Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, March 17, 2012

Beza yahudi dengan zionist



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Demang nak tanya, apa beza Yahudi dengan Zionist?

Yahudi adalah bangsanya manakala zionist adalah perjuangan mereka.

Jika demikian kita perlu siasat adakah si yahudi yang kita berurusan tersebut ada link dengan zionist.

Perlu dicatat di sini bahawa zionist bukan badan perniaagaan tetapi bagaimana mereka memperolehi dana bagi membiayai perjuangan?

Toksah nak kaleh la Pok Di.

posted from Bloggeroid

Friday, March 16, 2012

Rahsia buku jingga berwarna jingga



PENDEDAHAN UMNO Selangor bahawa Pakatan Rakyat menggunakan khidmat nasihat firma perunding yahudi, National Democratic Institute (NDI) untuk merancang strategi sesuai bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), dijangka menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya akan datang.

Buku bertajuk ‘1001 cara untuk menjatuhkan kerajaan’ yang disediakan NDI ini mengamalkan beberapa pendekatan yang sekarang menjadi SOP dalam aktiviti berkaitan Pakatan Rakyat.

Antara pendekatan yang diunjurkan dalam buku panduan NDI ini ialah penggunaan warna-warna tertentu dalam demonstrasi/aktiviti tertentu bagi menarik perhatian rakyat. Sebab itu demonstrasi PKR sekarang amat berbeza dengan demonstrasi jalanan sekitar hujung 90-an dahulu bila warna-warna tertentu digunakan mengikut tema mengapa demonstrasi itu diadakan,

Sebagai contoh Bersih (kuning), Himpunan Hijau (Hijau) dan Hindraf (oren). Manakala bagi Seksualiti Merdeka, 4 warna asas yang melambangkan pergerakan LGBT digunakan, masih lagi berkisar tentang warna walaupun tidak ada demonstrasi.

Rakyat pastinya akan menolak tindakan Pakatan Rakyat menggunakan khidmat firma yahudi ini seperti dilihat dalam soal kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide yang ditohmahkan pembangkang sebagai sebuah firma milik Israel sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah firma Amerika Syarikat.

Tapi yang penting, jelas kelihatannya pada waktu itu, penyokong Pakatan Rakyat dan sebahagian rakyat Malaysia sangat anti dengan apa-apa yang ada hubung kait dengan yahudi, tanpa mereka sedar bahawa Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang menggunakan khidmat perunding yahudi untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Sudah menjadi resam, bila yahudi terlibat dimana-mana untuk menjatuhkan kerajaan, maka hasilnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, menggadai negara ini kepada kuasa asing yang senantiasa menanti masa yang sesuai untuk mengurangkan negara Islam dalam dunia –seterusnya mengurangkan ancaman kepada kewujudan Israel.

Fakta mengenai penggunaan firma NDI yang dikuasai yahudi ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana telah diakui sendiri oleh bekas pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Zahrain dan Datuk Zulkifli Nordin. Bukti juga ada ditangan mereka, cuma menunggu masa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim membuat penafian sebelum boleh didedahkan.

Pada waktu ini juga rakyat sudah seharusnya mampu melihat bahawa penonjolan Buku Jingga sebagai kitab rasmi untuk rujukan rakyat adalah satu divertion daripada kitab sebenar yang digunakan mereka iaitu yang disediakan oleh NDI. Penulis yakin, sebagai firma antarabangsa yang sudah lama terlibat dalam kegiatan seumpama ini, NDI turut menyediakan panduan bagaimana untuk menerajui kerajaan selepas kejatuhan kerajaan yang terdahulu, dan yakinlah, panduan ini akan selari dengan agenda besar yahudi di peringkat antarabangsa.

Kita seru dan gesa lebih ramai bekas pemimpin PKR tampil kehadapan dan membuat pendedahan yang sama untuk rakyat nilaikan siapa dia sebenarnya PR ini dan apa agenda busuk di belakang mereka.

Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan kepetahan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara ini menggunakan bahasa yang mengelirukan, tapi percayalah, taktik itu sudah sangat senang dibaca sekarang, seperti dibuktikan dalam perbahasan di Parlimen antara Anwar dan Khairy Jamaludin pada Selasa lepas.

Ini bahayanya bila strategi terdedah, pihak lawan dah tahu macam mana nak lawan semula.

.Sumber.

posted from Bloggeroid

nasi putih, kari ayam dan bubur kacang



Kebetulan tengahari tadi makan nasi putih dengan kari kepala ikan. Bubur kacang, tak ada.

Semasa pelancaran 1 Malaysia dulu ada satu konsep yang disuakan pada kita yang barangkali ramai sudah lupa.

Itulah konsep PENERIMAAN.

Konsep penerimaan adalah bagi menggantikan konsep TOLAK ANSUR yang sudah tidak relevan.

Agak payah juga untuk menjelaskan maksud konsep penerimaan ini. Barangkali analogi berikut boleh memberi panduan.

Katakan anda memasak tiga jenis masakan iaitu nasi, kari ayam, dan bubur kacang.

Selain bahan utama iaitu beras, ayam, dan kacang hijau anda juga diberikan kari, garam, dan gula.

Bagaimanakah bahan-bahan tersebut nak anda agihkan?

Perlukah gula dimasukkan ke dalam beras atau garam dicampur bersama bubur kacang? Kalau perlu; sikit, banyak, atau sama banyak untuk setiap masakan?

Demang rasa anda sudah dapat gambaran mengenai konsep SAMARATA di situ. Yakni kita tidak mungkin menggunakan konsep samarata dalam kehidupan sebenar sebab ia bukan keadilan sebenar.

Apabila kita tidak masukkan gula dan garam ke dalam beras maka kita sudah mengamalkan konsep PENERIMAAN iaitu kita menerima hakikat bahawa nasi tidak memerlukan kedua-dua bahan tersebut.

Maka kita masukkan gula dan sedikit garam ke dalam bubur kacang dan garam serta sedikit gula ke dalam kari kerana kita MENERIMA hakikat bahawa bubur kacang dan kari ayam amat memerlukan bahan-bahan tersebut.

Apabila kita membahagi maka semua perkara perlu diambil kira dan disukat mengikut keperluan, bukan main agak-agak sahaja. Walaupun anda hebat dalam bab 'main agak-agak' namun dalam zaman sekarang ia dianggap tiada ketelusan.

Itu sebabnya Najib menolak konsep TOLAK ANSUR. Apabila satu pihak menolak maka pihak yang ditolak akan beransur mundur. Ansur punya ansur akhirnya sampai ke dinding. Apa akan jadi?

Ok, pada yang beragama Islam jom kita bersiap untuk solat Jumaat tengahari ini dan doakan yang terbaik untuk negara kita.

Bagi yang bukan Islam teruskan bekerja kuat bersama ummat Islam bagi memakmurkan negara yang kita kongsi bersama ini.

Memang kita berlainan latar belakang dan kita perlu MENERIMA kepelbagaian tersebut dengan ikhlas.

Kita bukannya ada tanahair yang lain pun untuk didiami bersama keluarga sementara menunggu tarikh mati.

posted from Bloggeroid

Dokument sulit Anwar



Bukan rahsia lagi betapa PKR akan buat apa sahaja untuk menang pilihanraya akan datang.
Justeru pendedahan berikut bukanlah sesuatu yang memeranjatkan rakyat.

Lihat;

http://www.papagomo.com/2012/03/ekslusif-dokumen-sulit-modus-fitnah-pkr.html?m=1

posted from Bloggeroid

Thursday, March 15, 2012

Noh saman kerajaan Selangor

Turut sama disaman ialah ADUN Sekinchan yang terlibat menuduh beliau melesapkan wang rakyat berjumlah RM110 juta melalui kain rentang yang dipamer di tempat umum.

Sementara itu dalam kunjungan Demang ke Selangor kelmarin Demang lihat kejayaan Pakatan yang paling ketara ialah mereka berjaya meletakkan gambar para pemimpin mereka di lokasi strategik.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/noh-saman-kerajaan-selangor-adun-sekinchan-1.32164

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 13, 2012

Pelakon perlekeh polis dan rakyat Malaysia



Malam tadi Demang layan konsert lawak di Astro. Maka wang RM15 pun bertukar tangan.

Apapun rakaman yang dibuat di Istana Budaya yang menampilkan pelawak dan 'pelawok' hebat tersebut memang menarik.

Berbaloi jugak la budak-budak U yang hadir dengan membelanjakan wang PTPTN mereka untuk tiket sehingga RM200 itu.

Bagi Demang, Johan dan Zizan memang mantap. Aflin Shauki dan Harun Salim Bachik juga tidak kurang hebatnya.

Demang tertarik dengan Harith Iskandar yang selama ini menampilkan 'lawak bodoh' rupa-rupanya ada bakat juga dalam 'One Man Show'.

Agaknya sebelum ini beliau bekerja dengan orang yang salah. Ertinya, orang lain lah yang salah.

Kemampuan Harith Iskandar berbicara terus menerus dalam pelbagai topik memang memikat. Demang dapat rasakan para penonton tak kering gusi ketawa. Tambah-tambah lagi penonton daripada Singapura.

Maklumlah, Harith Iskandar tak habis-habis memuji rakyat Singapura yang amat bertamadun. Malah orang Malaysia pun ikut ketawa apabila Harith Iskandar menyindir rakyat Malaysia yang masih terperuk dalam budaya kolot dan tidak faham undang-undang.

Nabil yang menjadi host pun ketawa terbahak-bahak. Maklumlah, sejak jadi orang terkenal ni maka kualiti diri pun dah rasa meningkat. Maka tak salah la Nabil pun ikut ketawa mendengar idolanya memperlekeh rakyat Malaysia.

Nabil perlu ketawa agar orang tahu bahawa dia faham Bahasa Inggeris. Hal ini kerana Harith Iskandar menggunakan bahasa tersebut lebih 70% dalam jenakanya.

Sambil ketawa Nabil sempat menyindir guru Bahasa Inggeris sekolah kerajaan yang dikatanya 'bagus'.

Harith Iskandar yang lebih dikenali sebagai pelakon iklan mula 'terkenal' melalui sitcom 'Jangan Ketawa' suatu ketika dulu.

Perlu diingat bahawa 'terkenal' tidak sentiasa bermaksud bagus. Di kampung Demang dulu antara individu yang amat terkenal ialah seorang pakar pecah rumah!

Kebanyakan anak muda mungkin tidak sempat menonton sitcom 'Jangan Ketawa'. Sesuai dengan tajuknya, memang kita rasa nak terajang saja sesiapa yang ketawa menonton siri tersebut.

Dalam rancangan yang Demang tonton semalam Harith Iskandar juga menyentuh tentang polis Malaysia yang pada pandangannya amat lembab, bodoh, dan bangang.

Yang Demang tidak pasti ialah, Harith Iskandar ni orang mana sebenarnya?




Foto Jezamine Lim, isteri Harith Iskandar yang diambil di http://www.ohbulan.com/gambar-jezamine-lim-isteri-harith-iskandar-berbikini-covergirl-majalah-shape/

posted from Bloggeroid

Kecelaruan gender



Beberapa hari lalu 'kita' menyambut Hari Wanita.

Demang bukan anti imansipasi wanita namun jengkel dengan sikap sesetengah pihak dan individu yang keterlaluan dalam memperjuangkan hak wanita.

Sememangnya wanita ada kedudukan istimewa dalam Islam. Allah taala bukan sahaja mentakdirkan wanita sebagai tempat bersemayamnya janin sebelum menjadi manusia sebenar bahkan melantik wanita sebagai pengasuh yang sempurna.

Kedatangan Islam banyak memperbetul semula keadaan sosial masyarakat. Wanita diberi pengiktirafan dalam rumah tangga dan dinyatakan hak-hak sebagai isteri dan bukan sebagai objek pelampias nafsu lelaki semata-mata.

Apapun, secara fitrahnya wanita tidak akan sama dengan lelaki. Menyamatarafkan wanita dengan lelaki merupakan tindakan yang menyalahi fitrah serta kejadian manusia.

Hasilnya kehebatan manusia turun setakuk ke bawah daripada sepatutnya.

Justeru Demang amat terkilan apabila ada sekolah yang melantik ketua murid daripada kalangan pelajar perempuan. Ia adalah perlanggaran hak asasi manusia yang tidak boleh dimaafkan.

Alasan bahawa tidak ada pelajar lelaki yang layak hanyalah akan menambah aras kebodohan pihak berkenaan kerana mereka sendiri yang bertanggung jawab membina bakat kepimpinan pelajar.

Sepatutnya usaha memilih, membimbing, dan melatih bakal pemimpin sudah dimulakan sejak di prasekolah.

Malangnya bahagian pentadbiran di sekolah sendiri kebanyakannya dikuasai wanita. Sudahlah begitu, memangpun majoriti guru terdiri kalangan wanita.

Makanya para guru dan wanita ini melayani pelajar lelaki sama seperti pelajar perempuan; suatu kebodohan yang sukar dimaafkan.

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)