Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, October 18, 2017

Al-kisah helang & hering

Masih ingat kisah helang yang pernah saya tulis? Hebatnya helang hinggakan kerajaan US mengabadikan fotonya pada matawang mereka.

Kenapa helang dan bukannya hering? Padahal kedua²nya bersayap, besar, dan merupakan haiwan karnivor yakni pemakan daging?

Jawapan ringkasnya ialah si burung hering adalah pemakan bangkai!

*Helang* mendapat makanan secara berani dan bermaruah manakala hering sekadar memamah haiwan yang telah mati.

Dalam misi profesionalnya, sang helang berlegar di udara, merenung mangsa dengan mata tajam, meluncur deras dengan senyap tapi pasti, menyambar dan membawa terbang mangsa pulang ke sarang untuk dikongsi bersama keluarga.

Manakala si hering pula merayau mencari kalau² ada bangkai yang boleh dimakan. Lebih memalukan si hering sering berebut sesama sendiri menghurung haiwan yang sudah tak bernyawa.

Atas sebab itulah helang dikagumi dan dihormati manakala hering dikeji dan dipandang rendah, tiada maruah.

Demikian juga kita. Insan hebat tidak menang disebabkan lawannya lemah sebaliknya mencapai kemenangan kerana kita memang berhak untuk menang.

Tidak kira kita dalam bidang politik atau perniagaan, kita hanya akan dihormati sekiranya kita mendapat sesuatu secara bermaruah, bukan bertindak bacul mengambil kesempatan ketika lawan sedang sedia nazak, apatah lagi jika sudah tidak bernyawa.

Insan hebat menghimpun kekuatan sendiri bagi mencapai impian peribadi manakala manusia lemah sekadar menanti.

Saya tahu, anda insan hebat.

Cheguman morha

Bebaskan diri


Ramai orang bekerja untuk orang lain. Itu tiada masalah. Masalahnya ialah semua tindakan kita perlu mendapat kelulusan dari orang lain.

Kalau dia kata esok baru anda boleh buat,  maka anda terpaksa tunggu esok. Masalahnya ialah setiap hari ada esoknya.

Yang digelar esok itu ada sehingga qiamat.

Ini bukan sahaja berlaku pada pekerja atau orang bawahan terhadap pihak atasan bahkan sering terjadi pada majikan yang terlalu bergantung pada pekerja.

Saya khususkan skop ini kepada leader.

Leader terbaik sudah tentu muhammad saw. Baginda tidak hanya menyuruh bahkan baginda yang memulakan. Bukan sahaja memulakan, bahkan terus lakukan tanpa berhenti. Konsisten.

Justeru jika anda bercita² untuk berperanan sebagai leader maka jangan hanya berangan².

Jika anda tanya bila ahli pasukan anda akan bergerak, maka yang berbahasa melayu akan jawab ESOK manakala yang berbahasa inggeris akan kata TOMORROW.

Sunday, October 15, 2017

Ciptaan tanpa model

Assalamualaikum.

Saya baru post dalam fb tadi:

*Orang yang cipta kapal terbang tak belajar cara buat kapal terbang.*

Saya sambung di sini...

Ya. Orang yang cipta komputer juga tak belajar cara buat komputer.  Malah orang yang cipta berus gigi pun tak belajar cara buat berus gigi.

Nabi Adam as ditempatkan di syurga dengan cukup kelengkapan. Apabila dihantar ke dunia, keadaan amat berbeza. Semuanya didapati tidak sempurna bahkan perlu diusahakan.

Dari situ adam dan anak cucu baginda yakni kita terpaksa mencari jalan bagi menguruskan diri sendiri.

Manusia dikurniakan akal fikiran. Allah ajarkan nama² benda dan kegunaannya. Dari situ manusia mencambahkan lagi pengetahuan dengan memerhati, meniliti, dan menyelidik sesuatu dan mula mengenalpasti unsur² yang menjadikan ia berfungsi.

Sudah tentu ilham dari Allah.

Kapal terbang adalah kombinasi fungsi² yang setara dengan keperluan bagi menerbangkan objek.

Mencipta kapal terbang ialah tindakan menggabungkan komponen² berasingan yang menjurus pada satu visi iaitu terbang.

Cheguman morha

Sunday, October 8, 2017

Pemodal untung awal

Kadang² kita lupa...😅

Ada lelaki datang mintak duit, kita pandang sinis dan geram. Pemalas.
Kita lupa bahawa selain meminta² dia juga boleh merompak duit kita atau mencuri daripada orang lain.😢

Mujur dia cuma meminta.✔

Kita selalu lupa bahawa keputusan yang Allah buat sudah cukup baik dan tak perlu kita merungut. 🦅

Ada leader merungut ejen tidak mahu membayar kos bahan promosi. Memanglah kos tersebut perlu dibayar oleh ejen. Maklumlah, jika semua ejen ambil percuma, teruklah leader. 😇

Namun cuba bayangkan, jika ejen tersebut tiada maka tugas tersebut terpaksa kita lakukan sendiri. Jika tidak sempat maka terpaksa pula keluar belanja untuk upah orang lain. 🤗

Opss... Jangan salah sangka. Saya bukan nak menggalakkan semua ejen buat begitu. Saya cuma menyentuh 1-2 kes terpencil. 💅

Jangan bimbang, ejen yang sengaja ambil kesempatan tak baca mesej panjang begini. Mereka suka shortcut. Itu sebabnya keuntungan merekapun Allah 'cut' & sekat. ✂

Ada dua keadaan ejen enggan membayar kos promosi:
🤞Modal terlalu sempit
✌Menganggap leader yang sepatutnya tanggung

👉🏻Kedua² alasan di atas tidak salah. Namun kita perlu sedar beberapa perkara:
📌Apabila berniaga maka kita perlu dapatkan *modal*. Dari situlah akan datang untung. Ingat formula untung yang saya paparkan dalam mesej sebelum ni?

📌Pengeluarlah orang yang paling awal keluarkan *modal* manakala ejen paling akhir sediakan *modal*.

📌Pembeli tak keluar *modal*. Pembeli bayar produk yang mereka mahu guna. Itu sebabnya mereka juga dipanggil pengguna (consumer = consisten custumer).

👉🏻Cuba perhatikan, orang yang keluarkan paling besar *modal*, itulah orang yang paling besar untung. Orang yang keluarkan *modal* lebih awal, itulah juga orang yang lebih awal kutip untung.

🚰Kata scorpions, what you give you get back.

😎Tak percaya?  Mari kita lihat.
👉🏻Siapa lebih kaya, pemilik kedai kereta atau pemilik kilang kereta?
👉🏻Berapakah *modal* untuk membuka kedai kereta? Berapa pula *modal* untuk membina kilang kereta?

Salam pagi ahad. Sekarang, ahad tidak semestinya cuti.

Cheguman morha 😎

Beza MLM dengan direct selling

Jom sambung...
*Beza direct selling dengan MLM*

Kita ulangkaji sikit...
Dari segi istilah, orang yang terlibat dengan MLM dipanggil ahli atau member (pengedar atau distributer) manakala untuk direct selling ialah seller atau peniaga atau ejen.

Dalam MLM pengguna menjadi ahli sebuah syarikat pemasaran dan membeli pada harga ahli. Seorang ahli lama boleh menaja (sponsor) ahli baru. Ahli tidak menjual. Mereka guna sendiri. Keuntungan besar diperolehi dari aktiviti menaja ahli baru.

Kini fahamlah kita kenapa orang MLM suka menyuruh orang lain join dia jadi ahli.

Direct selling tidak perlukan ramai ejen di satu² kawasan berdekatan.

Dalam direct selling peniaga mengeluarkan modal dan mencari pembeli. Keuntungan diperolehi melalui formula mudah: *harga jual tolak harga beli (modal).*

Contoh:
Beli minyak morha rm15, jual rm28.
rm28 - rm15 = rm13.

Unsur paling penting untuk menjadi peniaga direct selling ialah:
Modal
Stok

Kesimpulan
Sebagai peniaga/penjual kita perlu tau ilmu membuat jualan. Ia mungkin berubah2 mengikut zaman namun yang perlu kita sedar ialah di zaman manapun, pelanggan kita tetap seorang manusia.

Ok. Nanti kita sambung lagi.

Cheguman morha.

Wednesday, September 20, 2017

Remaja bakar pusat tahfiz keramat ditahan

Rasanya sebelum maghrib hari yang sama tak ada smartphone yang tidak ada salinan laporan polis kes penahanan suspek kes pembunuhan lebih 20 pelajar tahfiz. 5 wajah anak remaja ditatap oleh seluruh rakyat termasuk ibubapa mereka sendiri.

Remaja...
Ibubapa..
Sangat rumit.
Kalau kita kata salah remaja maka mereka adalah anak2 kita. Kalau kita kata salah ibu bapa, maka kitalah ibu bapa. Tak kena kat kita,  takpa. Kalau nak kata anak kita terpengaruh dengan anak orang lain kena faham bahawa anak kita adalah anak orang lain pada orang lain. Sampai bila nak salahkan orang lain?

Insiden kali ni terlalu mahal harganya. Terpulang samada kita mahu menunggu Allah beri amaran lain pulak atau kita mahu menjadikan kes ini sebagai titik mula perubahan.

Allahu akbar. Ini bukan sekadar ujian bahkan mahu kita bertindak. Banyak yang kita telah buat silap. Semua pihak kena muhassabah diri terutama saya sebagai seorang guru dan juga seorang bapa.

Cheguman,
Morhabshi

Apa khabar khabar baik

Apa khabar?
Khabar baik.

Sapaan bagus dan jawapan pun bagus. Ia pembuka kemesraan dan menunjukkan sikap ambil berat.

Namun seperti yang saya baru sebut, ia hanyalah pembuka kata dan selalunya itu jugalah penutup kata.  Ertinya,  persoalan tentang khabar tu habis begitu sahaja.

Soalan 'apa khabar' hanyalah basa basi. Sebab itulah jawapannya pun sambil lewa. Kita tak perlu berfikir panjang untuk menjawab.

Memang tak perlu pun. Sebab apabila kita berfikir dengan serius maka jawapannya 99% bukanlah 'khabar baik' sangat.

'Apa khabar' dan 'khabar baik' adalah set yang telah dirakam mungkin puluhan tahun dulu dan keluar secara automatik apabila kedua frasa itu bertemu.

Apakah khabar sebenar?
Pagi ni belum sarapan. Dah bosan asyik2 nasi lemak yang sama.
Petang semalam bank call remind tarikh akhir yang memang kita bayar setiap bulan. Dia kata remind je.
Telco hantar mesej tarikh bayaran ada 15 hari lagi.
Esok ada presentation,  slide belum siap.
Abang wasap tanya kenduri dapat hadir tak.
Jiran baru balik dari mekah belum dijengah.
Wife wasap bagitau kucing dia beranak. Mintak budget tambahan le tu.

Ada 1001 perkara dalam kepala boleh dikhabarkan. Akhirnya yang paling mudah ialah: "khabar baik".

Apabila saya taip 'apa khabar' pada status fb saya pagi tadi,  semua menjawab 'alhamdulillah'. Bagi saya itu jawapan terbaik. Ertinya kita redho dan bersyukur dengan semua yang Allah tentukan,  meski kita tak menjawab pun soalan si penanya.

Seorang hamba tidak wajar mengeluh apabila diberi tugasan oleh tuannya apa lagi mengadu pada orang lain termasuk sesama hamba. Sepatutnya, tanya pun tak boleh. Sami'na waato'na.

Cukup dulu kali ni. Nanti sambung lagi.

Wallahu'alam. Saya bukan ustaz.

Cheguman,
Morhabshi.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)