Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 15, 2011

Perbicaraan Anwar: Saiful dakwa dipaksa seks oral


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mengambil palitan spesimen dari tekak dan lidah Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas lelaki itu memberitahunya yang dia telah dipaksa melakukan seks oral oleh “seorang tokoh berprofil tinggi”.
Ketika disoal balas oleh peguam S. N. Nair kenapa beliau mengambil spesimen dari dua tempat berkenaan, Dr Siew berkata apabila beliau merekodkan sejarah kejadian itu daripada pesakit, selain memberitahu beliau yang dia telah diliwat, pengadu juga mendakwa dia diminta melakukan aksi tersebut.
Kata Dr Siew, Mohd Saiful juga memberitahunya yang dia tidak boleh duduk selama dua hari akibat perlakuan seksual yang tidak direstuinya itu.
Ditanya tentang keadaan Mohd Saiful ketika pengadu pertama kali menemui beliau, Dr Siew berkata dia berkeadaan tenang, manakala dua lagi pakar lain melakukan pemeriksaan perubatan terhadapnya.
Menjawab soalan Nair sama ada beliau mencatatkan nota tentang latar belakang keluarga Mohd Saiful, ahli patologi itu berkata beliau tidak berbuat demikian secara khusus kerana mindanya bertumpu terhadap dakwaan yang dibuat pengadu.
“Dia juga tidak menunjukkan sabarang tanda sebagai seseorang yang mengalami masalah psikiatri, dia agak tenang, memberi kerjasama dan bersopan,” kata Dr Siew.
Dr Siew berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaran Ketua Pembangkang, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Menjawab soalan Nair kenapa keterangan yang diberinya bercanggah kerana laporan yang disediakannya pada 13 Julai 2008 menyebut bahawa tidak ada penemuan klinikal tentang berlakunya penusukan, tetapi menyatakan sebaliknya apabila berada di kandang saksi, Dr Siew berkata laporannya itu adalah lebih berdasarkan pada penemuan klinikal dalam keadaan ketiadaan laporan ahli kimia.
Bagaimanapun, Dr Siew bersetuju dengan Nair bahawa beliau telah memberitahu seseorang tentang penemuan awalnya itu.
“Saya hanya maklumkan perkara itu kepada polis dan tidak kepada sesiapapun dari HKL, dan saya memberitahu mereka bahawa ia hanyalah beberapa kecederaan pada bahagian anus mangsa,” kata Dr Siew.
Ahli patologi itu menolak pandangan Nair bahawa beliau bersikap berat sebelah dalam laporannya setelah mengambil sebahagian daripada laporan ahli kimia ketika menyediakan laporan itu.
“Anda bersikap memilih apabila hanya menyebut tentang fakta yang bersifat prejudis terhadap anak guam saya dan menyembunyikan sesuatu yang menyebelahinya,” kata Nair.
Nair memberitahu mahkamah bahawa laporan ahli kimia itu menyebut tentang kewujudan DNA dua lelaki dan ahli patologi itu bergantung sepenuhnya pada laporan berkenaan.
Nair: Anda bergantung pada laporan yang mempunyai kecacatan (laporan kimia) sebelum membuat kesimpulan bahawa tidak berlaku penusukan?
Dr Siew: Tidak bersetuju. Saya lebih bertumpu pada bukti kukuh mengenai serangan seksual seperti yang didakwa oleh pengadu.
Nair: Anda amat bersikap berat sebelah, pro polis dan tidak bebas?
Dr Siew: Tidak bersetuju sepenuhnya.
Nair: Anda telah diberi taklimat oleh pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira bahawa “tokoh berprofil tinggi” yang didakwa oleh Mohd Saiful itu ialah Anwar?
Dr Siew: Ya, pegawai itu memberi taklimat kepada kami bahawa beliau ialah Anwar, tapi kami tidak bersikap berat sebelah dalam melaksanakan tugas kami.
Nair: Selalunya, berapa lama masa yang diambil jabatan anda untuk menerima laporan daripada ahli kimia?
Dr Siew: Lebih sebulan dan dalam sesetengah kes, hingga tiga bulan.
Nair: Dalam kes ini ia hanya mengambil masa tujuh hingga lapan hari sahaja, bukankah ini super cepat?
Dr Siew: Ia memang cepat, tapi bukan super cepat.
Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Dr Siew berkata Mohd Saiful tidak pernah mengadu kepada beliau tentang sebarang objek plastik yang dimasukkan ke dalam anusnya.
Kata Dr Siew walaupun DSP Judy hadir ketika pemeriksaan perubatan dijalankan, pegawai itu tidak pernah mengarah atau campur tangan dalam tugas beliau.
Menjawab satu lagi soalan oleh Nordin, Dr Siew berkata spermatozoa boleh kekal hingga 46 jam pada bahagian anus dan selama 65 jam di dalam rektum.
Sementara itu, pakar penjagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan mengesahkan bahawa Mohd Saiful berada dalam keadaan tenang ketika beliau membuat pemeriksaan terhadapnya.
“Dia memberitahu saya yang dia mengambil masa untuk membuat pendedahan tentang serangan seksual yang berlaku terhadapnya dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakannya itu,” kata Dr Khairul apabila disoal balas oleh Nair.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah disambung pada Rabu – bernama


Kutipan:

PAS terduduk: dua sekolah baru, satu bangunan sekolah baru di Merlimau


Hari ini TS Mahyudin tiba di Merlimau bagi merasmikan SjKC Merlimau.

Percayalah, para pembangkang akan senyum sinis dan akan menuduh itu adalah kelaziman PRK, iaitu pembangunan bagi mengambil hati pengundi.

Yang pembangkang tidak tahu ialah bangunan baru SjkC tersebut siap pada 2010 dan BN tidak tahupun yang Dato Hidhir akan meninggal dunia.

Begitu juga apabila kerajaan meluluskan pembinaan Sjk Tamil dan sebuah lagi sekolah kebangsaan dalam DUN Merlimau beberapa bulan lalu. Semua itu dilakukan ketika (Allahyarham) YB Hidhir masih sihat walafiat.

Yang perlu kita renung dan fikirkan nanti ialah, apakah sebabnya jika pengundi cina masih lagi enggan mengundi BN. Apakah agenda tersembunyi mereka?




Monday, February 14, 2011

Anwar wajar disekat ke luar negara

Demang amat bersetuju dengan desakan pelbagai pihak agar pergerakan keluar masuk Anwar disekat.

Malah bagi Demang, ia wajar dibuat bukan hanya kerana kes liwat yang sedang dihadapinya malah tindakan Anwar yang sering membuka peluang untuk musuh campur tangan tidak harus dipandang ringan.

Kenapa kita tidak mahu belajar daripada Iraq dan lain-lain? Nak tunggu terantuk baru nak terngadah? Ini bukan setakat terantuk bahkan PELURU dan BOM!!!

Lihat hujah sahabat Demang, Dato' Azizan.

Menanti saat kematian UMNO



Adakalanya (atau seringkali) kita tertunggu-tunggu tarikh gaji berikutnya. Maka kita pun berharap masa berlalu lebih pantas.

Namun sedarkah kita bahawa semakin cepat masa berlalu bererti ajal (lazimnya) akan semakin mendekat?

Begitulah keadaannya politik negara kita. Masih ramai yang mengharap PRU13 dipercepatkan dan kerajaan sediada ditumbangkan.

Padahal apabila BN kalah, maka yang kalah ialah UMNO. Manakala jika PR menang maka yang berkuasa ialah DAP.

Maksud Demang daripada analogi di atas ialah apabila kita mengharap sesuatu, kita sering terlupa implikasinya. Adakalanya kesan buruk itu lebih besar berbanding kebaikannya.

Berdasarkan analisis Demang di DUN Merlimau, UMNO boleh kalah walaupun lebih 60 peratus pengundi Islam.

Secara mudahnya, jika pengundi Melayu terpisah dua atau 40 peratus menyokong pembangkang dan 70 peratus pengundi bukan melayu memberi undi pada pembangkang maka kalah lah UMNO.

Jika demikian kita akan lihat nanti kaum majoriti terpaksa akur dengan pilihan kaum minoriti.
Demikianlah 'unik'nya sistem demokrasi yang diasaskan barat. Jika ummat Islam gagal bersatu, tunggulah kesannya selepas PRU13 nanti.

Jadi, tak usahlah seronok sangat dengan kekalahan UMNO.

Rahimi cabar Anwar dengan bukti kukuh

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.
Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan PenasihatParti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
"Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.
''Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.
"Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.
Muhamad Rahimi berkata, dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.
"Pertubuhan-pertubuhan Yahudi ini amat rapat dengan Anwar. Walaupun pertubuhan-pertubuhan ini bergerak atas nama tertentu tetapi kita tahu mereka adalah pertubuhan Yahudi.
"Malah saya ada maklumat bagaimana perbelanjaan latihan serta kempen PKR turut ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan,'' katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.
"Anwar sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum cuba menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Saya pernah bekerja dengan Anwar dan saya tahu pergerakannya,'' katanya lagi.
Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata, beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.
"Itu belum dikira sokongan padu yang diterima oleh Anwar daripada juak-juaknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar. Bagi mereka Anwar pemimpin hebat sedangkan ia adalah sebaliknya.
"Bagi saya Anwar adalah perosak negara. Saya akan menentangnya walau apa pun berlaku. Lawan tetap lawan. Itulah juga kata-kata yang sering digunakan oleh Anwar untuk menaikkan semangat para penyokongnya,'' tegas beliau lagi.

Sumber:
Salinan daripada AIDC

Sunday, February 13, 2011

Anwar minta bantuan Mat Sabu di Merlimau


 Memang menarik dan strategi yang cukup pintar! Malam lusa Anwar akan datang ke Merlimau  untuk kempen PRK DUN tersebut.

Untuk makluman, kempen terbuka sebenarnya tidak dibenarkan sebelum penamaan calon. Namun pembangkang peduli apa?

Berbalik pada perenggan pertama tadi, walaupun Demang sudah memberi amaran bahawa orang Merlimau tidak akan menerima Anwar, namun ahli politik licik tersebut amat pintar mencari jalan lain.

Bagaimana?

Masih ingat Mat Sabu si ayam laga PAS? Memang lah semua orang kenal sebab selain terkenal dengan ceramah yang berapi-api, pemimpin PAS itu pernah menggemparkan negara apabila ditangkap khalwat di sebuah hotel.

Maksud Demang bukan ingat tentang itu tetapi mengenai jolokan ‘Al-Juburi’ yang diberi Mat Sabu kepada Anwar suatu ketika dulu secara terbuka dan cabaran Mat Sabu agar Anwar menafikan semua tuduhan yang dilempar.

Bagi budak-budak PKR yang masih sekolah rendah masa tu, Demang nak beritahu bahawa cabaran tersebut dibuat secara terbuka semasa Anwar masih TPM dan Timbalan Presiden UMNO!

Perkiraan Anwar:
jika Anwar tidak datang ke  Merlimau, itu adalah petunjuk bahawa cerita yang mengatakan Anwar takut ke Merlimau adalah benar.

Namun Anwar sedar bahawa cerita itu bukan khabar angin kerana Shamsul sudah memaklumkan kepadanya tentang itu. Sebagai orang Jasin, maklumat yang ada paada Shamsul tidak boleh dipandang ringan.

Kredibiliti  Anwar dan PKR akan merudum jika sekali lagi Anwar berucap dengan kehadiran yang amat sedikit sebagaimana di Tenang baru-baru ini. Sekurang-kurangnya Anwar boleh juga memberi alasan hujan dan banjir di Tenang menyebabkan tidak sampai 200 orang audien semasa dia berceramah.

Maka untuk program lusa, Anwar dan Mat Sabu akan diganding di atas satu pentas. Dengan sejarah politik mereka yang ‘unik’ pasti akan menyebabkan orang ramai berpusu-pusu untuk melihat mereka berdua di atas pentas?

Paling tidak pun, orang ramai ingin mendengan komen Mat Sabu terhadap isu liwat Anwar yang pernah didendangnya ke seluruh negara suatu ketika dulu.

Maka kehadiran audien yang ramai nanti akan dicanang sebagai sokongan pengundi Merlimau kepada Anwar!!!

Anwar memang licik.

Nota:
Kegusaran Anwar berasas kerana  Nik Aziz semalam pun telah mendapat sambutan dingin apabila program yang dirancang besar-besaran cuma mampu menghimpun tidak sampai 1000 penonton! (semalam bukan sahaja tiada banjir atau hujan malah cuaca cukup baik di Merlimau).

Peniaga kecewa di Merlimau

Apabila seorang pemimpin tertinggi bertaraf mahaguru diberitakan akan bersyarah, maka audien tidak lagi bersifat tempatan. Para pengikut dari kawasan dalam lingkungan 50-100 km akan mengenepikan apa sahaja program yang kurang penting dan melapangkan jadual bagi menghadiri majlis tersebut.

Dalam garis pusat 100km tersebut, sepaling tidak sekitar 10 ribu penyokong bukanlah perkara sukar untuk dihimpunkan.

Atas andaian tersebutlah maka para peniaga gerai bergerak (termasuk peniaga pasar malam) awal-awal lagi telah menempah tapak niaga dan berkampung di Merlimau Pasir malam tadi.

Namun ternyata teori dan andaian tidak selalunya Berjaya dijelmakan dalam bentuk praktikal. Ternyata malam tadi tidak sampai 1000 pengunjung yang hadir biarpun penceramah yang diundang ialah Anthony Loke (SU DAP), Saifudin Nasution (harimau PKR) dan Nik Aziz (orang paling berpengaruh dalam PAS).

Demang tiba kira-kira pukul 9.30 malam di tapak  ceramah terbuka itu bersama empat orang teman: dua orang penssyarah dan dua orang ustaz dengan menaiki dua buah kereta.

Selain kami berlima, berapa ramai lagi yang seperti kami, yakni hadir sekadar untuk mengetahui apa yang nak disampaikan dan bukannya datang kerana bersetuju dengan parti-parti pembangkang tersebut?

Foto sekadar hiasan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)