Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, January 9, 2012

Anwar dakwa saiful pula

Episod Saiful dakwa Anwar berakhir pada pusingan pertama pagi ini.

Keputusan sudah diketahui. Anwar diputuskan tidak bersalah.

Demang tak tahu lah samada 'tidak bersalah kerana tidak meliwat' atau 'tidak bersalah kerana meliwat suka sama suka' sebagaimana dakwaan Karpal sendiri.

Sambil kita menerima samada dengan terbuka (atau tertutup) keputusan mahkamah itu apa kata kita jengah sekejap nasib Saiful?

Benarkah Saiful sengaja mereka cerita?

Ertinya perlu ada pusingan kedua iaitu Anwar pula mendakwa Saiful memfitnah.

posted from Bloggeroid

Anwar bebas tapi

Mahkamah hari ini mengambil keputusan MembebasKan Anwar Ibrahim daripada tuduhan salah laku seks.

Syukur. Setidak-tidaknya Amerika dan sekutunya kehilangan satu alasan untuk campur tangan dalam politik sebuah lagi negara Islam.

Sebenarnya apa pun keputusan mahkamah, tidak banyak mempengaruhi rakyat khususnya pengundi. Hal ini berdasarkan tinjauan umum yang mendapati majoriti pengundi sudah terlalu bosan dengan isu ini yang sudah berlarutan lebih 10 tahun.

Rakyat lebih mementingkan apa yang mereka boleh dapat daripada kerajaan yang telah dan akan mereka pilih.

posted from Bloggeroid

Kesan penyingkiran Hasan Ali

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Pas kena akui yang Hasan Ali bukan keseorangan. Hasan Ali sudah membina nama dan populariti lama sebelum beliau menyertai gerakan Anwar.

Malah lebih lama sebelum beliau menyertai Pas.

Nampaknya PAS yang sudah sedia teruk akan semakin merosot dengan kemelut terbaru ini.

Berikut adalah biodata beliau yang Demang kutip daripada web DUN yang beliau wakili.

YB Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947.

Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.

YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah:

1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor

3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM

5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah

6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.

8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.

Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat di DUN Gombak Setia, Selangor.

YB Dato’ Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya pernah terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara.

Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif bagi menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia.

Antara program itu termasuk pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya.

Program-program ini biasanya dikendalikan secara in-house di tempat pilihan agensi berkenaan.

posted from Bloggeroid

Sunday, January 8, 2012

Seorang lagi penaja PKR (belakang tabir) hilang

Baru semalam Demang menulis tentang 'The Last Person in the ship' tup-tup hari ini pengumuman pun keluar:

“Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS”, kata Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS dalam kenyataan medianya.
Tiba-tiba Demang teringat peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO lebih sedekad yang lalu.
Adakah Hassan Ali perlu meniru tindakan Anwar iaitu menentang keputusan tersebut?

Sumber:
AIDC News

Saturday, January 7, 2012

The last person in the ship

Ramai yang melihat Hassan Ali sebagai orang PAS.

Tidak! Hassan Ali bukan orang Pas. Beliau hanya ahli Pas. Ahli Pas dengan orang Pas tak sama.

Bahkan Hassan Ali adalah orang BTN.

Apabila umno mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim atas pelbagai masalah, Hassan Ali antara orang pertama bangkit mempertahan Anwar.

Namun Hassan Ali bukan satu-satunya orang BTN yang menyokong Anwar tika itu. Hampir 3/4 orang BTN menyebelahi Anwar.

Benarlah. Apabila datang yang hak maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.

Makin lama makin ramai yang sedar. Seorang demi seorang, sekumpulan demi sekumpulan mula meninggalkan Anwar. Ada yang secara senyap-senyap dan tak kurang juga yang uwar-uwarkan pada orang ramai.

Bak kata seorang bekas penaja PKR 2-3 hari lepas, PKR ditubuhkan oleh 32 orang tapi sekarang 28 orang sudah keluar.

posted from Bloggeroid

Friday, January 6, 2012

bersabar lah

Bersabar lah.

Hari ini hari ke-3 pembantu Demang hadir bertugas, bukan sahaja tanpa gaji malah tanpa sebarang hitam putih samada kontrak disambung atau tidak.

Semalam, Demang diberi jaminan perkara ini akan selesai hari itu juga tapi hari ini masih belum dapat keputusan.

Penjelasan yang diberi pihak atasan pun seperti melepas batok di tangga. (BATOK, bukan batuk).

Pagi ini, Demang minta penjelasan lagi tapi jawapan yang diberi langsung tidak memuaskan hati.

Kita disuruh bersabar lagi.

Apa nak kata lagi? Demang orang bawahan, mereka orang atasan. Gaji beribu-ribu. Bonus beribu-ribu. Mana mereka peduli sangat hal orang bawah. Tambah-tambah pula pekerja kontrak macam pembantu Demang. Banyak komplein, kontrak tak disambung.

Sabar, sabar, sabar. Tiap tahun pegawai atasan naik gaji lagi. 2-3 tahun sekali naik pangkat lagi. Dalam pada tu sempat jugak hadir mendengar ceramah pembangkang.

Pegawai atasan ni kalau diberi peluang bercakap pasal qualiti, perkhidmatan cemerlang, ISO, dan sebagainya memang handal. Itu untuk orang. Untuk diri sendiri belum tentu terlaksana.

Demang harap ada orang atasan baca posting ni. Nombor handphone Demang ada di atas tu. Lepas ni boleh lah cari silap Demang. Boleh lah korek kelemahan Demang dan ambil tindakan. Akan datang tidak ada lagi yang berani banyak cakap.

Demang tak risau. Demang berjuang untuk rakyat bawahan.

Demang kasihan dengan Najib. Buat program macam-macam untuk tawan hati rakyat. Malangnya masih ada pegawai yang sabotaj PM dan TPM.

Dalam kes ini, pembantu yang merasa teraniaya akan marah pada kerajaan. Dalam PRU nanti mereka akan undi pembangkang.

Maka rancangan jahat pegawai atasan tersebut akan tercapai.

Muhyidin tengok-tengok lah sikit. Jangan jadi macam UPSI.

Thursday, January 5, 2012

pendedahan pertemuan sulit

Sumber mendedahkan, pertemuan tersebut dijangka diadakan di sebuah hotel di Jalan Kuching di sini pada hari ini atau Jumaat.

Menurutnya, difahamkan antara duta itu yang dikenal pasti adalah United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Denmark, Switzerland manakala satu lagi belum diperolehi. Turut dipercayai terlibat adalah dari Australia.

“Penasihat PKR itu dipercayai cuba mendapatkan sokongan daripada pelbagai negara, namun berdasarkan maklumat yang diperolehi, enam negara dari Eropah akan terlibat dalam pertemuan itu.

“Selain mendapat sokongan untuk kempen itu, kita percaya Ketua Pembangkang itu mungkin mempunyai agenda lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tambahnya, pertemuan yang diatur sendiri oleh Anwar itu dipercayai dibuat kerana beliau semakin terdesak untuk melepaskan diri daripada kes dihadapinya berikutan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, selain mengheret rakyat ke jalanan, pertemuan dengan wakil negara asing itu juga salah satu daripada rancangan Anwar dalam memastikan Kempen Bebaskan Anwar 901 berjaya, sekali gus bakal menjejaskan imej negara.

Jika sumber tersebut benar maka Demang amat sedih dan bimbang kerana tindakan tersebut meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

Kenapa perlu berpolitik sehingga menjadikan rakyat sebagai umpan?

Sumber:
MIM

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)