Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 28, 2011

Video seks konspirasi jatuhkan Najib?

Isu skandal seks terbaru melibatkan ‘pemimpin PKR’ masih hangat.
 
Pemimpin PKR? Kenapa tak katakan sahaja terus terang Anwar Ibrahim? Ya, sebab belum pasti. Sebenarnya banyak sangat yang kabur dan bertandatanya dalam isu tersebut.

Itu sebabnya di celah kekalutan itu terdapat juga yang bertindak ‘reverse’, termasuklah Demang. Maksud Demang ialah menoleh sebentar, menyorot ke pangkal cerita dan meneliti sekali lagi rentetan peristiwa.

Pertama, adakah video seks tersebut BENAR? Maksud Demang adakah ia bukan satu lakonan?

Katakan begini:
 Anwar tidak dapat menahan gejolak nafu (keperluan biologi) lalu mendapatkan perkhidmatan seks daripada seorang pelacur. Tanpa berfikir panjang Anwar ke sebuah hotel, menempah seorang pelacur dan aktiviti seks pun berlaku.

Anwar tidak sedar bahawa terdapat kamera tersembunyi yang bersedia merakam perlakuannya secara percuma di situ! (percuma tetapi amat berharga!)

Teori ini boleh diterima berdasarkan pesanan orang tua-tua ‘jerat tidak pernah lupakan pelanduk sedangkan pelanduk-lah yang sering lupakan jerat’.

Kedua, ataukah video itu hanya sebuah lakonan?  Maksud Demang lelaki tersebut bukannya Anwar tetapi seseorang yang mirip wajah Anwar atau disolekkan seperti Anwar.  Orang Siam atau Indon boleh diupah dan kemudian disuruh menghilangkan diri. Yang penting, apabila air mani pada pelacur tersebut dikaji maka ia bukan milik Anwar!

(Dalam kes ini sudah tentu Anwar tidak boleh berlakon sebab jika Anwar yang berlakon...(?)  dalam kes perlakuan seks, berlakon atau ‘real’ sama sahaja tarafnya!)

Teorinya mudah; Apabila siasatan menyeluruh dibuat, ditambah pula dengan penubuhan badan penyiasat khas atau suruhanjaya diraja, maka didapati lelaki tersebut bukannya Anwar. Siapa yang malu?

Setakat malu masih tidak mengapa lagi. Tidakkah hal ini akan dijadikan rasional oleh Anwar untuk mengajak rakyat mempersoal semula semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya selama ini?

Dengan adanya Rahim Tambi Chik yang terlibat secara langsung dalam kes pertama Anwar 12 tahun dahulu maka dua kes tersebut mudah dipadankan. Jika video yang dicanang Rahim kali ini palsu, maka peratusan untuk palsunya buku ’50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ yang dibiayai Rahim dulu berkemungkinan palsu adalah besar.

Lanjutan dari itu Anwar akan mendakwa tuduhan terhadapnya dalam kes Saiful juga sebenarnya direka bagi menyingkirkannya daripada arus perdana politik!

Bagi Demang isu kali ini hanyalah permainan politik peringkat atasan. Dalam politik apa-apapun boleh berlaku. Keyakinan Demang terhadap kesahihan video tersebut bukan lakonan hanyalah kerana yang membawa isu ini ialah TS Rahim yang dikenali sebagai musuh ketat Anwar Ibrahim.

Namun sekali lagi kita perlu ingat bahawa dalam politik apa-apapun berkemungkinan! Jangan lupa bahawa Rahim adalah sebahagian daripada ‘Team Wawasan’ dengan Anwar selaku ketuanya.

Mana tahu, Rahim sudah bosan menanti terlalu lama di luar gelanggang manakala Najib belum nampak bayang pun untuk memasukkan namanya pada mana-mana posisi yang sesuai.

Tidak musatahil ‘team wawasan’ diberi nafas semula dengan jaminan Rahim menjadi TPM di bawah Anwar!

Sesiapapun tahu, apabila Rahim menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO tidak lama dahulu bermakna impian Rahim dalam politik masih belum padam. Lagipun, orang politik bukanlah reti sangat buat kerja lain selain berpolitik.

Keyakinan Demang ialah isu ini hanyalah permainan politik yang mempunyai banyak serampang, bukan setakat serampang dua mata.

Mari kita lihat nanti, siapa yang sedang menjerat siapa dan siapa pula yang terjerat?


Foto hiasan:

Bantu Jepun atau Myamar II


Demang ucapkan tahniah kepada yang sudah memberikan sumbangan terhadap negara Jepun yang ditimpa malapetaka.

Sementara itu Myamar juga baru ditimpa bencana alam.

Nak bantu yang mana?

Yang terbaik, bantulah-kedua-duanya. Namun jika terpaksa membuat pilihan, Demang akan utamakan Myamar. Kenapa? 

Banyak sebab. Antaranya, bangsa Jepun pernah biadap dengan bangsa kita. 

Selain itu, Jepun negara maju dan kaya. Takkan-lah mereka tiada simpanan yang cukup.

Jepun juga selalu menyebelahi Amerika menindas negara Islam.

Setakat ini Demang belum lagi menderma tabung bencana Jepun sebab Demang tidak jumpa alasan yang sesuai untuk melakukannya.

Demang rasa Myamar memang wajar dibantu.

Lihat berita penuh tentang bencana di Myamar:

YANGON 26 Mac - Pasukan penyelamat hari ini berhadapan kesukaran untuk tiba ke kawasan yang dilanda gempa bumi kuat di pedalaman Myanmar yang meragut 75 nyawa sehingga mengakibatkan jalan raya terbelah dan rumah-rumah penduduk menjadi timbunan kayu.

Gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter yang menggegar semalam itu melanda timur Myanmar yang bersempadan dengan Thailand dan Laos.

Pekan Tarlay, Tachileik dan kebanyakan perkampungan berhampiran negeri Shan dilaporkan terjejas teruk akibat bencana gempa yang memusnahkan beratus-ratus rumah dan menumbangkan bangunan kerajaan itu.
Beberapa gambar yang ditunjukkan di televisyen Thailand dan media menyaksikan jalan-jalan raya terbelah dua, jambatan musnah dan rumah-rumah menjadi timbunan kayu.

Seorang pegawai Myanmar berkata, jumlah angka korban hari ini masih sama seperti 75 orang semalam termasuk seorang wanita yang maut di Thailand.

"Namun terdapat beberapa kawasan masih tidak dapat dimasuki ekoran masalah komunikasi dan pengangkutan. Angka korban mungkin akan meningkat," katanya.

Wakil rakyat Tachileik dari parti Parti Demokratik Kebangsaan Shan, Sai Thein Aung berkata, beliau baru sahaja dapat berhubung dengan kawasan itu, tetapi kebanyakan talian telefon masih terputus. - AFP


Sumber berita:

soalnya, benar atau tidak?

Bagi Perdana Menteri soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak adalah sangat penting.
“Sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya.

"...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Demang setuju dengan Najib dalam hal ini. Lakonan ke, konspirasi ke...  yang penting adakah ia benar?

Demang ada sesuatu untuk dikongsi bersama anda esok.

Insya-Allah,jengah semula Waadat jam 10.00 pagi esok.

Bantu Jepun atau Myamar?


Demang ucapkan tahniah kepada yang sudah memberikan sumbangan terhadap negara Jepun yang ditimpa malapetaka.

Sementara itu Myamar juga baru ditimpa bencana alam.

Nak bantu yang mana?

Yang terbaik, bantulah-kedua-duanya. Namun jika terpaksa membuat pilihan, Demang akan utamakan Myamar. Kenapa? 

Banyak sebab. Antaranya, bangsa Jepun pernah biadap dengan bangsa kita. 

Selain itu, Jepun negara maju dan kaya. Takkan-lah mereka tiada simpanan yang cukup.

Jepun juga selalu menyebelahi Amerika menindas negara Islam.

Setakat ini Demang belum lagi menderma tabung bencana Jepun sebab Demang tidak jumpa alasan yang sesuai untuk melakukannya.

Demang rasa Myamar memang wajar dibantu.

Lihat berita penuh tentang bencana di Myamar:

YANGON 26 Mac - Pasukan penyelamat hari ini berhadapan kesukaran untuk tiba ke kawasan yang dilanda gempa bumi kuat di pedalaman Myanmar yang meragut 75 nyawa sehingga mengakibatkan jalan raya terbelah dan rumah-rumah penduduk menjadi timbunan kayu.

Gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter yang menggegar semalam itu melanda timur Myanmar yang bersempadan dengan Thailand dan Laos.

Pekan Tarlay, Tachileik dan kebanyakan perkampungan berhampiran negeri Shan dilaporkan terjejas teruk akibat bencana gempa yang memusnahkan beratus-ratus rumah dan menumbangkan bangunan kerajaan itu.
Beberapa gambar yang ditunjukkan di televisyen Thailand dan media menyaksikan jalan-jalan raya terbelah dua, jambatan musnah dan rumah-rumah menjadi timbunan kayu.

Seorang pegawai Myanmar berkata, jumlah angka korban hari ini masih sama seperti 75 orang semalam termasuk seorang wanita yang maut di Thailand.

"Namun terdapat beberapa kawasan masih tidak dapat dimasuki ekoran masalah komunikasi dan pengangkutan. Angka korban mungkin akan meningkat," katanya.

Wakil rakyat Tachileik dari parti Parti Demokratik Kebangsaan Shan, Sai Thein Aung berkata, beliau baru sahaja dapat berhubung dengan kawasan itu, tetapi kebanyakan talian telefon masih terputus. - AFP


Sumber berita:

Sunday, March 27, 2011

Loji Fukushima dalam bahaya



Paras radiasi loji Fukushima meningkat mendadak dengan bacaan pada lopak air dekat reaktor kedua 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa.


Sumber:
SMS BH 27/3

Malaysia pula selepas Libya?

Satu persatu negara Islam diserang. Libya, Mesir, Iraq, Iran, Afghan, Pakistan, Palestin ... , ..., ... Melaka, Andalusia...

Mungkinkah selepas ini negara kita sekali lagi diserang setelah serangan pertama 500 tahun dulu?

Jika dilihat dalam senarai di atas, mungkin ada yang tertanya kenapa Mesir berada dalam senarai itu?

Demang tidak silap malah jika anda fikir serangan cuma melibatkan fizikal, maka anda lah yang silap. Mesir cuma bernasib baik kerana US kurang alasan untuk menyerang secara fizikal ketika itu.

Dan, perlu diingat bahawa sebelum serangan fizikal dibuat, serangan 'bukan fizikal' akan dilancarkan terlebih dahulu.

Kini mereka sedang menyerang Sarawak. Lihat sini.

Kenyataan Nik Aziz tentang video seks Anwar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral. (Sinar Harian)

Demang setuju dengan Nik Aziz dalam perkara itu. Cuma Demang nak tanya, jika menayang dan menonton itu tidak bermoral, bagaimana dengan menjadi watak utama dalam video tersebut.

Memanglah kita dilarang membuka aib orang, tetapi orang yang bagaimana?

Dalam kes Anwar Ibrahim, kita dah suruh dia letak  jawatan dan bungkus ‘impian dan cita-cita untuk menjadi PM’  itu ke dalam beg plstik untuk dibawa ke dalam kubur nanti.

Malangnya Anwar enggan. Padahal bukan seorang dua saksi yang tampil memberi kenyataan. Malah simangsa pun sudah mengaku, malah bersumpah dengan nama Allah.

Dan, bukan juga satu kes. Beberapa kes!

Tapi Anwar memilih untuk ‘lawan tetap lawan’ sebab dia ada pengaruh. Anwar juga tahu bahawa manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Jika ada yang bersetuju maka pasti ada yang akan tidak bersetuju.

Anwar bermula dengan sentimen itu dan ia mengeksploitasi kelemahan manusia itu dengan baik.

Anwar memang cerdik.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)