Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 31, 2011

perhimpunan desak Anwar letak jawatan

KOTA BHARU 30 Mac – Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.


Lihat selanjutnya.

Wednesday, March 30, 2011

Eskay cabar Anwar saman

Ungkapan 'lawan tetap lawan' sebenarnya bukanlah ucapan kosong. Buktinya, sudah 12 tahun Anwar menghadapi pelbagai cabaran, dugaan, dan ujian.

Bukan kecik anak cabaran yang perlu Anwar tempuh namun tidak sedikitpun mengendurkan semangat juang yang begitu sebati dalam dirinya.

Semarak api dalam dadanya terus menjulang tanpa bosan.

Api itulah juga yang sentiasa membakar semangat para penyokong setianya sehingga ada yang terpaksa mengorbankan pekerjaan tetap dan sebagai penjawat awam.

Biarpun semakin ramai yang meninggalkannya, namun masih ada yang sanggup menggalang nyawa untuk Anwar.

Begitu hebatnya Anwar... itulah sebabnya Demang hairan kenapa dalam berdepan dengan cabaran Saiful dan Umi Afilda Anwar tak semena-mena menjadi kecut, atau lebih tepat lagi... pengecut.

Terbaru, Dato' Eskay yang merupakan sahabat baik Anwar mengeluarkan cabaran agar menyamannya jika beliau berbohong dalam kenyataan mengenai salah laku seks pemimpin utama pembangkang itu.

lihat selanjutnya di blog Papa Gomo

BN tabur duit di Sarawak



Kempen BN di Sarawak:
Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM73.68 juta untuk kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih tiga jenis sekolah di seluruh negeri Sarawak. 




Kempen DAP di Sarawak:
Malaysian Malaysia, semua sama, ma...


Kempen PAS di Sarawak:
Kita akan tubuhkan negara Islam, kita akan tabalkan perlembagaan baru mengikut hukum hudud... (walaupun kita cuma ada LIMA kerusi... syyy!)


Kempen SNAP di Sarawak:
Kita akur berapa sahaja kerusi yang Anwar sudi beri. Tak dapat langsung pun tak apa.


Kempen PKR di Sarawak:
"Tolong la percaya...., semua tuduhan pada I tu semuanya dusta belaka... Konssspiraasiii pringggkat terrrrrtingggiii..! Reformati... reformbasi..."




Sumber berita:
taipingmali

PKR-DAP Selangor anjur pertandingan bazir duit rakyat

Pagi tadi Demang siarkan foto seorang blogger pembangkang yang bukan hebat lakonannya sebagai pejuang Islam dalam blog. Namun akhirnya ditemui foto 'bulan madu' di China yang penuh romantis.

Kalau bulan madu dengan bini, kita peduli apa? Yang menyengalkan mata kita ialah 'pejuang' itu bersama dua wanita cina!

Itu cerita blogger pembangkang. Bagaimana dengan negeri yang dikuasai pembangkang?

Mari llihat di sini bagaimana kerajaan PKR-DAP-PAS di Selangor membaham duit rakyat Selangor dengan mengadakan pertandingan memancing!

Masa kempen PRU lalu, bukan main lagi PKR mengutuk BN. Bila dah dapat..?

Pemuda PAS sokong cadangan TS Rahim Tamby Chik





UTUSAN melaporkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nasrudin Tantawi bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.Nasrudin menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap,rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.


Nampaknya pendirian Pemuda PAS ini senada dengan saranan Rahim baru-baru ini yang meminta semua badan mempunyai wakil dalam suruhanjaya tersebut agar dapat melihat dengan mata kepala sendiri.


Beraninya Rahim...


Takutnya Anwar...

Novandri terus bongkar rahsia Twitter Anwar


Apabila blogger Dr Novandri mendedahkan bahawa Anwar berbohog apabila mengatakan dia mengemaskini Twitter di rumahnya ketika aksi video seks dirakamkan, terdapat pemimpin PKR yang mempertikai dakwaan Dr Novandri dengan mengemukakan alasan waktu pada Twitter bukanlah waktu tempatan.

Namun Dr Novandri telah menjawabnya dengan mengemukakan fakta sebenar... Lihat sini

Blogger PAS kantoi

Kalau dilihat pada blog, mereka lah pejuang Islam.

Kalau dilihat pada wajah, toye je...

Rasanya kalau spesis kucing, diletakkan ikan panggang pun tak menjeling.

Tapi...

Rupa-rupanya hanya marah kerana belum dapat peluang. Kalau dapat peluang, walaupun sikit... pheh, memang tak lepas peluang.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)