Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, March 26, 2011

113 Ahli Pas Gong Tinggi Keluar Parti Dan Masuk Umno


PASIR PUTEH: Seramai 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO pada Sabtu selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata mereka sebilangan besar terdiri daripada golongan petani telah menganggotai PAS sejak 20 tahun lalu.
"Kami menerima penyertaan mereka dengan pintu terbuka dan menyerapkan mereka ke dalam cawangan UMNO berhampiran," katanya kepada pemberita selepas menerima borang permohonan mereka di Kampung Gong Tinggi, di sini.
Zawawi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, berkata cawangan (PAS) itu sebelum ini merupakan kubu kuat parti pembangkang itu dalam DUN berkenaan sehingga sukar untuk ditembusi oleh jentera UMNO pada pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, bekas ketua cawangan PAS kampung berkenaan, Mohamad Abdul Rahman, 60, berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya menyertai UMNO adalah atas kerelaaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak kerana kecewa dengan kegagalan PAS membela nasib golongan petani.
Sebaliknya, UMNO walaupun gagal merampas kerusi DUN Semerak, tetapi lebih banyak berjasa kepada rakyat seperti mengeluarkan pelbagai bentuk subsidi selain membina jalan-jalan kampung.
Beliau mendakwa PAS tidak membawa perubahan atau membela nasih rakyat di kawasan itu walaupun diberi peluang memerintah negeri itu lebih 20 tahun.
Rakannya, Ahmad Besasin, 50, berkata beliau sudah menyertai PAS sejak 16 tahun lepas dan mendapati pemimpin parti itu tidak pernah turun padang untuk membantu mereka yang menghadapi kesempitan hidup.
"Kami harap rakan seperjuangan turut mengambil sikap yang serupa iaitu meninggalkan PAS sebab tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk membela nasib golongan petani seperti kita," katanya.- BERNAMA


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/26/mstar_berita/20110326171724&sec=mstar_berita

tuai rumah larang PKR berkempen

MIRI: Penduduk rumah panjang Tuai Rumah (TR) Nunong Sigat di Nanga Jella, Lambir di sini optimis menolak kehadiran mana-mana parti pembangkang yang ingin datang berkempen ke kawasan mereka sempena pilihan raya negeri ke-10 yang akan datang ini.


Baca seterusnya. 

Anwar Ibrahim 'hilang'


Dalam sidang akhbar 22 Mac 2011, Anwar memberitahu para pemberita bahawa dia bersama isteri dan keluarganya ketika video seks yang didakwa melibatkan dirinya itu dirakamkan.

Namun Wan Azizah tidak pula mengesahkan kenyataan tersebut ketika ditanya pemberita.

Anwar kemudiannya memberitahu bahawa dia juga sibuk mengemaskini laman sosial Twitter.

Namun beberapa pihak menyangkal alasan tersebut kerana soalan terakhir yang diajukan pada Anwar jam 9.20 malam hanya dijawab pada 11.39 malam.


Apabila Ketua UMNO rasmi mesyuarat PIBG


Pagi ini Demang menghadiri mesyuarat PIBGke-37 di sekolah putera-putera Demang.  Pada pemidang majlis tersebut terpampang nama perasmi iaitu Ketua UMNO cawangan kampung ini.

Kenapa orang politik dalam majlis sekolah?

Inilah yang ramai tidak faham. Demang percaya, ramai pengunjung yang kurang berpuas hati dengan perkara begini. Kata mereka, pendidikan tidak sewajarnya dicampuraduk dengan politik!

Namun Demang mempunyai pandangan berbeza. Bagi Demang tanpa politik bagaimana sistem pendidikan boleh direalisasi? Malah melalui politik (baca, kuasa) lah sekolah-sekolah dapat dibina sebagaimana yang berlaku hari ini.

Contohnya, melalui kuasa politik yang ada pada PakLah (Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi) -lah lulusan agama dari dalam dan luar negara diserap ke jawatan tetap (JQAF). Sebelum ini JQAF tidak ada. PAS pun tidak terfikir apalagi untuk mendesak unit JQAF ditubuhkan dalam sistem pendidikan negara kita.

Namun PakLah dengan kesedaran sendiri membuat keputusan besar menggunakan kuasa yang ada padanya ketika itu bagi mewujudkan unit JQAF.

Berapa ramai ustaz dan ustazah yang memperolehi pekerjaan serta pendapatan tetap lagi berpencen melalui keputusan politik ini?

Seperkara lagi, UMNO di Malaysia bukan sekadar parti politik. UMNO adalah sistem politik orang Melayu. UMNO adalah sistem masyarakat orang Melayu. Bahkan kemerdekaan negara juga diperolehi melalui perjuangan UMNO.

Hanya yang tidak mengenal sejarah bangsa dan negaranya sahaja yang sanggup menyangkal kenyataan ini.

Jika seseorang merasa janggal dengan keadaan ini bermakna ia terkeluar daripada budaya masyarakat Melayu yang mementingkan kemasyarakatan dan menolak individualistik.

Demang percaya, orang yang seperti itu memang tidak peduli dengan kehidupan bermasyarakat. Dengan kata lain, kera sumbang. Jika pun mereka hadir dalam mesyuarat komuniti, mereka hanya tahu memprotes dan membangkang!

Mereka memang cekap dalam mengesan kesilapan orang!

Demang katakan UMNO, bukannya orang UMNO. Yang memperjuangkan kemerdekaan bukan Najib atau Mahyudin. Bukan juga Rosmah Mansor!

Namun nama-nama yang Demang catat tadi adalah ahli UMNO. Najib adalah pemimpin semasa organisasi UMNO. Mahyudin adalah antara pemimpin UMNO hari ini. Mereka dan sekalian pemimpin UMNO lainnya adalah kesinambungan perjuangan UMNO.

Dalam pada itu kita perlu faham bahawa Najib juga seorang manusia seperti kita. Beliau ada isteri dan keluarga. Nama isteri beliau ialah Rosmah Mansor. Sebagaimana  kita hormat pada beliau, maka isterinya juga patut dihormati. Kalaupun tak nak hormat, janganlah dikata, ditohmah dan dicerca sesuka hati!

Kenapa tak dapat tanduk telinga hendak dipulas?

Demang bukan nak menulis mengenai tanduk dan telinga. Demang cuma nak ingatkan bahawa kekecohan yang berlaku dalam politik negara wajib dihentikan segera. Susun atur dan budaya masyarakat jangan dipunahkan begitu sahaja.  Jangan diberi peluang kepada musuh Islam mengambil kesempatan.

Sementara itu kempen di Sarawak sedang berlangsung. Biarlah orang Sarawak menentukan senario politik mereka sendiri. Sebelum ini tanpa PAS dan PKR orang Sarawak hidup tenteram dan harmoni dengan budaya tersendiri.



Demang kasihankan SNAPP yang terpaksa berebut kerusi di tempat sendiri!

Wan Azizah jadi pengerusi suruhanjaya untuk video seks

Terbaru, PERKASA telah membuat sidang khas bagi mendesak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya khas bagi menyiasat kesahihan dan pelaku dalam video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin utama pembangkang.

Demang menyokong saranan itu dan turut bersetuju dengan cadangan TS Rahim agar ahli-ahli suruhanjaya tersebut terdiri daripada wakil semua badan penting termasuk daripada PKR sendiri.

PKR tidk perlu gentar dengn penubuhan suruhanjaya ini kerana di dalamnya terdapatwakil mereka sendiri.

Anwar juga tidak perlu takut kerana isterinya sendiri selaku presiden PKR turut menganggotai suruhanjaya tersebut.

Apakata Wan Azizah jadi pengerusinya?

Friday, March 25, 2011

PKR huru harakan rakyat Sarawak

Walaupun Demang belum sempat ke Sarawak, namun laporan sahabat-sahabat di sana bukan sahaja menggambarkan puak pembangkang akan kalah malah isyarat-isyarat yang terpapar menunjukkan pakatan pembangkang akan berkubur di sana. 

Selain kesilapan menghantar si comel Azmin yang memang tidak disukai orang Sarawak, kedudukan SNAP yang terpinggir (atau sengaja dipinggirkan) bakal meramaikan lagi pihak anti PKR di sana. (lihat blog Rajahmas).

Mstar melaporkan:
Presiden SNAP Edwin Dundang semalam berkata tiada ada perbincangan antara parti berpangkalan di Sarawak itu dan PKR, menyatakan beliau kecewa dengan kegagalan untuk mencapai persetujuan berhubung pengagihan kerusi.

Dundang juga mendakwa PKR tamak kerana ia turut mensasarkan kerusi daripada PAS dan DAP. - mStar


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/03/apa-dah-jadi-dengan-pembahagian-kerusi.html#ixzz1HbOCKrRH (lihat blog Cenangau) 

Para penyokong PAS pasti akan kecewa apabila mendapat tahu mereka tidak boleh diberikan lebih daripada 4 kerusi (menang belum tentu) emandangkan orang Sarawak tidak ada alasan langsung untuk memilih calon parti ekstremis itu.

Pendekata, usahkan 10 hari, jika 10 bulan tempoh berkempen pun pembangkang takkan menang di Sarawak.

Seorang sahabat berkata:
Jika lebih panjang tempoh berkempen, pembangkang tidak menang juga. Implikasinya, perpecahan dalam kalangan penduduk tempatan akan makin parah.

Padahal sebelum muncul PKR, rakyat Sarawak hidup harmoni... (sekurang-kurangnya lebih harmoni berbanding Semenanjung).




Zul Nordin siar video lakonan semula

Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin malam tadi menyiarkan di blog beliau video lakonan semula...

Jom kita tengok sama-sama.



Tahniah kepada pembikin video ini kerana cukup kreatif.

Terima kasih.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)