Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, January 5, 2012

Demang tak teringin nak jumpa bidak-bidak UPSI yang disorong parti pembangkang ke tengah papan catur mereka.

Semua itu budak tak cukup masak. Macam telur separuh masak. Memang sedap dimakan tetapi tak boleh dibuat benih.

Mereka bukan pejuang, sekadar taik yang digunakan untuk dilemparkan kepada musuh. Selepas habis pertempuran tiada siapa akan peduli pada taik itu waima pemimpin yang mereka sanjungi.

Yang akan kecewa ialah ibu bapa mereka. Itu pun jika ibu bapa mereka faham.

Demang teringin nak tengok orang di belakang mereka. Demang percaya, jika Kementerian nak ambil tindakan, para pentadbir dan pensyarah UPSI yang pertama-tama perlu disiasat.

Demang yakin, pasti ada tenaga pengajar UPSI yang terlibat menjadikan para pelatih tersebut sebagai umpan mereka. Puak tersebut memang bacul kerana tak berani ke depan. Takut periuk nasi mereka terancam!

Bukan apa, kalau Demang jumpa pensyarah tersebut, boleh lah kita buka balik sejarah lampau mereka.

Wednesday, January 4, 2012

32 tolak 28 tinggal 4

"Kita mengasas PKR dulu 32 orang. Sekarang 28 orang sudah keluar, tinggal 4 orang."

Demikian kata salah seorang pengasas PKR dalam berita perdana tadi.

Lu fikir lah sendiri.

Tuesday, January 3, 2012

Pelopor rasuah dalam UMNO




Orang yang mengatakan Umno punca rasuah ada tiga golongan.

Pertama yang tak tahu sejarah. Kedua, yang sengaja nak buat tohmah dan ketiga, yang mengalami sendiri situasi rasuah.

Golongan ketiga itu terbahagi pula kepada dua. Pertama, terlibat secara langsung samada sebagai pemberi mahupun sebagai penerima dan golongan kedua yang melihat secara dekat tetapi tidak menjadi pemberi dan tidak juga sebagai penerima.

 Demang berada dalam kelompok 3.2. Maklum lah, Demang bukan Perwakilan dan jauh sekali menjadi calon kepimpinan UMNO.

 Rasuah dalam UMN0 secara besar-besaran kali pertama berlaku ketika Demang masih muda remaja. Demang masih ingat. Ketika itu Demang sedang aktif dalam belia dan baru berjinak-jinak dengan politik . 

Demang pilih UMNO sebab UMNO bukan sekadar parti politik tapi UMNO adalah persatuan orang Melayu.

Di masjid, UMNO yang imarahkan. Dalam majlis kenduri kendara, UMNO sebagai terasnya. Jika ada kematian, UMNO yang uruskan. Apabila musim banjir pun UMNO yang atur bantuan.

 Sukaneka, bolasepak, bola jaring, merentas desa, sukan sekolah, gotong royong... serba serbi UMNO. 

BerPolitiknya UMNO hanya pada musim pemilihan parti atau pilihanraya. Itupun secara ala kadar.

 Demang tak pilih PAS sebab PAS anti bukan Islam. Demang percaya orang bukan Islam di Malaysia terutama DAP tak kan lupa sampai mati hakikat itu.

 Cuma sekarang DAP melihat perjuangan PAS menguntungkan mereka kerana hanya dengan perpecahan bangsa majoriti barulah impian DAP untuk membentuk '2nd Singapore' tercapai.

 Berbalik soal rasuah dalam UMNO tadi, ia bermula apabila Anwar berhasrat menjadi Timbalan Presiden menentang Tun Ghafar Baba. Masa tu wang bertukar tangan secara leluasa. Anwar menaja hampir semua peringkat.

 Masa itu lah muncul team wawasan. Antara sekutu Anwar ialah Muhamad Mat Taib, Zahid Hamidi, Nazri Aziz, dan Rahim Tambi Chik. Najib pun ada sekali.

 Tun Gafar akhirnya menarik diri. Anwar menang bergaya. Semua suku sakat Anwar kaya raya. Sampai sekarang!

 Sekarang setiap kali Anwar bercakap untuk menentang rasuah, Demang terpaksa memegang perut. Nak TERGELAK!

 Oh ya. Kalau nak tengok rupa Anwar dan gengnya semasa muda, lihat lah perangai KJ dan pemudanya semasa 2008.

 Cuma, Anwar lebih teruk sikit.

Thursday, December 29, 2011

anwar solat hajat atau taubat?

Pasang semula app tweeter!

Buka sahaja app tu berjujut lah mesej-mesej yang beraneka ragam.

Maka ternampaklah mesej Anwar mengatakan akan hadir program solat hajat anti fitnah.

Demang fikir kalau Anwar mau hadir program tersebut, itu sangat bagus. Penganjur elok tukar kepada program Taubat Fitnah.

Kalau dah ketua pembangkang bertaubat dan mengarahkan semua pengikutnya menghentikan fitnah, selesai lah masalah kita.

Tuesday, December 27, 2011

Si Pencuri Impian


Terpengaruh dengan budaya bertweeter masa kini maka Demang pun memasang applikasi khas tweeter pada android Demang.

Selang beberapa detik kemudian aplikasi tersebut memaparkan senarai pengguna tweeter yang popular. Maka keluarlah nama seperti AnWar, Azmin, rajapetra dan lain-lain.

Maka mulai saat itu berjujut lah mesej masuk ke gadget android ini sehingga mengganggu kehidupan Demang.

Gangguan yang Demang hadapi bukan sahaja kerana bilangan mesej yang diterima bahkan isi kandungan mesej yang berunsur negatif.

Semua benda tak betul pada mereka ini. Semua yang kerajaan buat dibantah, dikutuk, diperlekeh, dan dipersenda.

Demang jadi pening. Rakyat jadi keliru.

Tak boleh jadi. Macamana kita nak berkembang maju kalau saban masa disumbat dengan fikiran negatif?

Akhirnya Demang buang aplikasi itu setelah menggunanya tidak sampai satu hari.

Demang tidak mahu mereka merosak fikiran Demang.

Demang khuatir silap-silap, mereka akan mencuri semua impian rakyat Malaysia.

Saturday, December 24, 2011

politik huha

Ramai juga yang tegur Demang kerana sudah agak jarang menulis di waadat.

Dah bosan dengan politik atau..?

Ya. Demang dah bosan dengan politik yang hu ha hu ha tak tentu pasal. Politik yang lambung isu, main isu dan putar belit isu.

Demang nak fokus pada realiti. Tak guna pegang kuasa kalau kita terus kalah di bidang ekonomi.

Apa guna kalau ada kuasa padahal sang penguasa rupa-rupanya terpele'ot menyembah kaki pemegang modal?

Macam Anwar Ibrahim! Lihat kenyataan Tun Mahathir berkenaan tindakan AnWar meminjam daripada IMF semasa ada kuasa.

Hmm... tak boleh harap.

Friday, December 16, 2011

tanyalah Anwar

"Saya bercakap di Amerika, bulan lepas... sebenarnya di Malaysia sahaja orang tak berapa nak dengar saya berucap. Minggu lepas, saya di Australia..."

Demang percaya mungkin anda sendiri pernah dengar ucapan begitu daripada Anwar. Jika belum, cuba-cuba lah lihat di Youtube. Pasti akan berjumpa dengan kata-kata yang hampir sama.

Sebenar Anwar sedang menggunakan skil komunikasi yang cukup berkesan. Dengan melemparkan nama-nama besar, individu yang melakukannya bukan sahaja berupaya menarik perhatian audien malah secara langsung melatakkan dirinya sebaris dengan nama besar tersebut.

Jika anda bercita-cita menjadi ahli politik, berlatih lah untuk melakukannya. Cuma.anda perlu juga berlatih untuk menjawab apabila orang bertanya: "siapa yang mendengar ucapan anda di Amerika itu?"

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)