Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, February 25, 2013

Kisah pendayung dengan raja



Minggu lepas Demang terjumpa sebuah buku cerita kanak-kanak. Lebih tepat lagi, cerita rakyat Thailand.

Ceritanya begini:

Pada suatu hari raja dan beberapa menterinya mudik di sebatang sungai dalam sebuah perahu.

Setelah beberapa ketika dalam pelayaran tersebut semua menteri telah tertidur.

Para pendayung yang melihat hal tersebut merasa jengkel lalu merungut sesama mereka.

"Tidur aje. Bukannya nak tolong dayung sama-sama." kata salah seorang daripada mereka.

Raja mendengar sungutan tersebut. Seketika kemudian, baginda memanggil pendayung yang merungut itu dan berkata:

"Beta dengar ada bunyi bising di tebing situ. Cuba kamu periksa." titah raja.

Si pendayung segera naik ke tebing untuk menyiasat. Seketika kemudian dia kembali dan memberitahu raja:

"Ada anak anjing, tuanku."

"Berapa ekor anak anjing itu?" tanya raja.

Si pendayung terpaksa naik ke tebing semula dan tidak lama kemudian dia kembali mengadap raja:

"Ada empat ekor, tuanku."

"Berapa ekor jantan dan berapa ekor betina?" tanya raja lagi.

Sekali lagi si pendayung terpaksa naik ke tebing.

"Dua ekor jantan dan dua ekor betina, tuanku." dia memberitahu raja sambil menahan lelah.

Raja mengejutkan salah seorang menteri dan bertitah:

"Ada bunyi bising di tebing tu. Pergilah siasat."

Menteri tersebut naik ke darat dan tidak lama kemudian beliau kembali.

"Beritahu beta apa yang kamu lihat?" raja bertitah.

"Patik dapati ada empat ekor anak anjing. Dua ekor jantan dan dua ekor betina. Patik cuba tinjau jika ada induknya di sekitar namun tiada. Pada pendapat patik anak-anak anjing tersebut bukan berasal dari situ sebaliknya ditinggalkan orang di situ. Itulah sebabnya mereka membuat bising kerana kehilangan induk dan juga lapar."

Raja berpaling kepada para pendayung. Baginda tersenyum sambil bertitah:

"......"

Demang tamatkan cerita ini begitu sahaja sebab Demang percaya anda tentu dapat mengagak apakah yang dititahkan raja tersebut.

Sunday, February 24, 2013

Awas ancaman pijat


Barangkali ramai yang tak pernah lihat pijat. Demang pun tak pernah.

Pijat tidak sama dengan pepijat tetapi istilah pepijat itu memang diambil daripada nama pijat.

Kata orang tua-tua, jangan lah kerana marahkan pijat kelambu dibakar.

Sebenarnya pijat dan kelambu tiada kaitan. Pijat hidup dan membiak pada tilam dan bantal sedangkan kelambu adalah benteng bagi menghalang serangan nyamuk.

Maknanya, kalau di rumah kita ada pijat janganlah disalahkan kelambu. Pijat yang bodoh atau sesat sahaja yang bergayut pada kelambu.

Justeru jika kita rasa gatal hingga tidur terganggu, siasatlah puncanya. Adakah akibat nyamuk atau pijat?

Kadang-kadang orang di sebelah pun boleh menyebabkan kita gatal!

Jika disebabkan pijat, jangan dipersalahkan kelambu dan jika angkara nyamuk pun, tak perlulah dibakar kelambu. Nanti hilang masalah pijat, dapat pula demam denggi.

Seteruk-teruk pijat pun, taklah sampai bawa maut.

Sekarang demam pilihanraya semakin terasa. Ramai juga yang dah tak tidur malam. Gatal barangkali.

Apapun, ingatlah kita semua. Jangan sebab dek marahkan pijat kelambu pula yang kita bakar.

Jika koyak pun, tampunglah sebab yang nak kita bina ialah sebuah negara dan bukannya tempat tidur yang biasa.

Negara bukan seperti katil yang boleh kita beli di kedai!

Thursday, February 21, 2013

Jalinan kerjasama najib anwar



Ketika Demang lahir, irama pop yeah yeah sedang senak ditujah irama pop yang cuba mencari tapak dalam dunia hiburan tanahair.

Maka Demang membesar dengan irama pop yang keluar dari corong-corong tetuang udara (radio), piring hitam, kaset, dan katrij.

Hail Amir, Dahlan Zainudin, Uji Rashid (sekadar menyebut beberapa nama) mekar menjadi pujaan ramai manakala angkatan A. Rahman Hasan, J. Sham (pensyarah muzik Demang) dan lain-lain mula mengundur diri.

Zaman remaja Demang pula dijajahi irama rock; Rock kapak, kata orang.

Sesuai dengan konsep muzik yang memberi penekanan pada alat muzik (terutama gitar) maka selain penyanyi (vokalis), nama kumpulan rock turut terkenal.

Sweet Charity, Search, Wings, Left Handed, Melissa (vokalisnya kini menjadi pendakwah bebas) adalah antara puluhan band rock yang muncul dengan album manakala ratusan (ribuan?) kumpulan lain turut mewarnai era rock sekitar 80an.

Ketika irama rock sedang meletup, tiba-tiba irama pop yeah yeah muncul semula mengusik kenangan, tapi hanya sebentar. Penerajunya: M. Sharif.

Irama rock berada di kemuncak apabila mengusai carta juara lagu peringkat kebangsaan sehingga menyingkirkan sekalian lagu pop.

Demang masih ingat tokoh pop sehebat Sudirman Hj Arshad juga pudar diranap tsunami rock.

Final muzik-muzik menyaksikan irama rock menguasai persada tapi ironinya ia menjadi antiklimaks selepas itu apabila mutu muzik tanahair dipertikai dengan hebat.

Rupa-rupanya kebanyakan band rock hanya jaguh di pentas funfair dan dalam studio rakaman. Di pentas yang terkawal, khalayak menyaksikan persembahan yang teruk dengan lompang di sana sini.

Akibatnya, format pertandingan terpaksa dirombak dengan mengkategori semula lagu mengikut irama dan dipertanding mengikut kelompok masing-masing.

Dalam semua zaman, trend muzik tidak terhenti pada muzik sahaja. Ia melebar pada fesyen pakaian, bahasa (slanga), bahkan cara hidup.

Dalam zaman rock, semua pengikutnya bertrampilan rock. Mereka, (termasuklah Demang) bukan sahaja berseluar jeans dengan tshirt ketat malah gantinama diri pun bertukar menjadi 'lu' dan 'gua'.

Lebih dari itu, pergaulan sosial turut menjadi 'rock'.

Fesyen dan trend sentiasa berubah. Sesiapa yang tidak berubah dianggap ketinggalan zaman. Ertinya dia tidak berada pada zaman sebenar.

Lawan pada 'ketinggalan zaman' ialah 'mendahului zaman'. Orang yang mendahului zaman sangat dikagumi. Mereka adalah perintis yang mampu berfikir perkara yang orang ramai belum terfikir.

Dalam bidang muzik, M. Nasir dianggap mendahului zaman.

Dalam politik juga begitu. Apabila Anwar berteriak 'reformasi', Paklah menyahutnya dengan 'Islam Hadhari'.

Seluruh negara terpanggil untuk mengetahui apa itu Islam Hadhari. Kebetulan, teriakan reformasi sudah semakin menyayup walaupun belum hilang.

Atas dasar itulah Demang merajinkan diri menjengah beberapa program hadhari. Antaranya, ekspo Islam Hadhari di Kepala Batas Pulau Pinang.

Malangnya Demang dapati ekspo tersebut hanya ekspo biasa. Apa yang hadharinya?

Akhirnya rakyat mendapati Islam hadhari adalah perkara lama. Apabila Rasulullah menjadi rasul maka antara tugas Baginda ialah menukar manusia daripada jahiliyah kepada hadhari.

Ertinya, hadhari bukan perkara baru. Dalam dunia trend dan gaya hidup, konsep sedemikian tidak akan menarik minat. Ia seakan Pop Yeah Yeah yang muncul sebentar sekadar menggamit kenangan lama.

Demang tidak maksudkan ia tidak berkualiti tetapi dalam realiti, ia kurang dihargai.

Apabila Najib menjadi PM, beliau membawa konsep transformasi. Sebilangan rakyat menanggapi bahawa transformasi adalah nama lain bagi reformasi yang dilancar Anwar Ibrahim pada 1999.

Samada reformasi mahupun transformasi, ia adalah tag yang menarik perhatian ramai cuma yang pertama itu (reformasi) sudah ditinggal zaman. Reformasi adalah slogan yang hebat pada 1999 namun peristiwa itu sudah hampir 15 tahun berlalu!

Bagi Demang, reformasi adalah tindakan Anwar Ibrahim menyelongkar semua kelemahan kita selama ini manakala transformasi adalah usaha Najib Razak menterjemah hasrat tersebut dalam bentuk tindakan.

Tuesday, February 19, 2013

Melentur buluh



Binalah apa sahaja asalkan bukan senjata!

Monday, February 18, 2013

Kenyataan Hadi PAS keluar PAKATAN

Ramai yang mengucap syukur apabila berita mengenai kenyataan terbaru Hj Hadi bahawa PAS akan keluar daripada pakatan mula tersebar.

Maka ramai juga termasuk Demang mula mengitar internet bagi mencari maklumat yang lebih sahih.

Namun kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila menyedari perenggan seterusnya dalam berita tersebut amat longgar dan lebih pada kenyataan sensasi menjelang pilihanraya.

Dalam kenyataan tersebut Hj Hadi dicatat sebagai berkata PAS akan keluar daripada pakatan yang mereka bentuk sekiranya kerjasama tersebut merugikan Islam.

Bahkan dalam Sinar Harian hari ini Tuan Ibrahim turut memperkatakan hal yang sama.

Demang setuju dengan beliau. Apa sahaja pakatan yang merugikan Islam wajib dihindari.

Cuma, para pemimpin PAS perlu menjelaskan pada rakyat samada Islam mahupun bukan Islam secara berfakta bahawa kerjasama tersebut akan menghasilkan situasi menang-menang.

Pakatan sepatutnya menyiarkan kepada umum perjanjian yang telah mereka buat bagi dinilai oleh rakyat sebelum mereka membuat keputusan mengundi kerajaan baru.

Hal ini penting kerana dalam akhbar yang sama hari ini (18/2/2013) Karpal Singh masih menegaskan bahawa PR tetap berpegang pada keputusan lalu yang dibuat bersama ketiga-tiga parti terhadap isu penggunaan kalimah Allah.

Sementara itu sebelum ini pun Karpal enggan menarik balik kenyataan bahawa DAP tidak sekali-kali akan membenarkan pelaksanaan sebuah negara Islam di Malaysia.

PAS juga perlu menunjukkan secara telus bagaimana kerjasama mereka memberi kebaikan pada ummat Islam.

Kita tidak mahu selepas PRU13 nanti jika mereka memerintah akan timbul rasa tidak puas hati dan saling tuduh menuduh dalam kalangan ahli pakatan.

Perlu disedari bahawa para penyokong PAS begitu bersemangat untuk melaksanakan hudud. Jangan biarkan mereka kecewa.

Ingat, PAS mendakwa pernah ditipu UMNO. Amat malang jika selepas rakyat membuang undi nanti PAS memberitahu pula bahawa mereka diperdaya DAP.

Jika DAP menipu PAS, kita tidak hairan tetapi jika PAS dituduh nanti menipu DAP maka ia memusnahkan terus rasa hormat terhadap Islam.

Thursday, February 14, 2013

Bukti baru kes altantunya?



Demang lihat sekali imbas ada beberapa blogger yang menulis tentang isu Deepak.

Terus terang, mendengar bunyi namanya sahaja pun Demang sudah dapat mengagak bahawa isu murahan sedang berlegar dalam kalangan pecacai politik.

Siang tadi Demang terima satu email daripada seorang sahabat. Oleh kerana yang menghantarnya memang ada kredibiliti (sekurang-kurangnya Demang kenal), maka Demang pun bacalah kandungan email tersebut.

Ternyata telahan Demang benar. Deepak adalah tajuk baru untuk sebuah cerita lama.

Maka bertambah-tambah meluat Demang pada pecacai PKR yang hidup dengan mencipta dan menjual isu. Padahal telah lenguh tangan menaip fakta-fakta tentang peristiwa pembunuhan wanita Mongolia.

Perlukah diulang lagi keterangan-keterangan yang menolak pembabitan PM dan isteri beliau dalam kes tersebut?

Memanglah mudah untuk Demang copy & paste artikal dulu dan siar semula di sini tetapi itu jika Demang guna laptop atau PC. Sedangkan sudah beberapa tahun Demang hanya update blog menggunakan handphone sahaja.

Sebagaimana Demang, pengirim email berkenaan juga tidak bertujuan memberikan fakta sebaliknya melihat isu ini seperti selonggok sampah.

Yang kita fikirkan bukanlah soal adakah ia sampah atau bukan; sebaliknya kita sedang berfikir hendak dihumban ke mana sampah busuk ini.

Ada idea?

Wednesday, February 13, 2013

Jual KFC lagi


Isu KFC muncul lagi.

Apa masalah KFC sebenarnya? Kalau kurang bekalan ayam, beritahu sahaja pada orang kampung suruh mereka pakat-pakat bela ayam.

Di kampung sudah lengkap prasarana dan sistem pentadbiran. Ada JKKKnya. Jika mereka kurang mahir, hantarkan pegawai yang profesional bagi membantu.

Dengan cara itu orang kampung dapat menambah pendapatan.

Atau, KFC kekurangan modal? Takkanlah tak ada orang yang nak melabur dalam syarikat gergasi itu? Sepaling tidak pun duit orang Melayu berlambak dalam ASB. Gunakanlah.

Demang lihat setiap hari KFC dipenuhi pelanggan. Jadi bukanlah masalah pemasaran. Iklanpun masih bersiaran.

Untung? Masa Demang baru kenal KFC dulu harganya cuma RM3.70 untuk satu set lengkap. Sekarang harganya sudah digandakan sesuai dengan peningkatan ekonomi negara. Kalau masih belum cukup, naikkan lah lagi. Pelanggan sekarang faham asalkan tidak melampaui batasan.

Tidak cukup pekerja? Kalau susah-susah sangat, importlah bangla dan indon. Myamar pun boleh. Jangan Africa dah lah. Geli pulak Demang nak makan.

Pelaburan atas KFC bukan sekadar keuntungan material bahkan bersangkut soal makanan halal. Selain itu ia adalah jihad ekonomi. Nak membelinya dulu bukan senang.

Jadi kenapa ia hendak dijual? Dah habis idea kah? Kalau dah tak boleh berfikir cara nak selamatkan KFC, fikir-fikirkanlah cara nak berhenti dari jadi menteri.

Sahabat-sahabat blogger Demang kata, Ghani Othman kena jawab soalan ini.

Jawab lah, sebelum pengundi tolong jawab masa mengundi nanti.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)