Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 12, 2012

Selamat jalan



Guna bateri 3A berapa lama la sangat boleh tahan. Apa-apapun terima kasih kembali pada suku sakat PKR kerana melalui keghairahan anda semua menyokong Anwar maka banyak pembaharuan telah dilakukan.

Nak bagi hampa ganti? Boleh jalan da...

Wednesday, April 11, 2012

Gambar Nik Aziz, Hadi dengan isteri orang



KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan  di pejabat Suaram hari ini.Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.

"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar."Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.

Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau."Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya.

Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu.

Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.

Berita di atas disalin secara copy & paste daripada Harakahdaily.

Demang baca baros demi baris tetapi tak ada satu bukti pun bahawa Harakah ada bukti tentang foto tersebut melainkan hanya DAKWAAN lelaki itu semata-mata.

Kalau kita terima dakwaan terasebut, percaya dengannya, dan beritahu pada semua orang maka selepas ini kita kena percaya semua khabar angin yang diceritakan orang secara lisan tanoa sebarang bukti.

Kalau begitu Demang pun boleh bagitau orang bahawa Demang ada foto yang menunjukkan Nik Aziz atau Haji Hadi berzina. Namun Demang tak sangka yang kedua orang itu akan jadi pemimpin politik. Itu sebabnya Demang tak simpan gambar-gambar tersebut.

Kalau orang PAS boleh percaya dakwaan orabg asing kafir itu kenapa tak boleh percaya dengan Demang?

Tuesday, April 10, 2012

Daulat Tuanku



Menjunjung kasih Yang Di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR: Esok pada 11 April 2012 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, akan menaiki takhta menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Sumber:
Berita Harian

Monday, April 9, 2012

Pengerusi SPR terbocor maklumat PRU13



KUCHING: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof hari ini mengenai persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun ini. 

Apabila beliau berkata, SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.

Sumber: Bharian.

Habis le Anwar kali ni.

Anwar cari kampung orang asli



BERA: Masyarakat Orang Asli di daerah ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan peruntukan RM6.2 juta bagi membina dua jambatan di kawasan mereka.Tok Batin Orang Asli Kampung Bukit Gemuruh, Johari Salam, berkata pembinaan jambatan di Sungai Tuang dan Lubuk Tembangan itu akan memudahkan kira-kira 4,000 Orang Asli mengangkut hasil untuk dijual di pekan.

Nampaknya selepas ini kelam kabut lah orang suruhan Anwar kerana dikerahkan mencari kampung-kampung orang asli untuk dikunjungi.

Demang rasa elok Anwar lupakan je kalau ada niat yang begitu sebab orang asli sudah lama maju dan ada yang lebih berjaya daripada kebanyakan kaum lain.

Dengan kepesatan teknologi hari ini masyarakat orang asli yang dulunya dianggap kolot kini sudah arif yang mana fakta dan yang amana auta.

posted from Bloggeroid

Khalid jelas isu PTPTN


"Lepas kona situ kita kona sini lak. Pastu, kita pusing kiri-kanan biar depa fening. Anta faham ka ni?"

"kalu bab kona kona nie pak sheh toksah ajar ana la. Dah berapa banyak kes ana bagi terbalik!"

------------------------------------------

Cadangan pembangkang mansuhkan PTPTN tidak relevan, kata Khalid Nordin.

Demang setuju dengan kenyataan itu walaupun tak berapa setuju dengan penuturnya.

Sebenarnya Khalid tukang cakap je. Perkara tu dah dikaji secara terperinci baik buruknya oleh para pakar daripada pelbagai bidang.

Demang yang bukan pakar ini akan terima ijmak pakar.

Teruskan membaca.

28 Mac 2012KUALA LUMPUR - Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. 

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya...Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.

MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.

Sumber: Bernama

Sunday, April 8, 2012

Pendidikan percuma di Turkey



Barangkali dah terlalu banyak isu pembohongan Anwar disajikan saban hari sehingga orang bosan.

Kenapa banyak sangat pembohongan Anwar? Nak buat macamana, untuk menutup satu penipuan terpaksalah dilakukan penipuan lain.

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/04/anwar-berbohong-tentang-pendidikan.html

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)