Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, June 22, 2010

lukisan di tembok penjara pudu


Saya masih ingat sekitar 1986 ketika bergayut di tangga bas mini nombor 25 sebagai konduktor, melalui jalan Pudu dari Kampung Pandan ke pusat bandaraya; dalam kesesakan lalulintas menanti bertukar warna lampu isyarat, mata bertaut pada tembok penjara pudu.

Terlihat denai kecil di celahan rimba tebal dengan flora dan faunanya yang mendamaikan. Unggas dan haiwan kecil di pingiran kali, langsung tidak terganggu oleh hiruk pikuk kota yang tidak pernah tidur.

Kehijauan dan keheningan hutan hujan tropika menjadi ilham kepada salah seorang penghuni penjara itu yang ditugaskan menghias tembok kaku tersebut dan sempat tercatat sebagai lukisan terpanjang ketika itu.

Namun hari ini lukisan tersebut akan lenyap bersama runtuhnya tembok Penjara Pudu. Yang tinggal hanya kenangan dan foto-foto yang sempat dirakam lensa kamera.

Memang mengharukan jika peristiwa tumbangnya tembok ini diungkap dengan penuh perasaan diselangi coretan-coretan kenangan yang dihadirkan bersamanya. Ia dengan mudah akan mengundang simpati orang ramai. (Sayangnya saya belum cukup hebat menukilnya).

Itulah yang sedang dilakukan pembangkang sekarang. Segenap isu dimanipulasi dan dieksploitasi bagi meraih sokongan. Termasuklah lukisan di tembok penjara.

Tidak cukup dengan itu, runtuhnya bangunan lama untuk diganti dengan yang baru sempat menimbulkan isu baru. Bersamanya, isu kroni berkumandang lagi.

Padahal semua orang tahu setiap pembangunan akan melibatkan ramai tenaga kerja dan penggunaan sumber. Ia juga adalah satu proses pengaktifan ekonomi. Apabila ekonomi aktif, rakyat juga yang akan mendapat faedahnya.

Perlu diingat, tidak semua orang akan menjadi jutawan. Yang penting, ia diagihkan.

Jika negara bertukar kerajaan, orang lain pula yang akan mengambil habuan. Rakyat marhaen terus di bawah dan hanya pemimpin (baru) yang ketawa sakan.




foto:
lokasi penjara pudu
noeryna flickr.com

Monday, June 21, 2010

Anwar akan dedah video rasuah 2juta


"Ya. Anwar tetap akan dedahkan," lapor Harakah Bil 1550, 24 Jun 2010.

Dalam masa yang sama akhbar politik itu turut menulis keadaan Anwar yang berang dan emosional apabila diaju soalan bertubi-tubi daripada para wartawan di lobi parlimen.

Demang teringat betapa seriusnya Anwar memberitahu rakyat akan membuat pendedahan demi pendedahan sejak disingkir daripada kerajaan.

Macam-macam pendedahan melibatkan kotak-kotak misteri yang tersimpan di pelbagai lokasi. Termasuklah yang disimpan setiausahanya, Ezam M. Noor.

Ya. Anwar akan dedahkan namun jangan ditanya tarikhnya. Percaya sahajalah. Anwar tidak menipu cuma belum sampai masanya untuk dedahkan.

Mungkin bulan depan, tahun depan atau abad depan.


Salam,

Tun Mahathir belum matang


Cerita 1
Seorang profesor dijemput memberi ceramah di sebuah sekolah. Tiba-tiba seorang murid bertanya:
"Profesor, kenapa jika kita masukkan secawan air panas dan secawan air sejuk ke tempat beku dalam peti ais, air panas itu yang beku lebih awal?"

Maka profesor itu tercengang kerana dia pun baru pertama kali mendengar soalan begitu.


Cerita 2
Seorang profesor memlihara seekor kucing betina yang sarat mengandung di dalam sebuah sangkar. Makanan diletakkan di luar sangkar dan sebuah pintu dibuat bagi membolehkan ibu kucing keluar masuk. Apabila kucing itu bersalin, profesor tersebut menyuruh pembantunya membuat satu lagi pintu untuk anak-anak kucing itu pula.


Cerita 3

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).



Berikut adalah jawapan Tun M dalam blog beliau:

1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.


4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.

7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.


Salam hormat,



foto:
Mahathir jpg
kbistari.uum.edu.my

Mahfuz tuduh ketua polis bohong


"Cobaan..." kata Bujang Lapok.
"Ini bukan cobaan, ini betul-betul." sanggah pembantu rumah guru mereka.

Sebelum itu, jeritan tok guru mereka sendiri pun tidak mereka hiraukan kerana menyangka itu hanyalah 'cobaan'.

Bagi saya, kenyataan Mahfuz Omar (tiada kena mengena dengan Mahfiz dalam cerita Anak Bapak) bahawa kenyataan Ketua Polis mengenai ancaman pengganas hanyalah taktik UMNO mengalih perhatian rakyat dari isu semasa. Malah Mahfuz mendakwa itu merupakan 'talian hayat' terakhir UMNO bagi menghalang kemaraan PAS dan gang mereka ke Putrajaya.

Isy... Isy... Isy... Jauh benar mengelamunnya saudara Mahfiz kita ni. PAS yang cuma mampu meraih 23 daripada 222 kerusi itu diangan-angannya membentuk kerajaan? Sedar ke tak sedar ni?

Dah la tu; yang nak dikawannya ialah PKR yang sedang mereput. Usahkan nak jadi PM, nak jadi manusia merdekapun belum tentu lagi berikutan kes ketua mereka.

Eloklah Mahfiz Mahfus tu perbetul diri sendiri dulu sebelum sibuk membetulkan tiang talipon.

Berbalik pada kisah 'cobaan' tadi, kenyataan Mahfuz sebenarnya boleh mengundang padah jika rakyat mempercayainya. Apabila terdapat ancaman, rakyat akan menyangka semua itu adalah sandiwara. Akhirnya musuh menyerang dengan mudah.

Mujurlah yang berkata-kata itu ialah Mahfuz Omar yang cuma seorang naib presiden sebuah parti kecil. Jadi, tak lah kita risau sangat sebab tak ramai yang mahu percaya.

Walaubagaimanapun, kenyataan Mahfuz itu perlu juga diambil tindakan sewajarnya memandangkan tuduhan tersebut menggambarkan Ketua Polis 'sedang diperalat' oleh UMNO.



Salam,




foto:
pendekar5 JPG
seniman-pramlee.tripod.com

Sunday, June 20, 2010

Blog Anwar bela Yahudi



Sudah terang lagi bersuluh. Justeru Demang fikir tak perlu lah Demang mengulas lagi perihal Anwar dan Yahudi ini.

Masih ingat slogan "lawan tetap lawan" yang dilaung bung Anwar Ibrahim berulang kali? Mana ongkosnya untuk berjuang? Anwar banyak simpanan?

"Tidak", kata para penyokongnya. Malah mereka buktikan bahawa Anwar bebas dari sebarang rasuah sepanjang usia politik bersama kerajaan dulu.

Anwar tidak punya uang yang lumayan.

Jadi, dari mana wang untuk belanja 'perjuangan'?

Dulu, Anwar tidak perlu risau kerana taukey Magnum sentiasa sedia membantu. Sekarang semua orang tahu kedua mereka sudah berseteru.

Sekali lagi perlu ditanya; 'dari mana sumber wang untuk perjuangan yang nampaknya begitu lumayan? Terus mengalir tak surut-surut? Mengalahkan Thaksin yang memang kaya raya itu.

Sekarang; jawapan sedang terbentang di depan mata. Langkah Anwar membela Israel adalah bukti nyata betapa akrabnya hubungan mereka. Antara duta dan penaja!

Lihat blog-blog yang mengutuk Anwar:
http://danielarif.blogspot.com/2010/06/siarkan-artikel-pro-israel-di-blog.html
http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/06/siarkan-artikel-pro-israel-di-blog.html


Salam,

Dr Asri masuk UMNO?


Pakatan pembangkang nampaknya semakin menuju kehancuran dengan pelbagai peristiwa mutakhir.

Semalam, seorang peguam veteran yang kuat menentang kerajaan sejak era Tun Mahathir ditemui mati mengejut di sebuah hotel. bagi yang kurang faham, kenyataan 'mati mengejut' dirujuk pada kes bunuh diri.

Desas desus juga berligar dalam internet bahawa bekas mufti Perlis yang diidam PAS sebelum ini rupa-rupanya ingen menyertai UMNO bersama sekumpulan tokoh akademik Islam lain. lihat sini

Dalam pada itu, Anwar yang semakin terdesak hanya mampu melontarkan tohmahan bahawa YB-YB yang meninggalkan mereka telah diumpan rasuah sebanyak 2 juta.

Demang nak tanya; apa umpan Anwar untuk lebih 30 YB BN yang katanya akan
lompat parti' tahun lepas?

Bagi Demang, Anwar memang tengah sesak!



Sementara itu Cheguman menulis tentang sejarah DEB di sini


Salam,



foto:
drasri1178 drmaza.com

Thursday, June 17, 2010

lelaki pukul polis diberi keistimewaan

"Mahkamah Tinggi KL ketepi hukuman penjara 6 bulan terhadap Tian Chua dan kurangkan denda kepada RM2,000 kerana mencederakan anggota polis."

Baru-baru ini Bung Mohtar, ahli parlimen BN dijatuhkan hukuman denda dan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Hari ini, (lihat berita di atas) Tian Chua yang giat membangkang kerajaan dikurangkan denda serta diketepikan hukuman penjara walaupun jelas melakukan jenayah berat.

Ternyata, lebih untung membantah kerajaan sekarang kerana keputusan mahkamah selalu memihak pada mereka.

Yang hairannya, Anwar Ibrahim tetap takutkan mahkamah!

Takpe Anwar. Berani kerana benar.


Salam,



Sumber:
BH 17/06

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)