Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, December 30, 2013

Warung, cafe, dan lebuhraya bertol

Orang buka warung, Demang cuba buka cafe.

Warung pacak tepi jalan, cafe dalam bangunan, ada aircond.

Warung jual karipap 50sen, cafe Demang pun jual karipap 50sen.

Warung tepi jalan buka hari-hari. Cafe Demangpun dibuka setiap hari dan aircond pun jalan hari-hari.

Orang pergi warung duduk atas bangku kayu usang, cafe Demang takkan nak buat begitu?

Warung tak pedulikan sangat soal lantai simen atau lantai tanah sebaliknya lantai cafe sekurang-kurangnya perlu ditampal mozek.

Sebut sahaja warung, orang tak peduli sangat, tapi bila dah jadi cafe, majlis perbandaran suruh buat macam-macam. Papantanda kena ikut peraturan dan kena bayar lesen. Longkang kena bersih, dapur kena kemas.

Kalau engkar, saman.

Demang nampak warung ni macam jalan biasa manakala cafe pula macam lebuhraya. 'Jalanraya biasa' digunakan secara percuma sahaja tapi kalau guna lebuhraya kena bayar tol.

Demang cuba jual karipap 60sen, orang kata mahal. Cafe pun lengang. Maka Demang tak jadi naikkan harga.

Demang fikir kerajaan pun begitu juga. Jangan naikkan tol dan kalau boleh beri percuma sahaja.

Perbelanjaan untuk penyeliaan lebuhraya boleh ambil daripada khazanah negara.

Apabila Demang beritahu Pakngah Demang di kampung tentang cadangan ini, Pakngah Demang bertempik:

"Aku tak setuju! Aku guna lebuhraya setahun sekali, pasai apa aku kena tanggung perbelanjaan lebuhraya tiap-tiap hari?"

Demang terangguk-angguk sambil mata terkebil.

Wednesday, December 25, 2013

Derwish jadi pekerja Demang

Pada suatu hari Derwish berkunjung ke pejabat Demang.

"Hamba nak mohon sebarang pekerjaan daripada tuan hamba." Ujar Derwish.

"Eh, bukankah tuan hamba tidak pernah makan gaji sebelum ini?" Tingkah Demang kehairanan.

"Ya, dulu hamba seorang diri. Bukankah kini hamba sudah beristerikan seorang janda yang mempunyai enam orang anak?" Balas Derwish.

"Baiklah. Kebetulan hamba memerlukan seorang juru tulis di pejabat ini. Tuan hamba boleh bermula esok. Berapakah gaji yang tuan hamba mahukan?" Demang bersetuju sambil melontarkan soalan.

"Hamba tidak memerlukan sebarang gaji tetapi tuan hamba hendaklah membiayai semua keperluan hamba, isteri, dan anak-anak hamba." Jawab Derwish.

"Baiklah. Hamba bersetuju." Jawab Demang setelah memikirkan bahawa apalah sangat keperluan sebuah keluarga fakir seperti Derwish.

Maka mulai keesokan harinya pagi-pagi lagi Derwish hadir ke pejabat Demang dan pulang pada waktu petang selepas tamat waktu kerja. Begitulah setiap hari.

Derwish memang seorang pekerja yang bagus. Demang amat berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Cuma yang Demang resahkan ialah berkenaan perbelanjaan Derwish dan keluarganya.

"Demang. Isteri hamba perlukan pakaian baru untuk dirinya dan anak-anak." Pinta Derwish pada suatu hari.

Maka Demang pun memberikan sejumlah wang kepada Derwish.

Beberapa hari kemudian Derwish mengadu pada Demang bahawa isterinya meminta wang tambahan kerana sesekali mereka ingin makan di luar dan melancong bagi menghibur hati.

Mahu tidak mahu Demang terpaksa memberikan kerana itulah janjinya sebelum ini.

Tidak lama selepas itu, Derwish memberitahu Demang bahawa keluarganya memerlukan kenderaan bagi memudahkan mereka bergerak.

Sekali lagi Demang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan.

Nampaknya keinginan keluarga Derwish belum berhenti kerana selepas itu Demang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi membesarkan rumah Derwish pula.

Tidak cukup dengan itu, anak-anak tiri Derwish juga sudah pandai merengek meminta berbagai permainan seperti yang dimiliki rakan-rakan mereka. Isteri Derwish juga mahukan perabot yang lebih baik sesuai dengan peredaran masa.

Bahkan, Derwish sendiri memerlukan alat tulis dan alat untuk perhubungan yang lebih baik.

Walaupun keberatan, Demang terpaksa juga memenuhi semua kehendak mereka dengan alasan orang lain memilikinya.

Jika pada awalnya keluarga Derwish cuma mengharapkan keperluan asas namun apabila keperluan asas sudah diperolehi mereka mula cuba untuk memenuhi keinginan peribadi pula.

Selain barang-barang tempatan, terdapat banyak produk luar yang amat menarik dijual di pasaran negeri itu. Masalahnya, produk-produk itu sangat mahal sehingga melebihi perbelanjaan normal mereka.

Ada lebih kurang sembilan bulan keadaan itu berlaku dan akhirnya Demang sudah tidak tahan lagi menanggung perasaan.

Pada suatu pagi Demang memanggil Derwish.

"Derwish. Nampaknya begitu banyak perbelanjaan yang terpaksa hamba keluarkan bagi memenuhi keinginan keluarga tuan hamba hinggakan hampir menyamai perbelanjaan keluarga hamba sendiri." Ujar Demang.

Derwish memandang Demang dan berkata:

"Demikianlah halnya rakyat Demang sekarang. Terlalu banyak keinginan mereka sedangkan pendapatan mereka terhad."

"Mereka tergoda dengan pelbagai barangan baru terutama yang dibuat di negara asing dan dibawa masuk ke negeri ini. Sepanjang masa pengeluar-pengeluar berlumba-lumba mencipta produk baru yang amat menarik. Berbagai cara dilakukan bagi memujuk rakyat Demang agar berbelanja." Sambung derwish lagi.

"Demang fikir Demang mampu memenuhi semua keinginan mereka?" Tanya Derwish.

"Nafsu manusia adalah gaung yang maha dalam dan ruang yang tiada sempadan." Sahut Demang sedikit mengeluh.

"Ya. Justeru tuan hamba tidak boleh selamanya cuba memenuhi keperluan nafsu sebaliknya kembalikan mereka pada matlamat asal kejadian manusia iaitu untuk kembali pada-Nya." Ujar Derwish.

"Ia tidak semudah yang tuan hamba cadangkan. Manusia semakin maju dan bijak. Pengeluar berlumba-lumba membuat kajian untuk ciptaan terbaru. Para pelajar diajar, dilatih, dan digesa untuk berkreatif serta berinovatif dalam penghasilan." Demang mula berceramah.

"Mereka gembira dengan pencapaian sambil letih dalam persaingan. Yang kalah jatuh tersungkur manakala yang menang melangkah gagah dan akhirnya menjadi angkuh serta lupa diri." Sambungnya lagi.

"Para pengguna tersepit antara keinginan dan keterbatasan namun akhirnya tewas di lembah nafsu: nafsu yang tidak pernah mampu dipuaskan!" Demang menutup hujah dalam nada kecewa.

"Justeru tuan hamba perlu berubah." Tingkah Derwish segera.

"Sukar. Amat sukar." Keluh Demang.

"Ya. Ia memang amat sukar jika tuan hamba menyuruh rakyat berubah namun ia tidak mustahil jika Demang sendiri yang berubah." Ulas Derwish seolah memulang paku buah keras.

Demang terdiam, tunduk seperti berfikir. Derwish juga berfikir namun ia mungkin berbeza dengan apa yang sedang Demang fikirkan.

Akhirnya Derwish berkata:
"Demang, jika tuan hamba mahu mengubah cara hidup rakyat, tuan hamba pasti tewas kerana Demang seorang sedangkan rakyat ramai. Sebaliknya jika rakyat mahu mengubah Demang, pasti mereka akan berjaya kerana mereka ramai dan Demang hanya seorang."

"Apapun, ketahuilah bahawa kejayaan bukan sekadar usaha yang gigih tetapi kesabaran dalam berusaha. Demang mulakanlah dengan melakukan umrah ke tanah suci Makkah serta berdoa di sana."

Ikuti episod seterusnya minggu hadapan...

Kesah Demang & Derwish ini adalah karya asli blogger Cheguman dgn dibantu seorang pelukis otai yg pernah bernaung di bawah Creative Enterprise (penerbit majalah Bambino/Gila-Gila/Fantasi.

Ikuti episod demi episod yang akan disiarkan secara berkala di beberapa blog seperti waadat.blogspot.com dan , facebook.com/morha2u

Semoga bermanafaat.

Mat Sabu dan pengakuan Syiah

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.    

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin yang mengaitkannya dengan fahaman syiah. 

   "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.

Baca artikal selanjutnya:
http://malaysiakini.com/news/249338

Demang nak ingatkan jangan ditunggu pengakuan Mat Sabu sebab jika benar beliau seorang pengikut Syiah maka beliau tak akan mengaku malah pengikut Syiah dibenarkan menipu dan berpura-pura.

Justeru, pembuktian tidak perlukan pengakuan hatta sumpah sekalipun. Teliti semua maklumat yang ada dan ambil tindakan segera sebelum lebih ramai yang terpengaruh.

Maklumlah, sebagai timbalan presiden PAS, mat sabu mampu mempengaruhi orang ramai.

Wednesday, December 18, 2013

Demang bantah kenaikan tol

Kalau kerajaan nak bantu rakyat, cari duit lain.

Yang kena dan yang dapat

MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said umumkan peruntukkan RM15 juta untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Setiap keluarga akan mendapat bantuan RM500. Mangsa banjir yang terjejas teruk hingga menyebabkan kerosakan rumah, barang elektrik dan perabot akan menerima RM1,500.

Sebelum ini, Dato' Seri Najib turut umumkan bantuan RM500 kepada mangsa banjir seluruh negara.

Selain Terengganu, beberapa Kerajaan Negeri turut mengumumkan bantuan tambahan iaitu Pahang (RM250) dan Johor (RM200).

Demang: ada yg kena cukai dan ada yg menikmati hasil cukai.

Tuesday, December 17, 2013

Derwish nyaris dibunuh Demang



Pada suatu petang Derwish dan Demang berjalan-jalan di sebuah desa.

Tiba-tiba Derwish berkata:
"Mahukah Demang menjawab sebuah teka teki?

"Katakanlah. Setakat ini belum pernah hamba gagal mendapat jawapan." Balas Demang.

"Apakah bendanya: pagi berkaki empat, tengahari berkaki dua, dan petang berkaki tiga?" Derwish menyoal.

Demang segera berhenti melangkah dan menghadap Derwish. Sepantas kilat dihunus pedangnya dan diletakkan di leher Derwish.

"Samada kau berikan jawapannya atau kutebas batang lehermu sekarang juga." Demang menggertak.

"Baiklah. Jawapannya ialah manusia. 'Pagi' bermaksud ketika manusia masih bayi, ia merangkak. 'Tengahari' bermakna di usia muda ia berjalan dengan kaki dua. Manakala 'petang' dikiaskan sebagai manusia itu sudah lanjut usia dan menggunakan tongkat untuk berjalan." Derwish menjelaskan.

Demang ketawa terbahak-bahak sambil menyarung kembali pedangnya.

"Jawapan itu tidak penting bagiku. Aku hanya ingin tahu adakah Derwish lebih sayangkan nyawanya atau menjaga rahsia? Ternyata Derwish lebih mengutamakan nyawa." Demang menyindir.

"Umurku sudah lebih 100 tahun, Demang. Aku tidak pernah takut pada kematian bahkan aku telah bersiap sedia menghadapinya sejak lama dahulu. Cuma aku tidak mahu Demang menjadi pembunuh hanya kerana sebuah teka teki." Balas Derwish.

Ikuti episod seterusnya minggu hadapan...

_
Kesah Demang & Derwish ini adalah karya asli blogger Cheguman dgn dibantu seorang pelukis otai yg pernah bernaung di bawah Creative Enterprise (penerbit majalah Bambino/Gila-Gila/Fantasi.

Ikuti episod demi episod yang akan disiarkan secara berkala di beberapa blog seperti waadat.blogspot.com dan , facebook.com/morha2u

Semoga bermanafaat.

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)