Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Sunday, January 16, 2011

Anwar melengung orang Belaga rai Najib


Foto di sebelah menunjukan dua orang budak lelaki sedang menggayakan aksi 'melengung' sambil membayangkan begitulah situasi Anwar yang melengung memikirkan betapa 'lajunya' Najib berlaari.(gambar hiasan: flikr.com)


Jika pagi tadi Demang mencatatkan kisah orang Kapit yang mendapat bonus awal tahun melalui pelepasan hutang bernilai 41 juta, orang Belaga pula melahirkan rasa syukur apabila Najib mengumumkan peruntukan RM62 juta bagi menaik taraf dan membina jalan raya menghubungkan pekan kecil Belaga dan bandar Bintulu untuk manfaat kira-kira 15,000 penduduk di pedalaman Sarawak.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pembinaannya akan dilaksanakan menerusi projek Jiwa Murni oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai usaha mengurangkan kos pembinaannya.” (Berta Harian, Jan 16)

Najib memang kreatif. Seboleh mungkin beliau akan membantu kebajikan rakyat walaupun peruntukan tidak begitu mencukupi.

Sekaligus, Anwar terus tertinggal dan kembali melangut.

Kalau tak melangutpun, melengung.


Fakta bukan auta:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM60jnaiktaraf_binajalandiBelaga/Article

Anwar melangut


'Melangut' ertinya memandang ke atas. Menurut kamus Dewan ‘melangut’ juga digunakan untuk orang yang sedang termenung melihat orang lain sedang makan dengan tujuan meminta.

Istilah ‘melangut’ memang tidak asing pada Demang. Orang-orang tua Demang selalu berpesan agar “jangan melangut di rumah orang” atau “jangan melangut ketika orang sedang makan”.

Apabila Demang katakan ‘Anwar melangut’ ertinya:

Pertama, kerana prestasi Najib di mata rakyat yang semakin tinggi menyebabkan Anwar perlu mendongak ke atas bagi melihatnya.

Kedua, dalam keadaan sekarang, dengan pelbagai masalah lama dan baru Anwar hanya mampu meminta simpati pada Najib.

Berkenaan prestasi Najib, terbaru Najib mengumumkan pelepasan hutang sebanyak 41 juta penduduk Sungai Asap, Kapit.

Berikut adalah kutipan berita Utusan Online:
Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini membawa berita gembira kepada penduduk kawasan Sungai Asap apabila beliau menyatakan persetujuan kerajaan secara prinsipnya untuk menghapuskan baki hutang perumahan berjumlah RM41 juta yang ditanggung oleh mereka.

Mungkin bagi anda pengumuman itu biasa-biasa sahaja namun bagi para pengundi di situ, ia amat bermakna. Kemudian, kesannya akan merebak ke seluruh negara.

Demang nasihatkan Anwar, “toksah lah dok melangut macam tu. Malu kat orang.”


Keterangan foto:
Penduduk Kapit mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri mereka.


sumber berita dan foto:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Saturday, January 15, 2011

Anwar masuk hospital?




Beberapa blog menyiarkan berita bahawa Anwar Ibrahim dimasukkan ke hospital di Kuantan sekembalinya dari Terengganu tadi.

Demang khuatir Anwar digigit nyamuk.

Demang tak berani nak mengesahkan berita ini namun jika benar, Hj Hadi patut dipersalahkan kerana gagal menjaga kebajikan tetamunya itu.

Bukankah Hj Hadi mencanangkan negara berkebajikan bagi menggantikan negara Islam?

Dalam masa Anwar sedang kelam kabut menjawab isu, mencari isu baru, mencipta isu, memanipulasi isu, dan pelbagai ciri isu lagi, Najib Razak semakin merapat kepada rakyat dengan gayanya yang bersahaja.

Sesiapa sahaja yang melihat kedua-dua bekas rakan karib itu pasti nampak perbezaan mereka. Yang seorang berwajah keruh manakala seorang lagi sering kelihatan ceria.

Lihat video ini.

antara nyamuk Anwar dan nyamuk Hadi

Foto di sebelah bukan nyamuk aedis tetapi tidak kurang bahayanya serta boleh membawa maut: Malaria.





“Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

“Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”. Kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula.

Jika nyamuk yang dimaksudkan Anwar itu ialah Umi Hafilda, siapa pula nyamuk yang dimaksudkan Hj Hadi yang akan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh nyamuk pertama?

Demang percaya Hj Hadi masih ingat punca kematian Firaun dek kerana seekor nyamuk.


Sumber:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cabaran-debat-ummi-hafilda-hanya-soal-nyamuk-kata-anwar/

PAS jadi bacul di Selangor


Minta maaflah sebab kali ini Demang keluarkan tajuk yang agak kasar.

Cuba baca berita yang Demang kutip daripada Utusan Online ini:

SHAH ALAM 14 Jan. - Pakar undang-undang hari ini menyelar tindakan Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik garis panduan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan dan Jenayah Syariah, Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shamrahayu A. Aziz berkata, tindakan Ronnie itu jelas bercanggah dengan peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang ditetapkan sejak sekian lama di negeri ini.

"Jika PBT membenarkan umat Islam menjual arak sekali pun, Majlis Agama Islam setiap negeri masih boleh mengambil tindakan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Enakmen Jenayah Syariah negeri.

"Ini kerana, undang-undang syariah lebih tinggi kedudukannya daripada peraturan yang dikeluarkan PBT dan arahan PBT tidak boleh bercanggah dengan perundangan Islam yang telah ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Shamrahayu berkata, tindakan Ronnie itu jelas menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda politik tersendiri.

Mengulas perkara sama, Pensyarah Undang-Undang, Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Raja Nur Alaini Raja Omar berkata, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, Ronnie sepatutnya peka kepada peruntukan dalam undang-undang syariah negeri ini.

"Ini kerana PBT sepatutnya perlu mengeluarkan garis panduan yang selari dengan undang-undang syariah kerana umat Islam perlu patuh dengan apa yang telah ditetapkan oleh agama mereka.

"Mereka (PBT) tidak boleh mengeluarkan arahan sesuka hati tanpa merujuk kepada undang-undang syariah negeri terlebih dahulu," katanya.

Raja Nur Alaini turut menggesa kerajaan negeri supaya tegas dalam menguatkuasakan undang-undang Islam di negara ini.

"Penguatkuasaan yang tegas terhadap undang-undang syariah adalah penting jika kerajaan mahu memartabatkan Islam di negara ini," tegasnya.

Apa PAS buat di Selangor? Ini satu lagi bukti betapa PAS memang GAGAL membimbing sekutunya (DAP) ke arah Islam.

Sebenarnya tondakan Rooney itu adalah tindakan kuraang ajar dan biadap.

Mana perginya wanita PAS yang gemar berdemonstrasi sebelum ini? Kenapa didiamkan isu ini sehingga ke peringkat hampir meletup?

Mujur pemimpin lalu sudah bersedia dengan perlembagaan yang mampu menghalang kuasa PBT melepasi mahkamah syariah. Bagaimana jika sebaliknya?

Jangan lupa bahawa Perlembagaan boleh dipinda dan jangan lupa bahawa tafsiran perlembagaan boleh mengikut selera pentafsirnya.

tak menipu tak boleh


Kempen selamatkan Tong Gas anjuran kerajaan Pulau Pinang








Nampaknya isu 'tong gas' tidak habis begitu sahaja walaupun Ng Wei Aik telah meminta maaf kepada pemilik kedai tersebut.

Bagi Demang, tak eloklah dipanjangkan perkara yang dah selesai. ADUN berkenaan pun sudah meminta maaf. Beliau pun bukan orang lain. Wakil Rakyat yang anda pilih juga. Terima sajalah seadanya.

Ng pun serba salah sebenarnya. Kalau tak minta maaf, orang akan benci padanya kerana bertindak kasar dan biadap pada rakyat yang mengundi.

Kalau minta maaf dan mengaku kesalahannya, itu akan mencemar nama DAP yang sudah bannyak tercalar sejak berkuasa di Pulau Pinang.

Maka Ng mengambil jalan tengah dengan cara meminta maaf sambil menafikan perbuatannya.

Dengan kata lain, Ng tidak melakukan apa-apa kesalahan sebaliknya dipaksa meminta maaf.

Kesian nengok muka sedih Ng dalam video di blog Dr Novandri. Pandai betul dia berlakon.

Khalid cuba bohongi rakyat


Bakal MB Selangor Baru



Berikut adalah kronologi lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Dato’ Menteri Besar.

ii) Dato’ Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan Dato’ Menteri Besar akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Dato’ Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’ Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin.



Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Padahal fakta sebenarnya ialah:


1) 3 Disember 2010
* Surat rujukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (S) 328/2/1-1 Klt.22/(73Y dari JPA mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebelum ini, Datuk Ramli Mahmud.

2) 3 Disember 2010
* Surat rujukan IPK.Sel. (S) 1095/6 Jld. 44 daripada SUK Selangor memanjangkan tiga calon untuk mengisi jawatan SUK Selangor yang baru bagi mendapat perkenan Sultan Selangor kepada Setiausaha Sulit kepada Sulit Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

3) 10 Disember 2010
* Surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor menyatakan perkenan Tuanku mengenai pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi mengisi jawatan SUK Selangor kepada Datuk Ramli Mahmud, SUK Selangor sebelum ini.

4) 17 Disember 2010
* Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Sultan Selangor mengesyorkan tiga nama untuk calon SUK Selangor.

5) 21 Disember 2010
* Surat rujukan (65) dalam Pejabat Sultan Selangor M/3/01.Jld.19 dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor menyampaikan satu salinan surat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor iaitu surat rujukan (37) dalam pejabat Sultan Selangor M/3/01. Jld.19 bertarikh 10 Disember 2010, mengenai perkenan Sultan Selangor terhadap Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru.

6) 27 Disember 2010
* Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan pelantikan SUK Selangor yang baru di dalam akhbar-akhbar tempatan.

7) 27 Disember 2010
* Menteri Besar mengutus surat kepada Sultan Selangor mohon menghadap bagi membincangkan pelantikan Mohamed Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru. (Sultan Selangor pada masa ini sedang bercuti dan kembali bertugas pada 3 Januari 2011).



Bagi Demang kalau dalam hal melantik Setiausaha Negeri pun Khalid boleh berbohong, bolehkah dia dipercayai sebagai wakil rakyat dan ketua kerajaan negeri?


Tidak hairanlah dalam kalangan mereka sendiripun sudah semakin berani meminta Khalid meletakkan jawatan, malah calon pengganti Khalid pun sudah dikenal pasti.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)