Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, November 11, 2010

budak bawa babi rupanya anak calon PKR



Sila baca dalam satu nafas.

Tindakan seorang guru bernama Iskandar Fadeli di Sekolah St Thomas Kuching Sarawak merotan sebanyak 10 kali ke atas seorang pelajar pada 15 Oktober 2010 yang didapati membawa sosej babi ke sekolah dan dibantah hukuman tersebut oleh Ahli Parlimen PAS kerana tindakan merotan pelajar membawa bekal daging babi ke sekolah dianggap rasis menjadi semakin sensasi apabila didapati bapa pelajar itu bukan sahaja beragama Islam dengan nama Islamnya ialah Norazman Baginda, malah merupakan pemimpin PKR yang pernah menjadi calon PKR (Kapit) dalam PRU 1999 dan menjadi calon dalam pilihanraya Sarawak serta menjadi saksi dalam kes di Permatang Pauh yang dikendalikan Ahli Parlimen (bebas) iaitu Zulkefli Nordin sendiri iaitu bekas pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu setelah tidak berpuas hati dengan banyak tindakan PKR yang merugikan ummat Islam.

Demikian maklumat daripada rakaman video yang Pak Teh tonton di blog Panglima Perang Cyber sebentar tadi...

Phehh... senapas, bro.

Lima lagi pemimpin PKR letak jawatan



Barangkali pemilihan pucuk pimpinan PKR ini akan jadi pemilihan terakhir bagi parti bidan terjun itu.

Kini kawasan selatan pula mula menerima tempias ketidakpuasan hati yang bermula di kawasan tengah. Beberapa pemimpin peringkat akar umbi mula meninggalkan parti itu setelah tidak dapat lagi menahan perasaan melihat karenah kepimpinan PKR. Lihat sini.

Pak Teh rasa, menjelang Januari (selewat-lewatnya, PKR akan tinggal nisan. Maklumlah, parti yang ditubuhkan secara tergesa-gesa kerana masalah peribadi, maka matinya pun agak drastik juga la.

Hmm... banyak juga kenangan dengan PKR sepanjang sedekad ini.

Pak Teh turut terharu.


Foto:
Blog Rajahmas

Wednesday, November 10, 2010

PAS la ni


PAS la ni, semua boleh asalkan membangkang...

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad mempertikaikan pihak sekolah yang merotan pelajar membawa daging babi ke sekolah. Khabarnya bapa pelajar tersebut beragama Islam. Justeru Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berhujah bahawa jika bapanya Islam maka pelajar itu juga beragama Islam.

Pak Teh bukan nak campur sangat pertengkaran wakil rakyat PAS dengan bekas pemimpin PKR tersebut namun terasa pening lalat sekejap memikirkan isu ini.

Hmm, PAS dah tak macam dulu, yakni masa Pak Teh menjadi ahlinya. Mujur Pak Teh tak bayar yuran ahli seumur hidup.

DAP TARAH PULAU PINANG


Nampaknya peluang merampas kuasa kerajaan negeri digunakan sepenuhnya oleh LGE dan kuncu-kuncunya. Gerombolan penjarah itu menarah dan melunyai apa sahaja peluang yang boleh diraih di pulau mutiara itu.

Puak penjarah itu tahu bahawa usia pemerintahan mereka mungkin tidak lama. Justeru dalam masa yang singkat, mereka akan mengumpul sebanyak mana harta yang dapat diambil.

Berikut antara tindakan terbaru lanun-lanun tersebut yang Demang kutip daripada blog Dr Novandri.

1. Di dalam pembentangan belanjawan negeri, Lim Guan Eng secara tidak langsung telah mengaku bahawa ekonomi negeri Pulau Pinang bakal merudum di bawah pentadbiran beliau. KM lidah biawak yang suka bermegah-megah dengan C.A.T beliau itu, ternyata omongan kosong yang tidak menyakinkan.

2. Lebihan kewangan sebanyak RM88.02 juta pada tahun 2008 (ketika BN memerintah sehingga Mac 2008) telah menurun kepada RM77.34 juta pada tahun 2009. Untuk tahun 2010 pula, lebihan kewangan negeri akan merudum lagi kepada RM53 juta.

3. Satu lagi kemusykilan yang timbul di dalam belanjawan Lim Guan Eng ialah kenyataan 'sejumlah RM60 juta diperuntukkan untuk membina sekurang-kurangnya 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau'.

RM60 juta untuk 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau? Biaq betoi !

Matematik mudah, 60 juta dibahagi dengan 400, rumah 'mampu milik' itu sebenarnya berharga RM150,000. Mahalnya rumah 'mampu milik' itu!! Betulkah ni?

4. Selain daripada isu tanah Balik Pulau, satu lagi persoalan besar yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng. Isunya ialah perancangan kerajaan negeri untuk mengambil balik tanah yang bakal terlibat untuk tujuan pembesaran lapangan terbang.

5. Lim Guan Eng perlu memperincikan tanah-tanah yang bakal di ambil balik dan jumlah keluarga yang terlibat di dalam pengambilan tanah tersebut. Apakah keluarga Melayu lagi yang terlibat? Berapa ramai? Apakah nilai tanah yang dibayar sejajar dengan nilai tanah semasa di tempat itu?

Tambahan :

6. Lim Guan Eng beberapa kali telah menyebut skandal tanah Tan Huk Ju yng bernilai RM25 juta tetapi kenapakah Lim Guan Eng langsung tidak menyebut cukai tunggakan 3 tahun Kelab Lumba Kuda (PTC) Pulau Pinang yang berjumlah RM6 juta? Bukankah wang itu juga wang rakyat Pulau Pinang?

Apakah Lim Guan Eng mahu menyembunyikan isu cukai tanah PTC?

7. Yang hairannya juga, Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung isu wang Lumba Kuda yang berjumlah RM2 juta ringgit sedangkan beliau merengek pasal isu-isu kecil di dalam belanjawan beliau!

Perancangan belanjawan Lim Guan Eng banyak mendatangkan persoalan dan meragukan. Rakyat Pulau Pinang perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya. Manalah tahu, isu pembohongan Guan Eng sebelum ini juga berlaku di dalam belanjawan negeri.

Tuesday, November 9, 2010

anwaribrahimdotcom AIDC




Membaca blog AIDC seolah membaca laporan rasmi badan penyiasat profesional. Manakan tidak, laporannya bukan sahaja terperinci malah lengkap dengan fakta. Foto-foto, tarikh peristiwa serta rujukan dilampirkan hampir dalam setiap artikal membuatkan para pembaca sukar menyangkal dakwaan blog tersebut terhadap perkara yang dikemukakan.

Demang juga sering menjadikan sumber daripada team AIDC sebagai rujukan. Malah, adakalanya artikal tertentu Demang salin dan tampal dalam Waadat tanpa sebarang suntingan. Hal ini kerana ia sudah lengkap.

Kini AIDC mengalami masalah kewangan bagi menguruskannya. Justeru Demang berharap para blogger dan pengunjung budiman untuk sama-sama membantu bagi mengelakkannya ditutup. Jika RM10 seorang, seratus orang sudah dapat RM1000.

AIDC bukan blog picisan. Maklumat di dalamnya amat berharga untuk rakyat Malaysia membuat keputusan dalam menentukan hala tuju negara.

Monday, November 8, 2010

Zaid Ibrahim tersungkur di luar gelanggang


Apabila Zaid Ibrahim menyertai kabinet UMNO melalui lantikan PM, ramai yang mengeluh. Reputasi dan personaliti beliau dibimbangi akan menjejas kreadibiliti UMNO dan BN.

Salah satu tindakan pelik Zaid ialah meminta kerajaan membayar gantirugi kepada bekas Ketua Hakim Negara. Demang baca buku tulisan salah seorang bekas KHN dan tidak nampak sebab kenapa beliau perlu diteruskan perkhidmatan dan penamatan kontrak memang berlaku mengikut prosedur.

Maka pembayaran gantirugi langsung tidak relevan.

Akhirnya terbukti Zaid menjadi duri dalam daging dan dipecat. Tidak lama selepas itu Zaid berkokok dalam kumpulan pembangkang.

Sebagai orang yang sering dilingkungi masalah, Zaid melihat seluruh sistem sedang menghadapi masalah. Zaid bercita-cita untuk memperbetulkan semua itu.

Ibarat pencuci najis amatur, rupa-rupanya Zaid belum layak membersihkan persekitarannya. Hal ini kerana beliau sendiripun tidak bebas daripada pelbagai masalah.

Saluran perjuangan melalui PKR rupa-rupanya lebih teruk daripada UMNO atau BN. Zaid sejak awal lagi tidak sebulu dengan PAS. Jika berpandukan sejarah Zaid, PKR lah parti paling teruk sebab belum apa-apa lagi sudah bercelaru.

Demang cadangkan Zaid keluar sahaja daripada politik. Tumpukan masa dalam bidang yang diceburinya sebelum ini.

Sambil itu, bolehlah berjinak-jinak dengan kumpulan tabligh. Dalam jemaah itu Zaid boleh menggunakan kebolehan dan pengalamannya untuk berdakwah.

Dalam jemaah tabligh tiada cantas mencantas. Tiada politik wang dan tiada tangan ghaib yang menyusun atur perwakilan dan pencalonan.

Mungkin sekarang masa yang cukup sesuai untuk Zaid memulakan sesuatu yang baru.

wakil rakyat di sim safari


Melihat putera Demang bermain games di FB, teringat betapa Demang dulu juga kaki permainan komputer. Namun sekarang dah jarang sangat. Malah belum pernah sekalipun bermain sebarang permainan di FB.

Baru-baru ni seorang rakan memberitahu anaknya bermain sejenis permainan berkonsep ladang ternakan di FB. Antara haiwan yang dipelihara kanak-kanak itu ialah babi!

Demang suka permainan Sim Safari. Dalam permainan tersebut kita diberi budget dan daripada peruntukan itulah kita boleh membina safari sendiri dengan membeli pelbagai haiwan dan menyediakan kemudahan infrastruktur.

Kita boleh membina rumah, bangunan, jalanraya dan sebagainya dengan mudah. Malah boleh juga menggali tasik. Namun ia bukanlah dibuat sesuka hati. Ia mengikut keperluan dan budget yang kita ada.

Pendapatan utama safari ialah daripada pelancong atau pengunjung. Untuk mendapatkan pengunjung yang ramai dan berterusan bukanlah mudah. Di situlah perlunya perkiraan yang jauh ke depan. Mesti berani buat pelaburan tetapi perlu berhemat juga.

Sebagai pemilik dan pengurus, kita juga boleh memilih, melantik dan memecat pekerja mengikut keperluan.

Demang fikir ahli-ahli PAS di Bukit Katil Melaka elok bermain permainan seperti itu. Jadi, bolehlah mereka memahami kenapa Ali Rostam perlu membina jalanraya yang terpaksa menempuh markaz dan tadika milik PAS yang ada di situ.

Lagipun tanah yang diambil akan dibayar pampasan jika tanah itu memang milik PAS. Duit tersebut boleh digunakan bagi membina markaz yang lebih canggih. Tak perlulah lagi meminta derma daripada orang kampung yang mendengar ceramah.

Demang lihat kemajuan Melaka semakin pesat. Perisytiharan Melaka Maju baru-baru ini memang tepat. Walau apapun yang dikatakan pada Ali Rostam, kita terpaksa akui yang beliau memang seorang yang kuat bekerja.

Paling penting, beliau amat mementingkan rakyat yang dalam kesusahan.

Kalau nak jumpa orang yang boleh hadir lebih 20 kenduri dalam satu hari, datang lah Ke Melaka berjumpa Tok Ali.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)