Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, November 30, 2011

Perlembagaan lagi!

Sejak semalam Demang di Nilai (bukan dinilai). Dalam dua hari ini telinga Demang disumbat lagi dengan isi kandungan Perlembagaan dan semangat yang terkandung di dalamnya.

Antara penceramah yang hadir ialah Prof Dato Dr Ramlah Adam, seorang pakar rujuk berkenaan sejarah negara.

Untuk kesekian kalinya Demang diberitahu lagi bahawa Perlembagaan datang dalam bentuk pukal dan saling berkaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Bukan sahaja setiap Perkara perlu dibaca bersekali bahkan antara Perkara-Perkara yang terdapat di dalamnya saling menyokong antara satu sama lain.

Justeru tidak harus sama sekali mencubit 1-2 ayat dan mendakwa inilah Perlembagaan!

Demang nak tanya, adakah setiap wakil rakyat kita, baik kalangan kerajaan ataupun pembangkang memahami dengan jelas Perlembagaan negara?

Demang katakan begitu sebab dalam contoh kesemarataan ramai wakil rakyat yang bercakap ikut sedap mulut sahaja, terutama pembangkang. Padahal perkara berkaitan 'kesamarataan' sudah disebut dalam perlembagaan termasuk huraiannya.

Oh ya. Naskah kecil Perlembagaan boleh dibeli di mana-mana kedai buku dengan harga RM10 sahaja. Dah ada?

Tuesday, November 29, 2011

pertahankan apa?

Pagi-pagi lagi putera Demang melangut di depan TV. Cuti-cuti begini jadual anak-anak sudah dipersiap para profesional media untuk dimuat dengan pelbagai program bagi menambat mereka terus melekat pada TV.

Di pihak yang lain pula, PS dan internet menggamit-gamit anak-anak mellineum dengan jutaan tarikan baru.

Buku-buku semakin terpinggir di sudut bilik bacaan.

Demang yang lalu lalang pun sempat juga tumpang sekaki pada adegan-adegan tertentu.

Di skrin, sekumpulan gajah sedang bertarung sesama sendiri. Ada ketua dan ada rajanya. Di celah-celah itu juga terdapat peperangan antara manusia dengan manusia. Masing-masing mempertahankan ketua dan raja.

Melengung sebentar Demang. Apa yang mereka pertahankan? Apa yang mereka perebutkan? Dalam kekalutan ada kesedihan dan cinta. Ada rindu dan kasih sayang. Ada darah dan air mata. Bahkan kehidupan dan kematian bertukar ganti.

Bertukar ganti tidak sama dengan bersilih ganti. Dalam konsep bertukar ganti, kehidupan bagi seseorang adalah kematian bagi lawannya. Kill or to be killed.

Demang dan anak-anak menonton (dipertontonkan) adegan dua ekor gajah besar sedang bertarung. Begitu seru pergelutan dari darat hingga ke dasar tasik.

Di atas belakang masing-masing tertenggek tuan masing-masing!

Apakah yang mereka pertahan hingga sanggup mempertaruh nyawa sendiri?

Meskipun cerita tersebut diperkartunkan namun ia adalah berdasarkan sejarah sebenar. Kisah perseteruan berlarutan kerajaan Ayuthia.

Siapa dan di mana bukan persoalannya di sini. Yang Demang fikirkan ialah gambaran tersebut berlaku di semua bangsa, negara, dan manusia.

Bagi golongan sosialis, peristiwa tersebut adalah cerminan kebodohan proletar mempertahankan raja. Justeru ia menjadi umpan terbaik bagi menarik simpati rakyat untuk turut mengutuk sistem feudal.

Namun Demang tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan sang gajah sanggup mempertahankan tuannya sehingga menggadai nyawa diri dan keluarga? Apakah yang ditawarkan si raja kepadanya? Padahal sang gajah sejak awal mampu membebaskan diri daripada komuniti yang dianggap zalim tersebut?

Jawapannya ialah sang gajah bukan mempertahankan raja sebaliknya mempertahankan diri dan keluarganya sendiri. Hubungan mereka bagai simbiosis yang saling bergantung antara satu sama lain.

Meskipun terdapat jurang kasta yang luas antara raja dengan rakyat namun sang gajah akur dengan realiti bahawa gajah tak mungkin menjadi raja kepada manusia. Yang penting, kehidupan mesti diteruskan dengan peranan masing-masing.

Manusia adalah makhluk pintar. Demang kata, MANUSIA dan Demang tak kata RAJA. Namun sosialis mendakwa raja cerdik mengeksploitasi rakyat. Bagi Demang masing-masing saling mempergunakan. Kata lunaknya ialah 'saling memerlukan'.

Manusia memilih untuk hidup secara berkomuniti. Tambah sikit lagi, yang harmoni.

Saturday, November 26, 2011

sambutan maal hijrah di KL

Malam ini Demang menyambut tahun baru hijrah di Kuala Lumpur dengan menghadiri forum khas.

Forum bertajuk Menghayati Al-Quran ini dianjur Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (PerTaMa) sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1433H.

Tahniah kepada pihak penganjur iaitu sebuah NGO yang baru 5 bulan ditubuhkan. Alhamdulillah, walaupun baru ditubuhkan namun aktif menganjurkan pelbagai program bermanafaat.

Sayangnya foto yang Demang snap tidak dapat diupload menggunakan Gtab ini.

Selain aktiviti keagamaan, PerTaMa juga bergerak memajukan ekonomi ummah dengan pelbagai program keusahawan.

Akan datang, satu seminar perniagaan online akan diadakan di Melaka. Kepada yang berminat, bolehlah hubungi Cheguman (0194402211). Masa dan tempat akan diumumkan kemudian.

Wan Aizah akui


Demang langsung tidak terkejut dengan kenyataan Wan Azizah dalam konvensyen ke-8 PKR bahawa pemimpin PKR dilanda sifat tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Apa nak dihairankan. Selain kerana peribadi pemimpin PKR yang terdiri kalangan orang buangan UMNO, keputusan PRu12 sendiri menyumbang keadaan tersebut.

Jika sebelum ini calon pembangkang dilihat bersih, maka itu hanyalah kerana metreka belum mendapat kuasa.

Apabila beberapa negeri di tadbir oleh pembangkang, maka terserlah lah keperibadian dan sikap sebenar mereka.

Yang paling nyata ialah rakyat sudah melihat bahawa mereka cuma pandai bercakap!

Friday, November 25, 2011

isu Izzah: keluarga anwar kena jawab

Isu panas.

Kalau ikutkan isu, memang banyak isu yang boleh digunakan ke atas pembangkang samada PAS, PKR, mahupun DAP.

Daripada 3 parti itu, ternyata PKR yang paling top sekali dalam bab isu-mengisu. Dari Penasihat parti hinggalah ke AJK PKR di peringkat cabang memang tak pernah sunyi dengan masalah peribadi.

Sebenarnya tak-lah menghairankan sangat memandangkan majoriti yang berada dalam PKR adalah individu yang bermasalah. Sebab itu ada kalangan pemerhati politik yang memberi makna PKR sebagai Parti Kecewa Rakyat.

3-4 hari ini, heboh pasal harta Izzah Anwar yang bukan main banyaknya tersimpan di bank Israel.

Entahlah. Tapi setakat ini belum ada sebarang penjelasan rasmi yang dibuat oleh Ahli Keluarga Anwar.

Hello, rakyat sedang menunggu ni.

Wednesday, November 23, 2011

SBP akan dihapuskan

Bukan pekara luar biasa apabila tajuk berita disensasikan sehingga mengelirukan pembaca. Bahkan seringkali kekeliruan itu disengajakan bagi menambah sensasi. Tujuannya, untuk 'memaksa' pembaca agar membaca.

Semalam Demang menulis artikal bertajuk 3000 dipaksa hadir seminar.

Tajuknya berunsur provokasi dan bukan kisah sebenar tetapi yang tersirat itulah hakikat. Sudah menjadi rahsia umum bahawa seminar, kursus, dan program yang dijalankan ke atas penjawat awam adalah berbentuk paksaan.

Hari ini Demang letakkan satu lagi tajuk sensasi yang menarik minat pengunjung. Namun ia bukan tajuk bohong. Ia adalah hasrat sebenar pakatan pembangkang apabila mereka memerintah Malaysia. ia dinyatakan secara terus terang dengan rasional yang memukau.

Barangkali anda tidak setuju. Atau anda menyangka Demang mereka-reka cerita. Tidak! Demang tidak mereka-reka cerita. Tanya-lah kepada pembangkang, baik yang Melayu apa lagi yang bukan Melayu. Konsep kesamarataan yang diperjuangkan adalah termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang disediakan untuk pelajar Melayu dan Bumiputera.

Hujah pembangkang bukan Melayu ketika berkempen dalam kalangan pengundi bukan Melayu ialah SBP tidak adil kerana hanya untuk pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja.

Hujah pembangkang Melayu ketika berkempen kepada orang Melayu dan Bumiputera ialah orang Melayu menjadi lemah dan lembab kerana terlalu bergantung kepada subsidi dan bantuan kerajaan.

SBP adalah sebahagian daripada SUBSIDI dan tindakan memanjakan orang Melayu/bumiputera.

Jika anda setuju dengan kenyataan tersebut, terpulang lah.

Tika ini Demang sedang berdiri di luar bilik temuduga kerana menemani putera Demang yang sedang ditemuduga bagi memasuki sebuah sekolah berasrama penuh.

Semoga Allah Taala memberi izin kepada putera Demang memasuki sekolah terbaik berdasarkan kemampuannya.

Tuesday, November 22, 2011

3000 dipaksa hadir konvensyen

Seminar Perpaduan dan Patriotisme Dalam Konteks Satu Malaysia

Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka.

22/11/11

9.00 pagi - 3.00 petang.

Demang tiba tadi agak lewat. Orang ramai sudah penuh di dalam dewan. Demang tidak pasti kenapa mereka hadir. Mungkin dipaksa oleh jabatan masing-masing.

Paksa atau rela, yang penting mereka sudah di dewan ini. Mereka akan didedahkan dengan maklumat dan fakta. Mahu tidak mahu mereka akan menadah telinga dan merelakan maklumat masuk ke telinga dan minda mereka.

Jijikkah perbuatan memaksa orang ke seminar intelektual? Pembentang kertas kerja adalah golongan akademik dan intelektual, bukan Mat Sabu atau Azmin Ali yang tidak pernah diiktiraf keintelektualan mereka.

Bagi Demang, ada masanya kita perlu memaksa. Sama seperti kita paksa anak-anak ke sekolah atau belajar mengaji.

Di zaman Facebook, Youtube, PS, Astro dan sebagainya ini, mahukah anak-anak kita mengaji tanpa disuruh, dipujuk, atau dipaksa?

Peserta hanya dipaksa hadir, bukan dipaksa untuk menerima. Boleh fikir sendiri yang mana baik yang mana buruk. Walaupun Ali Rostam orang politik, tetapi program ini adalah program ilmu yang dibuat atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka. Sama seperti Seminar Salalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah yang Demang hadir 2 minggu lepas di Seri Negeri ini juga.

Pembangkang faham program ini? Anda faham?

Baiklah, jika anda belum faham Demang akan beritahu.

Peserta yang lebih 3000 orang ini akan pulang ke kawasan masing-masing dan bercerita dapatan yang mereka perolehi daripada konvensyen ini kepada ahli keluarga dan komuniti mereka. Dengan itu semakin ramai yang akan tahu fakta sebenar.

Apabila PRU nanti, insya-Allah mereka akan mengekalkan kerajaan sedia ada kerana mereka sudah faham kenapa kerajaan sedia ada sekarang perlu dikekalkan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)