Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, October 31, 2010

di penghujung perjuangan...


... yang tak kesampaian.

Semalam Demang terpandang sebuah blog yang dahulunya merupakan pendokong reformasi tetapi kini menjadi penyokong kuat Najib. Sudah tentu bukan blogger itu sahaja yang Demang tahu sudah berpaling arah.

Salah seorang darinya ialah Demang sendiri. 10 tahun dulu sanggup angkut anak bini menghadiri rapat raksasa menyambut kedatangan Bung Anwar Ibrahim sambil melaung istilah keramat; REFORMASI.

Itu, dulu. Sedekad sudah berlalu.

Sekarang, Tun Mahathir masih ada namun sudah tidak menjadi PM. Anwar juga masih bersabung di gelanggang politik meski bukan lagi sebagai TPM. Malah gelaran mantan TPM pun sudah janggal untuk disebut.

2-3 tahun selepas Anwar disabitkan kesalahan jenayah dan dipenjara, gerakan reformasi semakin lesu, cuma belum padam sepenuhnya.

Kealpaan Pak Lah dan anggotanya menjadi modal baru untuk saki baki pendokong Anwar menyalakan semula obor perjuangan.

Kesilapan Pak Lah membebaskan Anwar, segera diambil kesempatan. Maka gerakan menumbangkan kerajaan BN marak semula.

Bak kata pepatah, jong pecah yu kenyang. Isu-isu yang dimainkan PKR ternyata menguntungkan bukan Melayu. Maka DAP menjadi pembawa kayu api sebagaimana surah Al-Lahab.

PAS yang bagaikan rumput di tepi jalan tetiba seperti mendapat baja baru. Kejatuhan UMNO dilihat sebagai satu peluang untuk merebut tahta yang selama ini sekadar di persada angan.

Sayangnya usaha PAS tidak disambut sepenuhnya ummat Islam. Biarpun kemelut BN pada indeks tertinggi namun dalam PRU12 PAS cuma mampu meraih 22 (+1) kerusi.

Perpecahan ummat Islam di Malaysia membolehkan DAP meraih laba. Parti-parti komponan BN bukan Islam merudum dan hampir muflis. MCA kehilangan sekian banyak kerusi; MIC yang selama ini menumpang ehsan UMNO hampir ditolak sepenuhnya; manakala Gerakan terpaksa bergerak turun daripada takhta kerajaan Pulau Pinang.

Mujur masih ramai pemimpin Islam yang cepat sedar. Golongan tersebut termasuk intelektual (ulama), profesional, dan aktivis masyarakat melontar isyarat kepada Pak Lah agar berundur.

Alhamdulillah. Tanpa perlu mempertikaikan siapa salah siapa betul, siapa yang lebih bersalah dan siapa yang lebih betul, Pak Lah bersetuju untuk memberi laluan pada orang lain.

Maka Najib yang merupakan pemimpin paling senior dan paling kanan tika itu diberi amanah memikul tanggung jawab memberi nafas baru pada kepimpinan negara.

Najib tidak sahaja dipertangggungjawabkan untuk memulihkan UMNO dan BN bahkan lebih dari itu, bagi memimpin sekumpulan arkitek pembinaan negara membuka plan baru menuju negara maju.

Hal ini tidak bermakna kepimpinan sebelum ini tersilap catur. Sememangnya perkembangan semasa yang melibatkan perubahan minda masyarakat dunia memerlukan pendekatan baru dalam kepimpinan.

Berbalik pada perjuangan penyokong Anwar Ibrahim. Mereka sepatutnya mengambil alih kerajaan pada 1999. Ketika itu sokongan rakyat hampir sebulat suara terhadap beliau.

Namun ketika itu Anwar gagal mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu. Buktinya, semasa PRU yang diadakan ketika itu MCA, Gerakan, dan MIC memperolehi kerusi yang cukup mantap sehingga banyak keputusan kerajaan merugikan ummat Islam.

Di situlah kita lihat kebijaksanaan Pak Lah dan jemaahnya. Beliau mengambil teladan daripada cara berfikir Rasulullah SAW semasa perjanjian Hudaibiyah. Pak Lah menukarkan keadaan yang dianggap merugikan kepada sesuatu yang menguntungkan dalam jangka panjang.

Contohnya, dalam hal kerajaan terpaksa memberhentikan bantuan untuk sekolah-sekolah agama rakyat, Pak Lah telah memberi laluan pada pengambilan secara besar-besaran guru agama melalui program JQAF. Menukarkan status guru agama bergaji RM400-700 sebulan ke DG41 dengan pendapatan melebihi RM2000 sebulan!!!

Bohonglah kalau bukan Islam tidak mencemburuinya.

Demang percaya guru-guru JQAF menghargai. Jika tidak, bertaubatlah atau berundur terus dari bernaung di bawah Kementerian Pelajaran yang menaja dan (maaf) menyara mereka.

Demang melihat perkembangan PKR bermula dari letupan kuat berjaya membentuk tsunami besar namun hanya mampu menghakis di permukaan sahaja. Jika adapun yang runtuh hanyalah monumen-monumen rapuh yang asasnya tidak kejap.

Perjuangan yang akan membuahkan hasil mesti mempunyai tunjang yang kukuh terasak ke perut bumi. Bukan setakat gah pada penglihatan sahaja berdasarkan isu semasa dan isu peribadi.

Kelak apabila air surut ke laut semula, sampah sarap akan dipungut dan dihapuskan manakala binaan yang teguh menjadi asas pada negara yang lebih mantap.

Demang ulang sekali lagi. Jika PKR hendak berjaya, ia bukan berlaku pada 16 September lepas atau pada PRU13 nanti, sebaliknya tarikh keramat yang dinanti-nanti sudah 10 tahun berlalu.

Sejak Najib mengambil alih pentadbiran terlalu banyak perubahan realistik dibentang pada rakyat. Meskipun tidak semua akan bersetuju namun peratus sokongan terhadap beliau terus bertambah hari demi hari.

Terbaru, masyarakat cina sudah mula beralih arah.

Perkembangan politik semenjak gelombang besar tsunami reformasi memperlihatkan penguncupan sokongan terhadap gerakan itu. Ia bukanlah petanda yang bagus untuk PKR bahkan sudah ramai pemimpin peringkat akar umbi yang diam-diam beralih arah.

Bagi Demang, kepimpinan negara yang ada sekarang sudah memadai untuk kita manipulasikan bagi memacu negara mencapai Wawasan 2020. Barisan kepimpinan adalah alat yang boleh kita manafaatkan untuk kebajikan rakyat.

Demokrasi bukan bermaksud kita perlu menukar kerajaan sesuka hati sebaliknya adalah sistem yang menghalang pemimpin berbuat sesuka hati.

Berpada-padalah.

Wednesday, October 27, 2010

denggi karpal gegar PKR


BH 26/10: Gempa bumi kuat mencetuskan tsunami di kepulauan barat Sumatera, mengorbankan 23 orang dan lebih 160 lagi hilang.

Itu berita semalam di Indonesia. Syukur kerana negara kita bebas gunung berapi.

Namun, kesannya sudah tentu akan menjengah juga ke sini. Sepaling tidakpun tersentak juga emosi kita.

Demang rasa walaupun di sini tiada gempa, namun banyak lagi faktor lain yang boleh mengejutkan kita. Salah satunya ialah apabila peguambela yang diharap-harapkan, tiba-tiba dimasukkan ke hospital kerana demam denggi.

Kalau di Indonesia ramai yang hilang dalam tsunami, di Malaysia makin ramai ahli PKR hilang dari parti itu.

Tuesday, October 26, 2010

oh Azizah...




"walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan." (Najib Razak, 2010)

Tahniah kepada Wan Azizah kerana berusaha untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Namun perlu diingat bahawa kritis dan kreatif tanpa batasan hanya akan menyerlahkan kelemahan sendiri.

Kenyataan Madam Presiden PKR yang disiarkan Harian Sinar itu membuatkan rakyat berfikir, adakah itu sahaja kelemahan Najib? Sepaling tidakpun rakyat akan mempersoalkan kewarasan pemimpin tertinggi PKR yang mendakwa mampu memimpin pakatan pembangkang.

Demang fikir sidungu pun faham bahawa yang dimaksud 'pertahankan Putrajaya' (kuasa politik) itu adalah melalui saluran demokrasi yang dibenarkan.

Maka, apa yang perlu dimohon maaf dan apa yang hendak dimaafkan?

Demang faham, Wan Azizah sedang dalam kecelaruan menghadapi pelbagai tekanan serta ujian. Beliau tersepit antara harapan dengan kenyataan.

Kenangan menjadi isteri TPM dan impian sebagai wanita pertama berbaur dengan realiti menjadi isteri banduan.

Sesuatu yang tidak pernah disangka sedang melanda keluarganya.

Impiannya hanya untuk menjadi seorang doktor serta mempunyai keluarga untuk menyayangi dan disayangi.

Kak Wan lemas dengan permainan politik yang bersimpang siur serta belit membelit.

Sepatutnya Kak Wan sudah boleh berehat.

Barangkali Kak Wan teringat bagaimana Anwar cuba 'memujuk' 32 MP BN untuk merampas Putrajaya pada 16 September tahun lepas.

Sabarlah Kak Wan. Tak semua yang kita rancang akan berjaya. Ada masanya kita perlu akur pada realiti dan insaf dengan takdir Ilahi.

Apa gunanya menang jika tanahair porak peranda. Kadangkala kekalahan itu lebih dihargai.

Sunday, October 24, 2010

Sultan Pahang dan sejarah Melaka


Daulat Tuanku

Demang Lebar Daun merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah

Sempena Hari Keputeraan Baginda pada 24hb Oktober 2010.

Hanya jauhari mengenal maknikam. Maka Demang amat menyokong calon SPM wajib lulus mata pelajaran Sejarah.

Bukan itu sahaja. Pendekatan dan sudut pandangan mata pelajaran sejarah juga wajib diubah. Jangan lagi menggambarkan orang Melayu suatu ketika dulu dalam keadaan daif sehingga menggunakan keris dan lembing sahaja berbanding Portugis yang menggunakan bahan letupan.

Wajarkah empayar Melaka yang bersahabat dengan empayar Cina tidak tahu menggunakan senjata api padahal kuasa Cina tersebut sudah lama menggunakannya?

Jangan lagi menggambarkan orang Melayu hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang tatkala Melaka menjadi pusat perdagangan terhebat sekitar 1400-1511. Pelabuhan Melaka tika itu mampu mengendali sehingga 2400 buah kapal dalam satu masa dan mempunyai EMPAT orang Shahbandar.

Peri ramainya pedagang disebut bahawa terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan oleh pedagang di Melaka. Sekaligus menceritakan betapa Melaka adalah kota metropolitan. Bacalah syair Sinyor Costa.

Pekak dan butakah orang Melayu waktu itu? Di gua manakah mereka tinggal atau di teratak dan gobok usang mana? Akan lari menyorok ke dalam hutan kah orang Melayu tatkala orang sibuk berjual beli di pelabuhan?

Sedarlah bahawa kerajaan Melaka menguasai perdagangan antarabangsa sehingga mampu menyediakan Undang-undang Laut Melaka untuk digunakan di perairan empayar Melaka yang menjadi nadi perdagangan dunia. Jika Melaka ditutup, maka terhentilah aktiviti perdagangan di Venice seterusnya matilah urusan perniagaan seluruh dunia.

Itulah yang dimaksudkan dengan ungkapan 'Melaka sebagai Venice Timur' dalam buku teks sejarah. Namun ramai guru yang menafsirkan sebagai ' Melaka setanding dengan Venice'. Jika demikian, ia sekadar menggambarkan Venice lah yang pertama manakala Melaka yang kedua!

Demang gabungkan perutusan sempena kelahiran Sultan Pahang dengan sejarah Melaka untuk orang yang memahami bahawa ia memang sesuatu yang berkait rapat.

Bagi yang buta sejarah, bolehlah ambil SPM semula dan tak perlu komen apa-apa.




Sumber:
http://malaysiaheaven.blogspot.com/2010/10/ulang-tahun-hari-keputeraan-sultan.html

Saturday, October 23, 2010


Demang tertarik dengan artikal tok guru Demang dulu. Maka Demang salin semula di sini:

KLCC asalnya adalah Padang Lumba Kuda mula beroperasi dizaman Tunku Abdul Rahman. Sekitar awal tahun 1990 telah dibeli oleh Ananda Krishnan (Maxis) dengan memujuk Petronas untuk Joinventure membangunkan asalnya sebagai menara Telekomunikasi.
Ananda Krishnan membeli dengan nilai yang agak murah dan menawarkan kepada Petronas dengan nilai tinggi empat kali ganda. Nilai empat kali ganda itu dinilai dalam bentuk saham bernilai 51 peratus. Petronas membeli saham 51 peratus itu dengan modal untuk membangunkan KLCC.

Saya antara pemuda yang lantang bercakap sebagai wakil Pahang dalam perhimpunan Agung UMNO Malaysia 1992 menentang keras kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana begitu serius untuk membina KLCC.

Saya mempersoalkan Tun DM apa perlunya Petronas membazirkan wang untuk membina bangunan 85 tingkat tersebut. Saya menganggapnya ia adalah satu projek rasaksa atau gajah putih yang membuang duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Luar Bandar dan pembangunan pendidikan rakyat. Kerana pada masa itu Luar bandar belum begitu sempurna dan pendidikan begitu ramai yang memerlukan dana dan biasiswa.

Saya, seperti pembangkang sekarang bising dengan alasan bangunan itu akan mendatangkan kesesakan trafik dan akan menjadi bangunan hantu kerana kosong tidak ada siapa yang akan menyewa kerana terlalu tinggi lantaran kos pembangunannya tinggi.
Saya, juga menyatakan pendirian pemuda bahawa menolak projek mewah dan tidak puas hati dengan Tun DM yang mengutamakan sector bandar dari luar bandar.

Saya juga mempertikaikan Tun DM jika serius untuk membuat membangunkan KLCC apa perlunya dengan Ananda Krisnan yang hanya memperkayakan India itu. Mengapa kerajaan tidak mencari tanah lain?. Perwakilan pemuda dalam dewan berkeriau menjerit menyokong saya. PM Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hanya ketawa dan seakan-akan menyokong saya sama. Orang bertepuk dia pun bertepuk tangan.

Saya keluarkan cerita raja singa dalam ucapan itu kerana saya mahu menggambarkan bahawa Tun DM tidak mendengar pandangan pemuda dan ingin meneruskan juga pembangunan KLCC. Sehingga pada malam tersebut ada satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Tun DM ada menyentuh bahawa wakil Pemuda Pahang terlalu ganas ucapannya, saya diberi tahu demikian.

T DM meneruskan juga KLCC. Apabila KLCC siap dibina, perasmian gilang gemilang KLCC dilancarkan. Seluruh dunia dimedia-media mengeluarkan gambar KLCC dan Malaysia mula kenali menerusi menara berkembar yang agak aneh didunia. Pelancung datang berebut untuk melihat dan bergambar diKLCC.

Hari ini KLCC, sangat sinonim dengan imej Malaysia sebagai satu bangsa yang bertamadun tinggi. Pelawat luar negara tidak sah kalau tidak bergambar dibelakang bayang KLCC. Dan Kehidupan disekitar KLCC boleh jadi meriah dan tumbuh pesat perniagaan. Berpuluh ribu hidup atas sumber rezki KLCC.

Hari ini saya mengaku bahawa kelantangan saya dahulu berdasarkan sudut pandangan semasa dan kritis kepemudaan. Saya tidak nampak apa yang beribu tahun kehadapan. Rupanya pemimpin lagi jauh pandangan mereka. Itulah kelebihan T DM.
Sekarang saya hendak bertanya kepada anda sekelian siapa kata KLCC tidak berguna kepada rakyat dan negara ?. Jika dikatakan tidak berguna berikan alasannya?. Saya nampak tidak ada. Jika dahulu saya yang menentang T DM berani secara terbuka mengakui bahawa KLCC banyak manfaatnya maka orang lain tentu berfikiran lebih baik dari saya.

Apa yang saya tidak puas hati sekarang Petronas yang tidak menghiraukan minat bumiputera untuk melibatkan diri berniaga diKLCC. Terlalu terhad peluang bumiputera mendapat ruang disana. Petronas banyak songel bila ada permohonan bumiputera untuk mendapatkan ruang niaga. Petronas sudah lupa daratan. Sepatutnya KLCC itu mesti ada khas sekurangnya 30 peratus bumiputera. Petronas sebagai GLC harus peka kepada ikut sama membangunkan usahawan bumiputera. Jika telah dilaksanakan buktikan !. Saya belum nampak.

Keadaan sekarang samalah tentangan terhadap pembinaan Bangunan menara Warisan merdeka. Pembangkang pun mulalah bergendang tin kosong memekak telinga. Bukan itu sahaja, ramai juga yang lain menentang. Tetapi bila bangunan itu terdiri dan berjaya merekalah bising jika orang-orang mereka tidak mendapat ruang perniagaan disitu.
Justeru itu, jika PNB sudah jelas visionnya teruskan sahaja. Pedulilah apa orang kata. Yang penting ia tetap memberi manfaat jauh dimasa hadapan.
Saya tetap angkat topi kepada Tun Dr Mahathir kerana jiwanya yang keras membangunkan KLCC yang menjadi lambang Malaysia sebuah negara maju dikaui oleh dalam dan luar negara.


Tulisan asalnya di http://suaramajlis.blogspot.com/2010/10/menara-warisan-merdeka-ditentang-keras.html

Friday, October 22, 2010

kerajaan bunuh bayi


BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.

Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana.

Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya.

Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.

Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber.
China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP

Pak Teh: bertuah jugak dok di Malaysia...

Disalin daripada:
http://prebetsapus.blogspot.com/2010/10/wanita-hamil-dibelasah-dipaksa-gugur.html

Wednesday, October 20, 2010

Layakkah? Melaka MAJU 2010 2010 2010




“Wah, boleh kirim ke?” suatu suara kedengaran bertanya.

“Mana tau kalau ada rezeki..!” jawab yang lain.

Demang memerhatikan sahaja seorang ustazah mengutip keratan kertas daripada beberapa orang guru.

“Eh, yang tak setuju Melaka maju pun teringin jugak?” satu suara lain menyampuk.

Ustaz yang ditegur tersengih-sengih. “Tok Guru kata, bagi gula... kacau. Bagi kain... pakai.”

“Boleh ke main kirim je?” suara yang lain mencelah.

“Sebenarnya, cabutan bertuah tu untuk galakkan orang ramai hadir, bukannya galakkan kutipan kertas cabutan bertuah.” sahut Demang.

“Ah, kalau tak buat cabutan bertuah, siapa yang nak pergi?” satu suara menyindir.

“Memanglah. Sebab kita bukan peduli sangat tentang negeri kita. Nak maju ke, nak mundur ke, atau dok setakat tu je...” Demang dah mula geram. Yang kita suka buat ialah jika kerajaan silap, kita kutuk dan gelakkan. Sumbangan kita? Untuk hadir sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada kerajaan sendiri pun tak mau. Dah la tu... kutuk pulak!

“Betul, betul, betul... kalau pasal bonus, bukan main lagi...” satu suara menyokong Demang.

“Itu tanggungjawab kerajaan.” Seorang guru bergaji RM3 ribu lebih menyampuk.

“Betul. Itu tanggung jawab kerajaan. Ertinya, itu menunjukkan kita mempunyai kerajaan yang bertanggung jawab. Jadi, nak apa lagi? Oh ya, bila Kelantan nak isytihar sebagai negara maju?” sindir Demang. Seperkara lagi, bonus bukan tanggungjawab kerajaan. Kita cuma berhak dapat gaji.

“Bonus tu bergantung samada kerajaan ada duit atau tidak. Ia berkait rapat juga dengan status negara maju, membangun, atau miskin. Kalau negara miskin, jangan harap kita boleh dapat bonus.” Demang menambah.

Situasi di atas berlaku di sebuah bilik guru. Entah berapa banyak lagi bilik guru yang menyaksikan situasi yang serupa di Melaka hari ini.

Hari ini, 20/10/2010 upacara perisytiharan Melaka sebagai negeri maju akan berlangsung pada pukul 2010 (8.10 malam). Maka secara uniknya ia akan berlaku pada:

Masa: 2010
Tarikh: 2010
Tahun: 2010

Sebagai galakan, kerajaan Melaka menyediakan hadiah menarik untuk hadirin yang bertuah. Antara hadiahnya ialah sebuah rumah.

Layakkah Melaka mencapai negeri maju hari ini?

Jemputlah datang ke Melaka dan rasakan sendiri.

Bagi Demang yang lahir di Kedah, membesar di Pahang, ibu bapa kini di Selangor, pernah tinggal di Pulau Pinang selama empat tahun dan kini menetap di Melaka sejak 1996, alhamdulillah. Terasa perbezaannya berada di negeri Hang Tuah ini.

Negeri ini memang negeri bertuah.


foto:
Straits Mosque, Melaka
beautifulmosques.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)