Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, May 4, 2018

Rupanya kita yang salah

Yang Demang Sedang Fikir (17)
Ceramah agama di seri negeri untuk kakitangan awam begini elok diteruskan. Tiada kempen politik bahkan hadirin diingatkan menjauhi fitnah dan khabar angin secara umum.

Ketika kita memandu kereta seolah kita sedang memandu kehidupan. Dengan kata lain kereta adalah kehidupan kecil yang menggambarkan kehidupan sebenar kita di muka bumi.

Sebelum memulakan perjalanan, kita telah tentukan tujuan perjalanan kita. Begitu juga dalam kehidupan besar, perjalanan kita akan sampai ke suatu destinasi yang telah ditetapkan.

Paling malang ialah orang yang tidak tahu matlamat hidup dan kenapa ia dijadikan.

Dalam perjalanan kita akan berhenti untuk berehat atau makan. Tempat tersebut bukan destinasi sebenar. Maka jangan berleka².

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Ketika memandu kita fokus pada kenderaan kita sahaja. Kita tak sibuk dengan kekurangan kenderaan lain. Kalau kita prihatin, kita akan bantu kenderaan lain yang rosak dalam perjalanan. Jika tidak mampu mungkin sekadar simpati. Kita tak perlekeh kenderaan tersebut.

Namun dalam kehidupan sebenar kita tak ikut konsep semasa memandu tadi. Kita selalu lupa matlamat hidup. Kita selalu pertikaikan hal orang. Sepatutnya kita bantu mereka setakat yang mampu samada dengan nasihat atau doa.

Malangnya kita akan marah² jika orang tidak sependapat dengan kita. Kita rasa kecewa apabila nasihat kita tidak dipeduli.

Kita sangka kita boleh merubah segalanya. Padahal sangkaan dan andaian kita sendiri pun belum tentu betul. Bukan tidak pernah akhirnya kita dapati pendapat yang pernah kita pertahankan rupa²nya silap.

Astaghfirullah al azim. Sememangnya Demang sangat lemah dalam hal ini.


Bersambung: kerja syaitan

Artikal sebelum: artikal yang dibenci

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Thursday, May 3, 2018

Artikal yang buat orang benci penulisnya

Yang Demang Sedang Fikir (16)
Apabila guru puji murid bukan bermakna murid itu lebih bagus dari orang dewasa. Itu hanya galakan.

Kali ini Demang nak tulis sesuatu yang bukan sahaja menjadikan Demang tidak popular malah tidak disukai.

Demang nak tulis pasal pengundi muda. Harap² tak ramai pengundi muda yang baca posting ini.

Sejak 1999, pengundi muda telah beralih sokongan kepada pembangkang. Turut sama menyokong pembangkang ialah golongan sederhana yang sebelum itu tidak begitu peduli pasal politik tanah air.

Golongan muda atas sedikit dari remaja dan remaja pula baru meninggalkan zaman kanak².

Dari situ kita boleh mengagak pemahaman dan pengalaman mereka tentang politik. Justeru pembangkang dengan cepat mengambil peluang mendekati golongan ini dengan menawarkan kebaikan jika mereka menang.

Soal logik atau tidak tawaran itu bukanlah penting sangat. Budak muda mudah diperdaya.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Golongan kedua yang Demang sebut pula simpati pada anwar ibrahim. Sebabnya, mereka bukan faham sangat pasal sistem politik dan kemasyarakatan. Bagi mereka, kalaupun seseorang itu salah ia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.

Demang terpaksa berterus terang. Demang bukan sengaja mengungkit hal ini untuk memperlekeh sesiapa namun inilah hakikat yang perlu kita sedar.

Untuk ini Demang rela untuk tidak disukai.

Ini akan membantu kita memahami kenapa saluran 3 dan 4 yang diwakili pengundi muda cenderung menolak BN (baca kerajaan).

Bagi pengundi saluran 1 dan 2, golongan ini telah cukup matang dengan realiti kehidupan.

Wallahu'alam.

Bersambung: mungkin kita yang silap

Artikal sebelum: om pilu nang kutkang

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya


Wednesday, May 2, 2018

Maksud Om pilu nang kut kang

Yang Demang Sedang Fikir (15)

Itu teka teki masa Demang kecik² dulu. Sambungan teka teki itu rupanya membentuk pantun dua kerat

"Jarum pergi dulu benang ikut belakang."

Apabila dah tua baru Demang tau makna sebenar pantun dua kerat tersebut.

Ia bermaksud apabila jarum dapat tembus maka berapa panjang benang pun akan masuk sama kemudian.

Pernah dengar kuda trojan? Ia ada kaitan dengan "om pi lu nang kut kang."

Apabila berdepan dengan musuh maka jangan sekali² bagi peluang. Asalnya hanya beri sedikit. Akhirnya macam belanda dapat tanah. Penyudahnya kita yang tersingkir.

Asalnya tanah air kita negeri beraja mutlak. Namun apabila merdeka, kita benarkan pendatang ikut campur politik atas alasan demokrasi. Lagipun kita masih majoriti.


10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kita tak perasan dalam sistem demokrasi minoriti pun boleh menguasai yang majoriti bahkan mampu menjadi ketua.

Caranya, pecah²kan kelompok besar kepada 2-3 bahagian.

Bagaimana nak pecahkan? Mula² timbulkan isu. Ini kerana setiap isu akan ada pro dan kontranya. Dari situ satu kumpulan sudah terbahagi dua.

Terbahagi dua tidak semestinya 50-50. Jika 30+70 pun sudah memadai. Golongan minoriti boleh bergabung dengan serpihan yang 30 itu. Dari situ kekuatan mereka sudah sama atau mereka jadi lebih.

Umno sudah banyak kali pecah. Sekarang pas pula terpecah.

Kalau dulu 70 orang melayu sokong umno dan 30 orang lagi pilih pas. Kini daripada 70 orang tersebut, 40 masih sokong umno dan 30 sudah lari ke pkr.

Di pihak pas, dulu ada 30 orang sekarang 10 sudah pindah ke pan.

Apabila 30 pkr bergabung dengan 10 pan maka kelompok itu sudah jadi 40. Tengok semula angka di atas, umno tinggal 40 dan pas berbaki 20.

Umno dan pas tidak mahu bergabung maka umno kekal 40 dan pas tetap 20.

Berapa PH? Pkr + pan = 40. Maka kaum lain berkumpul dalam dap mewakili 40. Nampak macam sama banyak. Namun kalau anda pandai mencongak anda akan dapati kedudukannya begini:

Pkr 30
Pan 10
Dap 40

Sekarang anda lihat baik². siapa yang menguasai siapa?

Oh ya. Melayu bukan hanya ada umno, pas, pkr, dan pan. Melayu juga sudah ada ppbm.

Hmm... SUDAH PECAH EMPAT.

Wallahu'alam.

Bersambung artikal yang penulisnya dibenci

Artikal sebelum: akal alah dek iman

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Akal alah dek iman

Yang Demang Sedang Fikir (14)
Menang atau kalah, Allah taala tentukan. 

Kalau tak silap TV pertama masuk ke rumah Demang pada 1979. Umur Demang 12 tahun. Darjah 6. TV hitam putih 12 inci.

Sekarang besar mana TV di rumah kita?

Sejajar dengan perkembangam teknologi, adakah kualiti kita turut berkembang? Atau masih di takuk lama sekadar menerima info tanpa saringan akal?

Kalau TV setakat untuk menikmati hiburan alangkah ruginya.

Hari ini pelbagai media bukan sahaja menunggu kita di rumah atau pejabat bahkan sentiasa di tangan kita. Mungkinkah suatu hari nanti terus dibenamkan cip ke kepala kita?

Ketika itu manusia tidak lagi berkomunikasi melalui lisan tetapi terus pada fikiran. Segala info di channel terus ke otak tanpa pancaindera.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Mungkin ketika itu khayalan dianggap benar manakala idea terus diterjemah sebagai kenyataan.

Apa benteng yang harus ada pada kita? Jawabnya, iman. Hanya itu yang patut kita pegang.

Apabila iman, ia bukan lagi logik. Siapa yang guna logik akan sesat sebab iman tidak berpandu pada logik.

Orang ramai ketika di beritahu tentang isra mikraj dengan cepat menanya pada otak tentang logik. Maka mereka gagal.

Namun abu bakar assidiq menolak logik akal sebaliknya mengekalkan iman.

Ada yang berhujah bahawa iman juga datang dari akal. Betul tetapi yang lebih tepat ialah ilmu. Ilmu membentuk paradigma dan semua kesimpulan dibuat dalam lingkungan ilmu yang ada. Ilmu dari pengalaman.

Namun ilmu dari akal yang bersumber pengalaman adalah terbatas.

Akal hanya untuk membenarkan iman yang asas. Akal hanya mengakui sesuatu yang boleh dicapai panca indera manusia.

Contohnya, akal kita dicabar betapa muhammad saw yang buta huruf tidak akan mampu menulis alquran. Maka akal mengatakan ada sesuatu di sebalik alquran. Jika ia bukan karya muhammad saw maka dari mana?

Maka akal pun alah dan iman diraikan. Apabila iman dijadikan rujukan maka segalanya berpandu pada alquran dan hadis. Akal pun tunduk pada iman.

Wallahu'alam.

Bersambung om pi lu nang kut kang

Artikal sebelum: bintang indah bulan syaaban

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tuesday, May 1, 2018

Bintang indah di sebelah saaban

Yang Demang Sedang Fikir (13)
Di sebelah bulan 15 saaban ini ada bintang terang yang indah.

Lihat gambar ini. Adakah anda nampak keindahan sama seperti yang Demang nampak subuh tadi?

Jika sekadar melihat gambar sudah tentu tidak sama dengan menggunakan pancaindera sendiri terus pada alam.

Itulah pengalaman. Pengalaman adalah sesuatu yang amat eksklusif. Ia hanya dapat dirasai dan dinikmati sendiri, bukan dari cerita orang.

Bagaimana dengan ibadah kita? Adakah kita dapat merasakan Allah taala hampir dengan kita?


Wallahualam.

Bersambung.. Akal alah dek iman

Artikal sebelum: tips 3 penjuru

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Monday, April 30, 2018

Petua 3 penjuru

Yang Demang Sedang Fikir (12)
Seorang lagi sahabat Demang yang bertanding kali ini, dato mustafa long di dun padang tengku pahang.

Tips lawan 3 penjuru:
Jangan tembak ke dua² belah nanti dapat serangan dari kedua² arah.

Buat kajian sikit mana pesaing yang boleh dibuat 'kawan'.

Bagi yang baca kesah 3 ekor katak atas kayu hanyut akan dapat kaitkan dengan artikal ini.

Dalam politik terutamanya, jangan duduk atas pagar. Itu akan difahamkan bahawa kita benci kedua² pihak. Akhirnya kedua² mereka akan serang kita.

Sekarang masa mereka berperang. Kita kena cari posisi samada A atau B. Yang penting, jangan sokong dua². Tak ada siapa yang suka berkongsi kasih.

Demang sokong mana? Kadang² nampak sokong umno, ada masanya macam sokong pas.

Nak faham pendirian Demang kenalah baca 2297 buah artikal waadat sejak 2009.

Wallahualam.

Bersambung. Bintang di sebelah bulan saaban

Artikal sebelum: muda lawan tua

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

Muda lawan tua

Yang Demang Sedang Fikir (11)

Satu soalan lisan untuk Demang masa ambil SPM dulu, apakah konflik anak muda?

Demang jawab, pertentangan antara golongan muda dan tua.

"Apa contoh masalah itu?" tanya lagi si penemuduga.

Soalan pada tahun 1985 itu membuatkan Demang terdiam seketika.

Seorang rakan guru bercerita, beliau pernah tahan pelajarnya kaum cina yang berambut warna warni. Kata pelajar itu: "masa muda lah nak fesyen macam ni. Dah tua nanti buat malu aja."

Pertentangan antara golongan muda dengan golongan tua bukan sahaja berlaku dalam bidang sosial bahkan dalam politik dan agama.

Kata seorang remaja: "anak muda pilih biru muda."

Apa maksud pernyataan ini?

Pertama, ia adalah trendy. Tidak kira betul atau salah sebagai anak muda kena ikut masa. Kalaupun ada bukti bahawa yang biru muda itu salah, namun jika tidak sokong akan dianggap ketinggalan zaman.

Mujurnya, undi adalah rahsia.

Dalam agama pun ada kaum muda dan kaum tua. Hamka adalah seorang pendokong kaum muda yang akhirnya menjadi tua.

Hamka apabila ditanya kenapa dulu beliau mengatakan sambutan maulud nabi itu bidaah tapi kini beliau turut raikan berkata:
"Dulu saya muda. Belum banyak kitab yang saya baca."

Wallahualam.

Bersambung

Artikal sebelum: ambil kesempatan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)