Yang disangka matahari itu kadang2 hanya lampu jalan.
Akhirnya UMNO tewas setelah 60 tahun diberi Allah taala kuasa. Apa lagi yang perlu didendangkan?
Jangan ungkit umno kalah kerana fitnah atau pengundi tertipu dek tohmahan pembangkang. Rakyat hanya pelaksana kehendak Allah. Sudah tentu ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan setelah berkali² amaran diberikan.
Demokrasi dan pasaran bebas tidak boleh dipisahkan. Sinonim. Kerajaan adalah penyedia perkhidmatan manakala pengundi adalah pengguna. Dalam pasaran, pengguna berhak membuat pilihan. Jangan terlalu emosional apabila pelanggan komplen dan pergi ke kedai lain.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya
Siapakah anda? Jika anda bukan pemimpin mana² parti maka anda sama seperti Demang iaitu sekadar pelanggan. Kalaupun ada kesatuan ia adalah persatuan pengguna. Yakni persatuan bagi menyuarakan hak kita.
Di pihak kerajaan pula perlu mendengar dengan teliti setiap keluhan dan sentiasa sensitif dengan keperluan pengguna, termasuk citarasa pengguna yang semakin meningkat dan sukar difahami.
Itu yang kerajaan lalu abaikan. Mungkin kerana tak perasan.
Sebagai pengguna, kita boleh bercakap atau diam sambil perlahan² beralih ke kedai lain sebagaimana yang dilakukan kaum lain.
Jika anda mewakili persatuan pengguna (istilah lain bagi parti pembangkang) maka bercakaplah bagi pihak pengguna.
Oh ya. Jika anda kata pengguna adalah uneducated voter maka bertindaklah secara bijaksana mulai sekarang. Fahamkan pemilih akan hak² mereka. Perlahan² mereka akan sokong anda.
Jika itupun anda masih belum menang, ingatlah bahawa dunia bukanlah matlamat kita. Akhirat tujuan kita.
Pesanan pada Demang juga, jangan marah² pelanggan ye.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya







