Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, March 30, 2011

Sambutan hambar di Sarawak


Lihat foto-foto tetamu tak diundang...

Klik sini ke blog Rajahmas

Blogger PAS kantoi

Kalau dilihat pada blog, mereka lah pejuang Islam.

Kalau dilihat pada wajah, toye je...

Rasanya kalau spesis kucing, diletakkan ikan panggang pun tak menjeling.

Tapi...

Rupa-rupanya hanya marah kerana belum dapat peluang. Kalau dapat peluang, walaupun sikit... pheh, memang tak lepas peluang.

Tuesday, March 29, 2011

Lagi pemimpin tinggalkan PKR

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 Pahang, Mohd Nor Jaafar mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteran Insan Tanah Air (KITA).

Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.

“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?

“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.

Beliau memberitahu, permohonan untuk menyertai KITA telah pun diterima.

“Saya akan serahkan surat peletakan jawtan kepada ibu pejabat PKR minggu ini,'' katanya yang juga merupakan Ketua PKR Jerantut.

Mohd Nor menegaskan bahawa keputusannya itu tiada kena mengena dengan video seks yang mengaitkan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.

“Saya tidak lihat video itu, jadi saya tak boleh komen isu berkenaan."

“Tapi mereka yang terlibat dengan video itu bukan maksum," ujarnya.

Mohd Nor yang juga bekas ahli PAS berkata, dia seorang yang berfikiran liberal.

“Saya bukan 'yes man','' katanya.




Sumber:
Rajahmas

rakaman CCTV bukti terbaru

Dalam keadaan antara percaya dengan tidak, timbul pula berita rakaman CCTV yang menunjukkan seseorang yang amat terkenal berada di bangunan SPA yang dikatakan berlakunya perbuatan mungkar tersebut.

Klik sini

Solat hajat untuk

Seperkara yang Demang amat setuju dengan pihak pembangkang ialah mereka selalu melakukan solat hajat bagi meminta petunjuk daripada Allah Taala apabila terdapat persoalan yang sukar diputuskan.

Namun setakat manakah pihak pembangkang menerima dengan hati terbuka setiap petunjuk yang Allah Taala berikan?

Apabila Anwar Ibrahim disingkirkan daripada kerajaan berikutan aduan salahlaku seks, pihak pembangkang telah mengadakan siri solat hajat secara besar-besaran agar Allah Taala memberikan petunjuk.

Maka seluruh rakyat Malaysia dan penduduk dunia melihat Anwar dijatuhkan hukuman penjara manakala Dr Mahathir terus sihat walafiat hingga sekarang.

Kita juga boleh lihat Anwar semakin merudum reputasinya manakala Tun Mahathir semakin aktif di peringkat antarabangsa membantu ummat Islam di seluruh dunia, termasuk Palestin.


Setakat ini, setiap kali lepas solat hajat, Anwar semakin teruk dan kerajaan semakin kuat.

Alhamdulillah.

Monday, March 28, 2011

Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat

Mendengar tuduhan dan ejekan Anwar pada pemimpin tentang kronisme, nepotisme dan sebagainya menyebabkan ramai yang membayangkan kehidupan keluarga Anwar yang penuh kesederhanaan.

Bahkan ramai yang membayangan kehidupan Anwar dan keluarga persis ahli sufi atau wali.

Tak kesahlah apa yang nak anda bayangkan. Jangan bayangkan keluarga Anwar macam sami, sudah lah.

Kepada yang bersangka demikian, sila lihat sini.
Perbincangan hangat mengenai isu video seks bertambah meriah dengan pelbagai teori.

Demang masih berpegang pada andaian bahawa video tersebut adalah sandiwara terbaru Anwar Ibrahim untuk sekurang-kurangnya dua alasan:

Pertama, bagi mengalih perhatian khalayak daripada isu DNA yang enggan diserahkannya pada mahkamah.

Kedua, konspirasi bersama Trio Dato' bagi meninggalkan kesan pada rakyat bahawa tuduhan terhadap Anwar selama ini hanya rekaan dan konspirasi peringkat tertinggi. (samada TS Rahim tertipu atau memang sengaja berada dalam pakatan itu adalah satu perkara lain).

Sebentara tadi Demang lihat di blog sahabat Demang Papa Gomo mengenai teori baru bahawa rakaman video seks tersebut dibuat oleh DAP. Rakaman tersebut akan disimpan untuk digunakan terutamanya semasa Anwar Ibrahim menjadi PM kelak.

Demang hormati teori tersebut kerana 'sudah terang lagi bersuluh' tentang usaha DAP yang tidak berselindung ingin mengangkat Anwar menjadi PM. Walhal Karpal sendiri pernah mengaku memiliki bukti kesalahan seks Anwar semasa Anwar masih menjadi TPM.

Walaupun sudah ada dua teori baru namun kedua-duanya menjurus pada satu kesimpulan: Anwar tidak seharusnya diterima sebagai PM.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)