Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, February 28, 2011

Transformasi peruncitan


PAS kata, TUKAR, ya, mari kita tukar.

Lihat di sini bagaimana pasaraya Mydin membuat perubahan secara agresif yang bakal merubah lanskap peruncitan di negara kita.

Siapa kata orang Islam tidak hebat?

Sunday, February 27, 2011

Live Merlimau: PAS fitnah calon BN

Foto Yuhaizad tanpa kopiah yang Demang janji untuk disiarkan. Kenapa perlu tanggalkan kopiah? 


‘Cikgu’ Yuhaizad?

Tersedak Demang apabila diberitahu oleh seorang pengundi di Chenderah, Merlimau bahawa calon PAS iaitu Yuhaizad adalah seorang guru. Dengan kata lain Yuhaizad dan isterinya  adalah pasangan guru.

“Mana akak dapat maklumat ni?” Tanya Demang.

Wanita itu memberitahu bahawa beberapa orang muslimah PAS melawat dari rumah ke rumah memberitahu para pengundi bahawa calon PAS tersebut adalah seorang guru.

Menurut suri rumah itu lagi perayu undi PAS itu memberitahu bahawa Roslan Ahmad menetap di Kuala Lumpur dan jarang-jarang pulang ke Merlimau.

Terdiam sejenak Demang kerana tidak menyangka sampai begitu sekali PAS mencari sokongan. Mereka sanggup menipu demi undi.

Lihat biodata lengkap calon BN ini:
Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )

Pendidikan
Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009


Adakah logik beliau menetap di KL dan berulang alik ke Melaka setiap hari?

Untuk makluman anda, jarak Merlimau ke Melaka hanyalah 25 KM dan mengambil masa kurang daripada 20 minit jika melalui lebuh AMJ.

Jadi, jikapun beliau tetap tinggal di Melaka selepas menjadi YB, beliau tiada masalah langsung untuk berulang alik 18 kali sehari dari Melaka ke Merlimau!



Calon PAS Merlimau buang kopiah


Di celah-celah poster dan kain rentang BN di Merlimau, sekilas Demang terpandang sebidang ‘bunting’ dengan foto seorang lelaki sedang melambai. Sebaik mendekati (sambil memandu) barulah Demang perasan yang lelaki itu adalah Yuhaizad, si ‘calon tanpa restu bonda’.

(Poster akan diupload kemudian: tak sempat)

Yang membuatkan Demang tak perasan tadi ialah kerana tidak terlihat sebarang objek di kepalanya. Maklumlah, selalunya memakai kopiah.

Memanglah tak berddosa jika tidak memakai kopiah. Menangggalkan kopiah pun tidaklah haram. Namun kenapa nak ditanggalkan jika dah biasa memakainya? Islamifobia ke? Takut cina tak undi ke?

Sementara Demang menaip ini seorang teman memberitahu bahawa beliau terjumpa seorang lelaki yang pernah bekerrja di bawah Yuhaizad dalam syarikat Borneo Security suatu ketika dulu.

“Apa masalahnya?” Tanya Demang. “Takkanlah kerja dengan security pun salah?”

“Memanglah tak salah. Masalahnya, dia dah gelapkan duit gaji pekerja bawahannya.” Kata teman tersebut.

Demang bukan nak menuduh tetapi maklumat tersebut perlulah disiasat sebelum PRK selesai. Demang tidak mahu pengundi memilih orang yang salah.

Jika beliau tidak bersalah, baguslah.  Demang pun boleh tolong bersihkan namanya setelah siasatan dibuat nanti.




Merlimau disinggahi biduk

Tasik Merlimau kini  sedang dilalui biduk besar. Bahkan, jong barangkali kalaupun bukan bahtera.

Kehadiran biduk bukan sentiasa membawa kebaikan, sekurang-kurangnya kepada segelintir makhluk. Salah satu sepesis yang  terancam dengan kehadiran biduk ialah kiambang, sejenis tumbuhan air.

Di Merlimau (dan juga Kerdau), kedatangan biduk samada atas undangan atau sekadar terjahan sedikit sebanyak mengocak ketenangan penghuni setempat. Kalaupun diberi izin (tanpa permohonan), kedatangan yang mendadak bukan sahaja mengguris dan mencalar perpaduan bahkan mencarik dan meleraikan hubungan.

Itulah yang dimaksudkan Mohd Ali Rostam sebentar semalam ketika program bersama Tekun yang dihadiri lebih 2000 penduduk tempatan di dewan Hj Ahmad Ithnin. (TEKUN tu apa? Tak tahu? Kesiann…).

Selepas PRK berakhir, para pemimpin luar termasuk UMNO, PAS, PKR, dan DAP akan pulang ke tempat masing-masing. Mereka peduli apa dengan luka dan parut yang tertinggal?

Tetapi Ali Rostam kekal di sini. Beliau akan bertemu lagi dengan penduduk setempat. Jika tidak Ali Rostam ke Merlimau, orang Merlimau akan ke Melaka menemui beliau.

Seperti yang lepas-lepas, sebarang masalah akan dikemukakan kepada Ali Rostam untuk dibantuselesaikan. Ali Rostam seperti masa lalu akan berusaha menyelesaikan semua masalah yang diadu. Jika pengadu ialah orang yang menyokong beliau, sudah tentu akan dibantu. Jika tidak percaya, tanyalah orang Bukit Baru (kampung Demang).

Ali Rostam juga akan membantu rakyat yang tidak menyokong beliau dengan harapan orang itu akan berbalik menyokong beliau nanti. Jika tidak percaya, tanyalah orang Bukit Pulau, di sebelah kampung Demang.

Malah, selalu juga bantuan dan pertolongan Ali Rostam kepada orang Bukit Pulau lebih banyak berbanding Bukit Baru sehingga timbul protes dan dan tidak puas hati.
Apapun, biduk lalu kiambang bertaut, asalkan kiambang insaf asal kejadian mereka. Jika tidak, selepas biduk berlalu pergi, kiambang terus punah, hancur berkecai. Batang terputus-putus, daun terlerai, dan akar tercabut lintang pukang.

Bagi Demang, ketika biduk lalu, kita perlu lebih bersatu. Biarpun terkuak ke kanan dan ke kiri, pautan jangan lerai. Walau nampak renggang, jati diri jangan hilang.

Tidak segankah orang Merlimau untuk mengadu hal lagi dengan Ali Rostam sekiranya menyokong PAS yang sudah lari daripada perjuangan asal sebagai pengimbang kepada UMNO di peringkat nasional?

Orang Merlimau perlu faham, bahawa PAS hanya diperlukan untuk mengimbangi kuasa UMNO di peringkat nasional. Namun dalam keadaan sekarang, jika kita tersilap membuat pilihan, 21% orang cina di Merlimau dilihat bersatu bagi menafikan hak kaum majority.

Demang akan siarkan nanti bagaimana kaum minority booleh mengatasi kaum majority apabila kaum majority berpecah dua.

Justeru jangan merasa kasihan kepada PAS buat masa ini kerana kita WAJIB menghentikan agenda besar  DAP (PAP) menawan Malaysia.

Mengerti kalian?

Selepas Syed Ibra, Roslan Ahmad pula difitnah


 Walaupun harga petroleum meningkat di seluruh dunia namun kerajaan berjaya mengurangkan kesan tersebut dari menimpa kita semua dengan menyediakan pilihan .

Siapa yang banyak duit, gunalah RON97 manakala yang nak berjimat, pilihlah RON95.

Terkini, di Merlimau Najib telah melancarkan RON baru yang mesra alam dan mesra pengguna. Setakat ini dipercayai lebih 60% orang Merlimau menerimanya.

RON yang Demang maksudkan ialah Roslan Hj Ahmad, calon BN PRK DUN Merlimau yang nama mesranya dalam kalangan masyarakat setempat ialah RON.

Demang terlibat juga sikit-sikit dalam pemilihan calon Merlimau. Daripada puluhan nama yang berpotensi untuk diketengahkan akhirnya 11 nama dihantar untuk dinilai. Setelah membuat pertimbangan daripada segenap sudut berdasarkan laporan pihak risikan daripada pelbagai jabatan maka tinggal dua nama untuk pertimbangan akhir.

Antara sebab calon lain ditolak ialah, lahir di negeri lain seperti Puan Zaleha ketua wanitanya. Malah saudara Zaidi Ketua Pemuda Jasin diketepikan hanya kerana lahir di kkampung sebelah DUN merlimau!

Ada juga yang tidak terpilih kerana sudah lanjut usia atau kurang mesra.

Sebenarnya RON bukan pilihan pertama KM Melaka. Namun kajian terhadap pengundi Merlimau yang dilakukan pelbagai saluran mendapati Ron diterima semua kaum  di Merlimau. Beliau ‘boleh masuk’ dengan segenap lapisan masyarakat.

Itulah sebabnya Demang senyum sahaja apabila pembangkang mula menyebarkan isu bahawa Ron akan ditolak pengundi kerana sombong!

Ha ha ha… kot nak memfitnah pun biarlah yang logik sikit. Macamlah orang Merlimau ni bodoh.

Saturday, February 26, 2011

ustaz Syed Ibra mula difitnah

"Tak ape lah dia org kata ~ sebab kite tidak sebagaimana yg disangka olh mereka ~ alhamdulillah kita memiliki syahadah dr al azhar."

itulah sms yang Demang terima daripada ustaz Syed Ibra apabila Demang beritahu beliau tentang sebaran yang dibuat pihak tertentu yang mendakwa beliau sebenarnya gagal dalam pengajian di Mesir.

Malah beliau dikatakan hanya memasuki pusat pengajian yang tidak dikenali.

sebelum ini Demang tidak begitu percaya bahawa PAS yang dibarisi ulama sanggup bermain dengan fitnah tapi apabila ustaz Syed Ibra yang pernah sekelas dengan Demang pun difitnah, maka mahu tidak mahu Demang terpaksa akui bahawa PAS cuma sebuah parti politik.

Merlimau: Calon tak direstu

(foto bilik gerakan Makkal Sakthy di Merlimau Utara): Meskipun kaum India terpecah 3 di Merlimau namun masing-masing tampak bergerak aktif berkempen untuk calon BN. Kaum Cina? Demang lihat mereka masih berharap Anwar menjadi jambatan menghubungkan Malaysia-Singapura.

Ketika Demang melalui pekan Merlimau sebentar tadi, tapak yang sebelumnya penuh sesak telah lengang. Di beberapa bilik gerakan BN juga tidak ramai orang yang tinggal. Manakala di bilik-bilik gerakan PAS… err, sebenarnya bilik gerakan PAS memang sukar ditemui di Merlimau ini.

Ya, semua orang pulang ke rumah masing-masing setelah penat bersorak dan berjalan kaki mengiringi calon.

Namun ada seseorang yang seperti enggan pulang ke rumah.

Hendak balik ke rumah sendiri, terasa segan sebab rumah yang ditumpangi selama ini adalah rumah untuk kakitangan kerajaan. Dia sendiripun mendapat ehsan tinggal di rumah tersebut hanya kerana isterinya seorang guru.

Hendak pulang ke rumah ibu sendiri rasa serba salah pula sebab sudah membantah pesanan ibu yang melarangnya bertanding menentang kerajaan yang selama ini memberi pelbagai kemudahan. Apatah lagi ibunya sendiri orang kuat parti yang ditentangnya.

Hendak menumpang di rumah saudara mara pun, tak kena rasanya sebab hampir semua kaum keluarga memang penyokong kuat kerajaan yang memerintah sekarang.

Alahai, ke mana kaki hendak kau langkah wahai Yuhaizat? Datanglah ke surau Merlimau Pasir. Insya-Allah Demang ada di situ. Boleh kita berbual dari hati ke hati. Niat baik tanpa tindakan yang baik, akan memudaratkan. Alangkah malangnya jika tindakan tersebut merugikan ummat Islam.





linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)