Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, August 16, 2010

permintaan melampau

Kongres Ekonomi Cina Malaysia desak syarat ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dikurangkan dan kerajaan laksana sistem tender terbuka.

Apa kata Anwar? Apa kata PKR? Apa pula kata PAS? Apa kata Hj Hadi? Apa kata Nik Aziz?

Apa kata anda?

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung Waadat. Insya-Allah Waadat akan dikemaskini seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Semoga perjuangan mempertahankan agama terus seiring ibadah-ibadah lain. Pengikut PAS perlu disedarkan bahawa perjuangan PAS sudah lari jauh.



foto:
muis.gov.sg/cms/uploadedImages/RamdanSG/terawih.jpg

Monday, August 9, 2010

jasa Anwar



Salah satu strategi menjadi pemimpin yang terkenal ialah mempunyai penyokong yang sentiasa mempromosi kehebatan pemimpin berkenaan. Maklumlah, bukan semua orang dapat sentiasa berada bersama pemimpin. Maka terpaksalah bergantung pada orang yang rapat dengan beliau bagi mengetahui berkenaan pemimpin tersebut.

Baru-baru ini seorang teman memberitahu Demang bahawa walaupun dia marahkan Anwar kerana menyebabkan situasi tidak tenteram di Malaysia serta mendedahkan negara pada campur tangan kuasa asing, namun kita perlu mengakui jasa Anwar Ibrahim dalam pembangunan Islam di Malaysia dan antarabangsa.

Menurut teman itu, contoh terbaik ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim.

Demang pernah mendengar hal tersebut sebelum ini daripada seorang ketua cawangan UMNO di Melaka bahawa UIA adalah inisiatif Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan.

Kebetulan dua hari lepas Demang berada di kampus asasi UIA bagi melaksanakan satu program untuk para pelajarnya yang baru mendaftar. Kebetulan juga seorang aktivis masyarakat yang juga bekas pelajar UIA turut terlibat.

Maka Demang pun diberitahu bahawa idea penubuhan UIA disuarakan pertama kali oleh Dr Mahathir di mesyuarat menteri pelajaran OIC pada tahun 1974.

Cadangan tersebut disokong oleh semua negara Islam dan masing-masing berjanji untuk menyalurkan dana bagi merealisasikan cadangan wakil Malaysia itu.

Maka apabila Dr Mahathir menjadi PM, cadangan itupun menjadi kenyataan.

Bagaimana timbulnya nama Anwar Ibrahim?

Sudah menjadi tradisi iaitu Menteri Kewangan dilantik menjadi presiden UIA. Maka apabila Anwar memegang jawatan mentteri kewangan maka beliau juga menjadi presiden UIA. Ketika itulah para penyokongnya menguwar-uwarkan cerita bahawa Anwarlah yang menubuhkan UIA.

Kesempatan menjadi presiden itu juga digunakan beliau bagi menempatkan individu pilihannya dalam jawatan penting universiti antarabangsa itu.

Berbalik pada OIC, walaupun semua perwakilan negara Islam berjanji untuk sama-sama membantu namun akhirnya tinggal Malaysia sahaja yang menanggung semua perbelanjaan.

Apabila mendapat maklumat tersebut Demang segera terfikir, apakah lagi program Islam yang dicanangkan sebagai hasil idea Anwar selama ini padahal sebenarnya kepunyaan orang lain?

Maka Demang teringat cerita seorang sahabat bahawa Anwar tidak akan hadir ke sesuatu program sebelum dihantar 'orang kuatnya' bagi meninjau persediaan tertentu. Antaranya ialah gambar Anwar dalam saiz terbesar mestilah digantung di tempat paling strategik.

Tidak hairanlah kenapa warga UIA masih ramai yang menyokong Anwar.

Sunday, August 8, 2010

PR berbohong, fitnah Permaisuri Agong



Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja boleh dianggap berbohong apabila mendakwa Raja Permaisuri Agong sekadar hadir ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sifat peribadi malah dilihat cuba menuduh pihak istana yang bersalah dalam hal tersebut. Lihat kenyataan istana di sini.

Malah pakatan DAP-PKR itu cuba memfitnah baginda permaisuri sengaja meninggalkan majlis lebih awal padahal perkara tersebut telah dimaklumkan pihak istana terlebih dahulu.

Amat malang apabila kerajaan yang diharap bersikap telus telah mengambil tindakan berbohong bagi menutup kesilapan. Lebih malang lagi apabila mereka menyalahkan isteri seorang ketua negara.

Memang biadap!

Thursday, August 5, 2010

Anwar, air mani, dan AlGore


Setelah 4 hari bercuti-blog, pagi tadi Demang kembali menulis dalam Waadat. Walaupun belum reda dari kesibukan namun hari ini Demang luangkan sedikit masa untuk menjengah beberapa blog. Maka banyaklah cerita-cerita yang sempat Demang jamah.

Antaranya, isu campur tangan AlGore dalam isu politik dan kes mahkamah di Malaysia. Terfikir Demang, tidakkah kenyataan AlGore meminta Amerika campurtangan dalam kes jenayah dalam mahkamah negara kita itu suatu tindakan yang wajar? Amerika adalah sebuah kuasa terbesar. Tidakkah itu akan mengganggu keputusan mahkamah?

Selain itu Demang juga terjumpa video klip berkenaan perbicaraan kes liwat Anwar. Klik sini.

PAS setuju jawatan tak penting



“Jawatan tidak berapa penting dalam pimpinan kerana masalah rakyat lebih utama sekarang.

“Jawatan itu hanya sebagai pengemudi dalam kepimpinan. Sesiapapun pun tiada masalah memegang jawatan sebagai pemimpin,” Ketua Penerangan PAS Pusat iaitu Idris Ahmad.

Demang sependapat dengan beliau. Maka marilah kita kekalkan sahaja kepimpinan yang sedia ada dan pertahankan kedudukan kita serta perlembagaan yang memartabatkan Islam sebagaui agama.

Maklumlah, di sebuah negara yang penduduk muslim dan bukan muslimnya hampir sama banyak, kita masih mampu mengekalkan orang Islam sebagai Ketua Negara, PM, TPM, serta menerajui Kementerian Pertahanan dan Pendidikan.

Walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki namun kerajaan yang memerintah sejak merdeka kita akui berjaya; contohnya menyediakan peluang untuk ummat Islam mengerjakan haji. Mungkin negara lain ada tabung hajinya sendiri namun tak salah jika kita bersyukur dan mengakui usaha pemimpin negara kita.

Walaupun pembangkang bertempik bahawa kerajaan tidak Islamik namun dalam diam berjaya mengemukakan sistem perbankan Islam yang kini dituruti negara Islam lain.

Walaupun gejala sosial nampak teruk namun janganlah malu mengaku bahawa dalam banyak keadaan anak muda kita lebih baik berbanding zaman 70an. Lihat sahaja foto, filem dahulu dan bertanya pada orang lama. Sekitar 70an anak gadis selamba sahaja pakai seluar pendek bermain bola jaring. Tudung kepala usah ditanya.

Walaupun pembangkang mencanangkan keadaan ekonomi negara seolah-olah ramai rakyat menderita kelaparan, namun kita lihat pengunjung medan selera penuh sesak menjelang petang hingga ke dinihari. Orang ramai berduyun-duyun ke pusat membeli belah. kebanyakan keluarga memiliki lebih dari sebuah kereta.

Tak lama lagi bulan puasa. Lihatlah nanti pasar Ramadhan yang meriah dan hotel-hotel tempat berbuka yang habis ditempah.

Bayangkan kalau semua rakyat yang bekerja menghulurkan seratus-dua kepada ibubapa di kampung dan memperuntukkan RM50 sebagai sedekah jariah kepada yang kurang bernasib baik, insya-Allah negara kita akan lebih bahagia untuk didiami.

Sayangnya masih ada sedikit daripada kalangan kita terlepas pandang pada perkara begini.

Malah, lebih malang lagi apabila masih ada yang sibuk berkempen untuk menukar kepimpinan padahal yang akan datang itu pun belum pasti.



foto:
Ahlan Wa Sahlan Ya
aferiza.wordpress.com

Monday, August 2, 2010

isteri muda


Apabila Anwar Ibrahim disingkir daripada UMNO dan BN 10 tahun lalu maka isu terbesar yang dijajanya ialah nepotisme dan kronisme yang didakwa berleluasa dalam kerajaan.

Kenyataan tersebut segera disambut dengan laungan reformasi agar dilakukan pembersihan segera terhadap kerajaan.

Pembersihan yang dimaksudkan bukanlah dengan menyapu semua sampah sarap yang bertaburan di dalam rumah malah dengan rumah-rumah itu pun hendaklah dibuang sekali. Pendekata, bukan setakat marahkan nyamuk kelambu dibakar malah dengan bilik-biliknya sekali disuruh bakar! ...tau tak apa.

Adakah benar perjuangan Anwar membasmi kedua-dua gejala tersebut kerana sayangkan negara? Adakah Anwar bebas daripada salah laku kuasa? Bagaimana pula dengan pembesar-pembesar yang menyokongnya?

Ataukah mereka sekarang sudah insaf dan bertaubat nasuha? Lihat pendedahan ini.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)