Pinang.

Yang menyelamatkan BN kali ini ialah undi Melayu! Terengganu yang pernah dikuasai PAS bertukar menjadi penyelamat.

Kini negara sedang menuju PRU yang ke-13. Meskipun bayangan tarikh belum lagi kelihatan namun petunjuk semasa memperlihatkan penyatuan kaum cina semakin mantap dalam menentukan keputusan. Beberapa PRK jelas menunjukkan pengundi cina bersatu hati mengundi pembangkang.

Ternyata perkembangan politik demikian menggusarkan hati para pemimpin Melayu. Beberapa gerakan mula muncul dan kadangkala agak agresif. Para pemimpin pembangkang pula mendakwa ia sekadar kebimbangan yang tidak berasas.

Di pihak kaum cina seakan tenang dan aman. Satu persatu permintaan mereka dipenuhi kerajaan. Ketika orang Melayu sibuk berkelahi, mereka semakin kejap menyimpul ikatan sesama mereka.

Bersambung.

RPK fitnah lagi

Menyedari ketandusan isu bagi melindungi kes liwat Anwar Ibrahim, sahabat sealiran Anwar melancarkan fitnah baru mereka. Taktik yang sama pernah digunakan melalui kes Attantuya sehingga kita terpaksa membazir masa memulihkan imej PM.

walaupun fitnah jahat terhadap PM berjaya diselesaikan namun ia sedikit sebanyak menjejaskan kreadibiliti beliau.

demikianlah bahaya fitnah. Demang nak tengok siapa pemimpin PAS yang akan tumpang semangkuk menyebarkan fitnah ini.

Berikut adalah SMS yang Demang terima daripada seorang sahabat yang juga abang angkat Saiful:

Tuduhan Zina RPK ke atas Saiful Bukhari dan Farah Azalina Timbalan pendakwaraya adalah satu Fitnah jahat bagi menjejaskan perjalanan kes Liwat Anwar Ibrahim! Ianya juga untuk menjatuhkan kreabiliti Saiful Bukahri dan juga barisan Pendakwaraya dalam kes tersebut! Bagaimana RPK boleh menyampaikan kepada dunia Saiful Bukhari berzina sedangkan RPK sendiri di UK!

Ghani Patail menggugurkan Timbalan Pendakwaraya Farah yang di fitnah ini tampa sebarang siasatan mahupun sebarang laporan!kerana tekanan pembangkang maka Ghani Patail bertindak menggugurkan Timbalan Pendakwaraya Farah Azalina

Kita juga mengesa RPK mahupun pemimpin Pembangkang yang melemparkan Fitnah Saiful Bukhari Berzina ini menyatakan di mana lokasi Penzinaan ini berlaku, Tarikh, Saksi dan bukti yang ada bagi mengheret Saiful Bukhari dan Farah Azalina ke Muka Pengadilan!!!

Saiful Bukhari kirim salam pada semua, tq atas bantuan. Pohon sebarkan!!!!

Monday, July 26, 2010

lihatlah calon pengkhianat

Nampaknya cabaran Demang semalam tidak bersambut ertinya PAS tidak mampu mengemukakan hujah bagi menegakkan perjuangan mereka.

'Perjuangan'? Ya, pengkhianat pun berjuang juga.

Kita lihat isu lain.

Kata bijak pandai, 'sejarah itu berulang'.

Demang percaya semua orang yang berilmu bersetuju dengan pendapat itu selagi tidak bercanggah dengan situasi semasa mereka. Namun jika fakta sejarah yang dikemukakan itu mengenai batang hidung sendiri maka mereka akan memutarkan otak mencari alasan dan helah.

Alasan dan helah itu bukan sahaja bagi mengelak pandangan serong orang ramai bahkan bagi memujuk diri sendiri bahawa dirinya tidak bersalah.

Kemusnahan kerajaan Islam Andalusia dirasmikan dengan penyerahan kuasa oleh Putera Abdullah kepada Ratu Isabell. Itu fakta sejarah.

Demang percaya, ramai yang amat kesal dan marah terhadap khalifah itu apabila membaca fakta ini. Namun adakah kita faham kedudukan baginda dan rakyat ketika itu?

Baiklah. Kita tidak perlu peningkan kepala dengan perkara yang dah lepas. Memang Putera Abdullah bersalah.

Bagaimana dengan rakyat ketika itu? Adakah mereka bersetuju dengan keputusan itu? Ataukah mereka gembira apabila raja digulingkan dan sistem khalifah ditamatkan? Jangan terperanjat, rasanya memang ramai di zaman itu yang menyangka pemerintahan baru akan lebih baik daripada sistem khalifah Islam.

Itu sejarahnya.

Hari ini sudah ada rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam yang begitu teruja menanti peralihan kuasa melalui PRU13.

Begitu seronok mereka memaparkan fakta pengundi Cina bersatu mengundi pembangkang bagi membolehkan DAP menguasai parlimen.

Baca sendiri pendirian mereka di sini.

Sunday, July 25, 2010

Cabaran Waadat


Jika ditanya pada orang PAS kenapa mereka berpatah arang dengan UMNO, jawapan lazim yang diberikan ialah UMNO menolak negara Islam.

Baiklah. Demang cabar PAS tunjukkan bagaimana PAS dapat merealisasikan sebuah Negara Islam melalui pakatan bersama DAP.

Jika berjaya, blog Waadat akan bertukar menjadi blog PAS!


Coda:
Lihatlah betapa gembiranya sibahlol meramalkan kedudukan kerusi parlimen selepas PRU13 di sini.


foto:
thefightworkspodcast.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)