Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, February 10, 2010

siri perpecahan pembangkang: PAS tidak pandai berpolitik


Sejak PRU pertama 1952 sehinggalah PRU ke-12, PAS tidak pernah bertanding lebih daripada separuh kawasan parlimen. Anehnya setiap kali berkempen PAS berjanji akan melaksanakan hukum hudud. Adakah PAS tidak tahu bahawa untuk meminda perlembagaan memerlukan 2/3 sokongan ahli parlimen?

PAS menolak tawaran kerajaan campuran di Perak ketika mereka berpeluang menguasai UMNO. Sebaliknya bergabung dengan DAP dan PKR yang sedang kuat.

PAS menolak tawaran kerajaan perpaduan yang dicadangkan UMNO di peringkat pusat ketika UMNO sedang tersepit dan UMNO sanggup alias terpaksa menerima apa sahaja syarat PAS.

Kini, PAS bersetuju untuk berbincang dengan UMNO ketika UMNO sudah kembali kukuh dan lebih mantap berbanding PAS.

Hari ini, Nizar mencabar Zamri membubarkan DUN Perak sedangkan UMNO mempunyai 27 kerusi ++ sedangkan PAS cuma ada 6 kerusi.

PAS ingat UMNO bodoh?

Tuesday, February 9, 2010

Nizar penderhaka cari pasal


Memang Nizar sudah layak digelar penderhaka! Berikut adalah respon Nizar selepas keputusan dikeluarkan:

"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara," katanya pada sidang media sejurus selepas keputusan berkenaan diisytiharkan di sini hari ini.

Demang syorkan agar Nizar diambil tindakan tegas kerana menghina sultan dan institusi beraja.

Nizar juga cuba mengelirukan rakyat dan menghina mahkamah dengan kenyataan berikut:
"Ini merupakan satu petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia kerana kita merasakan bahawa rakyat mahu melihat bahawa intitusi kehakiman diberi ruang sebebas-bebasnya untuk membuat keputusan.”
Kenyataan di atas menggambarkan seolah mahkamah dikongkong ketika membuat keputusan. Berikut satu lagi kenyataan Nizar:
"Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh," katanya. Nizar
Demang nak beritahu satu perkara pada Nizar: “rakyat bukan bodoh!”

Rakyat mana yang menyokong pembangkang di Perak?

Lihat sekali lagi statistik yang Demang tulis sebelum ini.

PRU-12 menyaksikan keputusan rakyat seperti berikut:

UMNO 27 kerusi
MCA 1 kerusi
MIC tiada kerusi
PAS 6 kerusi
PKR 7 kerusi
DAP 18 kerusi

Demang nak tanya sekali lagi: Rakyat mana yang menyokong pembangkang di Perak?

Nizar nak mengajar Sultan Azlan yang pernah menjawat Ketua Hakim Negara?

Sumber: berita Mstar

Nizar Penderhaka Menang Demang Berkabung


Seluruh rakyat diminta bertenang dan menerima dengan terbuka keputusan mahkamah terhadap siapakah yang lebih layak memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.

Hari ini mahkamah akan membuat keputusannya.

UMNO pernah menghadapi situasi genting begini dan mahkamah akhirnya memutuskan UMNO bersalah dan diharamkan. Keputusan tersebut memberi impak yang amat besar kerana ia menyebabkan jawatan PM tidak layak lagi dipegang oleh Dr Mahathir. Parti yang berhak ketika itu ialah MCA.

Namun MCA bertindak rasional. MCA melihat tidak ada gunanya menangguk di air keruh. Keputusan pilihanraya, komposisi penduduk dan faktor sejarah jelas menunjukkan orang Melayu paling berhak mentadbir negara.

Malah Yang DiPertuan Agong pasti tidak akan merestui selain Melayu menjadi PM walaupun perlembagaan membenarkan.

Kronologi di Perak:

PRU-12 menyaksikan keputusan rakyat seperti berikut:

UMNO 27 kerusi
MCA 1 kerusi
MIC tiada kerusi
PAS 6 kerusi
PKR 7 kerusi
DAP 18 kerusi

Jelas bahawa majoriti rakyat memilih UMNO. Malah PAS dan DAP dalam kempen pilihanraya tersebut menyatakan bahawa mereka tidak akan bergabung.

Namun PAS dan DAP mungkir janji. PAS menerima tawaran DAP untuk bersekedudukan dengan imbuhan jawatan MB. Dalam masa yang sama PAS menolak jemputan UMNO bagi perkara yang sama.

Berpegang pada prinsip demokrasi maka Sultan Perak bersetuju melantik Nizar menjadi MB Perak tanpa restu majoriti rakyat Perak terutama orang Melayu.

Tidak lama Nizar menjadi MB lantikan DAP, pemimpin Melayu PKR cepat menyedari kepincangan dalam pentadbiran Perak. MB sekadar boneka DAP. Beberapa orang ADUN PKR bertindak keluar daripada pakatan tidak berdaftar tersebut.

Kehilangan YB-YB tersebut membawa implikasi Nizar kehilangan majoriti di DUN. Atas faktor penting itu maka Sultan Perak menasihatkan Nizar melepaskan jawatan bagi membolehkan Baginda melantik MB yang menepati kehendak demokrasi.

Nizar membantah nasihat Sultan Perak dan membawa kes itu ke mahkamah. Kali pertama, Nizar berjaya. Namun empat orang hakim yang mendengar rayuan kali kedua memutuskan Nizar tidak berhak ke atas jawatan tersebut.

Nizar tetap tidak berpuas hati dengan keputusan Sultan Perak yang dikatakan memecatnya. Nizar menggunakan saluran undang-undang sekali lagi bagi mencabar kehendak raja. Nizar berpendapat Sultan Tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi MB Perak.

Bagi Demang, Nizar adalah penderhaka. Justeru jika Nizar menang hari ini, Demang akan berkabung. Demang bukan membantah keputusan mahkamah namun Demang menerimanya dengan perasaan amat tidak puas hati.

Institusi kesultanan di Tanah Melayu sudah dicabul. Penderhakaan dilakukan oleh anak Melayu sendiri yang bersekongkol dengan segelintir warga bukan Melayu. Lebih malang lagi mereka mengeksploitasi istilah 'RAKYAT' dengan jenama PAKATAN RAKYAT sedangkan mereka tidak pernah diberi izin oleh majoriti rakyat bagi menggunakan rangkaikata tersebut.

Demang tidak mengajak orang lain berkabung. Namun Demang tetap akan berkabung!

Sudah terang lagi bersuluh; Nizar dan penyokongnya adalah penderhaka. Hal ini akan tercatat dalam sejarah sampai bila-bila!

Lihat interpretasi Cheguman tentang penderhakaan Pak Kaduk dalam Cheguman Online.


foto:
azlan gif
sultan.perak.gov.my

Monday, February 8, 2010

lewat lazim liwat tak lazim


'Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh esok bagi pembelaan mohon Hakim Mohamad Zabidin tarik diri daripada dengar kes.'

Demikian berita yang Demang terima lewat SMS tengahari tadi.

Demang kata 'lewat', bukan 'liwat'.

Orang Malaysia jarang mengucap atau menulis ayat seperti itu. Ayat Demang itu lebih mirip Indonesia. Di Malaysia, perkataan 'lewat' tadi biasanya diganti dengan 'melalui'. Maka ayat yang lazim digunakan ialah:

'Itulah berita yang Demang terima melalui SMS tengahari tadi.'

Sebenarnya Demang gunakan ayat yang tidak lazim kerana terikut-ikut dengan Anwar yang sering bertindak di luar kelaziman. Ada orang gunakan istilah 'songsang' manakala ada pula yang menganggap ia sejenis kelainan.

Demang rasa istilah 'rambang' tidak sesuai digunakan di sini.

Demang nak tanya, adakah lazim seseorang tertuduh menentukan siapa yang patut dan tidak patut mengadili kesnya?

Itu lah sebabnya Demang katakan Anwar ni suka benda-benda yang tak lazim.

Sementara itu, esok satu keputusan penting akan dibuat oleh mahkamah. Demang katakan PENTING bukan sahaja kerana ia melibat sebuah kerajaan malah kerana ia juga melibatkan penderhakaan seorang pembesar terhadap sultan.

Cheguman cuba mengaitkan kes tersebut dengan kesah Pak Kaduk yang mencabar raja bersabung ayam dalam blognya Cheguman Online.


foto sekadar hiasan:
afraid jpg
open.adoptionblogs.com

siri perpecahan PR: PAS minta 'take five'


Dua hari terperuk di pantai PD, maka Waadat tidak dapat dijengah. Banyak juga berita yang terlepas. Namun dalam keterbatasan itu Demang terdengar juga khabar daripada angin yang singgah di pesisir Selat Melaka ura-ura PAS ingin berbincang dengan UMNO.

Pun begitu, bukan sebarang angin yang Demang percaya. Berita Harian adalah syarikat berdaftar dan jika salah, boleh didakwa. Tidak seperti blogger yang tidak diketahui asal usulnya.

Berita SMS-BH yang Demang terima: 'Pas sedia berbincang dengan Umno dalam perkara berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik: Hadi Awang'

Memang eloklah 'tu. Tapi Hj Hadi tidak boleh membuat keputusan sendirian. Beliau perlu memohon izin Nik Aziz terlebih dahulu. Atau sekurang-kurangnya memastikan Nik Aziz tidak akan membuat kenyataan yang bercanggah dengan presiden nanti.

Jikapun Nik Aziz telah bersetuju, Hj Hadi perlu mengambil langkah pengawasan berterusan. Mana tahu nanti Tok Guru bertukar fikiran. Maklumlah, MB 'flip-flop' itu memang selalu bertindak demikian.

Sebut tentang 'bincang' Demang fikir kalau nak berbincang tentang keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik; itu memang sudah tanggung jawab semua YB/Ahli Dewan Rakyat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Malah rakyat jelata telah menyediakan dewan khas di bangunan parlimen untuk itu.

Sayangnya terdapat wakil rakyat yang tidak begitu bijak menggunakan dewan yang mulia tersebut. Medan untuk berbincang dijadikan pentas untuk berdebat dan mempamerkan kepetahan berpidato.tak kurang juga yang menjadikan dewan sebagai tempat mengejar populariti.

Rakyat bukan mahu memilih pemidato dan pendebat terbaik! Rakyat mahu 'Yang Berkhidmat' untuk mereka.

Demang lebih gembira jika pemimpin kedua-dua parti tersebut berbincang tentang perpaduan Melayu bagi mempertahankan hak yang semakin banyak terlepas. Hak Melayu-Bumiputra yang mewakili 66.6% rakyat Malaysia nampaknya semakin menyusut.

Demang tidak mempertikaikan kepentingan kaum lain sebaliknya hanya mengingatkan bahawa orang Melayu dan bumiputra juga ada hak yang belum terlaksana.

Semua itu terhakis kerana orang Melayu enggan bersatu sebaliknya mengamalkan politik sempit dan dangkal.

Justeru tak perlulah nak diuwar-uwarkan hal nak berbincang itu. Nampak seolah PAS sedang 'take-five' bagi meredakan ketegangan yang begitu hebat dalam parti-parti komponen pembangkang.



foto:
take five jpg
chrisdellavedova.com

Friday, February 5, 2010

PANAS: Keterangan tertutup Saiful


Kepada yang kempunan untuk mengikuti perbicaraan Anwar-Saiful setelah mahkamah membenarkan permohonan barisan peguambela agar keterangan dibuat secara tertutup bolehlah mengikutinya di blog sahabat Demang, GAP.

Sementara itu pagi tadi Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau ditawarkan pembiayaan menyambung pelajaran bagi memujuk beliau agar terus berkhidmat dengan Anwar.

Perbicaraan bersambung Isnin.

pesuruhjaya Ghana puji Nik Aziz


Demang tumpang bangga apabila pemimpin sebangsa dan seagama dipuji pegawai asing meskipun cuma pegawai daripada negara kecil.

Alangkan Demang pun gembira apalagi lah orang PAS sehingga Harakah Daily membuat liputan yang agak panjang mengenainya. Penghormatan tersebut perlu dirakam dengan kemas dan diberitahu kepada seluruh rakyat betapa YAB Nik Aziz telah diiktiraf oleh seorang Pesuruhjaya daripada Ghana.

Teringat pula Demang perihal Tun Dr Mahathir tatkala menjadi PM dulu. Beliau menemui pemimpin-pemimpin negara miskin dan mundur dan berusaha menyatukan mereka. Salah satu usaha beliau ialah penubuhan negara Selatan-Selatan.

Tun Mahathir melihat betapa negara-negara tersebut lemah kerana tidak bersatu dan ditindas negara-negara utara dan Eropah. Justeru usaha Tun ialah cuba menyatukan mereka dan membentuk satu zon pengeluaran sekaligus medan pasaran sesama sendiri. Justeru negara-negara tersebut dapat mengurangkan pergantungan terhadap kuasa besar. Persaingan yang lebih sihat dapat disediakan.

Kesannya, sehingga sekarang Malaysia mendapat penghormatan yang tinggi daripada negara-negara tersebut atas jasa Tun.

Tunku Abdul Rahman juga apa kurangnya. Meskipun tika itu negara baru merdeka, beliau berjaya mengusahakan sehingga tertubuhnya OIC. Walaupun badan tersebut sering diperlekehkan, namun sekurang-kurangnya ia sudah ditubuhkan. Soal memperkasakannya, terpulanglah pada negara-negara Islam.

Demang melihat Najib mampu menyambung usaha Malaysia itu jika disokong sepenuhnya.


Foto:
ghana children jpg
by wykop.pl

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)